logo text
Idagdag sa Library
logo
logo-text

I-download ang aklat na ito sa loob ng app

Bab 4

Keadaan sunyi-sepi di dalam kereta yang memuatkan tiga orang itu. Dua-dua tak mahu bersuara untuk memecahkan kesunyian.
Hana dibelakang sedang khusyuk bermain tablet manakala mereka di hadapan sedang sibuk memikirkan topik untuk dibualkan. Hanya bunyi penyampai radio saja yang dari tadi bising memutarkan lagu-lagu yang sedang hangat di Malaysia sejak dua menjak ini.
"Cik Dhia.."
"Panggil Dhia je. I'm more comfortable with that." Sampuk Dhia. Dia kurang berkenan kalau panggilan encik-cik dikaitkan dengan namanya. Bagi dia, sekadar panggil nama pun dah okey dah. Mudah dia nak rasa rapat dengan seseorang tanpa panggilan itu.
"Oh, okay." Pendek sahaja jawapan balas dari Harraz.
Keadaan kembali senyap. Ini kalau campak dekat perkuburan, memang orang ingat tak ada orang sebab terlalu senyap. Boleh digambarkan macam mana kekoknya mereka berdua saat ini.
"Saya ada benda nak tanya sikit. Tapi kalau awak tak nak jawab pun tak apa," ucap Dhia serba-salah. Dia tahu pada Harraz soalan yang akan ditanyakan ini nanti mungkin tidak sensitif mana tapi dia takut Hana yang akan tersentuh.
Sebab itu dia minta izin terlebih dahulu sebelum bertanya. Dia tak suka menyibuk hal orang lain tapi kalau keadaan dah terlalu senyap begini, takkan dia nak biarkan je begini sepanjang perjalanan?
Harraz pandang sekilas wajah Dhia lalu dia ketawa kecil.
"Tanya je lah. Macam benda serius je nak tanya ni sampai minta kebenaran bagai,"
Memang dia nak tanya benda serius pun.
"Ibu bapa Hana.. masih ada lagi ke?" Teragak-agak dia melontarkan soalan itu. Suaranya diperlahankan seperlahan mungkin supaya gadis kecil yang duduk di tempat duduk belakang itu tidak dengar. Takut juga kalau Hana pasang telinga.
Riak wajah Harraz berubah. Bagai terkesan dengan soalan yang Dhia baru saja utarakan itu.
"Mak ayah Hana masih ada tapi.. bukan dekat sini lah," Harraz ukir senyuman yang sukar untuk dia tafsir. Seperti menyimpan sesuatu darinya.
Dhia toleh kebelakang untuk memandang Hana. Bibirnya dihias dengan senyuman kecil. Besar dugaan gadis berusia lapan tahun itu.
Benteng air matanya pecah juga. Bila pandang wajah Hana, dia teringat semula memori hitam yang pernah menghantui hidupnya suatu masa dahulu. Kalau diberi pilihan, ingin saja dia padam dari ingatannya segala memori yang berkaitan dengan 'dia'.
Si 'dia' yang dia maksudkan itu merupakan ayah kandungnya sendiri. Dalam banyak-banyak orang di dunia ini, dia paling benci dengan insan bernama 'ayah' yang pernah wujud dalam hidupnya.
Lelaki itu tak layak digelar seorang ayah mahupun seorang suami yang baik baginya dan juga bagi ummi.
Kehidupan mereka kacau-bilau dulu kerana seorang lelaki yang pernah dia gelar ayah itu.
"Kenapa awak menangis, Dhia?" Perasan dia terlebih dramatik, pantas lengannya mengesat air mata yang sempat jatuh pada pipinya.
Wajahnya menatap wajah lelaki itu sekilas. Sempat mata mereka bertembung untuk beberapa detik sebelum Harraz alihkan untuk fokus kepada pemanduannya.
"Macam mana mak ayah Hana boleh meninggal dunia?"
"Bila masa saya cakap mak ayah Hana dah meninggal dunia?"
Eh?
Dhia diam selama beberapa saat. Cuba memproses ayat Harraz sebentar tadi. Dia gila ke aku yang gila sekarang ni?
"Tadi baru awak cakap mak ayah Hana tak ada dekat sini." Kepalanya yang tidak gatal itu digaru. Otaknya cuba mengulang semula ayat yang Harraz katakan padanya sewaktu dia bertanya tentang keberadaan ibu bapa Hana. Manalah tahu dia yang tersalah dengar ke.
Harraz ketawa kecil. Dia sedang keliru bagai otaknya tersimpul mati, lelaki ni boleh ketawa pula? Dah biol agaknya pak su Hana ni.
"Memanglah saya cakap mak ayah Hana tak ada dekat sini. Kan ada kita bertiga je dekat dalam kereta ni. Awak, saya dengan Hana. Mana datang mak ayah Hana pulak dalam kereta ni? Mak ayah Hana mestilah ada dekat rumah sekarang ni," terang Harraz semula dengan senyuman mengusik yang tidak lekang di wajahnya.
Sedar dirinya sudah ditipu bulat-bulat oleh Harraz, tangannya naik memukul bahu lelaki itu perlahan. Sudah semestinya berlapik. Dhia turut ikut ketawa bila sedar dirinya dipermainkan je dari tadi.
"Awak ni kan! Mati-mati saya ingat mak ayah Hana memang dah tak ada dekat dunia ni. Buang air mata saya je menangis waktu malam macam ni."
Air matanya tak kering sepenuhnya lagi. Tiba-tiba lelaki tu beritahu dia cuma bergurau je sebenarnya. Kalau bukan memikirkan mereka baru kenal harini, memang dia dah bebel dah dekat Harraz. Boleh pula buat main dengannya berkaitan hidup mati orang lain. Sudahlah dia sensitif bila sebut pasal ibu bapa ni.
"Saya ingat awak akan faham dengan lawak hambar saya ni. Sebab tu saya biar je awak faham sendiri. Tapi bila tiba-tiba saya nampak awak menangis, tak sampai hati pulak saya nak biar awak terpedaya lama-lama." Mata Dhia dikecilkan. Memandang Harraz bagai berdendam dengan lelaki itu.
"Next time saya kenakan awak balik! Tunggulah pembalasan seorang Dhia Adreanna nanti!" Penuh azam dia menyampaikan hasratnya yang satu itu untuk membalas perbuatan lelaki itu. Ada hujan ada panas, ada hari lain kali dia balas!
"Ada-ada je awak ni."
Selepas 45 minit masa memandu, akhirnya mereka tiba di kawasan perumahan rumah dua tingkat itu. Usai jumpa rumah bercat biru muda bersama pintu pagar bercat putih, kereta lelaki itu diberhentikan betul-betul dihadapan rumah itu. Lock kereta dia buka supaya Dhia dapat keluar.
Selepas memastikan semua barangnya telah diambil, Dhia toleh kepala untuk memandang wajah lelaki itu. Harraz juga sedang memandang ke arahnya dengan senyuman kecil terlakar di bibir.
"Terima kasih sebab hantar saya balik. Kalau ada rezeki, next time saya belanja awak makan sebagai tanda terima kasih saya,"
"Kalau macam tu, bagilah saya nombor telefon awak. Kalau saya nak keluar date dengan awak, bolehlah saya telefon je nombor awak terus." Seloroh Harraz. Langsung tidak pusing kiri, pusing kanan terus straight to the point je. Dhia hanya ketawa kecil.
"Meh telefon awak. Nanti saya free, saya bagitahu." Tangannya diangkat separas pingang. Meminta telefon lelaki itu untuk memberikan nombor telefonnya.
Mata Harraz membulat. Tergopoh-gapah lelaki itu mencari telefon bimbitnya untuk diberikan kepada Dhia. Ekspresi wajah Harraz jelas menunjukkan yang lelaki itu langsung tidak menyangka Dhia akan terus beri nombor telefonnya kepada dia. Sebab tu tak prepare telefon dari awal.
Jumpa sahaja telefon yang dicari-cari, dia serahkan kepada gadis itu selepas selesai membuka kata kunci pada telefon bimbitnya itu. Beberapa minit kemudian, Dhia serahkan semula telefon itu kepada tuannya semula. Dengan penuh cermat lelaki itu menyambut huluran Dhia.
Dhia mencapai pemegang pintu kereta. Bersedia untuk keluar dari situ.
"Dhia," kepalanya kembali memandang lelaki itu. Keningnya naik sedikit seperti menyoal sebab Harraz panggil dia.
"Thanks sekali lagi sebab tolong jagakan Hana dekat mall sepanjang ketiadaan saya tadi. Kalau tak ada awak, saya tak tahulah apa yang akan jadi pada dia," mata Harraz jatuh pada Hana yang nyenyak tidur dibelakang sambil tangannya erat memeluk tablet kepunyaannya itu.
"Tak ada apa lah. Saya cuma teman dia sekejap je sebelum awak datang. Bukannya besar sangat jasa saya. Hana memang pandai jaga diri dia," balas Dhia semula. Memang betul pun. Dia cuma bersama dengan Hana selama beberapa minit je. Lebih kurang sepuluh minit sebelum Harraz muncul.
"Walau sekejap pun saya tetap berterima kasih yang tak terhingga dekat awak. Saya nak belanja awak makan harini tapi awak tak nak," kata Harraz seperti berjauh hati.
"Bukannya saya tak nak tapi dah larut malam sangat dah. Sekarang pun dah pukul sepuluh malam. Cuba bayangkan saya terima pelawaan keluar makan dengan awak harini. Pukul berapa pulak kita akan sampai rumah kawan saya? Bukan tu je. Pukul berapa pulak awak dengan Hana sampai rumah nanti? Lagipun dah larut malam ni. Tak elok kalau orang nampak. Kalau hari lain saya okay je tapi sebab dah larut malam, sebab tu saya tolak." Panjang lebar Dhia cuba menerangkan sebab-sebab dia menolak pelawaan Harraz supaya lelaki itu tidak berjauh hati.
Mata Harraz bersinar-sinar.
"Betul ni kalau hari lain saya ajak awak okey je? Saya ada nombor telefon awak ni. Alamat rumah awak pun ada dekat gps kereta saya. Awak tak boleh mengelak tau bila saya ajak awak keluar makan hari lain,"
Ah sudah. Dia sekadar berbasa-basi je untuk menyedapkan hati lelaki tu. Tiba-tiba ayatnya sendiri yang makan tuan. Apa pula nak balas ni?
"Ya, Encik Harraz. Lain kali, saya ikutkan je ke mana awak nak bawak saya. Saya redha," dah tiada pilihan lain, terpaksalah dia ikutkan je. Buatnya dia serbu rumah Aina ni tak beritahu dulu, naya hidup dia. Lebih baik dia layankan je permintaan Harraz itu.
"Walaupun saya ajak awak kahwin lari, awak sanggup ikut?"
"Haa?"
Terkeke-kekek Harraz ketawa. Terhibur dengan muka terkejut gadis disebelahnya itu.
Comel.
"Saya gurau je lah. Muka awak janganlah terkejut sangat." Wajahnya merona merah. Kedua belah tangannya digunakan untuk menutup pipinya. Malunya!
"Err, saya pergi dulu lah. Thanks again sebab hantar saya balik. Bye and good night!" Sekali nafas sahaja dia membalas. Pintu kereta Honda Civic Type R keluaran terbaru itu dibuka. Tidak menoleh kebelakang semula, kakinya terus diatur ke pintu pagar tanpa mempedulikan lelaki itu lagi.
"Good night too! Have a sweet dream by dreaming about me!" Dia dapat dengar suara Harraz melalui bukaan tingkap keretanya. Hanya belakang badan dia je yang Harraz boleh nampak dari dalam kereta kerana dia masih tidak toleh menghadap lelaki itu. Malu dia tak hilang lagi terhadap Harraz. Mesti lelaki tu ingat dia ni betul-betul gatal nak kahwin dengan lelaki yang baru dia kenal petang tadi di pusat beli-belah.
Tak malunya kau, Dhia!
Dengar saja kereta empat roda itu meluncur laju di atas jalan tar kawasan perumahan itu, Dhia hembus nafas lega. Dhia mengorak langkah mendekati pintu masuk rumah. Masuk sahaja ke dalam rumah, Aina sedang memandangnya dengan kepalanya memiring ke tepi sambil bibirnya terhias senyum mengusik.
"Ada orang tu kena hantar dengan duda hensem guys.."
"Banyaklah duda kau! Budak tu anak saudara dia lah," Malas mahu memanjangkan cerita, punggungnya dilabuhkan di atas sofa empuk yang terletak dihadapan televisyen itu. Badannya disandar lemah.
"Fuh, dapat yang masih teruna.. Kelas kau jah! Dah lah kereta mahal. Keluaran terbaru tu, Dhia. Kau patut bersyukur aku tinggalkan kau tahu tak?" Aina berpeluk tubuh dengan riak muka bangga.
Mata Dhia mengecil.
"Bersyukur sangat! Kalau kau ni bukan kawan aku, dah lama aku tanam kau belakang rumah ni tahu tak? Sedap-sedap je tinggal aku sorang-sorang dekat mall tu. Buatnya Harraz tak nak hantar aku balik macam mana? Dengan beg-beg aku sekali kau ambik. Aku nak naik grab pakai daun ke?" Dhia bagi jelingan pura-pura merajuk dengan Aina. Jumpa sahaja charger telefonnya, dia cas pada mana-mana suis berdekatan. Dah kritikal sangat bateri telefon dia ni.
"Chill, brader. Kau dah balik dah pun kan? Sebab aku nampak dia macam lelaki baiklah aku tinggalkan je kau dengan dia. Mahu aku kena marah dengan Aunty Dahlia kalau dia tahu aku tinggalkan dengan lelaki muka jahat."
"Yelah, Na. Kau menang. Lebih baik aku masuk tidur daripada layan kau ni," mulutnya yang lebar terbuka kerana menguap itu ditutup menggunakan telapak tangannya. Malas nak hiraukan Aina lagi. Kakinya terus menapak menaiki anak tangga ke tingkat atas. Mandi, solat lepas tu dia nak tidur. Cakap dengan Aina memang sampai esok pagi tak habis karang.

Komento sa Aklat (437)

  • avatar
    Kurt Justin Ancheta

    how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you

    16/08/2023

      1
  • avatar
    Prince Syryll Lozarito

    thanks

    7d

      0
  • avatar
    nurul shafiera

    wah i really lovee this story lines

    9d

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata