logo text
Idagdag sa Library
logo
logo-text

I-download ang aklat na ito sa loob ng app

Tuan Muda Mikael

Tuan Muda Mikael

acikbelut


Bab 1: Pertemuan tidak sengaja

(17 June 2018)
Seorang remaja lelaki berambut hitam sedang melangkah perlahan di laluan pejalan kaki yang berada di ibu kota Kuala Tempur. Wajah yang lesu dan kelihatan malas itu menambahkan lagi kesedihan terhadap dirinya. Penampilan seakan-akan budak ‘nerd’ ditertawakan oleh beberapa kelompok pelajar yang sedang melepak di tepi laluan pejalan kaki tersebut.
“ Ah… Aku kembali lagi ke neraka…”, keluh remaja tersebut.
Matanya tertumpu kearah beberapa kelompok pelajar yang melangkah masuk ke kampus bersama rakan-rakan mereka, sedangkan dia hanya seorang diri sahaja. Perasaan cemburu timbul didalam hati sebagai seorang ‘loner’.
“ Alangkah baiknya kalau aku macam dorang juga… Haha mustahil!”, bisik remaja itu didalam hati.
Setiap hari, dia akan keseorangan kerana tiada satu pelajar pun yang berminat ingin berkawan dengannya. Oleh kerana penampilannya yang kemas serta berkaca mata, para pelajar yang lain menggelarkan dia seorang budak nerd yang memalukan. Tiada satu pun harinya yang baik dikampus tersebut. Setiap hari, dia hanya dijadikan bahan lawak jenaka pelajar lain.
Sampai sahaja didalam kelas untuk pembelajaran yang akan berlangsung, remaja tersebut terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Kenikmatan selepas berjalan jauh amat terasa selepas dia melabuhkan punggung ke atas kerusi.
Tiba-tiba…
Sekelompok pelajar yang baru sampai langsung pergi di meja belakang kelas yang masih kosong. Tetapi, seorang rakan mereka tidak mendapat tempat kerana meja tersebut sudah dipenuhi. Tanpa sengaja, remaja nerd ini turut duduk dibarisan meja yang sama.
Tanpa membuang masa, ketua kelompok pelajar tersebut atau dikenali sebagai Boss Akram bangun dari tempat duduknya dan berjalan kearah remaja nerd itu.
Boss Akram berdiri dihadapan remaja nerd itu lalu memandang tajam.
'Woi budak, apa nama kau?', Tanya Akram.
Remaja nerd itu mendongak dan menjawab, ‘Mikael’ dengan nada yang terketar ketir. Remaja tersebut berasa takut kerana ‘Boss Akram’ dikenali sebagai gangster kampus yang ditakuti ramai orang disana. Dia turut mengalahkan senior yang berkuasa di kampus tersebut.
Tiba-tiba Boss Akram bersuara…
“Woi budak… Kau tak Nampak ke member aku tak dapat duduk tu? Apa kata kau berambus dari sini sekarang…”, kata Boss Akram dengan nada yang tegas.
Akibat daripada percakapan tersebut, mereka sudah pun menarik perhatian pelajar lain. Mata mereka tertumpu kearah Akram dan juga Mikael. ‘Hey hey tengok tu, dorang nak bergaduh ke?’ Bisik beberapa pelajar diantara satu sama lain. Terdapat juga beberapa pelajar
yang sudah mengeluarkan telefon bimbit mereka untuk merakam jika ada pergaduhan yang berlaku.
Walaupun Mikael dalam perasaan yang terketar-ketir, dia tetap tidak bangun dari tempat tersebut. Hal ini kerana, Mikael berkeras bahawa dia adalah orang yang mendapat tempat itu dahulu. Dia tidak ingin bangun dan terpaksa mempertahankan dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain.
“ Woi budak! Kau jangan nak buat pekak lah! Kau berambus sekarang!”, gertak Boss Akram sambil menggenggam kolar baju Mikael.
Mikael cuba meleraikan genggaman tersebut, malah gagal. Walaupun dalam keadaan yang agak cemas, Mikael masih mencuba untuk terus nampak tenang. Dia tidak ingin dirinya
ditertawakan untuk hari tersebut.
“ Aku kena cuba nampak hebat!!! Ayuh Mikael, kau boleh!!!”, bisik Mikael didalam hati untuk memberi semangat kepada dirinya sendiri.
Secara tiba-tiba, Mikael menjerit “Arghhhhh!!!” sambil menggenggam tangan untuk dijadikan penumbuk. Muka Boss Akram menjadi target Mikael. Dengan penuh semangat, Mikael menghayunkan tangannya tepat kearah muka Boss Akram. Boss Akram terduduk selepas menerima tumbukan yang agak padat dari Mikael.
“Celaka kau sial!”, jerkah Boss Akram sambil memasang pandangan yang sangat tajam kearah muka Mikael.
Tanpa membuang masa, Boss Akram bangun dari kedudukannya lalu memberikan tendangan tepat dan cukup padat kearah muka nerd Mikael itu. ‘ Berani betul kau sial, belum pernah ada lagi orang berani tumbuk muka aku!’ marah Boss Akram sambil melihat tubuh Mikael yang masih kaku diatas lantai. Tidak cukup dengan tendangan, Boss Akram turut melempar beg kepunyaan Mikael ke depan kelas. Tempat duduk paling hadapan sekali!
Beberapa pelajar yang menyaksikan kejadian tersebut mengukir wajah yang sangat terkejut. Tindakan yang dibalas Boss Akram cukup memberi impak yang sangat panas
didalam suasana kelas ketika itu. Kelompok pelajar yang menjadi ‘penyiar berita’ dengan
rakaman yang mereka dapat turut mengukir senyuman di wajah masing-masing. “ Sungguh, berita yang sangat mengasyikkan!”, bisik salah seorang pelajar yang berada didalam
kelompok tersebut.
“Boss, kau okay tak?”, Tanya salah seorang rakannya iaitu Nazif.
“ Ahh, aku baik-baik saja. Tumbukan lemah macamtu belum cukup untuk kalahkan
aku!”, kata Akram dengan penuh bongkak.
Kelompok Akram sering memanggil dia ‘Boss’ sebagai tanda hormat untuk Akram yang diiktiraf sebagai pemimpin kelompok itu. Pada masa yang sama, Mikael turut bangun dari pembaringannya, lalu mengusap pipi serta mengelap darah yang keluar dari hidungnya.
“ Sakitnya!!!”, teriak Mikael didalam hati.
Mikael bangun dari kedudukannya lalu melangkah maju kehadapan untuk mengambil begnya yang sudah dilempar. Begnya dicapai lalu dia terus bergerak ke meja barisan hadapan yang masih kosong. Darah merah yang mengalir keluar dari hidung ditekapnya dengan sehelai sapu tangan merah kegemarannya.
“ Itulah balasannya untuk budak yang berani lawan orang yang kuasai kampus ini!”, teriak Boss Akram dari belakang sambil disahut dengan gelak tawa rakan-rakannya yang lain.
“ Budak kau cakap?! Kita sebaya bodoh!”, teriak Mikael didalam hati.
“ Takpa Akram, hari ni hari kau. Esok lusa, siapa yang tahu? Hahaha…”, gelak Mikael
didalam hati sambil mengukir satu senyuman yang sinis…
Beberapa pelajar yang ternampak senyuman tersebut turut menunjukkan raut wajah yang mencurigakan. ‘ Dia boleh senyum lepas kena pukul? Gila ke apa?!’ bisik beberapa orang pelajar yang berada berdekatan dengannya.
‘Dia memang gila! Sebabtu dia takde kawan!’, tambah lagi beberapa suara yang mengutuk Mikael dari belakang. Mikael hanya mampu diam dan menerima takdir hidupnya yang menyedihkan itu.
“ Baiklah semua, kelas kita sampai disini sahaja… Jangan lupa selesaikan tugasan yang saya bagi tu ye”…
“ Baik Miss, Terima kasih Miss!”, balas semua pelajar yang berada didalam kelas tersebut.
“ Mikael, saya nak jumpa awak lepasni”, kata Miss Suraya sambil memandang wajah
Mikael.
Para pelajar yang lain mula berduyun-duyun melangkah keluar dari ruangan kelas
tersebut. Mikael turut mengekori langkah Miss Suraya dari belakang. ‘Kita nak ke mana ni
Miss?’, Tanya Mikael.
‘ Kita ke ruangan saya, ada benda yang saya nak bincang dengan
awak’, balas Miss Suraya. Mikael memerhatikan Miss Suraya yang kelihatan agak pelik kerana tiba-tiba sahaja dia ingin bertemu dengannya.
“ Awak duduk dula Mikael, saya nak amik barang kejap”
Mikael melabuhkan punggungnya ke atas sofa empuk yang berada didalam ruangan
Miss Suraya. Pandangan Mikael tertumpu ke arah sosok Miss Suraya yang sedang berjalan menghampirinya sambil membawa peti pertolongan cemas.
“ Sini saya tengok luka awak tu, bengkak sangat tu”, arah Miss Suraya.
“ Eh? Miss nak buat apa?”
“ Lah awak ni, mestila saya nak rawat luka awak tu. Takkan la saya nak makan pulak Mikael oi”.
Mikael menghulurkan wajahnya yang bengkak dibahagian pipi dan hidung itu. Miss Suraya menyapukan ubat ke luka-luka yang berbekas diwajahnya.
‘ Macam mana Miss boleh tahu muka saya luka? Ketara sangat ke?’, tanya Mikael.
‘ Oh, ada pelajar dalam kelas tu yang laporkan dekat saya Mika’, balas Miss Suraya.
Mikael memasang wajah yang pelik kerana untuk pertama kalinya ada orang yang melaporkan insiden yang berlaku terhadap dirinya. Mikael bertanya, siapakah orang yang melaporkan itu. Malangnya, Miss Suraya merahsiakan identity individu tersebut atas
permintaan orang itu sendiri.
“ Okay dah siap Mika… Sehari dua susut la bengkak ni nanti”, kata Miss Suraya sambil memasukkan semula ubat-ubatan kedalam peti pertolongan cemas.
“ Baik Miss, terima kasih”, balas Mikael sambil membangunkan tubuhnya untuk meninggalkan ruangan tersebut.
“ Tunggu dulu Mika, saya tak suruh balik pun”
“ Ada apa lagi Miss?”
“ Haih awak ni…Sampai bila nak jadi mangsa buli? Selama mana awak boleh tahan orang layan awak macamtu Mika?”
Mikael terkedu dan terdiam selepas mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Miss Suraya.
“ Kenapa Miss cakap macamtu? Miss nak saya buli orang pulak ke?”, Tanya Mikael bersahaja.
“ Bukan macamtu maksud saya… Awak kenalah pertahankan diri awak tu. Jangan lah biarkan orang buat awak macamtu Mika.”
“ Saya sebagai Lecturer awak, saya risau dengan keadaan awak ni. Bukan sekali awak kena macamni Mika. Dah banyak kali dah saya perhatikan awak dalam kelas”, tambah Miss Suraya lagi.
“ Jangan risau Miss. Saya yang kena pukul. Bukan Miss kan? Miss jaga jela diri Miss tu. Pandai la saya nak jaga diri sendiri”, balas Mikael bersahaja sambil melangkah keluar dari ruangan tersebut.
“ Hey! Tunggu dulu Mika!”
‘BAAAAMMMM!!!’, pintu ditutup rapat.
Miss Suraya memasang wajah yang agak sedih melihat tindakan Mikael yang sentiasa seperti itu. “ Aku tak perlu dikasihani lah. Aku tak cuba untuk meraih simpati sesiapa pun!”,
bisik Mikael didalam hati.
“ Jangan risau Mika. Saya sentiasa ada untuk awak. Saya takkan biarkan awak
keseorangan”, bisik Miss Suraya didalam hati.
Mikael melangkahkan kaki menuju ke rumahnya. Didalam benak fikirannya, Mikael masih memikirkan kejadian yang berlaku terhadap dirinya pada hari tersebut.
Tiba-tiba, Mikael teringat bahawa stok makanannya dirumah sudah habis. Jadi, Mikael membuat keputusan untuk berhenti di kedai runcit terlebih dahulu.
3 Paket Mi Segera dicapai lalu diletakkan kedalam bakul. Tangannya turut mencapai beberapa tin minuman berkafien kegemarannya. Semasa dia sedang asyik mencapai minuman kegemarannya, tiba-tiba ada suara yang menyapa dari sebelah.
“ Tak bagus tau minum kafien selalu”, ucap suara tersebut.
Mikael mengalihkan pandangannya ke arah suara tersebut.
“ Eh?”
“ Awak taktau ke? Pengambilan Kafien berlebihan dapat menyebabkan awak sakit kepala, susah nak tidur dan juga haus berlebihan tau”, kata individu tersebut.
“ Kejap… Siapa? “, Tanya Mikael dengan wajah yang penuh bingung.
“ Lah? Budak kelas sendiri tak kenal ke?”
“ Memang aku tak kenal pun, takde rasa minat nak kenal korang semua”, bisik Mikael sambil tertawa didalam hati.
“ Saya Mira. Selamat berkenalan”, kata remaja wanita tersebut dengan wajah yang penuh kemanisan yang mampu mencairkan ramai lelaki!
“ Ohhhh, hah selamat berkenalan jugak”, balas Mikael dengan penuh kekok.
Maklumlah dia tak pernah lagi bercakap dengan mana-mana perempuan kecuali Miss Suraya!
Mikael tidak menunggu lama, dia terus melangkahkan kaki beredar dari suasana
tersebut. Mira yang melihat tindakan Mikael itu turut memasang wajah yang pelik.
“ Semua RM49.50 sen cik”
Mikael mengeluarkan sekeping wang tunai RM50 dan menghulurkan kearah cashier
tersebut.
“ Baki simpan je bang”, sapa Mikael lalu terus melangkah keluar dari kedai tersebut.
Mikael terus melangkah menuju ke rumahnya. Tetapi, dia merasakan dirinya seakan-akan sedang dieekori oleh seseorang. Oleh kerana sudah tidak tahan lagi, Mikael terus memusingkan badannya kebelakang. Ternyata orang itu adalah Mira!
“ Eh? Kenapa kau ikut aku?”, Tanya Mikael.
“ Bila pulak saya ikut awak? Kebetulan laluan ke rumah kita sama…”, balas Mira bersahaja.
“ Laluan yang sama?!!!”, bisik Mikael didalam hati.
Mira berjalan ke sebelah Mikael dan mengajaknya untuk berjalan bersama. Sepanjang
perjalanan, Mikael hanya berdiam diri tidak tahu ingin berkata apa. Untuk mengelakkan
suasana bisu gaming tersebut, Mira pun memulakan perbualan.
“ Mikael… Hari-hari awak jalan jauh macamni ke?”, Tanya Mira.
“ Haaa… Haah… Hari- hari aku macamni je”
“ Laaaa… Lagipun aku tak pernah pun Nampak kau jalan kaki ke sekolah”, tambah Mikael lagi.
“ Harini pembantu ayah saya tak dapat amik… Ada urusan katanya…”
“ Tapi, saya baru tahu awak pun duduk dekat area sini. Lepasni boleh la kita ke kampus bersama”, tambah Mira lagi.
“ Eh? Baru kenal dia dah ajak aku pergi kampus sama-sama?... Gila ke apa?!”, bisik
Mikael didalam hati.
“ Ha..Hahaha… Takboleh kot… Sebab aku selalu ke kampus jalan kaki je”, kata Mikael bersahaja.
“ Oh aku dah sampai rumah. Aku pergi dulu ya”
“ Mikael, jumpa esok!”, balas Mira sambil melambaikan tangannya.
“ Pelik betul dia tu…”, keluh Mikael sambil membuka pintu rumah.
Masuk sahaja ke dalam rumah, Mikael lantas membaringkan tubuhnya ke atas sofa.
Tubuhnya terasa sangat letih selepas berjalan kaki pulang dari kampus. Baru sahaja dia
hendak menikmati kenikmatan tidur, dia teringat barangnya yang sudah tertinggal di luar rumah semasa dia hendak membuka pintu tadi.
“ Aduh… Barang aku…”, keluh Mikael.
Mikael melangkah keluar semula untuk mengambil barang yang tertinggal diluar.
Semasa dia hendak mencapai barang tersebut, dia terdengar jeritan meminta tolong dari
seorang remaja perempuan. Suara ini seakan-akan dikenali oleh dirinya.
“ Ini suara perempuan tadi tu”, bisik Mikael didalam hati.
Suara tersebut dipercayai datang dari lorong kosong yang tidak jauh dari rumah Mikael. Tanpa membuang masa, Mikael melepaskan barangnya dan bergegas mencari asal usul suara tersebut…
“ Cepat bukak seluar dia Man… Hahaha”, kata salah seorang daripada 4 individu tersebut.
“ Kau pegang tangan dia…Kau pulak tutup mulut dia…”, arah seorang lelaki berusia
yang dipercayai pemimpin bagi kelompok tersebut.
Individu tersebut cuba membuat gangguan seksual terhadap Mira yang kini sudah
berada didalam dakapan dua individu lain yang agak berusia. Pinggangnya dirangkul kemas supaya dia tidak boleh melarikan diri. Seorang lagi individu sudah menyediakan telefon
bimbitnya untuk merakam alat sulit remaja perempuan tersebut.
“ Jangan risau adik manis, abang tengok sikit je boleh?”, kata salah seorang lelaki
berusia itu sambil tangannya cuba menyeluk masuk kedalam seluar Mira.
Tiba-tiba…
“Woiii, kau buat apa tu!”, satu suara berteriak dari pintu masuk lorong.
Keempat-empat individu tersebut serentak memandang ke arah suara tersebut.
“ Mikael!!! Tolong saya!!!”, teriak Mira yang masih didalam dakapan seorang lelaki berusia
tersebut.
Satu tamparan dilepaskan ke muka Mira. “ Aku dah cakap jangan bersuara sial!!!”,
jerkah seorang lagi individu.
Mira terus terduduk dan menangis.
“ Kau nak apa budak? Nak jadi hero ke?”, Tanya pemimpin kelompok tersebut.
“ Lepaskan dia! Dasar orang tua sangap!”
“ Sial punya budak!!!”, jerkah salah seorang lelaki berusia tersebut.
Lelaki tersebut mengeluarkan sebilah pisau Rambo dari kocek seluarnya dan berlari ke arah Mikael. Dia menghayunkan pisau tersebut, malah dapat dielak dengan mudah oleh Mikael.
“ Jangan main pisau bro.. Bahaya”, kata Mikael sambil mengelak serangan lelaki tersebut.
Untuk menjimatkan masa pertempuran, Mikael terus menangkap tangan lelaki tersebut dan membuat teknik kunci. Pisau tersebut dirampas oleh Mikael lalu dia menikam pisau tersebut ke peha lelaki berusia itu.
“ Sssss…Sakit!!!”, teriak lelaki berusia itu.
“ Lah? Kan aku dah cakap bahayaaaa”, balas Mikael dengan gelak tawa.
Lelaki berusia tersebut terduduk kesakitan sambil melihat pisau yang sudah tertanam didalam pehanya. Rakan-rakan lain yang tidak dapat menahan melihat keadaan pemimpin mereka yang sudah seperti itu mula mengatur gerak. Salah seorang dari lelaki tersebut berlari
ke arah Mikael dan cuba melepaskan satu tumbukan.
Malangnya, tumbukan tersebut dengan mudahnya di elak. Selain menerima satu tumbukan padat dari Mikael, kepala lelaki tersebut
turut di hentakkan ke arah dinding sehingga membuatkan dia pengsan.
“ Yoshhh semakin menarik! Pastikan kau lagi keras dari dia!”, kata Mikael dengan penuh bersahaja.
“ Sial punya budak!!!”
Seorang lagi rakan daripada lelaki tersebut berlari ke arah Mikael sambil melepaskan satu tendangan yang baginya mungkin akan tepat mengenai wajah Mikael. Dengan mudah
Mikael merangkul kaki lelaki tersebut, lalu mencampakkan dia ke dinding. Lelaki tersebut
rebah mencium tanah. Seorang lagi lelaki kelihatan menyerahkan diri. Dia tidak mampu melawan Mikael yang kelihatan sangat hebat itu.
“ Mmmmaaafkan aku… Lepaskan aku!!!”, pinta lelaki terakhir itu.
“ Lepaskan? Kau yang tampar muka dia tadi kan?”, balas Mikael dengan penuh berang.
Mikael melangkah mendekati lelaki tersebut. Makin lama, lelaki tersebut berundur kebelakang.
“ Jangan risau, hukuman kau takkan sesakit dorang semua”, kata Mikael sambil memberi senyuman sinisss....
Lelaki tersebut terduduk dan mendongak memandang sosok tubuh Mikael yang sedang berdiri dihadapannya.
“ Mmmmaaafkan aku!!!”, teriak lelaki tersebut dengan bersungguh-sungguh.
Tumbukan ke anak tekak dilepaskan Mikael. Suara yang keluar tiba-tiba hilang entah kemana. Lelaki tersebut menutup mata dan rebah ke atas tanah.
Mikael melangkah mendekati Mira yang tersandar ketakutan selepas melihat tindakan Mikael barusan tadi. Mikael menghulurkan tangannya untuk membantu Mira berdiri.
“ Kau baik-baik saja?”, Tanya Mikael sambil mencapai tangan Mira.
Mira mengangguk tanda baik-baik sahaja.
“ Jangan risau, sekejap lagi polis akan datang angkut dorang semua tu”, tambah Mikael lagi.
Mikael membawa Mira ke rumahnya untuk sementara. Dia menawarkan segelas air untuk menenangkan Mira yang seperti masih berada dalam keadaan ‘shock’.
“ Minumlah, tenangkan diri kau dulu”, sapa Mikael sambil melangkah kaki ke dapur.
Mira meneguk segelas air yang diberikan Mikael sambil difikirannya mengimbau kembali aksi Mikael yang mencuri perhatian itu. Di dalam benak fikirannya memikirkan bahawa Mikael bukanlah seorang remaja lelaki biasa. Dalam masa yang sama, hati Mira berdegup kencang seakan-akan sedang…
“ Maaflah lama sikit… Macam mana? Kau dah okay?”, tanya Mikael secara tiba-tiba.
“ Eee..eh! Haa…aaah sss…sssaya okay jj…jeee”, balas Mira tergagap-gagap akibat Mikael menyapanya secara mengejut.
“ Emmm… Mikael…”, panggil Mira.
“ Ye?”
“ Terima kasih sebab dah tolong saya. Awak penyelamat saya”…
Raut wajah Mikael berubah secara tiba-tiba akibat pujian yang mendadak daripada
Mira. Mikael tidak termakan dengan pujian tersebut, sebaliknya dia mempalingkan wajahnya daripada terus menghadap Mira.
“Aaahhh… Bukan masalah yang besar pun! Jangan risau”, balas Mikael tersipu-sipu malu.
Mira tertawa kecil apabila melihat sifat Mikael yang seperti malu-malu kucing itu.
Mira yang pada awalnya dibontoti Mikael mula berpindah tempat betul-betul di depan muka
Mikael. Wajah Mikael sedikit memerah kerana dia tidak pernah ditatapi oleh wanita sedekat
itu pada masa sebelumnya.
“ Ddd…dekat sangat…”, keluh Mikael.
“ Hmmmm???”
“Kkk…kau dekat sangat lah!”
Mira baru menyedari akan tindakannya itu. Dia pantas bergerak sedikit kebelakang kerana sedar akan diri Mikael yang kurang selesa itu.
“ Mikael… Saya nak tanya something boleh?”
“ Ha? Tanya apa?”
“ Siapa awak sebenarnya?”
“ Siapa aku? Apa maksud kau?”
“ Lepas kejadian tadi, saya tak rasa awak ni budak nerd yang biasa. Awak ni mesti
someone yang ‘luar biasa’ kan?!”, tanya Mira dengan penuh perasaan ingin tahu.
“ Ah! Aku bukanlah siapa-siapa hahaha… Jangan fikir sangat!!!”
“ Tak pandai menipu betul…”
“ Eh?”
“ Mikael… Ceritakan dekat saya semua pasal awak. Mulai sekarang, awak kawan saya. Saya takkan pernah biarkan awak sorang-sorang lagi!”
“ Hah?! Kenapa mendadak macamtu?”
“ Sebab saya tertarik dengan awak”, balas Mira sambil senyum menggoda...
~~~JUMPA DI BAB 2! TERUSKAN SUPPORT YAH!~~~

Komento sa Aklat (173)

  • avatar
    GacurrrNizz

    good

    2d

      0
  • avatar
    RosilawatiNik

    cerita yang menarik...xsabar nk tunggu sambungannya

    16d

      0
  • avatar
    SiocoKevin

    9000

    22d

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata