"ARA Marlia. Cepat bangun sebelum aku simbah pasir pada kau!" Lantang suara kawanku mengejutkan aku dari tidur yang panjang. Tidur aku terganggu. Aku masih lagi mahu tidur! "Hei, Ara. Cepat bangun. Kau tak nak pergi sekolah ke apa?" marah kawanku yang merangkap sepupuku, Nurina. Namun begitu aku hanya memekakkan telinga. Sumpah aku nak tidur. "Bangunlah, Ara oii! Itulah aku dah suruh tidur tapi kau degil. Nak tengok juga E-drama kau tu. Sekarang ni kau dah tak ada excuse dari aku. Cepat bangun sebelum warden yang bangunkan kau," ujar Nurina. Jadi nak atau tak aku terpaksa bangun dari tidur. "Okey, sana sikit aku nak ambil tuala." Aku mula berjalan untuk mengambil tuala dan terus menuju ke bilik air dorm. Selepas beberapa minit, aku sudah siap berpakaian seragam sekolah berwarna putih. Aku membetulkan tudung sekolah segi tiga yang sudah tersarung di atas kepala. Aku mengeluh kecil. Sejak aku tingkatan empat lagi aku dimasukkan ke dalam asrama sekolah. Itupun sebab aku tinggal bersama paklong dan maklong, iaitu mak dan ayah Nurina. Ibu bapa dan adik-beradik aku dah meninggal beberapa tahun lepas sebab kemalangan. Sejak itu aku hanya tinggal di rumah keluarga Nurina ketika cuti sekolah dan di asrama sepanjang hari persekolahan. Selepas kematian mereka, kawan-kawanku termasuklah Nurina sering memberikan aku semangat untuk menerima takdir. "Jom turun, Ara. Nanti biro denda kita kalau turun lambat," ujar Nurina. Aku pantas mencapai minyak wangi dan dompet masuk ke dalam poket baju kurungku. Aku dan Nurina menuruni tangga dan terus menuju ke bilik study untuk mengambil beg sekolah kami. Nasib ada lagi kawan-kawan yang masih melepak di dalam bilik itu. "Hei, esok kita outing kan? Apa kata kita pergi mall?" ajak Mariana ketika dia berbual dengan kawan-kawan yang lain. "Weh, nak join!" sampuk Nurina dari belakang. Aku perasan raut wajah Mariana berubah. Macam wajah menyampah. "Sofiya pun ikut sekali," sambung Nurina lagi. Makin cemberut wajah Mariana. Aku hanya buat-buat tidak tahu. "Sorry but I cuba ajak kawan-kawan I aje and you berdua bukan kawan I. So, get lost." Nurina pula membuat muka menyampah. Apatah lagi aku. Rasa nak ambil kerusi meja lepas tu hantuk kepala dia. Acah diva sekolah tapi semua benda mak ayah tanggung lagi. "Oh okey, tak apalah. Nanti aku dan Ara boleh ajak member-member kami yang duduk kat luar keluar sama-sama. Jomlah kita pergi sekolah, Ara. Tak payahlah nak ikut perangai dorang ni. Dia orang ni dah pandai, dah boleh jawab SPM dah aku rasa." Aku hanya menahan tawa apabila dengar Nurina mengomel. "ARA, jom teman aku sekejap." Aku mengerutkan dahiku. Kacau betullah. Orang nak siapkan kerjapun susah! "Pergi mana?" Nurina mula bercakap tanpa suara. Okey, faham. "Amir, aku dan Nurina pergi tandas sekejap." Nurina melaung kepada Amir, si ketua kelas sambil berjalan keluar dari kelas kami. Lelaki itu hanya membenarkan tanpa banyak soal. Aku dan Nurina mula berjalan ke tandas. Aku perasan wajah Nurin mula semacam. Macam ada rahsiakan sesuatu. Tapi aku malas nak bertanya. Nanti ajelah. Ketika berjalan masuk ke dalam kelas semula, aku memandang Nurin yang berubah lagi. Kenapa ni? Aku memerhatikan sekeliling. Takut juga kalau ada 'benda' kat laluan ni. Nanti tak pasal-pasal ada histeria. "Nurin, apsal kau ni?" Nurin hanya tersenyum. "Nothing." Aku rasa makin pelik. Nothing tapi macam ada sesuatu. Atau betul dia ada nampak 'benda' tu. Weh, seramlah! Berdiri sahaja di muka pintu kelas, satu kelas mula riuh. Nurin menolak perlahan tubuhku masuk ke dalam sehingga ke tengah kelas. Aku terdengar bunyi petikan tali gitar dari luar. Amalina... Oh Amalina... Oh Amalina..... Oh... Amalina Aku tertawa sendiri. Kenapa tiba-tiba nyanyi lagu tuh? Hari istimewa untuk aku ke hari ni? Aku melihat Syazwan yang sedang bermain gitar berjalan mendekatiku. Kawan kelas yang lain menepuk tangan mereka mengikut tempo. Amalina, Amalina Kau satupun tidak punya dua Satu dua tiga hanya kau saja Walau bidadari datang menyerah Amalina, Amalina Biar dulu kita habis belajar Kita juga sama-sama membesar Nantikan orang tuaku pinangkan Amalina... Aku suka kamu kerna kau manja Aku suka kamu kerna kau mulia Aku suka kamu Engkau Amalina Amalina ooohh... Aku suka kau berbudi bahasa Kau juga menghormati orang tua Aku suka kamu oh Amalina. Aku terhibur dengan persembahan secara mengejut dari semua rakan kelasku. Dengan menyanyikan lagu Amalina dari Santesh memang kegemaran aku. Huhuhu... Tiba-tiba aku terdengar orang menyanyikan lagu Happy Birthday di luar. Aku terkejut apabila Nurin sedang berjalan menghampiriku dengan memegang sebuah kek coklat oreo. Ya Allah, kegemaran aku. "Happy birthday to Ara, happy birthday to you." Aku tersenyum lebar. Sungguh aku terlupa akan hari yang sangat istimewa ini. Pada hari ini, aku sudah genap 17 tahun. "Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Ara Marlia. Allah selamatkan kamu." Aku meniup lilin yang ada di atas kek itu. Selesai tiup semua menepuk tangan kepadaku. "Nurin, thanks!" Aku memeluk tubuh Nurin dengan eratnya. "Kau orang, terima kasih tau! Aku betul-betul lupa hari ni birthday aku." Mereka tergelak. "Tak apa. Kalau kau tak ingat, kami semua tetap ingat birthday sebab tanpa kau aku rasa kita takkan jadi satu keluarga sejak form 1 lagi," ujar Amir dengan senyuman dibibirnya. Aku membalas senyuman itu. "Apa lagi. Nah, ini pisau then potong kek kau ni. Sedap tau aku suruh Wan beli dekat Secret Recipe semalam," ujar Nurin ketika menghulurkan pisau kepadaku. Tanpa menunggu lama lagi, aku perlahan-lahan memotong kek itu. "Sini Wan suapkan kek untuk Ara." Aku tergamam seketika. Aku memandang Syazwan yang sudah mencubit sedikit kek untuk disuapkan kepadaku. "Buka mulut Ara!" arah Nurin. Aku teragak-agak untuk membuka mulut ketika Syazwan sudah berada di sebelahku. Nak atau tidak aku membuka mulut lalu kek itu selamat masuk ke dalam mulutku. Syazwan menjilat krim yang ada pada jarinya. Aku hanya diam. Aku dan Syazwan bukanlah pasangan couple cuma kawan baik sebab aku tak nak Syazwan rasa macam ditolak tapi aku juga tak nak beri fake hope pada dia. Aku selesa dengan dia tapi bukan bermaksud aku sukakan dia. Bila aku kata begitu padanya, dia kata tak apa. "Okey, jom kita makan!" Aku membuntuti Syazwan menuju ke belakang untuk makan. Ketika itu, aku berasa sedih sebab aku dah tak ada keluarga yang lain. Aku hanya ada mereka semua dan keluarga Nurin sebagai tali untuk bergantung. Merekalah yang memberikan semangat kepada aku selama ini dan aku berbangga sebab ada kawan seperti mereka semua.
Salamat
Suportahan ang may-akda na magdala sa iyo ng mga magagandang kwento
Gastos 22 diamante
Balanse: 0 brilyante ∣ 0 Mga puntos
Komento sa Aklat (91)
niaputri
best
18/02
0
wowwdanz
Cerita yang menarik
03/09
0
Miramore
tak ada sambungan ke huhuhu cerita dah best sangat..sambungkan please sampai betul ii ending dia
best
18/02
0Cerita yang menarik
03/09
0tak ada sambungan ke huhuhu cerita dah best sangat..sambungkan please sampai betul ii ending dia
27/06/2025
0Tingnan Lahat