logo text
Add to Library
logo
logo-text

Download this book within the app

Bab 4

AKU berjalan dengan senang hati pada pagi itu. Walaupun bila aku bangun tidur tadi, aku masih berada di sini. Aku juga dah dapat tahu nama negara ni. Negara Ember siot! Ketika aku ingin memasuki ruang dapur, aku terserempak dengan Jeon Myung, adik bongsu Min-Jun.
"Kanda Ara nak masuk dapur juga ke?"
Aku hanya memberikan senyuman.
"Haah. Myung nak masuk sana juga ke?" Myung mengangguk.
"Okey, jom kita masuk sama-sama." Aku memimpin tangan Myung masuk ke dalam dapur.
Ketika itu aku melihat ramai pembantu istana gigih melakukan kerja mereka. Sama macam semalam. Ketika aku mendekati seorang pembantu istana yang betul-betul memerlukan bantuan, terus dia menunduk hormat kepadaku.
Aku meminta supaya tidak berbuat begitu lagi. Dia hanya menurut. Bila aku kata nak tolong dia, dia menegah aku. Tapi aku tetap aku. Memang degil. Aku tetap ingin membantunya sehingga dia sudah tidak tahu ingin kata apa-apa dan membiarkan aku menolongnya.
"Mak cik, benda ni nak bawa ke mana?" tanyaku kepada Min Eun, pembantu istana yang aku mahu tolong tadi.
"Benda tu bawa ke belakang."
Aku mengangguk lalu bawanya ke belakang seperti dikatakan. Ketika aku berada di belakang, aku terdengar suara lelaki. Aku cuba mendengar suara itu tapi tak cuba. Bila aku ingin berpatah balik, aku telah melanggar tubuh seseorang. Aku mengangkat kepala untuk melihat wajah orang itu.
"Kau buat apa kat belakang ni?" Terus aku melompat ke belakang. Terkejut punya pasal!
"Awak pula buat apa kat sini?" tanyaku semula. Namun dia hanya mengabaikan soalan itu.
"Jom kita keluar. Hari ni kau ada latihan dengan aku," katanya.
Aku tergamam. Amboi, dia cakap sebiji macam seorang putera yang menjengkelkan.
"Bukan ke abang awak yang ajar saya?"
Min-Jun berpusing ke belakang.
"Keputusan ayahanda muktamad. Dia tetap nak aku ajar kau sebab aku yang paling mahir dalam kalangan remaja."
Aku buat muka menyampah. Ri'ak betul!
"Kalangan remaja? Umur awak berapa?"
"18."
Ceh, tua setahun aje rupanya.
"Nanti ajelah. Sekarang ni saya sibuk."
Baru aje aku nak berjalan, Min-Jun menghalangku.
"Sekarang juga. Kalau kau tak sampai ke padang perlawanan, aku akan suruh ayahanda pindahkan aku ke bilik kau."
Aku bercekak pinggang. Oh, hari ni baru dia nak tunjuk belang dia.
"Oh, nak suruh ayahanda pindahkan awak ke bilik saya? Awak ingat tak dosa ke buat macam tu? Tapi kan kalau awak minta macam tu, dah mesti ayahanda takkan bagi. So, saya masih nak tolong mak cik Eun sekarang."
"Jangan sampai aku buat betul-betul. Kalau aku minta macam tu, kau jangan nak menyesal pula."
Aku merenung tajam wajahnya. Ini benda yang paling benci.
"Okey, fine! Saya akan ikut awak berlatih." Aku nampak Min-Jun mula senyum menang. Okey, kali ni kau menang putera.
PEDANG di tangan kulayang ke udara lalu menghalang serangan Min-Jun terhadapku. Mataku tajam bak helang menikam wajahnya. Lantas aku tolak pedangnya menjauhiku dengan pedang ini lalu menyerangnya pula. Bertalu-talu serangan aku berikan pada Min-Jun sehingga lelaki itu terperangkap pada dinding bangunan. Nampak pedangku mahu menyerang tubuhnya, Min-Jun segera melindungi diri dengan pedangnya.
"Let's fight me!" bisikku dengan ton suara mencabar dirinya. Min-Jun seakan terkesan dengan cabaran dariku, terus menolak pedangku ke udara hingga pedang itu terlepas dari genggaman.
Aku terdiam. Mataku beralih ke arah pedangku yang sudah melayang ke atas tanah. Jantung mula berdegup laju apabila memikirkan nasib aku selepas ini. Dari ekoran mata, aku ternampak Min-Jun mula melakukan serangan balas. Aku cuba melarikan diri darinya, namun dia terlebih dahulu mengepung tubuhku dengan pedang diletakkan di belakangku sekali gus menukarkan posisi kami. Kini, aku yang terperangkap pada dinding.
"Aku tak faham apa yang cakapkan tadi, Ara. Tapi apa yang aku tahu, kau takkan dapat kalahkan aku lagi pada kali pertama latihan kita. Aku lebih kuat berbanding kau. Jadi, jangan terlalu yakin pada diri sendiri." Wajah Min-Jun begitu rapat denganku membuatkan aku dapat merasakan deruan nafasnya menyapa telingaku yang tak berlapik.
"Saya tahu saya tak dapat kalahkan awak sebab ini kali pertama saya pegang pedang, tapi saya tahu satu benda." Aku menggantungkan ayatku untuk melihat reaksi Min-Jun. Aku tahu dia akak terpinga dan tertunggu akan sambungan ayat itu. Aku takkan menyambung ayat tersebut, sebaliknya aku melompat ke atas lalu menendang dadanya menjauhi aku.
Hampir rebah lelaki itu ke atas tanah apabila aku menendang dadanya dengan agak kuat. Aku tersenyum sinis ketika aku mendarat dengan penuh aksi. Mata Min-Jun mula menikam diriku sambil memegang dada sendiri. Aku tergelak.
"I don't know how to use the sword, but I know how to protect myself. I have taekwando!" Aku berkata bongkak sambil kaki kiri dan tangan kiri diangkat ke atas. Aku segera meninggalkan lelaki itu di medan latihan dan pulang ke bilik.
"Kim Ara!"
Suara Min-Jun bergegar jiwa ini. Semerta langkahku terhenti. Jantung kembali berdegup kencang seraya langkahan kaki seseorang sedang mendekatiku. Aku tahu itu Min-Jun, jadi aku tak mahu menoleh ke belakang.
"Aku tak faham langsung apa yang kau cakap dengan aku tadi. Tapi aku rasa kau mesti tak nak kehilangan semua ni, kan?"
Aku tersentak. Semua ni? Aku terus memusingkan badan ke belakang menghadap dirinya. Mataku terus beralih ke arah genggaman tangan Min-Jun yang sedang memegang telefon dan dompetku. Ya Allah, bagaimana semua itu ada padanya?
"Mesti kau tertanya-tanya, kan? Macam mana barang-barang kau ni ada pada aku. Senang saja. Waktu aku jumpa kau di hutan dan aku bawa kau balik ke istana ni, pembantu istana yang uruskan kau ada berikan semua ni pada aku. Mula-mula aku tertanya juga. Apa benda ni? Tapi jangan risau, aku bukan orang yang tak bertamadun nak selongkar barang orang. Aku cuma simpan aje."
"Pulangkan balik!" Aku memotong perbahasan lelaki itu. Aku tak mahu mendengar apa-apa darinya. Aku cuma nak barang itu!
Min-Jun menggelengkan kepala. Aku mendengus. Dia ni! Lepas dah dapat tendangan sulung dariku tadi, nampaknya dia memang sengaja membakar aku.
"Malam nanti aku beri pada aku."
Aku mendengus. Disebabkan aku malas nak bertekak, aku terus berpusing semula lalu pulang ke bilik. Aku geram. Yes, aku betul-betul geram sekarang ni tapi saya tahan saja. Tak apa malam nanti aku akan dapat balik barang-barang aku. Dan dia takkan dapat balik semua tuh sebab itu milik aku!
Pasal lawan pedang tadi, nasiblah aku ni kidal. Memang aku guna tangan kirilah. Dan selamatlah lengan kanan aku yang cedera itu.
"Ara."
Aku menoleh. Kelihatan Permaisuri Ae-Ri yang memanggilku. Dengan senyuman terukir di bibir aku menghampirinya.
"Ada apa bonda?" tanyaku ramah. Permaisuri Ae-Ri memegang lembut bahuku.
"Macam mana dengan latihan tadi? Min-Jun ada buli Ara tak?"
Aku menggeleng. Mana mungkin aku akan mengadu tentang anaknya itu. Tak mengapa! Ada ubi ada batas, ada hari balas Min Jun!
"Bonda tahu yang Min-Jun tu macam dingin sikit tapi jangan risau. Dalam hati dia sebenarnya baik aje. Bak kata orang dalam hati ada taman."
Aku tertawa. Pandai juga permaisuri Dinasti Nojeso ni bergurau.
"Mari ikut bonda. Bonda nak tunjukkan sesuatu pada kamu. Tapi jangan beritahu orang tau! Barang-barang lama Min-Jun." Terus aku tersenyum lebar. Best juga kalau tengok barang-barang dia ni. Lagi-lagi barang waktu kecil. Confirm comel.
"Okey." Permaisuri Ae-Ri mula menarik perlahan lengan kiriku masuk ke dalam biliknya. Aku terpegun dengan kecantikan biliknya. Kalau boleh ubah dekorasi bilik aku pun nak buat jugalah.
"Cantiklah bilik bonda ni! Nanti boleh tak tolong Ara untuk ubah bilik Ara?" pintaku. Permaisuri Ae-Ri hanya tertawa kecil.
"Boleh aje, sayang. Apa saja yang Ara nak semua boleh."
Aku tersenyum simpul. Rasa macam anak kandung dia pula. Aku memerhatikan Permaisuri Ae-Ri sedang berjalan ke sebuah rak dan membawa sebuah kotak. Aku mendekatinya ketika dia memanggilku. Aku berlabuh di sebelahnya dan cuba untuk melihat isi kotak itu.
Ya Allah, comelnya! Aku memegang baju yang sangat kecil. Mungkin baju baby. Kemudian aku mengambil kasut yang benar-benar kecil dari kakiku. Aku rasa waktu aku kecil pun kaki aku tak kecil macam tu.
Tiba-tiba aku ternampak sesuatu seperti mainan bayi. Aku mengambilnya keluar. Aku menelek benda tu. Comel. Aku rasa waktu aku kecil, tak ada dapat macam ni.
"Ni gelang Min-Jun waktu kecil. Waktu tu dia langsung tak nak bonda cabutkan dari tangan dia. Sayang sangat dengan gelang tuh tapi bila dah besar ni, bonda rasa dia dah lupa kot pasal gelang ni," jelas Permaisuri Ae-Ri. Aku tersenyum sumbing.
"Ara nak ambil gelang ni boleh?"
Permaisuri Ae-Ri mengangguk. Yeay, dapat! Hilang terus rasa marah terhadap Min-Jun sebentar tadi. Malah ketika itu pelbagai idea nakal aku nak mengusik putera dingin tu. Ala, nak tundukkan ego lelaki bagi aku senang aje. Petik jari aje aku akan dapat patahkan ego mereka.

Book Comment (91)

  • avatar
    niaputri

    best

    18/02

      0
  • avatar
    wowwdanz

    Cerita yang menarik

    03/09

      0
  • avatar
    Miramore

    tak ada sambungan ke huhuhu cerita dah best sangat..sambungkan please sampai betul ii ending dia

    27/06/2025

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters