logo text
Idagdag sa Library
logo
logo-text

I-download ang aklat na ito sa loob ng app

Bab 5

AKU terduduk ke atas tanah dengan termengah-mengah. Penat siot berlawan pedang dengan putera poyo ni. Aku memandang tajam ke arah Min-Jun yang masih berdiri dengan memusing-musingkan pedang di tangannya. Acah. Berlagak. Poyo!
Dah tiga minggu aku berlatih dengan dia. Bermakna dah sebulan aku berada di negara ni. Keluarga istana ni semua baik dengan aku kecuali Putera Jee In. Mungkin juga Safaraz eh tapi... Dia yang selamatkan aku. Eh, tapi dia dingin dengan aku. Ah, apa-apa ajelah.
Aku menarik nafas perlahan. Aku tidak menghiraukan Min-Jun yang bercangkung di hadapanku. Aku mengangkat sedikit muka. Oh my god dia punya sixpack. Mengancam! Astagfirullah Al-Azim, Ara! Aduh, kenapalah dia selalu tak pakai baju waktu berlatih ni? Nak goda aku ke apa?
"Bangun."
Aku memandang kosong tangannya. Jangan harap aku akan pegang tangan kau. Aku bangun dari duduk. Aku menepuk bahagian punggung takut-takut ada debu. Aku meletakkan pedang di tempatnya dan meninggalkan Min-Jun terkulat-kulat di situ.
Aku mengabaikan panggilannya lalu berjalan ke bilikku. Ketika aku ingin menutup pintu, pantas Min-Jun menghalangnya. Aku terkejut. Lajunya dia lari!
"Apa yang awak nak?" berangku. Yalah, aku nak masuk bilik ni sebab nak mandi tapi dia datang pula. Ada juga aku bagi kaki.
"Merajuk dengan aku lagi ke?"
Aku berdecit. Aku? Merajuk dengan dia? Merajuk dengan Putera Dingin ni? Tolonglah.
"Saya tak ada masa la nak merajuk dengan awak. Saya nak mandi. Boleh tak awak pergi?" pintaku. Tetapi dia masih berada di situ. Di hadapan aku.
"Min-Jun, pergilah. Jangan ganggu saya buat masa sekarang. Saya nak privasi. Boleh tak?" Aku memasamkan muka aku.
Dia menolak pintu supaya ada ruang untuk masuk tetapi aku halang. Namun aku perempuan, dia lelaki jadi dia lagi kuat daripada aku. Aku mengeluh. Apsal putera ni degil sangat hah?!
"Min-Jun, please. Tolonglah keluar dari sini. Saya nak mandi. Badan saya dah busuk sangat ni," ujarku. Tetapi macam angin yang berlalu aje.
"Duduk sini."
Aku menggeleng.
"Sini."
Aku masih menggeleng. Apa hak dia nak paksa aku? Terus dia menarik tanganku dan tak semena-mena aku terduduk rapat dengannya.
"Lepaslah. Badan saya melekit sekarang." Tapi dia makin eratkan. Aku cuba untuk melepaskan lengannya dari merangkul pinggang aku tapi dia memegang tanganku.
"Min-Jun..." Aku rasa macam nak menangis dah. Tak pernah lagi orang buat macam ni pada aku. Terutamanya lelaki. Aku meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi dia langsung tak kisah.
Ya Allah, ampuni aku atas dosa yang baru sahaja aku lakukan bersama lelaki ajnabi ini.
Aku dapat rasakan kepalanya diletakkan ke atas kepalaku. Hei, lepaskan akulah! Aku bukan isteri kau dan aku tak inginpun jadi isteri kau. Jadi isteri Syazwan lagi okey.
Fikir pasal Syazwan membuatkan aku berhenti meronta. Wajahku berubah muram. Sungguh aku rindukan dia. Dan selama sebulan di sini, aku dapat rasakan yang aku mula sukakan dia tapi apakan daya. Mesti dia dah cari orang lain.
Tanpa sedar, air mataku mengalir. Hatiku terasa rapuh sangat sekarang. Tambahan lagi aku teringatkan kematian ayah, ibu dan adik-adik aku. Makin aku rasa sayu. Terasa sepasang tangan menekup pipiku. Kedua-dua ibu jarinya menyeka air mataku daripada terus mengalir. Dia mendekatkan kepalaku ke dadanya.
"Shh... Jangan nangis. Jangan buat aku risau."
Aku tersenyum dalam diam. Acahlah mamat ni!
"Kenapa nangis ni?"
Aku tertawa dalam diam. Caring juga dia dengan aku. Selalunya dingin dengan aku.
"Saya teringatkan arwah ayah dan ibu." Aku berbohong padanya. Dia meletakkan dagu ke atas kepalaku.
"Tak apa, aku akan selalu ada dengan kau. Bukan aku aje, ayahanda dan bonda juga ada dengan kau. Jadi, kau takkan keseorangan." Terasa ubun-ubunku diciumnya.
"Thanks, Min-Jun," ucapku ketika keluar dari pelukannya. Aku nampak kerutan di dahinya. Oh, lupa. Dia mana tahu Bahasa Inggeris.
"Apa yang kau cakap?"
Aku tertawa.
"Terima kasih, Min-Jun."
Dia mengangguk.
"Okey, kau kata nak mandi, kan? Aku akan keluar dari bilik kau tapi siap aje mandi kau masuk bilik aku."
Aku hanya mengangguk.
Dengar sahaja bunyi pintu ditutup, aku bersorak gembira. Mungkin hari ni dia akan pulangkan barang-barang aku semula. Yeay! Sebelum ni waktu aku menang lawan dengan dia, malam tu dia langsung tak nak bagi.
AKU berjalan senang di laluan koridor. Aku memerhatikan permandangan dari bawah. Cantik bila tengok dari jauh. Aku memandang ke langit. Sepanjang sebulan aku berada di sini, tak pernah lagi hujan turun. Kalau hujan turun, aku boleh mandi hujan. Sejuk aje.
Ketika aku melintasi sebuah bilik, aku terdengar suara orang bercakap. Aku memandang ke arah pintu bilik tu. Wah, cantiknya pintu tuh tak tertutup langsung. Perlahan-lahan aku memasuki bilik tuh dan menyorok di sebalik perabot.
Aku menelek sedikit ke arah mereka. Sebab apa mereka? Sebab mereka ada empat orang. Aku cuba mengenal pasti siapa tu. Aku acah buat macam teropong menggunakan tanganku.
Permaisuri Chun Cha, Jee In dan Maharani Balu AhJong? Mereka buat apa berkumpul macam ni? Aku cuba mendengar butir-butir perbualan mereka.
"Jadi apa yang kita buat sekarang? Takkan nak biarkan ayahanda suruh si Min-Jun tu naik takhta? Takhta tuh milik Jee In, bonda." Aku melihat Jee In merungut kepada Permaisuri Chun Cha.
"Tak apa, sayang. bonda tahu apa yang akan mama buat lepas ni," ujar Permaisuri Chun Cha. Ha, sudah. Dia nak buat apa pula kat Min-Jun tu?
"Kan baginda raja ada cakap pada Min-Jun yang kalau dia tak naik takhta, dia kena kahwin. Bonda rasa bonda ada idea," ujar Maharani Balu AhJong.
"Apa dia nenda?" soal Jee In.
"Haah, bonda. Apa yang bonda dah rancangkan?" soal Permaisuri Chun Cha pula.
"Apa kata kita cakap pada baginda sultan untuk satukan Min-Jun dengan Kim Ara tu. Lagipun bonda nampak mereka berdua macam rapat sangat. Macam pasangan kekasih."
Couple? Macam couple? Tolonglah aku dengan dia macam anjing dengan kucing.
Aku perlahan-lahan keluar dari bilik itu. Takut si Min-Jun tu cari aku pula. Dan tak pasal-pasal dia masuk ke dalam bilik ni. Seram pula kalau kena tangkap nanti. Keluar dari bilik itu aku terkejut apabila Min-Jun berada betul-betul di hadapan aku. Hampir aku nak terlanggar dia.
"Kau buat apa kat dalam..."
Aku menekup mulutnya dan meletakkan jari telunjuk ke atas bibirku.
"Nanti saya ceritakan tapi sekarang awak suruh saya masuk bilik awak, kan? Okey, jom." Aku menarik hujung bajunya masuk ke dalam biliknya. Aku tersandar pada pintu bilik itu. Lega.
"Apsal dengan kau ni? Macam nampak hantu," katanya.
Aku tidak menghiraukannya sebab fikiran aku tertumpu pada apa yang aku dengar tadi.
"Ara, kenapa dengan kau ni? Cuba cerita pada aku sebab apa kau jadi macam ni? Apa yang kau buat kat bilik nenda tadi?"
Oh, tadi tu rupanya bilik Maharani Balu AhJong, nenda kepadanya. Aku memandang ke arah Min-Jun yang sudah duduk di birai katilnya. Aku menarik nafasku sebelum aku mendekatinya. Aku berlabuh jauh sedikit darinya. Tak naklah aku duduk dekat dengan dia. Yang tadi tu sebab dia paksa.
"Dekatlah sikit," katanya.
Aku buat-buat tak tahu. Malas nak layan permintaan dia.
"Ara, dekatlah sini."
Aku menggeleng.
"Kalau awak still nak saya duduk dengan awak, saya takkan cerita pada awak," ugutku. Jadi dia berhenti daripada suruh aku dekat dengan dia.
"Ceritalah. Kalau tak aku tarik kau dekat dengan aku."
Aku menjelingnya.
"Tadi waktu saya... Okey saya tanya kat awak. Betul ke ayahanda nak awak naik takhta?"
Dia mengerut dahinya.
"Macam mana kau tahu?"
Aku mengangkat tanganku. "Saya tak habis lagi. Betul ke kalau awak tak nak naik, ayahanda suruh awak kahwin?"
Dia terdiam. Mungkin betul rasanya.
"Min-Jun, betul ke semua tu?"
Dia mengangguk kecil.
"Macam mana kau tahu?"
Aku hanya menggeleng.
"Kenapa awak tak nak jadi pengganti ayahanda padahal awak ada ciri-ciri seorang maharaja."
Dia menggeleng.
"Memang aku ada semua tu tapi aku tak nak jadi pengganti ayahanda sebab itu milik abang Jee In, bukan aku."
"Tapi kalau awak tak nak, awak nak kahwin dengan siapa?"
"Dengan kau pun boleh."
Aku membuat muka cemberut membuatkan dia ketawa.
"Tak lawaklah."
Dia masih ketawa melihat wajah hodohku.
"Apa yang awak nak saya pergi bilik awak ni?" soalku sambil menilau biliknya. Min-Jun mula bangun dari katil dan menuju ke laci meja. Kemudian, dia kembali bersama...
"Barang-barang saya!"
Dia tersenyum lalu menghulurkannya kepadaku.
"Terima kasih, Min-Jun. Rasanya sekarang baru saya boleh maafkan awak."
"Maafkan? Untuk apa?"
"Sebab awak panah lengan saya. Kalau panah hati saya tak apa juga. Oww!" Aku tertawa melihat muka dia. Lawak siot!
"Saya masuk bilik saya dulu. Bye." Terus aku berlari anak menuju ke bilik aku. Aku nak check takut ada hilang sesuatu.AKU terduduk ke atas tanah dengan termengah-mengah. Penat siot berlawan pedang dengan putera poyo ni. Aku memandang tajam ke arah Min-Jun yang masih berdiri dengan memusing-musingkan pedang di tangannya. Acah. Berlagak. Poyo!

"Saya masuk bilik saya dulu. Bye." Terus aku berlari anak menuju ke bilik aku. Aku nak check takut ada hilang sesuatu.

Komento sa Aklat (91)

  • avatar
    niaputri

    best

    18/02

      0
  • avatar
    wowwdanz

    Cerita yang menarik

    03/09

      0
  • avatar
    Miramore

    tak ada sambungan ke huhuhu cerita dah best sangat..sambungkan please sampai betul ii ending dia

    27/06/2025

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata