logo text
Thêm vào thư viện
logo
logo-text

Tải xuống cuốn sách này trong ứng dụng

Bab 6: Mikael sedar!!! Tapi ada sesuatu yang berlaku!

"Ting...Tong..." (bunyi loceng berbunyi)
Puan Melissa melangkah pantas menuju ke arah pintu rumah. Mengharapkan sosok yang akan berada di pintu tersebut adalah anak tunggalnya, iaitu Mira.
"Krackkkk", (pintu dibuka)
"Hah...Mira! Kamu dari mana? Kenapa pukul 8.00 malam baru kamu sampai ke rumah?! Kenapa dengan muka kamu lebam-lebam macamni Mira?!!!", tanya Puan Melissa gelisah, dia sangat risaukan keadaan anaknya yang hilang tanpa khabar berita itu.
"Maaf... Mama... Mira penat sangat, Mira naik dulu ya", balas Mira ringkas.
Tanpa menghiraukan Puan Melissa yang sedang berdiri tegak dihadapan pintu, Mira melangkah terlebih dahulu naik ke atas biliknya. Didalam hati Puan Melissa, masih tertanya-tanya apakah yang berlaku. Tetapi, demi menghormati keputusan seorang anak, Puan Melissa membiarkan saja anaknya merehatkan diri terlebih dahulu biarpun persoalan penuh di minda Puan Melissa.
Mira membaringkan tubuhnya di atas katil. Dia menghelakan nafas lega kerana dapat membaring tubuhnya selepas apa yang berlaku pada hari tersebut. Mira mencapai tuala mandi, lalu melangkah masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
Selesai saja Mira membersihkan diri, Puan Melissa mengetuk pintu bilik untuk memanggil Mira menjamu selera di dapur.
"Mira...Mari makan... Kamu belum makan kan?...", tanya Puan Melissa.
" Baik Mama...Kejap lagi Mira turun...", balas Mira ringkas sambil menyikat rambut.
Wajahnya dibelek-belek akibat kesan-kesan lebam yang diterima pada hari tersebut. Kesan tamparan serta tumbukan melekat di wajahnya.
Selesai membelek-belek wajah jelita miliknya, Mira melangkah turun ke bawah untuk memenuhi panggilan Puan Melissa.
"Nih Mira... Mama buat chicken chop untuk Mira...Mira makan tau", ucap Puan Melissa.
"Hehe...Terima kasih Mama!", balas Mira teruja.
Chicken Chop buatan Puan Melissa adalah makanan kegemaran Puan Melissa sesungguhnya. Sampai saja makanan dijamu didepan mata, Mira lantas melahap seperti tiada hari esok.
"Hey...Makan slow-slow!", arah Puan Melissa kerana risau anaknya tercekik.
"Chicken Chop buatan Mama memang tiada tandingannya!!!", puji Mira sambil merakus makanan di depan mata.
"Ni...Mira...Mama nak tanya sikit...", ucap Puan Melissa tiba-tiba.
"Kenapa dengan muka kamu? Mama nampak lebam-lebam macamtu. Siapa yang buat?", tanya Puan Melissa.
Mira memegang wajahnya sambil menjawab, "Banyak hal terjadi hari ni Mama... Nanti Mira ceritakan okay?", balas Mira ringkas.
"Mama jangan la risau, Mira okay je. Tak sakit pun", tambah Mira lagi.
Tak sakit? Padahal di sudah dihajar teruk juga oleh Akram! Mujur mendapat rawatan awal dari Miss Suraya serta doktor dihospital. Kuranglah sedikit kesan yang bertapak diwajah jelita miliknya.
"Baiklah, Mira makan dulu ya... Mama nak cuci pinggan kejap", ucap Puan Melissa lalu melangkah ke singki dapur.
Pasti pembaca semua tertanya-tanya mengapa Puan Melissa tidak bertanya lebih berkaitan luka yang diterima Mira bukan? Hehe, hal ini kerana, Puan Melissa sudah faham sangat dengan perangai anak perempuan tunggalnya itu. Sejak Mira masih dibangku sekolah rendah lagi, Mira sudah terlibat dengan pergaduhan kecil yang melibat lelaki dan perempuan. Bahasa lebih mudahnya, Mira adalah perempuan yang seakan-akan 'tomboi'. Wajahnya yang jelita dan anggun memang tidak sesuai dengan tingkah laku sebenarnya.
Tetapi, baru-baru ini Puan Melissa sedar bahawa perangai Mira yang seperti itu semakin lama semakin pudar selepas Mikael muncul didalam hidupnya. Puan Melissa percaya, perubahan tersebut berlaku adalah berpunca daripada remaja lelaki yang bernama Mikael.
Disebabkan itulah, Puan Melissa tidak bertanya terlalu serius soal wajahnya yang lebam-lebam oleh kerana sejak di sekolah rendah dan menengah lagi, Mira akan pulang dengan baju kotor serta wajah yang terluka. Faham semua pembaca?! Baiklah... Mari kita sambung...
Mira menyerong kerusi ke belakang untuk berdiri. Tiba-tiba Puan Melissa menegur.
"Eh? dah habis makan ke?", tanya Puan Melissa.
"Haah Mama... Mira nak tengok tv kejap...", balas Mira mudah.
"Hmm, ini masa yang sesuai...", bisik Puan Melissa didalam hati.
Mira melabuhkan punggungnya diatas sofa empuk. Tangan mulusnya mencapai alat kawalan jauh televisyen. Pada masa yang sama, Puan Melissa turut melabuhkan punggung dan duduk bersebelahan anak kesayanggannya.
"So? Can you tell me now what's going on Mira?", tanya Puan Melissa.
"Mama ni... Nak tahu jugak ke?!", balas Mira sambil membuat muka 'menjengkelkan'.
"Of course Mama nak tau...Now...Tell me!", ucap Puan Melissa dengan wajah yang tersenyum-senyum...
"Haih...Mira kena hentam dengan Akram...", ucap Mira memulai cerita.
"Akram? Akram yang suka kamu tu?", tanya Puan Melissa.
"Yela, Akran mana lagi..."
"Sebab apa dia pukul kamu?", tambah Puan Melissa lagi.
"Dia paksa Mira terima dia. Padahal Mira tau, dia cuma nak jadikan Mira anak ayam je.. ", jawab Mira spontan.
"Kalau Mama nak tau, Akram tu memang budak yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti haram ni. Sebabtu kebanyakan student kat sana takut dengan dia..."
"Jadi...Apa lagi yang terjadi?"
"Mikael...Mikael datang tolong Mira."
"Habistu Mikael macam mana?", tanya Puan Melissa cemas.
"Kalau Mama nak tau... Mikael pun dibelasah teruk... Tapi ada satu benda yang jadi", jawab Mira dalam nada yang perlahan.
"Apa dah jadi Mira? Ceritakan semuanya pada Mama!", ucap Puan Melissa tegas.
Mira menceritakan apa yang berlaku terhadap Mikael dari awal sehinggalah tamat. Sebaik saja cerita selesai, Puan Melissa mengukir wajah yang agak terkejut. Terkejut mendengar cerita Mikael.
"Mama tak sangka.. Selama ni Mikael ada identiti lain?", tanya Puan Melissa dengan nada penuh tanda tanya.
"Okay lah Mama... Mira naik dulu lah, nak rehat", ucap Mira sambil melangkah naik ke atas.
Puan Melissa membiarkan saja anaknya melangkah pergi.
~~~Di dalam wad hospital~~~
Miss Suraya masih setia menunggu Mikael untuk sedarkan diri. Jam didinding sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Miss Suraya masih belum melelapkan mata. Tangan Mikael digenggam erat Miss Suraya dari sisi katil. Secara tidak sedar, mata Miss Suraya semakin lama semakin gelap lalu kepalanya terlentok di atas katil.
~~~Keesokan harinya~~~
Jari jemari Mikael bergerak-gerak menunjukkan respon untuk membuka mata. Miss Suraya turut terbangun selepas mendapat isyarat dari jari jemari yang bergerak. Dalam keadaan yang masih baru sedar dari tidurnya, Miss Suraya pantas melangkah keluar untuk memanggil doktor yang merawar Mikael.
"Doktor...Jari Mikael...Dah mula bergerak!", ucap Miss Suraya cemas.
"Hah? Bbbaiklah saya periksa sekarang", balas Doktor Daniel lalu melangkah masuk ke dalam wad.
Miss Suraya masih diluar sementara menunggu doktor memeriksa keadaan Mikael. Selepas 10 minit pemeriksaan dijalankan, Doktor Daniel melangkah keluar.
"Doktor! Macam mana keadaan dia?", tanya Miss Suraya sejurus saja melihat kelibat Doktor Daniel.
"Dia dah sedar sepenuhnya...Tapi selepas pemeriksaan total dibuat, ada satu masalah berlaku terhadap dirinya...", balas Doktor Daniel dalam nada yang sedikit kecewa.
"Kenapa doktor? Apa yang berlaku?", tanya Miss Suraya cemas.
Doktor Daniel meneruskan penerangan terhadap perubahan yang berlaku terhadap diri Mikael...
~~~Di rumah Mira~~~
"Ring...Ring...", telefon berbunyi.
Mira pantas mencapai telefon bimbit yang berdering bising di segenap penjuru ruang bilik tidurnya. Mira melihat, nama Miss Suraya tertera didalam skrin telefon bimbit. Mira pasti, ini berkaitan dengan Mikael.
"Hello Miss...Mikael dah sedar ke?!", tanya Mira pantas.
"Ya!!! Kamu datang lah ke sini sekarang!", balas Miss Suraya cemas.
"Bbbaik.. Saya datang sekarang!"
~~~Di wad hospital~~~
"Tap..Tap...Tap...", (bunyi tapak kaki melangkah)
Miss Suraya terdengar bunyi langkah kaki lalu memandang ke arah bunyi tersebut datang.
"Mira!!!", panggil Miss Suraya.
Mira mempercepatkan lagi langkah kakinya untuk sampai ke posisi Miss Suraya.
"Macam mana Miss? Macam mana keadaan Mikael?", tanya Mira cemas.
"Kita masuk dulu, kamu tengok sendiri apa dah jadi okay?", jawab Miss Suraya ringkas.
Mereka melangkah bersama masuk ke dalam wad. Kelihatan Mikael sedang duduk diatas katil sambil memandang keluar tingkap. Mira sangat teruja melihat Mikael sudah mampu membuka mata semula.
Disebabkan terlalu teruja, Mira berlari ke arah Mikael sambil berteriak namanya. "Mikael!!!"... Akibat laungan yang boleh didengar sehingga ke ruangan sebelah, Mikael menolehkan kepala memandang ke arah suara tersebut. Namun...Sesuatu terjadi...
Tiba-tiba Mikael bersuara...
"Siapa?"
Mira menghentikan langkah sebaik saja Mikael berkata seperti itu...
~~~Perbualan Miss Suraya dan Doktor Daniel~~~
"Apa yang berlaku doktor?", tanya Miss Suraya.
"Macam ni ya...Selepas pemeriksaan total dibuat, kami mengesan Mikael mengalami amnesia kecil akibat pukulan di belakang kepalanya tempoh hari.", balas Doktor Daniel tenang.
"Hah? Apa maksud doktor?", tanya Miss Suraya tegas.
"Maksud saya...Buat masa ni Mikael akan hilang ingatan dalam skala yang kecil. Akan ada memori-memori yang akan dia lupa atau orang yang dia pernah berjumpa...", tambah Doktor Daniel lagi.
Wajah Miss Suraya langsung berubah selepas mendengar berita yang disampaikan Doktor Daniel. Sungguh, hilang ingatan bukanlah sesuatu yang kecil. Ia masalah yang sangat serius!
"Ahh.. Kalau macamtu boleh saya jumpa dia sekarang?", ucap Miss Suraya sambil menunjuk ke arah wad Mikael.
"Boleh... Tapi awak harus terima kalau-kalau dia sudah melupakan awak...", balas Doktor Daniel ringkas.
"Baiklah...Terima kasih...", ucap Miss Suraya lalu melangkah ke dalam wad Mikael.
"Mikael...Kamu okay?", tanya Miss Suraya.
"Miss Suraya kah? Macam mana saya boleh ada dekat sini? Apa jadi dengan saya?", tanya Mikael mudah.
Kelegaan muncul didalam hati Miss Suraya selepas Mikael menyebut namanya. Memori Mikael tentang Miss Suraya, masih belum hilang.
"Syukurlah!", bisik Miss Suraya didalam hati.
~~~Di dalam wad~~~
"Mikael? Awak tak ingat saya?!", tanya Mira keliru.
"Hah? Siapa kau? Aku pernah kenal kau ke sebelum ni?", tanya Mikael mudah.
Mira lantas memandang ke arah Miss Suraya dengan pandangan yang murung. Dia terkejut Mikael sudah tidak mengingati dirinya lagi. Mira melangkah pantas menuju ke arah Miss Suraya yang masih berdiri di hadapan pintu wad.
"Miss...Apa yang sebenarnya berlaku?!", tanya Mira dengan nada yang tegas.
"Mira...Bawakkan bersabar... Doktor cakap, Mikael hilang ingatan skala kecil disebabkan pukulan dari belakang kepala...", jawab Miss Suraya dengan nada yang tenang.
"Pukulan? Belakang Kepala?...", tanya Mira didalam hati.
Mira memandang ke arah Mikael yang masih terpinga-pinga melihat Mira seperti orang gila. Tanpa disedarinya, air mata gugur secara tiba-tiba.
"Mira! Kamu kenapa?", tanya Miss Suraya cemas.
"Eh? T-tak...Takde apa... Saya keluar dulu...', balas Mira ringkas sambil melangkah keluar dari wad tersebut.
"Tunggu...Mira!"
"BAMMMM", pintu wad ditutup.
"Mikael, tunggu disini ya... Biar Miss yang pergi tengok dia.", ucap Miss Suraya.
Mikael menganggukkan kepala tanda setuju. Miss Suraya mengejar langkah kaki Mira yang pantas itu. Miss Suraya sedar Mira sedang mengesat air mata sepanjang perjalanan. Miss Suraya berlari anak lalu menyentap tangan milik Mira.
"Mira...Tunggu! Kenapa dengan kamu?", Miss Suraya bertanya.
Mira melabuhkan punggung di kerusi berdekatan tidak mengeluarkan sebarang bicara. Mulutnya diam membisu, hanya air mata yang menunjukkan isi hati pada waktu itu.
"Come on Mira... Talk to me... Mana tau saya boleh bantu?", ucap Miss Suraya tenang.
"Miss...S-sebenarnya...", ucap Mira perlahan.
"Sebenarnya...?", tanya Miss Suraya lagi.
"Sebenarnya... Saya lah yang pukul belakang kepala Mikael...", balas Mira dengan nada yang penuh kecewa.
Miss Suraya terdiam seketika sebaik saja mendengar pengakuan yang dibuat oleh Mira ketika itu.
"T-tapi, saya terpaksa. Mikael going too far... Kalau dibiarkan, Akram boleh mati at that time jugak! Tiada siapa pun berani hentikan Mikael!", tambah Mira dengan tangisan yang semakin deras.
Biarpun dalam keadaan yang masih 'shock', Miss Suraya masih mencuba untuk menenangkan Mira.
"It's okay Mira... Bukan salah awak. Niat awak baik kan? Doa untuk Mikael supaya dia dapat recover balik ingatan yang hilang...", ucap Miss Suraya untuk menenangkan Mira yang seperti dalam keadaan trauma itu.
Miss Suraya memeluk erat tubuh Mira untuk memberikan sokongan terhadap dirinya. Dalam masa yang sama, fikirannya masih tertumpu ke arah Mikael.
~~~Didalam wad Mikael~~~
"Baiklah encik Mikael... Kamu ada waris yang menjaga?", tanya Doktor Daniel.
"Tidak. Saya tinggal berseorangan saja.", balas Mikael ringkas.
"Tapi...Melalui data pendaftaran negara yang baru kami rujuk, kamu sebenarnya masih mempunyai seorang abang 'angkat'. Sebelum ini kamu di besarkan bersama oleh Tuan Malik, iaitu ayah 'angkat' kamu. Kamu ingat?", tanya Doktor Daniel lagi.
"Saya tak ingat yang saya pernah ada keluarga...", ucap Mikael.
"Baiklah tidak mengapa. Saya akan hubungu mereka untuk konfirmasi. Terima Kasih...Kamu boleh berehat sekarang...", ucap Doktor Daniel sebelum meninggalkan ruangan wad.
~~~Diruangan Doktor Daniel~~~
Doktor Daniel sedang menekan nombor telefon yang tertera dibalik skrin komputer miliknya. Telefon pejabat ditekapkan ditelinga. Tidak lama membuar panggilan, akhirnya ada yang bersuara.
"Hallo? Siapa ni?", ucap pemilik suara garau tersebut.
"Hallo...Saya Doktor Daniel dari Hospital Kuala Tempur... Saya ingin bertanya, adakah saya sedang bercakap dengan Tuan 'Ezekiel'?", balas Doktor Daniel bersahaja.
"Ya saya. Saya Ezekiel. Ada apa ni?", tanya Tuan Ezekiel merangkap abang kepada Mikael.
"Saya ingin memberitahu bahawa adik kamu iaitu Mikael sedang dirawat dihospital ini. Tetapi, dia sudah pun hilang ingatan. Kalau tidak keberatan, boleh tuan bawa dia pulang untuk recovery balik ingatan yang hilang?", pinta Doktor Daniel.
"Mikael?! Ya dia adik saya yang dah lama hilang! Saya datang sekarang!", balas Ezekiel teruja.
"Jumpa sudah kau...Mikael....", bisik Ezekiel didalam hati.
~~~Dihadapan wad Mikael~~~
Kelibat Mira dan Miss Suraya sudah pun kelihatan dihadapan wad Mikael. Tidak lama kemudian, Doktor Daniel menyapa dari belakang...
"Cik Suraya... Mikael dah boleh keluar wad harini... Keadaan dia dh stabil sepenuhnya.", ucap Doktor Daniel.
"Wah syukurlah! Jadi, saya dah boleh bawa dia balik sekarang?", tanya Miss Suraya teruja.
"Eh tidak perlu... Sekejap lagi akan ada yang datang menjemput Mikael", balas Doktor Daniel.
"Hah? Jemput Mikael? Siapa?", tanya Miss Suraya keliru. Setahunya, Mikael hanya tinggal berseorangan dirumah.
"Ah kebetulan sudah sampai. Itu orangnya!", balas Doktor Daniel sambil menunjuk ke arah dua individu lelaki berpakaian serba hitam sedang berjalan menuju ke arah mereka.
"Siapa? Siapa kamh semua?", tanya Miss Suraya dalam keadaan keliru.
"Saya orang bawahan Tuan Ezekiel. Kami diminta untuk membawa Tuan Muda Mikael untuk pergi dari sini...", jawab lelaki tersebut.
"Tuan? Tuan Ezekiel?", tanya Miss Suraya lagi.
Tiba-tiba telefon bimbit milik salah seorang individu tersebut berbunyi.
"Ringgg...Ringgg..."
"Halo Tuan", ucap lelaki tersebut.
"Serahkan phone ni pada wanita itu", arah Ezekiel.
"Baiklah", balas lelaki tersebut lalu memberikan telefon bimbit kepada Miss Suraya.
Miss Suraya menekapkan telefon bimbit ditelinga dengan raut wajah yang gelisah. Sementara Miss Suraya sedang bercakap di telefon bimbit, salah seorang lelaki berbaju hitam mula melangkah ke dalam wad untuk mengiringi Mikael.
"Hallo... Suraya...", ucap suara garau milik Ezekiel.
Miss Suraya tergamam, sebaik saja mendengar suara tersebut masuk kedalam gegendang telinga miliknya.
"Terima kasih kerana menjaga Mikael selama ini. Sudah sampai masanya kau serahkan dia pada aku.", tambah Ezekiel lagi.
Mira sedar bahawa wajah Miss Suraya berubah sebaik saja dia menekapkan telefon bimbit di telinga.
"Aku syorkan kau jangan buat apa-apa masalah. Kalau kau taknak gadis sebelah kau tu diapa-apa kan satu hari nanti...", ucap Ezekiel tenang.
Miss Suraya memandang ke arah Mira dengan wajah yang cuak.
"B-baiklah....", balas Miss Suraya tenang.
Mikael dan seorang lagi individu berbaju serba hitam sudah keluar dari wad. Miss Suraya menyerahkan kembali telefon bimbit kepada seorang lagi lelaki yang datang bersama. Sebaik saja telefon bimbit diberikan, Miss Suraya pantas berlari anak ke arah Mikael dan mencuba untuk memegangnya. Namun, usahanya gagal.
Lelaki berbaju hitam atau merangkap sebagai 'bodyguard' Mikael menepis tangan Miss Suraya begitu saja sehingga Miss Suraya terduduk di atas lantai.
"Maaf. Tuan Ezekiel tidak membenarkan sesiapa pun mendekati Tuan Muda.", ucap lelaki tersebut dengan tenang.
Mira berlari anak menuju ke arah Miss Suraya. Dia cuba memapah Miss Suraya untuk bangun semula.
"Kenzo...Mari gerak...", ucap salah seorang bodyguard.
Seorang lagi yang bernama Yinzo menganggukkan kepala tanda setuju untuk bergerak sekarang.
"Tunggu...Mikael! Takkan kamu nak ikut mereka begitu saja!", teriak Miss Suraya.
"Miss...Kenapa ni? Mikael nak kemana?!", tanya Mira kerana keliru dengan situasi saat itu.
"Mikael!!! Jangan ikut mereka!!!", teriak Miss Suraya lagi.
Mikael melangkah pergi tanpa menghiraukan teriakan yang dikeluarkan oleh Miss Suraya. Mikael juga masih dalam keadaan yang binggung serta tidak tahu untuk bertindak seperti apa. Dia hanya mampu akur dan mengikuti rentak sahaja.
Semakin lama, sosok Mikael semakin hilang dari pandangan. Air mata Miss Suraya semakin deras sebaik saja melihat Mikael tidak ada lagi dari pandangan miliknya. Mira cuba untuk menenangkan Miss Suraya, namun gagal. Keadaan Miss Suraya ketika itu, betul-betul seperti gagal mencapai satu perkara.
~~~Di kereta Vellfire hitam~~~
Kenzo membuka pintu kereta untuk memberi laluan kepada Mikael.
"Silakan mssuk, Tuan Muda...Tuan Ezekiel sudah menunggu di dalam.", ucap Kenzo.
Sebaik sahaja pintu dibuka, seorang individu menyambut dari belakang pintu. Orang itu adalah Ezekiel.
"Welcome home my lovely brother!", ucap Ezekiel penuh keterujaan.
Ezekiel mencapai tangan Mikael untuk menyambut dia masuk ke dalam ruangan kereta mewah itu.
"Kau... Siapa?", tanya Mikael sebaik saja dia melabuhkan pinggang di atas kerusi kereta yang sangat empuk itu.
"Aku? Hahahaha aku adalah 'abang' kau Mikael. Jangan risau, kau akan ingat semula tak lama lagi...", balas Ezekiel sambil tertawa dihujung percakapan.
"Nicki... Balik main house.", arah Ezekiel.
"Baik Tuan!", balas seorang lagi individu lelaki merangkap sebagai pemandu peribadi Ezekiel.
Saat itu, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah agam milik keluarga Malik Tiger. Salah satu keluarga yang terkenal juga di sekitar kota raya. Tapi... Mereka terkenal dari segi apa?.
Nantikan chapter berikutnya. Kehidupan Tuan Muda Mikael, bermula disini!
~KITA BERAKHIR DISINI. NANTIKAN CHAPTER SELANJUTNYA!~
~TERUSKAN SUPPORT YAH!~

Bình Luận Sách (173)

  • avatar
    GacurrrNizz

    good

    1d

      0
  • avatar
    RosilawatiNik

    cerita yang menarik...xsabar nk tunggu sambungannya

    16d

      0
  • avatar
    SiocoKevin

    9000

    22d

      0
  • Xem tất cả

Các chương liên quan

Chương mới nhất