logo text
Thêm vào thư viện
logo
logo-text

Tải xuống cuốn sách này trong ứng dụng

Bab 6

AKU termenung sedari tadi di dalam bilik. Tanganku asyik bermain-main dengan benda yang aku jumpa dalam dompet aku. Aku hairan dengan lelaki itu. Kata dia takkan selongkar barang aku tapi macam mana benda ni ada dalam dompet aku? Tak lain dan tak bukan mesti dia masukkan! Aku risaulah kalau-kalau disebabkan benda ni, istana akan jadi huru-hara pula.
"Cik Puan Ara?"
Aku tersentak lalu menoleh ke arah pembantu istana yang memanggilku tadi.
"Ya?"
Dia menghulurkan pakaian kepadaku.
"Ini pakaian untuk puteri pakai malam esok," ujarnya. Aku membuka lipatan itu. Apsal lawa sangat?
"Err... Malam esok ada apa?"
"Oh, hari ni ada rombongan dari negeri sebelah."
Aku mengangguk faham. Tapi kan... "Rombongan apa?"
Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu."
Aku hanya menghantarnya dengan ekoran mata. Kemudian, aku mengeluh. Aku mencapai telefonku. Nasiblah telefon tuh aku dah tutup sebelum aku muncul di sini. Kalau tak aku cuma dapat tengok skrin hitam ajelah.
"Macam mana aku boleh sampai ke sini?" Aku menutup mukaku dengan kedua telapak tanganku. Walaupun aku suka duduk kat sini tapi aku nak hidup aku semula.
KEDENGARAN guruh berdentam-dentum di luar sana, menandakan hujan mahu menimpa bumi ini. Terus aku menyimpan iPhone XS Max milikku dan dompetku serta benda yang aku pegang masuk ke dalam dompet dan ke dalam laci meja.
Aku berlari ke luar untuk melihat langit. Gelap gila. Sah mesti nanti hujan lebat. Aku dah berfikir untuk mandi hujan aje dan terus tukar baju selepas itu. Ketika aku ingin pergi ke tanah lapang, aku ternampak Min-Jun dan Jee In.
Apa yang mereka nak buat tu? Aduh, takkanlah nak bergaduh lagi? Dalam dua minggu ni aku dah banyak kali tengok dorang bergaduh. Sebelum ni guna mulut aje tapi sekarang ni aku nampak macam mereka nak lawan pedang. Sekejap... Lawan pedang?! Aku terus berlari ke arah mereka. Yalah, gila ke apa nak lawan pedang. Kalau salah seorang mati macam mana?!
"Aku tahu sebenarnya kau nak takhta tu sebab itulah kau sengaja lambat-lambatkan masa untuk cari perempuan untuk kau kahwin," kata Jee In.
"Aku tak kisah pun pasal takhta tu. Aku tak inginpun semua tu. Kalau kau nak, kau pergi suruh ayahanda tabalkan kau jadi maharaja negara ni," balas Min-Jun.
"Aku dah cuba banyak kali, bodoh tapi ayahanda tetap tunggu kau kahwin dulu. Hei, nak senangkan kau kahwin ajelah dengan si Ara tu. Lagipun dia cantik apa."
Aku berhenti berlari sebab aku nak dengar Min-Jun cakap apa lepas ni.
"Aku dengan Ara langsung tak ada apa-apa. Kami cuma kawan aje, tak lebih daripada tu. Kalau kau nak suruh aku kahwin dengan dia... Mungkin lambat lagi."
Jee In berdecit.
"Apsal lambat lagi? Sebab tak nak beri dia harapan palsu? Macam tu?"
Aku memandang Min-Jun yang menggeleng ketika dia menunduk. Jee In tertawa sinis. Wajahnya memberikan banyak anasir yang jahat padaku.
"Atau kau tak nak kena tolak?"
Min-Jun mengangkat mukanya.
"Ya, memang aku takut kena tolak dengan dia sebab aku dah jatuh hati pada dia. Puas hati?!"
Aku tergamam. Apa yang dia cakap tadi? Betul ke apa yang aku dengar ataupun aku tersilap dengar.
Tiba-tiba Jee In menyerang Min-Jun. Terkejut gila aku tengok. Tapi nasib Min-Jun sempat mengelak. Aku tak boleh nak biarkan aje macam ni. Aku mencapai sebatang kayu yang kebetulan ada di situ lalu menyerang mereka berdua. Aku menolak Jee In dan Min-Jun menggunakan pedang. Terkejut juga mereka bila tengok aku.
"Ara."
Aku memandang ke arah Min-Jun.
"Kenapa kau orang ni selalu bergaduh? Tak boleh ke kalau berdamai sekejap? Kalau kau orang selalu bergaduh kat depan saya, saya dah boleh bayangkan macam mana kau orang bergaduh kat depan tetamu," jerkahku. Terdiam mereka dibuatnya.
Pada masa itu juga, hujan mula turun dengan lebatnya. Aku memandang ke arah Min-Jun dan Jee In bersilih ganti. Aduh, macam mana nak damaikan mereka berdua ni?
Aku menarik lengan Min-Jun jauh dari abangnya. Aku abaikan sahaja bajuku basah sebab aku memang nak mandi hujan. Ketika di suatu tempat, Min-Jun menepis tanganku.
"Kau dengar ke apa yang aku cakap tadi?"
Aku mengeluh. Aku memusingkan badan menghadapnya sebelum mengangguk.
"Jadi kau memang nak tolak aku, kan?"
Aku tersenyum kecil. Kalau aku tolak dia, aku akan buat dia sama macam Syazwan. Aku tahu lelaki itu selalu sakit hati bila aku sering bercakap dengannya sama seperti kawan-kawanku yang lain. Jadi, aku tak nak pokok pisang berbuah dua kali.
"Saya tak pernah katapun yang saya akan tolak awak."
"Tapi sekarang kau nak cakap, kan?"
Aku menggeleng.
"Tak. Tak sesama sekali. Saya takkan tolak awak, Min-Jun." Aku nampak senyuman lebarnya walaupun dalam hujan lebat ni.
"Jadi, kau memang nak duduk dalam hujan macam ni ke?" tegurnya.
Aku tergelak.
"Kalau ya macam mana? Awak nak halang saya ke? Sorry, tak boleh." Aku menjelirkan lidah lalu berlari darinya.
"Hei, kalau kau demam ayahanda marah aku!" jeritnya. Kenalah jerit sebab tak berapa nak dengar sangat dalam hujan ni.
Aku berlari sekuat hati dan pantas mengelak dari Min-Jun yang cuba menangkapku. Aku cuba cari idea untuk kenakan dia. Aku menyorok di satu sudut yang tersembunyi dan mula berfikir.
"Kau ingat boleh lari dari aku ke, Ara?"
Aku terkejut ketika dia sudah berada di laluan yang aku masuk tadi. Aku cuba untuk melarikan diri tapi jalan mati. Aku menelan liur. Parah.
"Jom masuk bilik sebelum kau demam."
"Tak nak."
Aku menjelirkan lidah kepadanya lagi.
"Jom sebelum aku angkat kau."
Aku hanya mendekatinya dengan berpeluk tubuh. Muka dah habis bangga, berlagak, yakin semua adalah.
"Angkatlah kalau boleh." Aku terus menolak tubuhnya dan melarikan diri. Namun tidak lama kemudian, badanku sudah dicempung olehnya.
"Lepaskan sayalah." Aku memukul dadanya sekuat hati tapi tak bagi effect padanya. Aku mengalah. Aku memaut lehernya supaya tidak jatuh. Aku memerhatikan sahaja dia yang sedang berjalan ke bilikku.
Apabila kami sudah masuk ke dalam bilikku, aku berasa pelik sebab dia tak turunkan dan terus berjalan ke dalam bilik mandi. Masuk sahaja ke dalam itu aku terus takut. Aku memeluk erat lehernya sebab aku takut dia jatuhkan aku ke dalam tab mandi aku yang maha besar itu.
"Kau tak nak turun ke?"
Aku menggeleng dan menutup mataku.
"Takut awak jatuhkan saya dalam kolam ni. Fikiran awak ni bukannya boleh dibaca."
Dia ketawa. Apa yang lawak hah?! Benda betul apa.
"Kalau macam tu aku kena masuk sekalilah dalam kolam ni?"
Aku tidak membalas. Terasa dia mula berjalan. Kemudian, aku terasa basah. Bila aku buka mata aku dan dia dah ada dalam kolam.
"Sekarang kau nak lepaskan aku atau tak? Aku okey aje kalau kau nak mandi sekali dengan aku."
Aku mendongak lalu melepaskan pelukan.
"Tak ingin saya nak mandi dengan awak. Orang gila aje yang nak mandi dengan awak." Aku menjelingnya. Aku memandangnya yang masih tercegat dalam tab mandi ni.
"Jadi sekarang. Jeon Min-Jun, dipersilakan keluar." Aku memandang dia yang mula naik ke atas tetapi dia berpusing ke arahku lalu mencium pipiku. Aku tergamam.
"Jumpa kau esok, Ara."
Aku hanya mendiamkan diri di dalam tab mandi ni. Terasa pipiku mula merah aku terus menyelam ke dalam air. Ya Allah, sumpah malu!
SUASANA sekeliling kuperhatikan dengan sepasang mata ini. Memerhati pembantu istana menjalankan tugas mereka serta pengawal istana yang setia menjaga keselamatan di setiap pelusuk ruang dalam dan luar istana. Terkadang aku terfikir. Bagaimana agaknya kalau suasana ini berubah sekiranya agama sebenar berada di dalam jiwa dan hati masing-masing? Aku nak sangat melihat negara ini memeluk agama yang diredai Allah, iaitu agama Islam. Agama yang diperjuangkan kleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat yang terdahulu.
Dalam kesibukan aku memerhati, aku bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir sambil menyebut maksud-maksudnya.
Subhanallah, Maha Suci Allah.
Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah.
Laa Ilaha Illallah, Tiada Tuhan selain Allah.
Allahuakbar, Allah Maha Besar.
Aku tersenyum melihat langit yang cerah pada hari ini. Mungkin hari ini bakal menjadi hari yang baik untuk diriku. Insya-Allah...
"Kau buat apa tu?"
Aku terdorong ke belakang apabila Min-Jun muncul entah dari mana di hadapan aku. Aku mendengus kecil sambil menjeling wajahnya.
"Awak pula buat apa di sini?" Aku menyoal sambil mengalihkan pandangan. Kain labuhku aku betulkan agar tidak kotor mencecah tanah.
"Ini istana keluarga aku. Suka hati akulah nak ke mana sekali pun. Engkau tu pula, kenapa kau duduk di luar tanpa penjaga kau? Kau nak menceroboh ruang istana ni ke?"
Aku tergelak. Terhibur mendengar tuduhan lelaki itu. Tak mungkinlah aku nak menceroboh istana ini pula. Sudahlah 'mendiang' ibubapaku di sini memiliki nama di dalam istana ini. Memang cari pasallah kalau aku nak buat jenayah.
"Tuanku Putera Jeon Min-Jum." Aku mendongak memandang lelaki yang bergelar putera itu. Jarak antara kami aku rapatkan sambil bibirku mengoyakkan senyuman penuh makna. "Patik tak ada niat sedikit pun mahu melakukan semua tuduhan yang tuanku lemparkan sebentar tadi. Patik sentiasa sedar diri bahawa darjat patik rendah berbanding tuanku tapi percayalah. Patik takkan menceroboh mana-mana ruang istana ini dan rekod patik bersih tanpa sebarang kes jenayah. Jadi tuanku tak perlu risau."
Min-Jun tidak menjawab walau sepatah kata membuatkan aku sedikit lega. Aku mula berura-ura untuk meninggalkan tempat itu dan bersiar-siar ke tempat lain. Namun pergerakan aku terhalang apabila Min-Jun muncul dengan pantas lalu menarik lenganku dari belakang. Pinggangku dirangkulnya tanpa rasa bersalah.
Aku terpempan. Apa yang lelaki ini mahu lakukan ini?
"Kau pandai berkata-kata, Kim Ara." Bibirku disentuhnya tanpa permit dariku. Tajam mataku menikam wajah yang sibuk merenung bibirku. Pervert!
Malam tadi aku rasa lelaki ini baik-baik saja. Tak mungkinlah selepas bergaduh dengan Jee In dan aku menerima cintanya, dia dah jadi biul pula pagi ini. Dan sesuka hati dia saja mahu memelukku tanpa mengira halal dan haram.
Oh, maaf. Mereka masih bukan seorang Muslim. Dia masih bukan seorang Muslim.
"Lepaskan saya!" Aku tolak tubuhnya dengan sepenuh hati sehingga Min-Jun tersembam ke atas tanah. Aku mengesat bibir yang disentuhnya sebentar tadi dengan kasar agar rasa sentuhan lelaki itu hilang. Min-Jun tertawa.
"Bagus! Tolakan kau ni dah membuktikan kau memang boleh menggunakan pedang."
Aku tertawa sinis. Aku memandang sahaja Min-Jun yang masih terduduk di atas tanah tanpa rasa ingin membantunya. Aku bercangkung di hadapan lelaki itu sambil melentokkan kepala ke kanan.
"Awak dah lupa ke siapa yang menang sewaktu latihan kita?" soalku, sengaja membangkitkan kemarahannya.
Min-Jun tersenyum seperti tidak terkesan dengan soalan tersebut. Baiklah, sekurangnya dia tidaklah terlalu panas baran. Sepasang matanya memanah tepat ke wajahku, membuatkan aku terpaku. Aku benar-benar dipanah. Namun reaksi wajah masih tidak berubah.
"Selalunya aku mampu mengalahkan semua lawanku dan aku tak boleh terima kekalahan jika aku dikalahkan oleh mereka, tapi tidak pada kau. Aku boleh menerima kekalahan aku sekiranya kemenangan tersebut ada dalam genggaman kau sebab ada satu faktor yang membolehkan aku mampu menewaskan kau." Panahan mata begitu menikam mataku sehinggakan aku tak boleh berkerdip walau sesaat. Malah, bukan mataku sahaja jadi mangsa putera ini bahkan kepalaku juga menjadi tempat usapannya.
"Aku mampu menewaskan kau dengan kehangatan cinta aku. Aku tahu, semua gadis yang ada di dunia ini akan jadi lemah kerana hanyut dalam lautan percintaan. Jadi, aku akan tundukkan kau dengan cinta aku." Senyuman nakal tercarik di bibir Min-Jun. Namun aku masih tak mampu bergerak.
"Aku cintakan kau, Kim Ara."

Bình Luận Sách (91)

  • avatar
    niaputri

    best

    18/02

      0
  • avatar
    wowwdanz

    Cerita yang menarik

    03/09

      0
  • avatar
    Miramore

    tak ada sambungan ke huhuhu cerita dah best sangat..sambungkan please sampai betul ii ending dia

    27/06/2025

      0
  • Xem tất cả

Các chương liên quan

Chương mới nhất