logo text
Add to Library
logo
logo-text

Download this book within the app

Bab 3

TERASA seperti sesuatu sedang menggigit tanganku membuatkan aku tersedar dari tidur. Aku menggonyoh mataku untuk menghilangkan tahi mata kalau ada.
Aku melihat tanganku. Amboi, banyaknya kerengga! Jap, kerengga?! Aku terus menjerit kecil apabila melihat kerengga itu. Sungguh aku takut dengan kerengga dan sekarang kerengga tuh tengah gigit tangan aku! Aku membuang kesemua kerengga dari tanganku.
Aku memeriksa ke seluruh badanku. Nasib kat tangan aje. Dan nasib baik juga dia tak bersarang kat tangan ni. Tiba-tiba aku baru terfikirkan sesuatu. Bukankah tadi aku berada di dalam dorm dan tidur? Bagaimana aku boleh tiba di sini pula? Dalam hutan pula tuh.
Aku perhatikan baju yang aku pakai sekarang. Okey, sama macam apa yang kupakai tadi. Tudung pun masih tersarung. Ah, sekarang ni aku perlu keluar dari hutan ini. Aku mula melangkah tanpa hala tuju. Aku yang tak pernah masuk hutan tiba-tiba ada dalam hutan ni? Pelik tak?
Ketika aku berjalan tiba-tiba datang satu anak panah ke arahku lalu terkena pada lengan kananku. Terus aku menjerit kesakitan. Gila tak sakit! Aku cuba menahan sakit tetapi tidak lama itu aku pengsan.
AKHIRNYA aku sudah dapat mengingati bagaimana aku berada di sini, di dalam istana dan kenapa lengan aku berbalut walaupun Min-Jun sudah memberitahu kejadian sebenar.
Aku berasa pelik. Macam mana aku boleh muncul di sini? Bangun saja dari tidur, lenganku digigit kerengga lepas tuh kena panah pula. Apa malang sangat aku hari ni?
Aku terlentok di atas katil. Tak tahu nak buat apa sekarang ni. Kalau nak keluar, sorry to say sebab aku tak tahu nak buat apa kat luar tu. Nanti kena tangkap lepas tuh masuk penjara. Tak ke naya?
Ketika mataku ingin terlelap, pintu bilikku dikuak. Tetapi aku tetap nak tidur. Terasa seperti seseorang membetulkan posisi baring aku.
"Hai, tak sakit ke kalau tidur macam ni?"
Aku seakan kenal dengan suara tersebut. Putera itu!
Aku dibaringkan seperti biasa. Aku terasa diperhatikan tetapi aku menjaga riak wajahku. Aku dapat rasakan tangannya mula naik mengelus lembut wajahku.
"Macam mana kau boleh muncul secara tiba-tiba di depan aku ya? Kau ni bidadari dari Tuhan ke?"
Nak saja aku ketawa pada masa itu tetapi ditahan sahaja.
"Baru nak panggil kau untuk menghadap ayahanda tapi kau dah tidur. Tak apalah. Malam nanti boleh kut," ujarnya. Nasib aku tidur.
Selimut ditubuhku dibetulkan dan tak semena-mena dahiku terasa hangat. Tak mungkinlah dia mencium dahiku? Oh, tidak. Pipi jangan merah!
Sebaik pintu kedengaran ditutup dari luar, aku mencelikkan mata. Lantas nafas lega kuhembus keluar dari saluran pernafasan. Hampir kantoi lakonan aku sebentar tadi gara-gara lelaki itu. Kuat juga penangan Min-Jun. Agaknya berapa ramai puteri di kerajaan lain yang menyukai putera itu? Ah, adakah perkara tersebut yang penting pada aku? Tidak sama sekali!
Aku menguap secara tiba-tiba setelah beberapa minit aku termenung seorang diri. Haih, daripada aku termenung tak tahu nak buat apa lebih baik aku tidur! Dapat rehatkan badan ni dan dapat juga aku rehatkan minda yang serabut. Mujur wayar tak berselirat.
"AH, sedapnya tidur!" Aku mula menggeliat. Sedap gila dapat tidur dapat tilam empuk macam ni. Aku membuka mataku. Aku mengeluh. Masih di istana itu.
Aku terpandang ke arah sebuah lipatan baju yang ada di hujung katil ini. Aku mencapai baju itu. Untuk aku ke? Tapi bukan ke aku baru pakai baju ni? Takkan nak tukar lagi? Wow, orang istana memang rajin betul tukar baju.
Aku turun dari katil lalu berjalan ke bilik mandi. Masuk sahaja mulutku terlopong. Pergh, tab mandi dia. Besar kaw! Ini bukan tab mandi ni. Ini kolam renang namanya. Boleh muat geng aku ni. Memang best kalau mandi ramai-ramai tapi itulah aku hanya seorang.
"Cik Puan?"
Aku tersentak. Tubuhku terus tidak bergerak apabila seseorang memanggilku dari belakang.
"Cik Puan sudah bangun ya? Mari, kami ingin menyiapkan Cik Puan."
Dahiku berkerut. Siapkan aku? Macam mana itu? Perlahan-lahan aku memusingkan badan lalu aku ternampak lima orang pembantu istana berpakain seragam sedang menghadapku. Mereka berlima membongkokkan badan padaku dengan serentak. Aku terasa kekok apabila diperlakukan seperti ini.
"Apa yang dah jadi ni?"
"Cik Puan, biar kami persiapkan kolam air panas sebelum Cik Puan masuk berendam. Lantas dua orang daripada mereka memasuki bilik air untuk mempersiapkan tab mandi. Tiga orang lagi menarik tanganku untuk merapati mereka.
"Kau orang nak buat apa ni?" soalku, kekok. Mereka bertiga tersenyum.
"Kami mahu bukakan baju Cik Puan."
Mataku terbeliak. Buka baju?!
AKU berpeluk tubuh sambil menghadap lima orang pembantu istana itu sejurus aku selesai mandi. Aku mengerling ke arah pakaian yang sudah disiapkan buatku, tetapi aku masih tidak dapat memakainya kerana mereka berlima.
Mereka nak pakaikan aku baju!
"Cik Puan, mari saya pakaikan..."
Aku terus melarikan dari apabila salah seorang pembantu istana yang ditugaskan menyiapkan aku itu datang mendekat. Kepalaku digelengkam dengan laju. Aku tak rela! Tak mahulah aku memakai pakaian dengan bantuan mereka. Baik aku pakai sendiri aje. Eh, tapi aku mana reti nak pakai pakaian istana ini. Sudahlah aku lihat dengan sekali imbas pakaiannya persis pakaian tradisional negara Ember. Orang ada kata, pakaian tradisional mereka memang tebal. Lebih-lebih lagi pada musim sejuk. Entah berapa lapis kain yang mereka pakai.
"Kalau saya pakai sendiri tak boleh ke?" Sengihan lebar aku berikan kepada mereka. Namun mereka hanya jawab dengan gelengan kecil. Aduh, apsal mereka patuh sangat dengar arahan? Arahan sekolah pun kadangkala aku langgar. Bibirku dicebikkan.
"Bolehlah. Saya tak biasalah pakai baju ada orang tolong." Wakut kecil dulu pernahlah sebab arwah ibu selalu pakaikan baju untukku. Yalah, tak mungkin aku kecil-kecil dah pandai berdikari pakai baju sendiri. Lainlah kalau budak zaman sekarang.
"Tak boleh, Cik Puan. Kami cuma ikut arahan Putera Min-Jun. Kami tak berani nak bantah arahan baginda."
Aku raih tangan salah seorang daripada mereka.
"Saya ada idea. Kau orang tak payah tolong pakaikan baju untuk saya tapi kau orang tetap duduk dalam bilik ni. Dengan cara itu kau orang tak kantoi dengan putera kau orang tu dan kau orang takkan kena marah dengan dia. Cun tak?" Aku memberikan cadangan untuk membiarkan aku memakai pakaian sendiri. Alhamdulillah, mereka bersetuju.
"Tapi pada masa yang sama kan... Boleh tak kau orang ajar saya pakai baju ni?" pintaku sambil menunjukkan hanbok di hadapan kami. Mereka berlima tidak menolak permintaan dan menurut sahaja.
AKU berterima kasih kepada mereka kerana sanggup menolongku sedikit sebanyak untuk memakai pakaian. Walaupun mengambil masa tiga puluh minit aku pakai menyiapkan diri sendiri tetapi aku tak kisah. Asalkan aku dapat merasai kesusahan memakai baju ini. Namun aku hairan, kenapa mereka tak beri aku pakai tudung? Bahkan, mereka persiapkan rambutku dengan perhiasan rambut dengan begitu cepat sampaikan aku tak sempat nak menghalang mereka.
Aku mengeluh kecil lalu mengerling ke arah pantulan diriku pada cermin. Cantik sungguh pakaian yang tersarung di tubuhku ini. Namun aku berasa janggal apabila kepalaku dihiaskan dengan perhiasan rambut dan bukannya sehelai kain yang dinamakan tudung.
Aku mengeluh buat sekian kalinya. Mungkin, aku bukan berada di negara Islam.
"Ara?"
Aku terkejut apabila terdengar suara garau menjengah bilik ini. Aku mengangkat kepala lalu menatap wajah Min-Jun di hadapanku. Pipiku menjadi panas apabila pandangan matanya menikam diriku. Aku terasa berdosa apabila aurat di kepala ini didedahkan di hadapan lelaki ajnabi seperti Min-Jun.
Ya Allah, Kau kuatkanlah imanku agar sentiasa rasa berdosa kerana mendedahkan aurat kepada orang lain. Ya Allah, Kau janganlah gelapkan hati ini dan membiarkan aku berasa selesa dalam keadaan seperti ini. Kau lindungilah aku, Kau lindungilah imanku. Aamiin...
Aku menatap dengan tatapan tajam ke mata Min-Jun. Anasir-anasir yang berbisik aku cuba elakkan untuk tidak mendengarkannya.
"Ada apa datang bilik saya ni?" tanyaku.
"Ayahanda aku suruh kau jumpa dia kat bilik dia."
Aku menelan liur. Alamak takutnya!
"Tak apa aku akan teman kau."
Aku berasa lega sikit sebab dia akan temankan aku.
"Jom."
Aku berjalan seiringan dengannya. Bila aku dalam situasi macam ni. Aku rasa macam aku sedang berjalan dia. Yup, dengan Syazwan. Sekarang ni aku baru rasa rindu pada dia?
"Jom masuk," ujar Min-Jun.
Aku hanya mengangguk dan hanya mengekorinya sahaja. Kelihatan seperti sepasang pasangan suami isteri sedang berbual di dalam bilik itu.
"Ayahanda, bonda."
Aku mula faham. Ayah dan mak dia. Mereka mula menoleh ke arah kami berdua. Ya Allah, begini rupanya suasana sebelum datangnya Islam. Rasa tak selesa dan tidak aman hatiku rasakan.
"Ara, kenalkan ayahanda aku Maharaja Jeon Min-Hyuk dan bonda kesayangan aku, Permaisuri Song Ae-Ri." Min-Jun memperkenalkan ayah dan ibunya kepadaku. Aku membongkokkan badanku memberikan kehormatan kepada mereka berdua.
"Jadi inilah anak kepada Dae-Hyun dan Byeol tu, kan?"
Aku mengerutkan dahiku. Siapa pula mereka berdua? Ayah dan ibuku di sini ke? Hmm... mungkin.
"Err, tuanku kenal dengan ayah dan ibu patik?" Maharaja Min-Hyuk hanya mengangguk.
"Kenal sangat, Ara. Ayah dan ibu kamu adalah kawan karib beta berdua sejak kecil lagi. Selepas itu kami mendapat berita bahawa kamu sudah dibawa ke negara yang lain tetapi nasiblah anakanda beta, Putera Min-Jun menjumpai kamu. Tentang kecederaan kamu, beta minta maaf."
Aku hanya mengangguk.
"Kamu sangat cantik, Ara. Sama macam mendiang ibumu."
Aku tersimpul malu.
"Terima kasih, tuanku permaisuri."
"Eh, tak payah panggil tuanku maharani. Panggil bonda sahaja."
Aku teragak-agak untuk mengangguk. Janggal siot!
"Baik, bonda."
"Sama seperti tuanku permaisuri. Panggil beta ayahanda sahaja."
Aku hanya tersenyum tanda setuju. Aku memandang ke arah Safaraz di sebelahku. Asal dengan muka tuh? Jealous ke? Ah, tak payah nak jealous. Pasti raja dan permaisuri akan anggap aku... Eh, janganlah!
"Mari kita makan malam," ajak Permaisuri Ae-Ri. Maharaja Min-Hyuk mendahului sebelum aku dan Min-Jun mengekori mereka dari belakang.
KETIKA berada di meja makan diraja, aku terkaku. Besarnya keluarga diraja ni. Bukan besar cuma ramai. Lagi-lagi apabila aku melihat Maharaja Min-Hyuk dilayani oleh tiga orang wanita. Termasuk juga Permaisuri Ae-Ri. Mungkin seorang lagi isterinya.
Min-Jun menolongku untuk duduk di atas kerusi sebelum dia berlabuh di sebelahku. Aku memandang ke arah satu per satu wajah adik-beradik Min-Jun, tapi ada seorang yang memberikan pandangan tajam. Apsal dengan dia ni? Macam tak puas hati dengan aku aje. Ke... dengan Min-Jun?
"Selamat malam semua. Hari ni kita telah didatangi oleh tetamu yang sangat tidak sangkakan, iaitu anak kepada mendiang Kim Dae-Hyun dan Kim Byeol yang sebelum ini dia telah dibawa lari namun hari ini, Min-Jun telah membawanya ke istana kita," ucap Maharaja Min-Hyuk.
"Di mana kita tahu bahawa Dae-Hyun dan Byeol telah berkhidmat dengan negara kita sejak dulu dan telah teladan kepada negara ini. Beta berharap anak mereka, iaitu Kim Ara akan meneruskan perjuangan mereka untuk negara kita."
Aku tersenyum. Bermakna aku akan mula belajar menggunakan pedang tidak lama lagi. Perkara yang sudah lama aku nanti-nantikan selama ini. Akhirnya sudah kesampaian.
"Mulai esok, Ara akan mula belajar mempertahankan diri bersama Min-Jun."
"Ayahanda."
Aku memandang ke arah seorang lelaki yang berdiri. Melihat wajahnya sedikit tua dari Min-Jun, aku dah boleh beranggap bahawa dia mungkin abang atau abang tirinya.
"Ya, Jee In?"
"Kenapa ayahanda selalu berikan tanggungjawab kepada Min-Jun? Jee In anak sulung ayah jadi Jee In sepatutnya melatih Kim Ara cara untuk pertahankan diri tapi kenapa ayahanda suruh Min-Jun?"
Aku dapat rasakan suasana janggal yang sudah menghiasi ruang ni. Aku memandang ke arah Min-Jun dan Jee In bersilih ganti.
"Ara, aku rasa baik kau pergi masuk bilik kau sekarang. Sebab buat masa sekarang mungkin kau akan rasa tak berapa selesa. Makanan nanti aku bawakan untuk kau. Kau masuk aje dalam bilik dulu," ujar Min-Jun.
Aku hanya mengangguk. Aku mula bangun dari duduk lalu berjalan ke bilikku. Ketika aku berada di sebalik muka pintu, aku dapat mendengar suara Min-Jun memarahi abangnya itu.
Ya Allah, aku tak sangka keluarga istana juga bergaduh macam keluarga rakyat jelata mereka semua. Aku menggeleng. Kalau aku ada adik-beradik, mesti aku akan bergaduh macam tu juga.

Book Comment (91)

  • avatar
    niaputri

    best

    18/02

      0
  • avatar
    wowwdanz

    Cerita yang menarik

    03/09

      0
  • avatar
    Miramore

    tak ada sambungan ke huhuhu cerita dah best sangat..sambungkan please sampai betul ii ending dia

    27/06/2025

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters