logo text
Idagdag sa Library
logo
logo-text

I-download ang aklat na ito sa loob ng app

Bab 2: Perbualan buang masa

Perbualan Mira dan Mikael terus berlanjutan sehingga dia tidak sedar waktu sudah pun lewat petang. Mira terkejut kerana dia baru sahaja sedar bahawa dia berada di sana dalam waktu yang lama. Jarum Jam di dinding sudah menunjuk pukul 6.30 petang. Mira mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.
“ Biar aku teman kau sampai ke rumah. Okay?”, tanya Mikael dengan lemah lembut.
Mira terkejut dengan pelawaan Mikael, lantas dia mengukir satu senyuman manis sambil memandang wajah Mikael. Akibat daripada renungan yang agak lama itu, Mikael mula berasa tidak selesa.
“ Eh? Jangan pandang aku lama-lama! Aku taksuka!”, kata Mikael sambil mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
“ Hahaha awak ni tanpa cermin mata nampak hensem jugak eh? Saya baru perasan!”, puji Mira sambil memberi satu lagi senyuman yang manis.
Wajah Mikael mula memerah. Rasa malu mula merasuki dirinya.
“ Eh!!! Dah jom lah kita gerak sekarang!”, ajak Mikael sambil melangkah terlebih dahulu.
Mira berjalan betul-betul disebelah Mikael kerana dia tidak ingin tertinggal ke belakang. Di dalam sudut hati Mira, dia ingin mengetahui lebih banyak lagi mengenai diri Mikael. Mira ingin berkawan dengan Mikael. Dia ingin menjadi orang pertama yang rapat dengan Mikael. Bukan sebab Mikael sudah menyelamatkannya, perasaan itu timbul sejak dia memerhati Mikael yang keseorangan dari dulu.
“ Emmm, Mikael?”, tanya Mira dengan nada yang lemah lembut.
“ Ye?”, jawab Mikael dalam keadaan mata hanya tertumpu ke hadapan.
“ Kenapa awak tak pernah melawan orang yang buat jahat dekat awak?”
“ Oh… Aku tak berminat nak bergaduh dengan orang yang macamtu. Buang masa.”,
balas Mikael bersahaja.
“ Tapi Mikael, ini demi keselamatan awak tau. Saya risau tengok awak selamani”
“ Selama ni?…”
“ Eh?… Oh ni rumah saya!!! Terima kasih Mikael! Jumpa esok!”…
Mira berlari masuk ke perkarangan rumahnya sambil melambai ke arah Mikael.
Mikael seperti biasa, ibarat orang yang tiada perasaan! Selesai menghantar Mira ke rumah, Mikael jalan semula kerumahnya yang berada tidak jauh dari situ.
“ Mira ya? Dia gadis yang baik”, bisik Mikael didalam hati sambil melangkah menuju ke rumahnya.
Keesokan harinya, seperti biasa Mikael hanya berjalan berseorangan tanpa kawan-kawan disisi. Tetapi, keajaiban berlaku apabila Mira menyapanya dari belakang. Hari tersebut merupakan kali pertama dia tidak berjalan berseorangan.
“ Hey Mira!!! Kau nak kemana?!”, teriak Nadia. Mira mempunyai 3 orang kawan rapat iaitu Nadia, Siti dan Aina.
“ Korang masuk kelas dulu!!! Aku nak jumpa someone kejap!!!”, teriak Mira sambil berlari ke arah Mikael.
Semasa Mikael sedang asyik melayan diri yang loner, tiba-tiba dia disapa dari belakang.
“ Selamat Pagi Mikael!”, sergah Mira sambil menepuk bahu Mikael.
Mikael terkejut lalu memandang ke arah orang yang menepuk bahunya.
“ Oh…Mira kah? Selamat Pagi”, jawab Mikael bersahaja sambil terus melangkah tanpa menghiraukan Mira yang sudah bersemangat menegurnya terlebih dahulu.
“ Ishhhh Mikael!!! Tunggulah saya!!!”, teriak Mira sambil berlari anak menuju ke arah Mikael.
“ Mari lah kita jalan bersama… Kita kan satu kelas?”
“ Jalan bersama? Dengan kawan-kawan kau tu? Takpelah… Mekasih je”, balas Mikael bersahaja.
Mira memandang wajah Mikael yang seperti tiada perasaan itu. Mikael juga menjeling Mira yang berada di sebelah tanpa Mira sedari. Semasa mereka sedang berjalan bersama, Mikael bertanya kenapa Mira masih berjalan dengannya. Lalu, Mira menjawab ‘ Kalau awak taknak jalan dengan dorang semua… Takpe awak jalan je dengan saya okay? ‘.
Mikael sudah pun berputus asa untuk menghalau Mira dari berjalan bersamanya. Mira tetap berkeras tidak ingin meninggalkan Mikael berseorangan begitu saja.
Loceng berbunyi tanda waktu rehat sudah pun tiba. Para pelajar mula meninggalkan ruangan kelas dan menuju ke kantin. Mikael hanya duduk di kerusinya tidak bergerak.
“ Jom girls… Kita ke kafe!!! Aku dah lapar sangat!”, ajak Nadia sambil menarik tangan kawan-kawannya yang lain.
Semasa tangan Mira ditarik, dia memandang ke arah Mikael yang masih belum meninggalkan tempat duduknya. Di dalam lubuk hati Mira, dia berasa sangat berat hati ingin pergi bersama kawan-kawannya. Akhirnya, Mira membuat keputusan sendiri.
“ Korang pergi makan dulu boleh? Aku rasa macam belum lapar la”
Kawan-kawannya terkejut mendengar pengakuan Mira barusan tadi. Mira yang mereka kenali adalah gadis yang kuat makan tetapi mempunyai tubuh yang ramping.
“ Kenapa kau nampak pelik sangat harini Mira?”, tanya Siti.
“ Eh??? Pelik?… Takdelah…”, balas Mira tergagap-gagap.
“ Tak best la kalau kau takde Mira… Jom la follow kitorang sekali…”, pinta Aina sambil membuat wajah comel dihadapan Mira.
Mira melepaskan pegangan Nadia terlebih dahulu. Kemudian, Mira terus berjalan ke arah Mikael.
“ Awak… Jom kita makan sama-sama”
Nadia, Aina dan Siti terkejut melihat tindakan yang dilakukan oleh Mira. Mereka langsung memanggil Mira dan menghalang dia daripada mendekati Mikael.
“ Hey Mira! Apa kau buat ni! Sini dengan kitorang lah!!!”, teriak Nadia…
“ Jangan kacau dia lah Mira, dia tu gila kau tau tak?!”, teriak Aina pula.
Mira memandang ke arah kawan-kawannya dengan raut wajah yang masam. Mira memberi amaran kepada kawan rapatnya supaya tidak menghina Mikael seperti itu. Demi mengubati hati Mikael yang luka selepas mendengar kata-kata seperti itu, Mira menarik tangan Mikael secara paksa. Mira membawa Mikael keluar dari ruangan kelas tersebut.
“ Hey! Hey! Kau buat apa ni?! “, tanya Mikael dalam nada yang kebingungan.
“ Maafkan kawan-kawan saya. Saya betul-betul minta maaf”, balas Mira.
Mikael melepaskan tangannya dari pegangan Mira. Mira dan Mikael berhenti dari berjalan secara serentak. Mikael lantas bertanya, ‘Kenapa kau buat semua ni? Aku tak perlukan layanan yang macamnilah!’, tambah Mikael dengan tegas.
Mira terkedu. Tiada sepatah ayat pun yang keluar dari mulutnya. Matanya mula berkaca tanpa alasan. Mikael sedar dengan apa yang berlaku terhadap Mira, tetapi dia hanya mengendahkan sahaja perkara tersebut. Mira berlari tanpa tujuan meninggalkan Mikael keseorangan.
Mikael hanya berdiri dan memandang sahaja Mira lari meninggalkan dirinya. Mikael kemudiannya duduk di kerusi yang berdekatan sambil mengenang kembali kata-kata yang dikeluarkannya barusan tadi. Perasaan bersalah mula muncul didalam dirinya. Akhirnya,
Mikael membuat keputusan untuk mencari Mira semula. ….………………………………………………………………………………………………
“ Salah ke tindakan aku tu?”, tanya Mira didalam hati sambil matanya bercucuran air mata.
Mira duduk di suatu tempat sunyi yang berada berdekatan dengan padang kampus. Hatinya retak dan kecewa selepas mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Mikael sedangkan niatnya baik saja.
Mira merupakan seorang gadis remaja yang periang dan lemah
lembut. Dia juga seorang yang mudah tersinggung.
Semasa Mira sedang asyik melayan perasaan yang bercambur baur itu, tiba-tiba…
“ Air?”, pelawa seorang jejaka.
Mira terkejut lantas mengelap semula air mata yang bercucuran. Dia kemudiannya memandang ke arah suara tersebut. Wajah nya yang sedih bertukar menjadi terkejut!
“ Mmm…Mikael?”
Mikael mengukir senyuman kecil sambil menghulurkan sekotak air laici yang baru dibelinya dari mesin gedegang. Walaubagaimanapun, Mira tidak menghiraukan perkara tersebut lantas bertanya “ Apa awak buat dekat sini?”
“ Aku datang nak mintak maaf”, balas Mikael dengan nada yang bersahaja.
“ Saya taknak maafkan awak”, jawab Mira dengan tegas sambil menolak pelawaan Mikael.
“ Aku tau aku salah… Aku betul-betul mintak maaf”, pinta Mikael dengan nada yang lebih bersungguh.
“ Awak datang sini semata-mata nak mintak maaf je?”, tanya Mira sambil memandang ke hadapan.
Mikael tiada idea apakah maksud tersirat daripada kata-kata Mira sebentar tadi. Mikael bukan jenis lelaki yang pandai memujuk wanita kerana Mikael tidak pernah mempunyai pasangan sebelum ini. Tiba-tiba, satu idea muncul didalam kepala otak Mikael.
“ Ni… Aku beli 2 roti coklat. Jom makan sama-sama”, Mikael mempelawa Mira sekali lagi.
Akhirnya, usaha Mikael yang sebesar zarah itu berjaya mencuri hati Mira daripada terus dibelenggu kesedihan. Mira memandang ke arah Mikael dan memberikan satu senyuman yang sangat manis.
“ Nak!”, kata Mira dengan wajah yang ceria.
Mikael duduk disebelah Mira sambil menyuap mulutnya dengan roti coklat yang dibeli. Dalam masa yang sama, Mikael turut memohon maaf atas tindakannya yang membuat Mira sedikit tersinggung. Mira bukanlah gadis yang kejam, dia terus memaafkan Mikael.
“ Dah habis makan? Jom masuk kelas”, ajak Mikael.
Mira hanya mengangguk tanda setuju. Mereka berjalan bersama sehingga masuk kedalam kelas. Mira kembali semula bersama kelompok kawan-kawannya.
“ Mira… sejak bila kau berkawan dengan dia?”, tanya Nadia secara tiba-tiba.
“ Dari semalam”, jawab Mira secara spontan sambil matanya masih memandang
Mikael yang berada di tempat duduknya.
“ Why Mira? Apa yang ada dekat dia tu sampai kau sanggup tinggalkan kitorang and
pergi berkawan dengan dia?”
“ Korang cuba berkawan dulu. Jangan tahu nak menilai orang dari luaran dia je”
“ Lepas korang dah berkawan dengan dia, korang akan faham dengan apa yang aku maksudkan tu”, tambah Mira lagi. ….………………………………………………………………………………………………
“ Baiklah semua, untuk tugasan kalini saya nak kamu semua bentukkan satu kumpulan. Pastikan 5 orang dalam satu kumpulan. Saya taknak ada yang lebih ye… Faham tak semua?”, kata Miss Suraya sebelum dia menamatkan sesi pembelajaran pada hari tersebut.
Semua pelajar yang berada didalam ruangan kelas tersebut mula bergerak untuk mencari ahli kumpulan masing-masing.
“ Kita kena cari sorang je lagi…”, kata Nadia.
Tiba-tiba datang seorang remaja lelaki mempelawa dirinya untuk memasuki kumpulan mereka berempat. Lelaki tersebut adalah Putra. Lelaki yang paling pintar didalam kelas. Dia juga seorang yang digilai pelajar perempuan disana kerana ciri ‘badboy’ serta kepandaian
yang dimiliki. Maklumlah gadis-gadis pada masa kini semuanya nak yang ‘goodlooking +
badboy’ je. EHHHH?… Ok sambung…
Nadia, Aina dan Siti tidak berat hati untuk menerima kedatangan Putra kerana dia seorang yang pandai, jadi perkara tersebut dapat membantu mereka untuk menyelesaikan tugasan yang diberi Miss Suraya.
“ Mikael? Kamu masih berseorangan?”, tanya Miss Suraya tiba-tiba.
Semua mata kemudiannya tertumpu ke arah Mikael yang masih berseorangan itu.
Terdapat juga beberapa pelajar lain yang menertawakan dirinya. Mikael tetap tenang dan hanya memandang ke luar tingkap.
Tiba-tiba, seorang pelajar bersuara.
“Mikael kumpulan dengan saya Miss”, teriak pelajar tersebut.
Semua mata memandang ke arah pemilik suara tersebut. Semua pelajar terkejut.
Pemilik suara tersebut adalah Mira!
“ Maaf ye Putra… Kumpulan aku dah penuh la… Kau cari kumpulan lain jela boleh?”,
pinta Mira dengan tenang.
Kawan-kawannya sedikit membantah dengan tindakan Mira yang membuat keputusan mengikut kepalanya sendiri itu.
“ Hey Mira! Kau gila ke apa? Putra ni pandai kot. Biar jelah si Mikael tu sorang-
sorang!”, bantah Nadia dengan keras.
“ Betul tu. Biar Putra group dengan kita la. Mikael tu boleh buat ape je?”, tambah
Aina pula.
“ Hey korang…Bukan Putra yang pandai… Korang je yang bodoh.. Sedar sikit diri tu boleh?”, balas Mira
dengan tegas.
“ Kau cari kumpulan lain je Putra. Jangan sebok dekat sini lagi…”, arah Mira sambil menolak bahu Putra.
“ Cih! Berani kau halau aku yang hensem lagi pandai ni… Ingat aku nak sangat ke nak group dengan kau?”, marah Putra didalam hati.
Akhirnya Putra pergi. Kawan-kawannya yang lain sedikit terkesan dengan kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Mira. Oleh kerana tidak ingin menimbulkan pergaduhan mulut, mereka hanya mampu bersetuju sahaja dengan keputusan Mira.
Mira berjalan menuju ke arah Mikael. Mira lantas menarik Mikael dan memaksanya untuk duduk disebelah. Mikael hanya terkaku dan tidak bersuara. Seluruh pelajar yang berada didalam ruangan kelas tersebut tidak lepas memandang Mikael.
“ Baiklah kelas, semua pandang saya…”, teriak Miss Suraya dengan tujuan supaya pelajar lain mengalihkan pandangan daripada terus memandang Mikael.
“ Saya harap kamu semua berpuas hati dengan ahli kumpulan masing-masing. Tolong berkerjasama selesaikan tugasan yang diberi sebagai satu kumpulan. Faham?!”
“ Faham Miss!!!”
“ Baiklah semua… Kelas bersurai”
Para pelajar mula mengemas barang dan mula melangkah keluar dari ruangan tersebut. Tiba-tiba Miss Suraya memanggil Mira untuk membincangkan satu perkara diluar. Mira bertemu Miss Suraya dihujung koridor semasa para pelajar lain sudah mula meninggalkan
ruangan kelas.
“ Akhirnya kamu berjaya jugak Mira”, kata Miss Suraya.
“ Saya berjaya pun berkat bantuan Miss. Kalau Miss tak support saya, sampai bila-bila saya takkan berani nak rapat dengan Mikael”
“ Saya ada permintaan. Boleh awak tolong saya Mira?”
“ Ape dia Miss? Kalau tak berat, saya akan cuba tolong Miss…”
“ Jangan risau, benda ni tak susah pun. Saya yakin awak boleh buat!”
“ Baiklah, saya sedia mendengar…”, balas Mira.
“ Tolong jagakan Mikael untuk saya”
Mira terkedu… Tidak mengeluarkan sebarang kata-kata.
“ Jagakan Mikael? Apa maksud miss?”, tanya Mira dengan nada yang penuh kekeliruan.
“ Maksud saya, saya nak awak bimbing dia Mira. Mikael tu budak yang baik. Dia bukan macam yang budak-budak lain selalu burukkan dia. Awak pun tahu kan?”
“ Saya faham apa yang miss cuba nak sampaikan”
“ Tolonglah… Jangan tinggalkan dia keseorangan lagi. Jadilah peneman dalam hidup dia. Ubahlah hidup dia. Miss yakin kamu boleh buat semua tu”, pinta Miss Suraya.
“ Miss jangan risau. Saya akan usahakan yang terbaik. Demi Mikael…”, balas Mira dengan penuh keyakinan.
“ Terima kasih Mira. Miss percayakan awak”
Miss Suraya berterima kasih terhadap Mira kerana dia sudah pun bersetuju untuk membantunya. Miss Suraya bukan seorang lecturer yang biasa, dia seorang yang sangat mengambil berat tentang Mikael sejak dari dulu lagi. Sebelum wujudnya Mira menjadi peneman Mikael, Miss Suraya adalah individu yang sering bertanya dan mengambil berat berkaitan Mikael. Oleh kerana ‘batas’ murid dan lecturer… Miss Suraya tidak mampu berbuat lebih daripada itu.
Oleh itu, Miss Suraya memilih Mira. Seorang gadis yang sangat sesuai dan boleh dipercayai untuk Mikael. Dia mewariskan perasaannya kepada Mira untuk Mikael.
Jauh disudut hati, Miss Suraya sayangkan Mikael lebih daripada seorang ‘pelajar’. Tapi, apa kan daya? Takdir dihalang usia serta taraf sebagai pengajar dan juga penuntut ilmu.
“ Jangan risau Mikael… Saya akan sentiasa ada untuk awak”, bisik Mira dan Miss Suraya didalam hati secara serentak.
Mira dan Miss Suraya melangkah meinggalkan tempat bertemu…
….………………………………………………………………………………………………
Mikael membaringkan tubuhnya yang lesu ke atas katil. Kenikmatan apabila tulang belakang diluruskan kembali amat dirasai ketika itu. 5 minit masa diambil Mikael untuk merehatkan dirinya.
Kemudian, Mikael kembali bangkit untuk membersihkan diri. Tuala yang digantung di belakang pintu dicapainya. Tuala dililit terlebih dahulu sebelum seluarnya ditarik kebawah. Baju yang disarung turut dilepaskan.
Mikael melangkah menuju ke tandas. Tuala yang melilit pinggang di lepaskan serta disangkut di belakang pintu. Mikael bergerak ke depan sinki bercermin yang berada didalam
tandas tersebut. Dia menarik ‘rambut palsu’ yang sudah menutup dirinya yang sebenar
sehingga harini.
“ Waktunya untuk kau dicuci kawan…”
Di dalam scene ini, untuk pertama kalinya kita dapat melihat rupa sebenar Mikael!
Remaja lelaki yang mempunyai rambut berwarna hitam. Tidak terlalu panjang dan terlalu pendek. Bahagian hadapan rambut, menutupi kedua-dua mata. Ditambah pula tanpa cermin mata! Mampu anda bayangkan? Ok sambung…
Mikael mencuci rambut palsunya dengan satu jenis shampoo yang istimewa. Semasa dia sedang asyik membersihkan rambut tersebut, wajah gadis yang bernama Mira itu tiba-tiba muncul didalam
fikirannya. Selepas wajahnya muncul, pastilah Mikael teringat kejadian yang berlaku di kampus pagi tadi.
“ Mira… Kenapa kau terlalu baik dengan aku? Apa tujuan kau sebenarnya?”, tanya Mikael didalam hati.
Mikael masih ragu-ragu kerana Mira tiba-tiba sahaja cuba untuk membela dan menjadi orang yang rapat dengannya. Padahal sebelum ini, tiada siapa yang peduli akan apa yang berlaku terhadap dirinya.
10 minit berlalu, sesi pemandian Mikael sudah pun selesai. Mikael mengeringkan tubuhnya dengan tuala kegemaran yang disangkut di belakang pintu tandas pada awalnya. Kemudian, Mikael menyarung baju t-shirt One Piece kegemarannya untuk dipakai pada malam itu…
“Esok cuti… Apa patut aku buat eh?… Haih menyusahkan betul!”
~~~JUMPA DI BAB 3! KITA BERAKHIR DISINI…~~~

Komento sa Aklat (173)

  • avatar
    GacurrrNizz

    good

    2d

      0
  • avatar
    RosilawatiNik

    cerita yang menarik...xsabar nk tunggu sambungannya

    16d

      0
  • avatar
    SiocoKevin

    9000

    22d

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata