logo text
Thêm vào thư viện
logo
logo-text

Tải xuống cuốn sách này trong ứng dụng

Bab 3: Hari Cuti

Di rumah Mikael~~~
Selesai mengisi perut dengan mee segera kegemarannya, Mikael berangkat ke katil untuk merehatkan tubuh badannya. Untuk menghilangkan kebosanan yang melanda pada malam itu, Mikael membuat keputusan untuk menonton video pendek yang berada didalam aplikasi 'Tiktok'. Semasa dia sedang leka menonton video-video yang mencuri perhatiannya itu, tiba-tiba sahaja telefonnya berbunyi...
"Ring Ring..."
Mikael memerhatikan nombor telefon yang tertera. "Nombor siapa ni?", bisik Mikael didalam hati. Mikael berasa curiga untuk mengangkat panggilan tersebut kerana dia tidak save nombor itu sebelumnya. Walaubagaimanapun, Mikael menolak perasaan curiganya itu, lalu menjawab juga panggilan itu.
"Moshi Moshi...", ucap suara tersebut.
"Moshi Moshi?! Boleh aku tahu ni siapa?", tanya Mikael dengan penuh serius.
"Ishhh awak ni... Ni saya la, M...I...R...A...MIRA!", balas suara tersebut dengan nada yang agak lantang.
Wajah Mikael berubah kerana dia berasa pelik. Bagaimana Mira boleh dapat nombor telefon miliknya???
"Kejap... Macam mana kau dapat nombor aku ni?", tanya Mikael sambil menyandarkan tubuhnya ke kepala katil.
"Hehe... Rahsia!", balas Mira sambil membuat bunyi yang agak menjengkelkan.
"Haih takpelah, tak penting. Jadi? Apa kau nak ni?", tanya Mikael ringkas. Dia tidak berminat untuk meneruskan perbualan panjang.
"Macam ni Mikael, esok cuti kan?", tanya Mira dengan nada yang lemah lembut.
"Ya", balas Mikael ringkas.
"Apa kata kita keluar esok... Nak?", kata Mira dengan nada yang ceria.
"Keluar? Untuk apa?", balas Mikael pula dengan nada yang penuh kekeliruan.
Belum pernah wujud lagi seorang wanita yang mengajak dia keluar sepanjang 20 tahun dia hidup di atas muka bumi. Ini merupakan kali pertama didalam sejarah hidupnya. Mikael masih tidak mengerti...
"Awak selalu duduk rumah. Apa kata awak amik angin dengan saya esok? Please Mikael..." , pinta Mira dengan membuat nada yang manja.
"Baiklah. Jumpa esok.", jawab Mikael dengan ringkas sambil mengeluh kecil di akhir percakapan.
"Yeayyyy. Thankyou Mikael!!! Jumpa di Mid Valley!, ucap Mira dengan nada yang penuh gembira.
Tanpa membalas, Mikael mematikan panggilan tersebut.
Di rumah Mira~~~
"Ish, macam tu je dia matikan?!", bebel Mira seorang diri sambil memukul tilamnya yang empuk.
"Tapi tak apalah, at least dia setuju nak keluar dengan aku!!!", bisik Mira sambil menggulingkan tubuhnya diatas katil tanda gembira.
'Tuk Tuk Tuk...', bunyi pintu diketuk.
"Amboi Mira, sampai keluar Mama dengar kamu seronok-seronok dalam bilik ni. Ada apa-apa ke?", tanya Puan Melissa, Mama kepada Mira.
"Esok Mira keluar dengan someone!!! Mira terlalu excited!", ucap dengan penuh keterujaan.
"Wahhh, Mira keluar dengan siapa esok?", tanya Puan Melissa sambil duduk diatas katil anaknya.
"Mikael", jawab Mira ringkas sambil menyandarkan tubuhnya ke kepala katil.
"Ouh... Mikael yang takde perasaan tu?", tanya Puan Melissa dengan senyuman lebar.
"Yes Mama!!! Dia tu la!!!", balas Mira dengan senyuman yang penuh teruja.
"Senang-senang nanti, Mira bawak dia jumpa Mama... Mama teringin nak tengok dia depan-depan", ucap Puan Melissa.
Wajah Mira yang penuh senyuman itu tiba-tiba berubah sejurus saja selepas mendengar kata-kata dari Mamanya itu...
"Mama, are you serious?", tanya Mira dengan nada yang penuh ingin tahu.
"Yes. I'm serious sayang. Mama nak tengok sendiri lelaki yang mampu buat anak Mama happy sampai macamni depan mata Mama...", ucap Puan Melissa sambil mengelus rambut anak tersayangnya itu.
Mira tersenyum sehingga matanya tertutup. Kegembiraan didalam hati semakin membuak-buak selepas mendengar kata-kata dari Puan Melissa.
"Boleh Mama, nanti Mira akan cuba bawak dia datang sini", kata Mira sambil memeluk erat tubuh Puan Melissa...
Di rumah Mikael~~~
"Macam mana aku boleh setuju ni... Pelik betullah...", bisik Mikael didalam hati.
"Tapi, kalau sekali sekala, apa salahnya kan? Lagi pun dia memang nampak berminat nak berkawan dengan aku...", tambah Mikael lagi.
"Haih...Untuk pertama kalinya aku keluar dengan perempuan! Semoga baik-baik saja ya Aries Mikael!", pujuk Mikael didalam hati.
Mikael tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam meluangkan masa berdua bersama perempuan. Kehidupannya yang terdahulu kebanyakkannya dilengkapi dengan golongan lelaki. Perempuan memang tidak pernah sekali wujud didalam hidup seorang Mikael.
"Jangan difikirkan sangat lah... Baik aku tido. Lagi bagus.", bisik Mikael lalu terus melelapkan mata.
Bantal peluk 'Zero Two' kegemarannya dicapai. Tanpa batal itu, Mikael pasti tidak dapat tidur lena. Oleh kerana hidupnya yang tiada kawan-kawan, Mikael banyak menghabiskan waktu dengan menonton anime apabila dia keseorangan. Anime kegemarannya adalah One Piece. Waifu nombor 1 baginya adalah Zero Two.

7.00 Pagi:
'Ring Ring!!!', alarm telefon bimbit Mikael berbunyi.
Wajah Mikael terpisat-pisat mencari keberadaan telefon bimbit miliknya. Jumpa sahaja telefon bimbitnya, Mikael pantas mematikan alarm tersebut. Bagi Mikael, bunyi alarm adalah bunyi yang paling menyakitkan telinga didalam dunia.
Mikael bangkit dari katilnya. Dia terus mencapai tuala, lalu melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai pemandian yang menyejukkan, Mikael mula mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai.
Selepas 5 minit pencarian, akhirnya kemeja hitam lengan panjang menjadi pilihan untuk dipakai bagi perjumpaan tersebut. Seluar jeans hitam slim fit langsung disarung Mikael sejurus saja dia menyarung kemeja hitam.
Tanpa mendandan rambut, Mikael terus melangkah ke dapur untuk mencari makanan yang boleh mengisi perutnya untuk pagi tersebut. Dua keping roti kosong dicapai lalu dimasukkan ke dalam pembakar roti. Selesai membakar roti, Mikael menyapu mentega ke atas roti tersebut.
"Pagi-pagi macamni pekena kopi pun sedap jugak...", bisik Mikael didalam hati.
Roti yang disapu mentega diletakkan diatas pinggan. Mikael melangkah ke arah peti ais, lalu mencapai satu tin air kopi kegemarannya. 'Ahhh perfect!', bisik Mikael didalam hati sambil menggigit sedikit roti yang sudah siap disapu mentega itu.
Mikael mengambil masa selama 10 minit untuk menghabiskan 2 keping roti bakar serta satu tin kopi sejuk. Setelah selesai mengisi perut, Mikael mencapai kunci motorsikal miliknya, lalu terus melangkah keluar dari rumah. Mikael menunggang motorsikal Brixton 150 yang disimpan dibelakang rumahnya. Mikael membuat keputusan untuk menunggang sehingga ke Stesen LRT sahaja. Dia tidak berniat untuk menunggang sehingga ke destinasi yang dituju.
"Naik LRT lagi jimat masa...", bisik Mikael sambil menghidupkan enjin motorsikal kesayangannya.
Motorsikal Brixton 150 mula memyusuri jalan raya. Mikael terlihat seakan seorang lelaki yang sangat 'gentleman' dengan kemeja hitam serta Brixton 150 yang berwarna hitam. Berhenti di lampu isyarat merah, terdapat juga beberapa mata yang tertumpu ke arah Mikael yang sedang menunggang motorsikal. Penampilannya yang verstile itu, sedikit menarik perhatian beberapa para gadis.
Walaubagaimanapun, Mikael tidak menghiraukan semua itu. Dia tetap seperti biasa, seoarang remaja lelaki tanpa perasaan. Perjalanan ke Stesen LRT mengambil masa selama 15 minit. Sampai sahaja di sana, Mikael memakirkan motorsikal di tempat yang sepatutnya.
Jam menunjukkan pukul 7.40 pagi. LRT dijadualkan akan bergerak ke Mid Valley pada pukul 7.45 pagi. Mikael sudah pun masuk kedalam LRT terlebih dahulu. Mikael seorang remaja lelaki yang tidak suka buat kerja last minit. Itu merupakan salah satu keperibadian seorang Aries Mikael.
Di rumah Mira~~~
"Mira... Cepat!!! Nanti lambat nak kesana!", teriak Puan Melissa dari bawah memanggil anaknya yang masih belum turun sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi.
" Kejap Mama!!! Dah nak siap dah ni!!! Kejap lagi Mira turun!", balas Mira sambil bergegas mengemas alat solek yang berselerak diatas meja solek miliknya.
Tidak sampai 2 minit, sudah terdengar bunyi tapak kaki seseorang mula menuruni tangga. Mira bergegas turun dari tangga kerana Mamanya berteriak memanggilnya dari bawah. "Okay Mama... Jom!", kata Mira sambil berdiri dihadapannya. Puan Melissa melihat anak kesayangannya atas bawah. "Mama? Kenapa?", tanya Mira pelik. "Kamu nampak macam Mama masa muda-muda dulu!", balas Puan Melissa sambil mencubit pipi anaknya yang comel itu. "Ishhh Mama ni!!! Dah jom la!!!", Mira menarik tangan Puan Melissa menuju ke kereta.
Mid Valley:
"Cih, lambatnya. Aku sampai dulu la ni?", bebel Mikael didalam hati.
Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Sosok Mira masih belum dilihatnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, tanda menerima sebuah mesej.
'Maaf saya lambat sikit...Jalan jem!'
Mikael menaip untuk membalas mesej...
'Takpe... Aku dah sampai ni... Jumpa di main entrance...'
Mikael menutup telefon bimbit sejurus saja dia menghantar mesej tersebut.
Telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi dengan mesej, 'Okay bb'.
"Hah? BB? Amende tu?", tanya Mikael didalam hati.
Oleh kerana tidak tahu apa yang ingin dibalas, Mikael membiarkan saja mesej tersebut tanpa balasan. Mikael melangkah ke kerusi yang berdekatan dengan main entrance yang disebutnya didalam mesej sebentar tadi.
"Hai Mikael!!!", teriak suara tersebut dari jauh.
Mikael memandang ke arah suara yang dia baru dengan sebentar tadi. Selepas 10 minit penungguan, akhirnya sosok tubuh Mira dilihat. "Maafkan saya Mikael! Jalan terlampau jem teruk!", ucap Mira dengan bersungguh-sungguh supaya Mikael memaafi dan memahami situasi yang dihadapinya.
"Haip Haip... Takpe, aku tak marah pun", balas Mikael ringkas sambil tangan didalam poket.
Tidak lama selepas itu, mata Mira tertumpu ke arah penampilan Mikael yang mencuri perhatian itu. Secara tidak langsung, mereka memakai baju dengan warna yang sama! Hal itu membuatkan Mira sangat senang hati. Matanya memandang Mikael atas bawah. Mikael menyedari tindakan Mira tersebut, lalu dia pantas menegur Mira secara tiba-tiba.
"Oi, kau tengok apa?!", terjah Mikael dengan mukanya memandang muka Mira secara dekat.
"Eh??? T...tak de ape!!!", balas Mira tergagap-gagap sambil mengalihkan pandangan ke tempat lain.
" Jadi? Dah boleh jalan ke?", tanya Mikael.
Mira menganggukkan kepala tanda setuju. Semasa berjalan berdua, Mikael mula membuka ruang perbualan.
"Jadi... Kenapa tiba-tiba kau ajak aku keluar?"
Mira memandang wajah Mikael setelah mendengar soalan tersebut, lalu menjawab " Saya saja nak luangkan masa saya dengan awak. Saya nak kenal awak lebih lagi ".
Mikael tidak membalas sepatah pun. Dia hanya memandang ke hadapan dan meneruskan perjalanan. Didalam fikiran Mira, dia sedang memikirkan aktiviti yang boleh dibuat bersama Mikael, supaya Mikael tidak berasa bosan semasa keluar bersamanya.
"Mikael... Kita tengok wayang nak?", tanya Mira tiba-tiba.
"Eh? Tengok wayang? Kita dua je?", balas Mikael penuh hairan.
"Kita dua jela. Awak ada nampak orang lain ke?", balas Mira semula sambil membuat wajah yang merajuk.
Mikael memandang kehadapan untuk memikirkan jawapan yang tepat. "Wayang berdua? Serius lah woi?!", tanya Mikael didalam hati dengan nada yang cemas. Mikael terbatuk kecil lalu bersetuju dengan ajakan Mira. Mira mula mengukir senyuman.
Di kaunter tiket wayang:
"Hai Cik, boleh saya tahu awak nak tengok cerita apa?", tanya pelayan tersebut kepada Mikael.
Mikael memandang ke arah Mira, lalu bertanya "Kau nak tengok cerita apa?"
"Saya ikut awak je", balas Mira dengan satu senyuman manis.
"Kalau macamtu... Bagi saya dua tiket My Hero Academia Two Heroes...", balas Mikael bersahaja.
"Hah? Anime?!", bisik Mira didalam hati...
"Baik... Sekarang awak boleh pilih seat...", kata pelayan tersebut.
Mikael memerhatikan seat kosong yang tertera didalam skrin monitor dihadapannya. Kebanyakkan seat sudah pun penuh. Hanya tinggal 4 seat kosong. Dua seat couple, dua lagi seat memanjang tetapi berpisah. Semasa Mikael sedang memikirkan seat yang dipilih, pelayan tersebut pun bersuara...
"Saya syorkan awak amik seat couple je. Lagi pun awak berdua kan pasangan?"
Mira dan Mikael serentak memandang sesama sendiri. Mikael pantas ingin menidakkan kata-kata pelayan tersebut, malah pantas di pintas oleh Mira.
"Ahahaha... Bagi kami seat couple tu", ucap Mira dengan pantas.
Mikael memandang ke arah Mira sambil membuat muka yang 'bengang'. Mira menghiraukan wajah Mikael, lalu membuat tanda tangan 'Ok' dengan satu senyuman yang manis. Mikael hanya mampu mengeluh...
"Saya tak sangka pulak awak pun tengok MHA...", kata Mira sambil melangkah bersama Mikael.
"Bukan MHA je aku layan, banyak lagi...", balas Mikael ringkas.
"Wahhh kebetulan betul! Saya pun animelovers!", ucap Mira dengan penuh teruja.
Dia tidak menyangkan Mikael yang seakan tiada perasaan itu sebenarnya seorang 'animelovers' seperti dirinya. Sudah lama Mira mengidam seorang pasangan yang mempunyai minat seperti dirinya. Akhirnya sudah pun berada didepan mata. Malangnya, mereka bukanlah 'pasangan'.
"Panggung 8 dah berlampu tu, jom masuk", ajak Mikael sambil melangkah terlebih dahulu.
"Heiii tunggu lah saya!!!", teriak Mira mengejar langkah Mikael yang sudah didepan.
Mikael menghulurkan dua tiket ke arah penjaga yang menjaga pintu masuk. 'Selamat menonton', ucap penjaga tersebut. Mira dan Mikael melangkah masuk ke panggung dan menuju ke arah seat yang ditetapkan.
Wajah Mikael tidak menunjukkan apa-apa ekspresi biarpun dia duduk sedekat itu dengan Mira. Tidak lama selepas itu, lampu panggung mula dipadamkan. Suasana gelap hanya ditemani lampu dari layar panggung sahaja.
Dengan sengaja, Mira merapatkan lagi bahunya ke bahu Mikael. Kedudukan mereka saat itu sangat rapat. Mikael sedar akan hal tersebut, tetapi dia hanya mengendahkan saja.
"Mikael... Siapa fav karakter awak dalam MHA ni?", tanya Mira tiba-tiba.
" Fav karakter aku? Maybe Shoto", jawab Mikael dengan mudah.
Mira sangat faham kenapa Shoto dijadikan karakter kegemarannya. Sifat Shoto yang tidak banyak cakap serta dingin itu, sangatlah sesuai dengan sifat Mikael yang berada didepan mata.
Selepas 1 jam filem ditayangkan, Mira menjeling ke arah wajah Mikael. Dia sedar, Mikael sangat meminati movie tersebut. Tetapi, dalam masa yang sama Mira berasa sedikit mengantuk kerana suhu yang agak sejuk. Mira cuba untuk bertahan, namun gagal. Kepalanya menyinggah ke bahu Mikael. Mikael tersedar, lalu melihat ke arah Mira yang sudah condong kedudukannya.
Mikael tidak mengalihkan bahu, dia malah membiarkan saja bahunya dijadikan bantal sementara untuk kepala Mira. Selepas 1 jam 36 minit filem ditayangkan, akhirnya tamat juga. Mikael mengejut Mira dengan menggerakkan bahunya perlahan dengan harapan Mira akan tersedar. Malangnya, tiada sebarang respon dari Mira. Dia sudah lena dibuai mimpi didalam panggung tersebut.
Demi membangunkan Mira tanpa menyentuh, Mikael menggerakkan bahunya dengan kuat sehingga kepala Mira terangkat sedikit. Mungkim caranya agak kasar, tapi itu saja cara yang ada. "Maaf ya, itu je cara yang ada!", bisik Mikael didalam hati. Tidak lama selepas itu, Mira mula membuka mata.
"Eh? Dah habis ke?", tanya Mira dengan mata yang masih terpisat-pisat.
"Dah... Jom keluar", ajak Mikael sambil berdiri dan melangkah terlebih dahulu.
Oleh kerana tidak ingin tertinggal, Mira mencapai tangan Mikael. "Tunggulah saya Mikael", ucap Mira lembut...
Mikael berhenti dari melangkah. Dia memandang ke arah Mira yang sedang memegang tangannya secara tiba-tiba. Mira tidak sedar akan hal itu, dia masih dalam keadaan yang terpisat-pisat.
"Anu... Mira?", tegur Mikael lembut.
"Ha?", balas Mira sambil memandang wajah Mikael.
Mira baru tersedar bahawa dia sedang memegang tangan Mikael. Dengan pantas dia melepaskan pegangan tersebut. "Mmm..mmmaafkan saya!!!", Mira meminta maaf dengan bersungguh-sungguh.
"Takpe, dah marilah...", ajak Mikael dengan lembut.
Mira dan Mikael melangkah keluar dari panggung bersama. Didalam fikiran Mikael masih membayangkan aksi dari Deku serta All Might yang berada di dalam filem sebentar tadi. Mira menegur Mikael untuk mengetahui apa yang sedang difikirnya...
"Awak fikir apa tu Mikael?", tanya Mira tiba-tiba sambil memandang erat wajah Mikael.
"Eh? takde ape lah.... So sekarang kita nak buat apa ni?", balas Mikael mudah.
"Emmmm... Apa kata kita pergi makan?", balas Mira.
"Nice idea", kata Mikael.
McDonald menjadi pilihan mereka berdua untuk mengisi perut. Mikael memesan satu set double prospereties burger untuk dirinya serta satu set double cheese burger untuk Mira. Semasa sedang asyik melayan keenakan burger yang dipesan, tiba-tiba Mira bersuara.
"Mikael... Terima kasih sebab sudi keluar dengan saya harini"...
"Eh? Tak perlu terima kasih la", balas Mikael ringkas.
"Aku nak tanya satu soalan...Kau tak malu ke keluar dengan aku?", tambah Mikael lagi.
"Malu? Kenapa saya nak malu? Saya yang ajak awak keluar. Mestila sebab saya yang berminat nak keluar dengan awak!", balas Mira tegas.
"Minat?", tanya Mikael lagi.
"Eh...Ehhhh!!! Lupakan!!!", balas Mira dengan mukanya yang sudah mula memerah.
Semasa mereka sedang asyik menikmati makanan pada masa tersebut, mereka tidak sedar bahawa ada seorang individu sedang mengambil foto mereka bersama. Lelaki yang tidak diketahui indentitinya. "Benda ni wajib dilaporkan!", kata suara tersebut.
Di tempat Boss Akram~~~
"Macam mana? Berani lagi nak lawan aku?!", teriak Akram ke arah beberapa individu yang sudah terbaring kesakitan.
Pada waktu tersebut, Akram baru sahaja selesai membantai satu kumpulan samseng yang berada di area berdekatan. Pembantaian dilakukan adalah untuk menambah ahli baru serta meluaskan lagi wilayah kekuasaan. Biarpun Akram masih seorang pelajar yang menuntut di kampus, dia juga seorang samseng yang bergiat aktif di dalam 'dunia gelap'.
Semasa dia sedang asyik membantai mereka yang sudah lunyai mencium tanah, telefon bimbit Boss Akram tiba-tiba sahaja berbunyi. Sejurus saja mendengar bunyi tersebut, Boss Akram menghentikan tindakannya lalu mengarahkan bawahannya yang lain menguruskan mereka yang sudah terbaring itu.
"Hah pahal Roy? Ada apa kau call aku ni?!", tanya Boss Akram dengan tegas.
"Tengok mesej Boss!!! Ada benda penting ni!!!", teriak Roy.
"Penting?! Hah aku tengok kejap!", balas Boss Akram sambil mematikan panggilan tersebut.
Boss Akram mula membuka mesej yang dihantar oleh Roy sebentar tadi. Dengan tiba-tiba, dahi Boss Akram mula berkerut. Beberapa bawahan Boss Akram tersedar akan hal tersebut. Mereka lantas bertanya, "Kenapa Boss? Ada samseng kacau tempat kita ke?", tanya suara tersebut.
"Celaka punya budak!", teriak Boss Akram sehingga membuat bawahannya yang lain ikut terkejut.
"Kenapa Boss? Tunjuk dekat kitorang lah!!!", pinta bawahannya yang lain.
Boss Akram mempalingkan skrin telefon bimbit untuk ditunjukkan kepada bawahannya yang lain. Gambar Mikael dan Mira sedang bersemuka makan bersama dengan baju yang berwarna sama. Cukup membuat Boss Akram bengang.
"Berani betul budak ni main-main dengan ayam aku!", marah Boss Akram sambil menumbuk dinding yang berada didepan mata.
"Macam mana Boss? Nak pergi bantai ke?", tanya salah seorang bawahan Boss Akram.
"Takpe boy, kita tunggu balik kampus. Tau lah aku kerjakan dia!. Memang tak reti serik budak ni!", balas Boss Akram dengan nada yang berang.
"Makin lama makin menyirap aku tengok budak tu. Berani dia nak rampas ayam aku?!", tambah Boss Akram lagi.
"Kita bantai dia boss! Jangan kasi muka lagi!", teriak bawah-bawahan Boss Akram yang lain.
Di Mid Valley~~~
"Aku balik dulu. Kejap lagi LRT sampai ni", kata Mikael.
"Okay Mikael, kalau ada apa-apa saya mesej awak", balas Mira sambil senyum ke arah Mikael.
"Terima Kasih untuk harini", tambah Mira lagi.
"Sama-Sama... Jaga diri. Aku pergi dulu", balas Mikael lalu melangkah meninggalkan Mira seorang diri.
"Jaga diri?! Dia care pasal aku ke ni?!", tanya Mira didalam hati dengan nada yang teruja.
Tiba-tiba Mira baru teringat ada satu benda yang harus dia sampaikan...
"Eh Mikael!!! Kejap!!!", teriak Mira dari jauh.
"Esok jangan lupa datang rumah saya!!! Kita kena buat aktiviti yang Miss suruh dengan kawan-kawan saya!!!"
Mikael tidak membalas apa-apa dari teriakan tersebut. Dia hanya membuat isyarat tangan 'OK' tanda faham. Mikael terus melangkah ke Stesen LRT berdekatan untuk menuju kerumah. Tidak lama selepas itu, kereta Puan Melissa mula kelihatan. Mira melangkah masuk ke dalam kereta dengan wajah yang penuh kegembiraan.
"Hai sayang Mama!!!, amacam? Okay tak?!", tanya Puan Melissa dengan perasaan ingin tahu yang sangat tinggi.
"Eh? amacam apa Mama?", tanya Mira pelik.
Puan Melissa menggelengkan kepala melihat kelakuan anaknya yang buat-buat tidak faham itu.
"Kamu jangan buat-buat tak faham yeee", kata Puan Melissa.
"Macam mana dating tadi?! Okay tak?!", tanya Puan Melissa lagi.
"Hahhh?!!! DATING?!!!", balas Mira dengan nada terkejut. Mukanya sudah mula kelihatan merah-merah.
"Bbb..bukan dating la Mama!!!", tambah Mira lagi cuba menidakkan apa yang dikatakan oleh Mamanya.
"Hehe... Takpe Mama faham", balas Puan Melissa dengan senyuman sambil memandang wajah anak perempuannya yang sudah kemerahan.
Di stesen LRT~~~
Mikael berjalan menuju ke motorsikal Brixton 150 yang diparkir didalam stesen tersebut. Enjin dihidupkannya terlebih dahulu. Sementara dia menunggu enjin motorsikalnya panas, dia sedang terleka memikirkan momen dimana Mira memegang tangannya selepas menonton filem.
Tanpa disedarinya, senyuman kecil turut terukir dibibir. Sebenarnya, tindakan itu turut mengembirakan hatinya. Belum ada lagi wanita yang menyentuh tangannya. Mira adalah sosok wanita pertama yang memegang tangannya. Bagi Mikael, itu merupakan salah satu moment yang tidak mampu dilupakan!
Panas sahaja enjin motorsikalnya, Mikael terus 'rem' sedikit untuk membakar beberapa kelompok orang yang berada di stesen itu. Helmet Full Face berwarna hitam miliknya disarung sebelum dia bergerak. Selesai sahaja menyarung helmet, Mikael terus meluncur laju ke atas jalan raya sehingga mencuri perhatian beberapa kelompok individu yang berada di sekitar kawasan tersebut. Pada saat itu, Mikael terlihat seperti seorang yang lelaki yang sangat 'keren!'.

Bình Luận Sách (173)

  • avatar
    GacurrrNizz

    good

    1d

      0
  • avatar
    RosilawatiNik

    cerita yang menarik...xsabar nk tunggu sambungannya

    16d

      0
  • avatar
    SiocoKevin

    9000

    22d

      0
  • Xem tất cả

Các chương liên quan

Chương mới nhất