logo text
Idagdag sa Library
logo
logo-text

I-download ang aklat na ito sa loob ng app

Bab 4 : Strich Father

"Papa jangan pandang Hifza takde maruah. Hifza tahu batas lah."
_Hifza Yelda_
***
"Kau datangkan rumah aku harini? Kau jangan cakap kau tak datang pula. Mummy aku dah masak sedap-sedap untuk kau dengan Aiman tau."
Hifza Yelda terdiam sejenak mendengar kata-kata Amanda di balik telefon. Nafas berat dilepaskan sambil menilik wajahnya pada cermin yang berada dalam biliknya.
"Hifza! Kau dengar tak, aku cakap dengan kau ni."
"Ya aku dengar, kejap lagi aku datang lah. Aku nak bersiap kejap. Bye."
Hifza Yelda mematikan panggilan telefon dari Amanda dan mencari pakaian untuk di pakai ke rumah Amanda. Dia memilih tudung shawl hitam, tshirt hitam berlengan panjang dan baggy jeans sebagai pakaian yang akan dia pakai ke rumah kawan baiknya.
Hifza Yelda meminjam foundation Puan Yasmin untuk cover bekas lebam pada wajahnya agar tidak di lihat kawan baiknya nanti. Setelah selesai menutup segala lebam pada wajahnya, bag sekolah yang sudah diisi beberapa buku di capai. Sebelum keluar sempat Hifza Yelda melihat dirinya di cermin memastikan semuanya terlihat baik-baik saja.
"Mama, Hifza pergi rumah Amanda. Ada study group, nanti petang Hifza balik."
"Elok-elok dekat rumah orang. Belajar rajin-rajin."
"Okay mama." tangan Puan Yasmin disalam dan dikucup, kemudian Hifza Yelda memilih kasut canvas warna merah dan memakainya setelah itu dia keluar dari rumahnya.
---
"Assalamu'alaikum, Amanda." Hifza Yelda memberi salam, dia sudah berada di hadapan rumah banglo milik keluarga Amanda.
"Assalamu'alaikum, Amanda." button loceng ditekan agar orang di dalam rumah tahu kewujudannya di luar. Lima minit dia menunggu, akhirnya orang yang ditunggu keluar juga.
"Wa'alaikumsalam, Hifza. Sorang je ke? Aiman mana?" tanya Amanda sambil berjalan mendekati Hifza Yelda. Pintu pagar terbuka secara automatik.
"Aku sorang je. Aiman aku tak tahu, dalam perjalanan rasanya."
"Aik, sejak bila kau pandai ber-make up ni? Bukan kau tak suka ke?"
Amanda melihat keseluruhan wajah Hifza Yelda sambil memegang dagu kawan baiknya. Hifza Yelda hanya mampu memejamkan matanya menahan rasa sakit. Dia tidak mahu kawan baiknya tahu apa yang terjadi pada wajahnya.
"Mama aku. Mama aku kata nak try foundation, dia baru beli semalam. Dia pakai dekat muka aku sebagai tester." tipu Hifza Yelda.
Tiba-tiba motor Aiman Kamal sampai di depan rumah Amanda, kedatangan Aiman Kamal menyelamatkan Hifza Yelda dari terus di soal oleh Amanda. Hifza Yelda menyucap syukur dalam hatinya dan melepaskan rasa lega.
"Assalamu'alaikum, sorry lambat." ucap Aiman Kamal selepas dia memarking motornya dalam perkarangan rumah banglo milik keluarga Amanda.
"Wa'alaikumussalam. Kau memang selalu lambat. Jom masuk dalam." Amanda mengajak dua kawan baiknya masuk ke dalam rumahnya.
"Hifza, kau cantik hari ni. Lain macam ni, ada apa-apa ke?" Aiman Kamal melagakan bahunya pada bahu Hifza Yelda. Dia juga perasan wajah Hifza Yelda yang jauh berbeza dari sebelum ini.
"Takde apa-apa. Kau diam lah."
___
Sejam mereka menghabiskan waktu ulang kaji beberapa mata pelajaran yang telah mereka pelajari di rumah Amanda. Waktu sejam cukup lama untuk seorang pelajar, mereka membuat keputusan untuk berehat seketika sebelum melanjutkan kembali.
"Hifza, tu kau tengok."
Hifza Yelda melihat di sebelah kirinya di mana arah yang ditunjukkan Amanda, Aiman Kamal sedang sedap tidur beralaskan buku latihannya.
"Aku ada idea. Kau nak join?" tanya Amanda sambil membuat muka jahat. Ada sesuatu bermain dalam fikirannya mahu dia kerjakan pada kawan baiknya.
"Boleh, tapi kalau dia marah. Kau tanggungjawab."
"Okay, kau tunggu sini kejap. Aku pergi ambil barang."
Hifza Yelda menunggu Amanda mengambil barang yang dia maksudkan, hingga Amanda kembali membawa beberapa barang yang mereka akan guna untuk kenakan Aiman Kamal.
"Kau letak benda ni."
"Perlahan lah, nanti dia bangun."
"Okay, letak lagi sikit."
"Kau cover sini sikit."
"Okay."
Mulut Amanda paling banyak berbicara, mengatur Hifza Yelda membuat seperti yang disuruh. Beberapa minit mereka ambil untuk menyiapkan sesuatu pada wajah Aiman Kamal.
"Settle. Kau dah ready?" tanya Amanda dan dibalas dengan anggukan oleh Hifza Yelda.
"Aiman, bangun Aiman." kejut Hifza Yelda.
"Woi, bangun lah!" jerit Amanda pada telinga Aiman Kamal.
"Apa ni, sakit lah telinga aku."
Aiman Kamal menutup telinganya apabila Amanda menjerit di telinganya. Apabila Aiman Kamla mengangkat kepalanya, Amanda dan Hifza Yelda berusaha menahan tawa mereka. Sedaya upaya menahan diri mereka agar tidak melepaskan tawa mereka, kalau tidak misi mereka akan gagal.
"Jom, mummy aku ajak makan." ucap Amanda sambil berdiri diikuti Hifza Yelda.
Aiman Kamal mengikuti Amanda dan Hifza Yelda ke meja makan yang sudah terhidang makanan di atasnya. Mereka mengambil tempat mereka masing-masing. Amanda dan Hifza Yelda hanya berdiam diri kerana takut ketawa mereka pecah.
"Mana kening kamu lagi sebelah Aiman?" tanya mummy Amanda pada Aiman Kamal hingga berkerut dahi mummy Amnda kerana melihat pada wajah kawan anaknya sudah tidak ada satu kening.
"Kenapa dengan kening saya aunty?" Aiman Kamal pelik, dia cuba menyentuh keningnya tapi dia tidak merasakan apa-apa yang pelik.
Amanda menghulurkan telefonnya yang sudah dibuka bahagian applikasi kamera. Aiman Kamal melihat dirinya dari telefon, keningnya sebelah kanan sudah tidak ada. Terbelalak mata Aiman Kamal kerana terkejut dia sudah kehilangan satu kening
"Ha?! Kening aku mana?" panik Aiman Kamal. Amanda dan Hifza Yelda sudah ketawa terbahak-bahak melihat wajah Aiman Kamal yang panik tanpa satu kening.
"Main-main lah kau berdua ni. Kau cukur ke kening aku ni?" Aiman Kamal masih menilik dirinya.
"Tu foundation je lah. Aduh, tu lah siapa suruh kau tidur. Orang lain belajar, kau tidur." ucap Hifza Yelda, Amanda masih lagi ketawa terbahak-bahak pada Aiman Kamal.
"Sudah, Amanda. Apa lah kamu ni. Lain kali jangan buat macam tu. Kesian Aiman."  ucap mummy Amanda mempertahankan Aiman Kamal.
"Sorry." ucap singkat Amanda dengan ketawa masih tersisa.
"Makan lah. Jangan ketawa je. Hifza, Aiman, makan. Aunty masak ni untuk kamu berdua. Makan." pelawa mummy Amanda.
"Baik aunty, terima kasih." ucap serentak Aiman Kamal dan Hifza Yelda. Mereka menjamah makanan yang sudah dimasak oleh mummy Amanda.
___
"Kitaorang balik dulu Amanda. Terima kasih untuk layanan baik kau dan prank kau." ucap Aiman Kamal dengan perkataan prank sengaja di tekan.
"Hahaha. Sama-sama, lain kali kau jangan tidur. Padan muka kau." ucap Amanda sambil ketawa teringat kejadian tadi.
"Cakap terima kasih dekat mummy kau, susah-susah masak untuk kitaorang." ucap Hifza Yelda, dia tidak lupa berterima kasih atas kebaikan mummy Amanda.
"Takde hal. Kau balik dengan siapa?" tanya Amanda pada Hifza Yelda.
"Aku hantar lah. Takde susah kau nak cari bas atau teksi." ucap Aiman Kamal tanpa sempat Hifza Yelda menjawab pertanyaan Amanda.
"Lagi bagus. Kau naik dengan Aiman je. Aku pun tak risau." ucap Amanda. Hifza Yelda memandang dua kawan baiknya silih ganti.
"Hmph, boleh lah." ucap Hifza Yelda tiada masalah untuk di hantar. Jimat duit tambang, duit tambangnya nanti boleh dia simpan.
"Kitaorang balik dulu. Bye, Assalamu'alaikum." ucap Aiman Kamal menghidupkan enjin motornya. Hifza Yelda membonceng di belakang, meletakkan bag sekolahnya di tengah-tengah antara Aiman Kamal dan dirinya.
"Hati-hati bawa motor Aiman. Bye, wa'alaikumussalam." Amanda melambai tangannya hinga motor yang dibawa Aiman Kamal sedikit jauh dari rumahnya.
30 minit masa yang diambil Aiman Kamal untuk sampai ke rumah Hifza Yelda. Aiman Kamal selamat menghantar Hifza Yelda hingga depan rumahnya.
"Thanks, Aiman. Sorry susahkan kau." ucap Hifza Yelda berdiri di depan pagar rumahnya.
"Takde hal. Tak--"
"Baru balik? Dari mana?" ucap Encik Hafizzudin memotong percakapan Aiman Kamal.
"Rumah Amanda, ada study group."
"Sekarang dah pandai keluar dengan lelaki? Mula-mula rumah Amanda, lepastu mana? Hotel?"
"Papa jangan pandang Hifza takde maruah. Hifza tahu batas lah."
"Kau jangan menjawab. Aku tak suka!" ucap Encik Hafizzudin geram sambil pipi Hifza Yelda dicengkam kuat.
"Uncle, jangan macam ni." Aiman Kamal cuba untuk melepaskan tangan Encik Hafizzudin dari terus mencengkam pipi kawan baiknya.
"Kamu jangan masuk campur. Pergi balik!"
"SAKIT LAH!" jerit Hifza Yelda kerana Encik Hafizzudin tidak mahu melepaskan pipinya yang terasa sakit.  Sakit di tumbuk semalam saja belum reda, kini bertambah sakit dengan cengkaman kuat papanya.
"Kau tengking aku!"
Pang!
Tertoleh wajah Hifza Yelda menerima tamparan dari Encik Hafizzudin. Bulat mata Aiman Kamal melihat kawan baiknya ditampar depan matanya. Hifza Yelda memegang pipinya yang terasa perih.
"Nak seksa aku sekali pun, jangan depan kawan aku!" Hifza Yelda melanggar bahu Encik Hafizzudin dan berjalan masuk ke dalam rumahnya.
"Berani kau buat macam tu dekat aku. Sini kau!" Encik Hafizzudin mengikuti Hifza Yelda. Aiman Kamal yang risau, turut ikut dari belakang.
"Sini kau." bahu Hifza Yelda di tarik dan sekali lagi tamparan melekat pada pipi yang sama.
"Kau jangan cabar aku. Kau ingat aku tak boleh seksa kau ke?" Hifza Yelda kaku memegang pipinya semakin berdenyut rasa sakitnya. Dia memandang lelaki yang berdiri dibelakang bapanya. Hatinya terluka melihat kawan baiknya menyaksikan sendiri betapa hancurnya kehidupan dirinya.
"Kau balik, kau tak layak tengok apa yang kau tengok sekarang ni." ucap Hifza Yelda tanpa memandang wajah Aiman Kamal. "Lagi satu, rahsiakan perkara ni. Hanya kau je yang boleh tahu." ucap Hifza Yelda berjalan meninggalkan ruang tamu menuju biliknya.
"Aku tak habis lagi dengan kau. Nak pergi mana! Hifza!" Encik Hafizzudin mengikut Hifza Yelda.
"Aku penat lah!" ucap Hifza Yelda sambil memusingkan badan menghadap bapanya.
"KAU BALIK LAH. TERCEGAT APA LAGI!" marah Hifza Yelda apabila Aiman Kamal masih kaku berdiam diri. Mungkin terkejut dengan apa yang dia lihat saat ini, dia betul-betul tidak percaya dengan apa yang dia lihat.
"Kau jangan nak melawan aku, Hifza!" Encik Hafizzudin mencengkam sanggul Hifza Yelda yang berlapik tudung.
"Papa, sakit lah."
"Uncle, jangan buat Hifza macam ni." Aiman Kamal mendekati Encik Hafizzudin dan membantu untuk melepaskan cengkaman lelaki tua itu.
"Kau jangan masuk campur! Balik!"
Aiman Kamal tidak putus asa, dia tetap ingin membantu Hifza Yelda. Dia tidak sanggup melihat keadaan Hifza Yelda dipukul bapanya.
"Aku kata jangan masuk campur!" tengking Encik Hafizzudin.
"Balik lah Aiman. Balik!" air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga, Hifza Yelda menangis. Dia tidak sanggup dilihat oleh kawan baiknya, betapa terseksa hidupnya.
"Aku dah kata jangan masuk campur!"
Pang!
Satu tamparan mendarat pada wajah Aiman Kamal, jatuh terduduk lelaki itu dibuatnya. "Aiman!" Hifza Yelda mendekati Aiman Kamal. Hifza Yelda mendadak marah apabila kawan baiknya ditampar, tanpa berfikir matang dia mencekik bapanya.
"Papa, jangan sentuh kawan Hifza!" ucap Hifza Yelda geram, tangannya masih di leher bapanya.
"Kamu-- jangan-- cabar aku." ucap Encik Hafizzudin menahan nafas sesaknya, kemudian membalas perbuatan yang sama pada Hifza Yelda. Cengkaman kuat pada lehernya, membuatkan Hifza Yelda melepaskan tangannya dari leher bapanya.
"Uncle!" Aiman Kamal berdiri untuk menyelamatkan Hifza Yelda.
"Abang!" terkejut Puan Yasmin yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah. Suaminya sedang mencekik anak perempuannya.
Encik Hafizzudin yang melihat isterinya masuk ke dalam rumah, dia melepaskan cengkamannya dan keluar dari rumah.
"Hifza!" ucap Aiman Kamal memegang Hifza Yelda yang lemah terjatuh ke lantai dengan mengatur nafas yang sesak.
"Ya Allah, Hifza." Puan Yasmin mendekati Hifza Yelda dan Aiman Kamal.
"Kita pergi hospital." ucap Puan Yasmin tapi Hifza Yelda memegang tangan ibunya sambil menggelengkan kepala. Tidak mahu di bawa ke hospital.
"Kamu kena pergi hospital." ucap Puan Yasmin panik dan mula menangis.
"Takpe mama." ucap Hifza Yelda sambil mengatur nafasnya.
"Kau okay tak Hifza?" Aiman Kamal juga panik melihat kawan baiknya dalam keadaan begitu. Hifza Yelda hanya membalas anggukan, menandakan dia baik-baik saja. Puan Yasmin berjalan ke dapur untuk mengambil air.
"Ni minum sikit." Puan Yasmin menyuapkan air ke mulut Hifza Yelda. Nafasnya semakin teratur. Aiman Kamal dan Puan Yasmin membantu Hifza Yelda duduk dengan betul.
"Sorry Man. Disebabkan aku, kau kena tampar tadi."
"Papa tampar Aiman?" terkejut Puan Yasmin mengetahui kawan anaknya juga turut terkena tempias api kemarahan suaminya.
"Takde apa aunty, sikit je. Aunty jangan risau." Aiman Kamal tidak mahu keluarga Hifza Yelda merasa bersalah atau merisaukan keadaannya.
"Kau balik lah. Aku okay, kau jangan risau. Aku minta maaf pasal papa aku."
"Kalau macam tu aku balik dulu. Kau jaga diri, kalau ada apa-apa bagitahu aku." ucap Aiman Kamal belum sempat dia berdiri, Hifza Yelda menahan tangannya.
"Aku tahu. Aku rahsiakan perkara ni. Aunty saya balik dulu. Assalamu'alaikum."
Belum sempat Hifza Yelda memberitahu, Aiman Kamal sudah meneka apa yang ingin kawan baiknya sampaikan. Aiman Kamal keluar dari rumah Hifza Yelda, pulang ke rumahnya.
"Mama hantar masuk bilik kamu." Puan Yasmin membantu Hifza Yelda masuk ke dalam biliknya.
"Mama."
"Jangan bagitahu abang apa yang terjadi harini. Nanti abang gaduh lagi dengan papa."
Hifza Yelda cuma tidak mahu rumahnya menjadi bising dengan suara jeritan dan kemarahan abangnya bersama bapanya. Rumah tempat untuk berehat bagi Hifza Yelda, tapi bukan rumah jika melangkah masuk saja dia sudah penat. Penat dengan amukan dan kemarahan yang dia terima setiap hari.
Terkadang dia ingin sekali saja sudah cukup untuk dia rasa rumah adalah tempat pulang.

Komento sa Aklat (1138)

  • avatar
    NaRi

    best sangat novel ini...One of the best and the saddest novel yang pernah saya baca😭😭😭😭😭👍👍👍👍👍❤️❤️❤️❤️❤️

    31/07/2022

      7
  • avatar
    Nor Ilya

    nice

    4h

      0
  • avatar
    QadisahFathiah

    bestt sangaattt😻😻

    4h

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata