logo text
Idagdag sa Library
logo
logo-text

I-download ang aklat na ito sa loob ng app

Bab 7 : Hancurnya Kehidupan

"Bahu tak sekuat jentolak, jangan datang menadah masalah."
_Hifza Yelda_
***
"Kau kenapa? Pagi lagi muka dan masam macam tu. Senyum lah sikit." Amanda menegur kawan baiknya yang hanya menayangkan muka masam mencuka.
"Pak Long aku buat solat hajat dengan bacaan yassin untuk yang anak buah yang nak SPM, Khamis ni." datar saja nada Hifza Yelda memberitahu kawan baiknya alasan kenapa dia dengan muka masamnya.
"Ermm, ingat apa la tadi. Kau pergi jelah. Tayang muka je. Lagi pun untuk kau juga." ucap Amanda sambil duduk di kerusinya sebelah Hifza Yelda.
"Aku tak suka keluarga papa aku." Hifza Yelda menongkat dagu dengan tangan kanannya.
Keadaan masih pagi, membuatkan kelas sedikit bising kerana pelajar baru masuk ke kelas.
"Nak atau taknak. Kau kena pergi. Diaorang family kau juga. Tunjuk muka, sekurang-kurangnya diaorang tahu kau wujud lagi." Amanda mengeluarkan buku latihannya dari bag sekolahnya.
"Woi." tegur Aiman Kamal pada kedua kawan baiknya dan duduk di tempatnya belakang Hifza Yelda.
"Apahal, pagi-pagi nampak tegang. Hifza kau okay?" tanya Aiman Kamal pada Hifza Yelda. Situasi dua kawan baiknya seperti ada yang menghalang keduanya tersenyum.
"Hifza malas nak pergi rumah Pak Long dia." Amanda tolong jawabkan untuk Hifza Yelda pada Aiman Kamal.
"Ada apa rumah Pak Long kau?"
"Bacaa yassin dengan solat hajat." masih lagi Amanda yang menjawab.
"Ouh, pergi jelah. Lagi pun --"
"See, Aiman pun suruh kau pergi je." Amanda memotong percakapan Aiman Kamal.
"Kau bagi aku habiskan ayat aku tak boleh ke?"
"Sorry."
"Apa salahnya kau pergi. Lagi pun benda baik, buat bacaan yassin dengan solat hajat. Kau ada masalah ke?" tanya Aiman Kamal.
"Masalah tu takde, tapi aku tak suka keluarga papa aku." Hifza Yelda melepaskan nafas berat. Tangan kanan yang menongkat dagu di tukar dengan tangan kiri pula.
Dari kecil lagi dia tidak suka dengan keluarga papanya yang suka membandingkan dirinya dan sepupunya yang lain.
"Kau suka ke tak suka. Tetap keluarga kau. Pergi mana-mana pun mesti akan jumpa." ucap Amanda.
"Aku malas nak pening kepala lah kalau pergi rumah Pak Long aku. Kau tahu keluarga papa aku maca--"
"Selamat pagi pelajar." ucapan cikgu Nur Azlina mematikan ucapan Hifza Yelda.
Semua pelajar mula masuk ke dalam kelas dan berdiri memberi salam pada cikgu Nur Azlina.
___
"Kau pergi jelah. Mesti ramai nak jumpa kau." Amanda masih lagi berbicara tentang majlis bacaan yassin rumah Pak Long Hifza Yelda, meskipun mereka sudah berada di luar kawasan sekolah.
"Tengoklah, kalau ada mood. Aku pergi dulu bye." Hifza Yelda masuk ke dalam perut bas untuk pulang ke rumahnya. Lebih tepat ke taman sebenarnya.
Tanpa semangat atau harapan, Hifza Yelda melangkah duduk di tempat biasa dia melukis. Juga perkara sama seperti hari sebelumnya.
Alat melukis di keluarkan, dia mula melakar apa saja yang dalam fikirannya. Bukan pemandangan jadi sumber ilhamnya. Tapi apa yang bermain dalam fikirannya.
Lakaran tanpa hala tuju di lakar pada buku yang setiap hari dia bawa ke mana-mana. Hanya coretan tanpa makna dia lukiskan pada buku berwarna unggu tersebut.
Seperti sebelumnya, lelaki yang sama duduk di sebelah Hifza Yelda. Tapi hari ini berbeza, dia hanya duduk diam tanpa butir kata.
"Masih tubuh dan jiwa yang sama?"
Izzar Naresh yang tadi melihat pemandangan di hadapannya menoleh melihat pada sumber suara yang menerjah masuk dalam telinganya.
"Maksud awak?"
"Memang saja ikut saya ke? Jadi spy siapa?" tanya Hifza Yelda dengan tangan dan mata masih fokus pada buku lukisannya.
"Saya cuma datang duduk je."
"Mana mungkin kebetulan berlaku setiap hari untuk orang yang sama dan tempat yang sama."
"Erk!"
"Apa yang awak nak sebenarnya?" tanya Hifza Yelda tanpa selindung.
"Sejak pertama kali saya jumpa awak. Kenapa kata-kata awak macam menyimpan banyak maskud? Saya tak faham."
Izzar Naresh masih melihat gadis yang sibuk dengan lukisannya. Jika dilihat oleh orang lain, mungkin dia gadis sombong atau tidak sopan. Apabila di ajak berbual hanya fokus pada perkara lain, bukan lawan bicaranya.
"Kenapa nak tahu tentang perkataan saya? Atau awak nak tahu seteruk mana hancurnya kehidupan saya?" kali ini baru Hifza Yelda mengangkat kepalanya, melihat tepat ke dalam mata Izzar Naresh.
Mungkin merasa tidak selesa, Izzar Naresh dengan cepat melarikan anak matanya. Tidak mahu bertembung mata dengan Hifza Yelda.
"Bukan macam tu maksud saya. Kalau awak cakap dengan lebih jelas, mungkin saya akan faham."
"Saya tak perlukan orang untuk faham betapa hancurnya sebuah kehidupan."
Hifza Yelda ingin melangkah pergi tapi tangannya di tarik oleh Izzar Naresh untuk tetap duduk di kerusi.
"Kalau awak nak bercerita saya boleh jadi pendengar untuk awak."
"Orang luar nak jadi pendengar? Bahu tak sekuat jentolak, jangan datang menadah masalah."
Hifza Yelda berjalan meninggalkan Izzar Naresh. Dia tidak suka ada orang yang ingin tahu tentangnya. Tambah lagi, dia tidak mengenal siapa Izzar Naresh sebenarnya.
"Kalau air mata boleh luahkan segalanya, menangis lah."
Kata-kata Izzar Naresh memberhentikan langkah Hifza Yelda. Gadis itu pusing memandang Izzar Naresh.
"Adakah mata ni terlihat menangung beban hingga perlu menangis?"
Hifza Yelda memandang tanpa mengukir sebuah senyuman pada Izzar Naresh, kemudian berjalan semula meninggalkan Izzar Naresh.
Tanpa di pinta pun, air matanya yang dia tahan mengalir juga. Hatinya bagai di hiris. Bagaimana ada orang luar cuba memahaminya, sedang orang dekatnya saja tidak mahu ambil tahu tentangnya.
Sakit bagai di gores sembilu, Hifza Yelda melangkah pulang ke rumahnya.
___
"Siapa lelaki tu? Kenapa dia nak tahu pasal aku pula?"
Hifza Yelda berjalan masuk ke dalam rumahnya. Otaknya masih ligat memikirkan tentang Izzar Naresh.
"Tak, aku tak boleh terima lelaki masuk dalam kehidupan aku. Entah-entah sama je macam papa. Lelaki bukan boleh percaya, manis mula-mula je."
Hifza Yelda berjalan sambil menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu mengenali orang baru, takut akan menyesal di kemudian hari.
Bagaimana dia boleh percaya orang luar, sedangkan orang yang dekat saja sudah menghancurkannya berkali-kali.
Jika bapa adalah cinta pertama bagi anak perempuan, tapi Hifza Yelda bapanya adalah orang yang pertama menghancurkan kehidupannya.
"Apa yang membuat dia selalu datang dekat dengan aku?"
Hifza Yelda menilik dirinya di cermin, melihat dirinya. Apa ada sesuatu pada dirinya membuat lelaki itu sering datang mendekatinya.
"Takde yang special pun." ungkapnya singkat di depan cermin.
"Biarlah. Fikir dia buat apa, buat serabut kepala je."
Hifza Yelda meletakkan bag berwarna hijau kesukaannya di atas lantai. Sejak dua tahun dia berpindah ke rumah yang dia tinggal saat ini, dia memilih warna hijau dan ungu sebagai warna kesukaannya.
___
"Papa nak duit."
Encik Hafizzudin masuk ke dalam bilik Hifza Yelda meminta duit pada anak perempuannya.
"Takde." jawab singkat Hifza Yelda yang masih fokus pada buku latihannya.
"Papa tahu kamu ada duit. Papa nak."
"Takde."
"Arghh. Papa sakit lah." rambut Hifza Yelda di tarik membuatkan dia berdiri dari duduknya.
"Aku tahu kau ada duit. Jangan tipu aku."
"Kalau ada pun, untuk aku je."
"Berani lawan kan."
Pang!
Tertoleh wajah Hifza Yelda apabila satu tamparan melekat di wajahnya. Encik Hafizzudin menggeledah bilik Hifza Yelda untuk mencari duit yang di simpan.
"Papa. Jangan pa."
Hifza Yelda cuba menghentikan tindakan Encik Hafizzudin dari terus mencari duit yang dia simpan. Encik Hafizzudin menolak Hifza Yelda jatuh ke lantai.
Kaki Encik Hafizzudin di pegang.
"Pa, sudah lah. Duit tu Hifza simpan untuk Hifza."
Encik Hafizzudin jumpa dengan duit yang di sembunyikan oleh Hifza Yelda dalam sebuah tabung besi warna ungu. Dia mengambil semua duit Hifza Yelda keluar dari bilik anak perempuannya.
"Pa, jangan pa." Hifza Yelda mengejar Encik Hafizzudin, tangan bapanya di tahan.
Bugh!
Sekali lagi Hifza Yelda jatuh ke lantai, tapi kali ini di ruang tamu. Hifza Yelda memegang kaki Encik Hafizzudin untuk menahan bapanya.
"Arghh." tubuh kecil itu di sepak oleh Encik Hafizzudin.
"Rasakan, ini balasan kau tahan aku." Hifza Yelda tidak mengalah, dia masih berpaut pada kaki Encik Hafizzudin.
Dia menyimpan duit itu untuk kos perubatannya dan juga untuk dirinya sendiri. Jika terjadi sesuatu, dia tidak perlu meminta pada Puan Yasmin atau Hafiz Yaslam, kerana sudah ada duit simpanan sendiri.
Kali ini tubuhnya di sepak lebih kuat, membuatkan tubuh kecilnya bergerak jauh sedikit dari bapanya. Encik Hafizzudin mendekati tubuh Hifza Yelda, di pijak bahu kiri anak perempuannya.
"Jangan tahan aku. Kau tak faham ke?"
"Arghhh sakit pa." Hifza Yelda mengerang kesakitan pada bahu kirinya yang di pijak kuat oleh Encik Hafizzudin.
Setelah puas memijak anaknya, dia keluar dari rumah meninggalkan Hifza Yelda menahan sakit sendiri.
Puan Yasmin dan Hafiz Yaslam masih belum pulang dari kerja, membuatkan Hifza Yelda tinggal sendirian di rumah.
Dengan kudrat yang tersisa, Hifza Yelda berdiri dan masuk ke dalam biliknya. Dia berbaring di atas lantai dengan mata mula merembes cecair jernih.

Komento sa Aklat (1131)

  • avatar
    NaRi

    best sangat novel ini...One of the best and the saddest novel yang pernah saya baca😭😭😭😭😭👍👍👍👍👍❤️❤️❤️❤️❤️

    31/07/2022

      7
  • avatar
    Taufik

    okjerr

    34m

      0
  • avatar
    Sara Sarae

    Good

    1h

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata