logo text
Idagdag sa Library
logo
logo-text

I-download ang aklat na ito sa loob ng app

ujian yang menyakitkan

Saya dibawa masuk ke dalam ruang bilik selebar 10 meter persegi,ditengahnya terdapat 2 pasang sofa panjang. Sungguh, enak sekali rasanya duduk di barang yang mahal, saya melihat sekeliling, tahulah saya yang bilik ini adalah ruang untuk bangsawan itu melakukan urusan rasmi dengan pihak lain.
"maaf menunggu"
Ucapannya mengganggu mata saya yang liar hinggap di setiap sudut ruang bilik itu, dia datang sambil diikuti dua orang perempuan yang pakaian seragam, terlihat di tangan mereka membawa dulang yang berisi makanan.
Sungguh, saya merasa gembira dan bercampur segan untuk menyatap makanan yang dari baunya sahaja, saya sudah tahu yang makanan itu bukanlah makanan yang dapat saya beli dengan harga murah.
"Makanlah, jangan malu malu!"ucapnya sambil sambil tangannya mulai mencedok gulai kambing yang ada di depannya.
"Sepatutnya, saya menyajikan air teh dan manisan sekiranya ada orang berkunjung atau berbincang mengenai urusan perniagaan di rumah kami, tetapi untuk hari ini. Oleh kerana tetamu kami adalah orang yang masih mudah, jadi saya memilih untuk menyajikan makanan yang berat agar pertumbuhannya lebih cepat, harapnya nanti dia akan cepat membesar dan menjadi orang hebat." ucapnya sambil tersenyum. Saya hanya membalas senyumannya dengan senyuman tawar kerana pada saat ini, saya masih dalam dilema, patutkah saya mempercayainya atau tidak. Tetapi, sekiranya saya melihat dari perwatakannya dan caranya melayan saya, saya merasakan yang dia bukanlah orang yang jahat.
"Baiklah, saya akan mempercayai orang ini" bisik hati saya, bukan apa. Oleh kerana, saya pernah ditipu oleh orang yang saya sangat percaya sebelum ini, saya sudah menjadi lebih berhati hati dalam mempercayai orang lain.
Masa terus berlalu, kami bertukar pandangan dan cerita. Perasaan gerun yang sebelum ini menyulubungi hati saya perlahan memudar.
Akhirnya, kami mencapai kata putus, kami menandatangani satu kertas perjanjian antara saya dan dia.Tertulis di kertas itu yang saya berhutang padanya setiap kali saya menggunakan khidmat dokter peribadi miliknya dengan bayaran 1 keping perak. Ianya bersamaan dengan 100 keping gangsa, meskipun ianya sangat tinggi, melihat keadaan ibuku yang lemah dan pucat, saya merasa yang jumlah itu sangat murah. Oleh kerana keadaan yang terdesak, dia memilih untuk memasukkan semua hutang saya ke dalam buku hutang dan dibayar sikit demi sedikit.
Beberapa minggu telah berlalu, sejak dokter peribadi bangsawan itu datang, sejak dari itu keadaan ibuku semakin pulih, penyakit batuknya kian berkurang dan dia sudah mampu melakukan kerja rumah, saya sangat bersyukur melihat keadan ibu saya.
Untuk saya pula, dari pengalaman yang ada, saya sudah menjadi sangat ahli dalam berburu, saya sering kali membawa hasil yang lumayan, saya meletakkan hati dalam setiap perburuan saya. Saya perlu memburu sebanyak mungkin untuk membayar hutang saya yang kian menumpuk,penat memang penat, tetapi alah bisa tegal biasa.
Saat ini, barulah saya faham apa yang pernah dikatakan ibu saya suatu ketika dahulu, saya berasa sangat gembira,setiap kali saya balik dengan badan yang letih,saya disambut dengan senyuman ibu yang suam serta bunyi suara gembira dan kadang tangis adik perempuan saya.
Sungguh, saya akan terus menjaga mereka sepenuh hati saya, bukan kerana terikat oleh janji paksa arwah ayah saya tetapi kerana bagi saya, mereka adalah bulan dan bintang saya.
Minggu demi minggu,bulan demi bulan berlalu, siapa sangka kebahagiaan yang saya bertungkus lumus untuk mempertahankannya tetiba hancur dalam sekelip mata. Semuanya bermula apabila saya balik dari pasar kampung sebelah setelah untuk menjual semua hasil buruan saya.
Saat tiba di rumah, saya melihat ibu saya yang duduk menggigil di satu sudut rumah, saya melihat dengan penuh hairan, kemudian saya melihat adik saya yang menangis di katil, saya segera mencapai adik saya, saya menenangkanya semula sebelum saya menghampiri ibu saya, saya sangat risau, ya Allah, apa yang berlaku kepada ibu saya?.Hati saya seolah olah meletup, saya melihat objek yang ada di tepi ibu, disitu ada bekas obat pemberian dari doktor bangsawan itu.
"apa yang sudah berlaku?"Bisik hati saya.
Di malam hari ,setelah ibu dan adikku saya mulai tenang dan sedang tidur di katil, saya segera bergegas menuju ke rumah agam yang ada di kampung saya itu.
" Ada apa kamu datang kesini malam malam begini Tuah?"tanya orang kaya itu
" Saya datang untuk bertanya tentang kondisi ibu saya yang sebenarnya, saya memang sedikit ragu pada awalnya tetapi saya mengendahkannya setelah melihat kondisi kesiahatan ibu saya yang semakin pulih, tetapi sekarang, perasaan tidak enak dari hati saya semakin melonjak apabila melihat ibu saya yang tidak berperilaku normal lagi, boleh doktor peribadi awak jelaskan tentang keadaan ibuku itu?"
"apa yang pelik berlaku pada ibu awak?, adakah dia sakit?, bukankah dia sudah pulih, cukup kuat untuk melakukan kerja rumah dan menjaga adik kecilmu."
" Bercakap tentang itu, untuk kebelakangan ini, ibu saya sudah tidak menyusukan adik saya, apa kamu tahu sesuatu tentang itu?"
"saya sangat bersimpati dengan nasib yang menimpahmu tetapi malangnya kami bukan tuhan, kami tidak tahu apa yang berlaku sehingga menyebabkan ibumu beeperilaku pelik."
" Tetapi jangan risau!, mungkin apa yang berlaku kepada ibumu merupakan kelekaan dari pihak kami kerana dokter peribadi saya sendiri tidak berterusan membekalkan ubat padamu. Kesan daripada tidak mendapatkan ubat itu mungkin menyebabkan kelakuan pelik ibumu.nOleh itu,bsebagai tanda maaf dari kami, ubat untuk kali ini,nawak tidak perlu membayarnya."
"Terima kasih banyak untuk itu, tetapi sekiranya awak tidak keberatan, bolehkah awak terangkan kepada saya tentang penyakit sebenar ibu saya?, saya bukan orang yang bijak, oleh itu saya tidak boleh berbuat apa apa selain hanya risau.bSaya harap,ndengan penerangan daripada kamu,nsaya lebih yakin dan hilanglah perasaan gundah di hati saya."
"Saya ingn sekali menerangkannya kepada awak tetapi awak kena faham, kita sedang berniaga disini,ntidak ada yang percuma baik itu barang, mahupun sekadar informasi."
"Saya akan membayar untuk itu, lakukan seperti biasa, tambahkan saja ke dalam buku hutang saya!"
"Minta maaf Tuah, inilah prosedur kami, maklumat itu terlalu penting."
"tapi...."
"cukup Tuah, inilah batas yang awak tidak boleh lintas, sekiranya awak berkeras, kami akan tarik semula bantuan kami. Perbincangan sudah selesai, izinkan saya mengundur diri!"
Pada malam itu, saya balik ke rumah dengan rupa yang sugul, ditangan kanan saya, saya membawa dua botol ubat untuk ibu saya. Sesampainya di rumah, saya melihat ibu dan adik saya dengan perasaan sedih, entah kenapa saya merasa seakan akan sangat ragu, saya melihat dua botol ubat yang saya letakkan di atas perabot di tepi katil ibu saya, kemudian saya mengambil sebotol lalu membukanya.
Saya kemudian mengambil satu biji obatnya lalu cuba menelannya,belum sempat saya memasukkanya ke dalam mulut, tangan saya dengan cepat ditahan oleh ibu saya.
"jangan makan itu Tuah!, ucap ibu saya perlahan tetapi dengan nada yang tegas."
"Kenapa ibu?, saya cuma mahu tahu sama ada obat ini tidak membahayakan ibu, saya risau melihat ibu yang terlihat tidak normal apabila terputus bekalan obat ini...."
"Dengar cakap ibu Tuah, ada sesuatu yang ibu mahu sampaikan!, dengar sini....., huuuuh huuuuuuuuh, ibu rasa ibu tidak akan hidup lama Tuah....."
"Apa yang ibu cuba ucapkan ini?, jangan kata yang bukan bukan ibu, kita kan terus hidup bersama, sekiranya duit yang kurang,nTuah akan bekerja dengan lebih gigih, Tuah juga sudah semakin handal dalam berburu.nKita boleh jadi kaya ibu,nkita akan terus hidup selamanya, saya janji saya akan jaga ibu dan adik..."
Tanpa saya sedar, air mata saya mulai jatuh satu demi satu ,air itu terus tumpah jatuh ke lantai,tangisan saya tidak mengeluarkan bunyi.
"Tuah, ibu akan cuba untuk terus hidup, jika diberi pilihan. Ingin sekali ibu terus berada disini melihat anak anak ibu membesar dan menjadi orang yang hebat, biarlah kita hidup susah, asalkan anak anak saya masih boleh tersenyum, itu sudah cukup buat ibu.Tetapi ingat, setiap yang hidup, pasti akan mati, itulah janji sang pencipta kita, kita hanya mampu berdoa, berharap dan berusaha. Oleh itu, untuk sekarang, ibu akan terus mengambil obat itu, tetapi hanya sehingga adikmu Maria sudah cukup besar untuk kamu menjaganya, jadi janji dengan ibu untuk menjaganya Tuah, jangan biar dia bersedih,ibu tahu yang Tuah boleh."
Air mata ibu saya perlahan lahan mengalir turun dari pipinya yang putih pucat, mata ibu saya yang redup serta nafasnya yang tersekat sekat cukup membuat hati saya hancur berkecai kecai. Tetapi saya gagahkan juga untuk membuka mulut.
"saya janji ibu."
Kemudian, ibu saya memeluk saya rapat lalu berbisik di telinga saya.
"huuuuuuuh, huuuuuuuh, terima kasih Tuah, ibu sangat bangga dengan kamu".
Malam itu, dibalik samar samar cahaya lilin, ibu saya terus memeluk saya dengan erat dan malam itu terus berlalu dengan saya tidur disebelah ibu saya.
Keesokan harinya, saya terjaga dari tidur saya apabila saya terhidu sesuatu yang enak, saya melihat bahawa ibu saya sudah menyediakan sarapan buat saya sebelum saya pergi ke kerja. Saya terkejut, ibu sudah sihat, adakah semalam saya bermimpi?, tanya hati saya seolah olah tidak percaya setelah melihat keadaan ibu saya yang pada malam semalam terlihat nazak dan sekarang sudah mampu melakukan tugas berat.
"Tuah apa yang awak tunggu?, mari kita makan bersama!"
"Baik ibu"ucap saya ringkas.
Saya segera bangun dari tempat tidur saya lalu bergegas ke dapur, saya mencuci mukak saya dan menggosok gigi sebelum bersarapan.
"Tuah,boleh ibu minta sesuatu?"
"apa itu ibu?"
"Bolehkah Tuah mulai membelikan susu buat adikmu?, keadaan ibu tidak sihat nak, ibu takut adik akan sakit apabila dia terus mendapatkan susu dari ibu."
"Baiklah ibu, nanti Tuah ke pasar, Tuah akan membelikan susu buat adik"ucap saya sambil tersenyum.
"Terima kasih Tuah, sungguh. Awak memang anak yang sangat baik, ibu tahu permintaan ibu sangat egois, tapi kita masih ada duit dari pampasan dari kerajaan, kita boleh menggunakannya untuk membeli susu untuk adik."
"Baiklah ibu, saya akan ke pasar sebentar untuk membeli susu untuk adik. Sejak hari itu, membeli susu setiap bulan sudah menjadi kebiasan saya, meski ianya sangat buruk untuk ekonomi keluarga kami, tetapi saya memilih untuk tidak menanyakannya kepada ibu saya kerana saya tidak mahu ibuku terasa dengan pertanyaan saya, minggu demi minggu, bulan demi bulan, akhirnya, sudah genap setahun umur adik saya. Hari ini, saya pulang ke rumah seperti biasa, dengan hati penuh gembira, saya membawa angsa untuk dijadikan lauk pada makan malam.
Sesampainya di rumah, saya disambut oleh ibu saya, anak mata saya dapat melihat ibu saya mulai tidak kuat, dari mukanya sahaja sudah terpancar rasa sakit tetapi dia cuba untuk menahan dari menunjukannya pada saya kerana mungkin dia tidak mahu saya risau. Malangnya saya sudah sangat mengenali rupa sang ibu yang saya cintai itu.
Saya tidak mempertanyakannya, sebaliknya saya hanya beralasan yang saya ada mempelajari resepi masakan baru. Oleh itu, untuk hari ini, sayalah yang akan memasak untuk ibu, kemudian saya pergi ke dapur untukmenyiapkannya, saya melihat ibu saya kembali baring di katil, saya mulai risau, saya tidak fokus kerana macam macam hal gila mulai berlegar legar di kepala saya, tambahan lagi, saya teringat tentang kata kata ibu saya beberapa bulan lalu.
Saya memasak sup angsa pada malam itu, saya menyediakannya saat masih panas, sungguh, ianya sangat enak. Makan daging angsa ketika habis bekerja memang sangat nikmat. Saya terus membantai makanan yang ada di depan saya, tetapi tidak beberapa lama kemudian, ibu saya memberikan makanannya kepada saya.
Saya terkejut, saya melihat bahawa nasi ini tidak berkurang, tetapi entah kenapa, ibu berpura pura makan untuk beberapa minit, kenapa dia hanya mengacau ngacau nasi yang ada di mangkuk itu?, adakah untuk menjaga hati saya?, saya sangat bersyukur sekiranya ibu saya melakukannya kerana tidak ingin melukai hati saya, saya sangat berharap masakan saya yang tidak sedaplah yang menjadi penyebab dari hilang selera ibu saya, tidak lebih dari itu. Ya tuhan, engkau panjangkanlah umur ibu saya!
Malam itu, saya tidak terus tidur sebaliknya saya mahu keluar untuk bertemu dengan bangsawan yang bernama Awang Arjuna untuk menanyakan tentang kesihatan ibu saya.
Saya merasa yang mungkin mereka tahu sesuatu tentang keadaan ibu saya yang terlihat lemah, mungkin ini sama seperti sebelum sebelum ini, ianya cuma kesan sampingan dari obat yang ibu saya terus ambil sejak tahun lalu, tetapi meskipun begitu. Saya tetap mahu bertemunya dan mendengarkan sendiri dari mulutnya. Saya menuju ke pintu keluar dengan otak yang runsing.
"Engkau hendak kemana Tuah?" tanya ibu saya dengan suara yang longlai kerana tercungap-cungap mengambil nafas.
Saya terkejut, saya menoleh, saya melihat ibuku sedang menyandar di dinding sambil melihat saya.
"Tuah hendak bertemu kawan ibu"ucap saya.
"Bertemu bangsawan itu lagi Tuah."
"iya ibu, Tuah mahu mengambil obat lagi dari mereka, ibu sakit sekarang ini kerana kesan sampingan dari obat itu, ibu perlu mendapatkannya agar ibu terus sihat...."
" Cukup Tuah, obat itu masih ada di sini, tetapi ibu memilih untuk tidak memakannya."
"Ibu...,kenapa?, sekiranya ibu tidak memakannya, ibu akan terus sakit..."
"Tuah, huuuuuuuhh..., dengar cakap ibu,cTuah masih ingat janji Tuah kan?, awak sudah besar Tuah, huuuuuuuhhhh....., ibu minta maaf nak, ibu minta maaf, urghhhh....., ibu sudah tidak larat. Ibu bertahan selama ini kerana adik awak masih cukup kecil tapi ibu sudah tidak mampu Tuah, bolehkah Tuah lepaskan ibu dengan rela hati?, tubuh badan ini sudah membusuk Tuah, dagingnya sudah mati, dalam ubat itu ada dadah. Yang terus menguatkan jantung ibu untuk terus hidup dan tidak mati, ianya mampu menutup dan menahan rasa sakit itu, tapi dia tidak menghilangkannya, ibu bertahan darinya berbulan bulan, hhuuuuuuuhhh....., ikhlaskanlah ibu pergi Tuah, dadah itu tidak baik tetapi untuk memastikan adikmu tumbuh dengan baik sementara engkau mencari rezeki, biarlah jasad tua ini menelannya, tetapi tidak untuk adikmu, ibu tidak menyusuhkan adikmu kerana dadah ini membunuh dari dalam, uuuurrgghhhhhhh..., maafkan ibu Tuah, ibu mohon, jagalah dirimu dan adik."
Air mata mengalir deras, saya teriak, saya tidak dapat menahan rasa sakit ini. Ya tuhan, tolong....., bantulah ibu saya, saya tidak mampu mengangkat wajah saya, saya dipeluk rapat oleh ibu saya, saya perlu melihatnya kerana hidup ibu tidak akan lama, engkau kena kuat Tuah, jangan jadi egois, bertenanglah, sungguh, apa perasaan ibu saya sekiranya saya terus menangis, mesti hujung hayatnya penuh dengan rasa bersalah dan risau akan kami.
Saya perlu menerima takdir ini, dari dulu aku selalu dari kenyataan, itu menyebabkan ibuku terus tersiksa, sudah sampai masanya untuk saya menghilangkan ibu dari rasa sakit itu. Saya perlu laksanakan tugas terakhir ini sebagai seorang anak meskipun berat untuk diterima.
Saya kemudian menganhkat wajah saya, saya melihat rupa ibu saya. Dari samar samar cahaya bulan yang masuk dari celah celah dinding rumah kami.
Sungguh, rupa yang tenang yang menyembunyikan semua luka dan sakitnya, semuanya untuk anaknya. Hebat, matanya yang memancarkan rasa sakit tetapi bibirnya yang terus tersenyum, kerana kebodohan saya, ibu sayalah yang perlu menahan rasa sakitnnya selama berbulan bulan, tetapi ia tetap tenang. Di saat seperti ini sekalipun, saya masih melihat dia tersenyum. Sungguh, hati ibu saya sangat cekal.
Baiklah ibu, sekiranya itu keinginanmu, saya tidak akan lari dari kenyataan ini lagi.
Saya kemudian memegang muka ibu saya," Baiklah ibu." ucap saya ringkas sambil tersenyum.
"Terima kasih Tuah.....,terima kasih."
Keesokan harinya, sakit ibu saya bertambah teruk, dia hanya terbaring di katil, suhu tubuhnya terus meningkat naik, tidak seperti sebelum ini, saya mulai sedikit tenang, saya tidak keluar mencari pelaku yang menyebabkan semua ini, saya juga tidak terus larut menyalahkan diri saya dan membuatkan ibu sayatidak tenang. Hari ini, saya tidak pergi berburu,saya menyiapkan bubur pada awal pagi, memandikan dan membuatkan susu buat adik kecil saya kemudian terus duduk disamping ibu saya. Saya terus memegang tangannya yang panas, saya tidak menangis dan risau, bukan kerana saya tidak merasa sedih tetapi kerana saya belajar dari sikap ibu saya yang terus kuat meskipun jalan hidupnya sangat berduri.
Terlihat jelas di wajah ibu saya yang dia sedang berada dalam kesakitan,saya terus memegang tangannya. Saya dapat melihat bahawa seolah olah ibu saya mulai tenang apabila saya terus memegang tangannya, bubur yang saya siapkan untuk ibu saya hanya terjamah sedikit sahaja dan ibu saya terus muntah.
Di hari kedua, saya terus berada di rumah dan mengurus adik dan ibu saya, mukak saya pucat kerana saya tidak tidur sejak dari kelmarin lagi, tidak kira malam atau siang, saya harus terus berada didekat ibu saya yang semakin tenat. Terlihat jelas ,tangan yang sebelum ini acap kali menyapu nyapu kepala saya suatu ketika dahulu sekarang ini hanya terlihat tulang yang dibalut kulit. Apabila suhu ibu naik, saya terus meletakkan kain basah didahinya untuk sedikit melegakannya dan pada malam itu, ianya merupakan malam terakhir saya melihat ibu saya berbaring di katil itu.
Keesokan harinya, ibu saya tidak bangun lagi, dia sudah tidak bernafas lagi, ibu saya sudah tiada. Sedih, sakit, hancur, semuanya seolah olah terus menyerang hati saya, saya terduduk, saya tidak mampu lagi untuk bangun, saya sudah tidak mempunyai kekuatan lagi untuk bangkit.
" Ingat janji Tuah, jaga adik. Tuahkan kuat." Janji yang saya buat dengan ibu saya mulai berlegar diminda saya. Hari itu, saya terus mengkhabarkannya dengan orang kampung dan jenazah ibu saya terus diurus dan ditanamkan hari itu juga.
Setelah hari yang panjang, saya pun mulai merehatkan tubuh saya. Saya berbaring di lantai ruang tamu nenek Dayang, saya dan adik saya diminta oleh nenek Dayang untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu kerana dia risau dengan keadaan kami. Itu sudah tentu, kami sudah tidak mempunyai siapa siapa lagi di dunia ini. Budak berumur 11 tahun cuba menjaga budak berumur satu tahun adalah sangat tidak logik. Oleh itu, setelah melalui banyak perbincangan, dia bersetuju untuk membiarkan saya menjaga adik saya sendiri di rumah kami cuma apabila saya dan adik saya sudah cukup dewasa.
Saya menutup mata, tidak menunggu lama, saya terus tertidur. Itu sudah pasti, saya selama ini hanya tidur ayam sahaja kerana telah memikirkan banyak hal serta melakasanakan tanggungjawab terakhir saya buat ibu saya.
Sejak hari itu, setiap kali saya balik daripada berburu, saya akan disambut oleh nenek Dayang yang ada dirumah, pada beberapa minggu yang pertama. Saya merasa yang saya sememangnyaa cukup kuat kerana terus bergerak maju, tetapi ternyata, dugaan saya meleset. Setelah beberapa bulan, perasaan untuk cuba bertemu ibu saya semakin menjadi jadi, saya sangat ingin bertemunya tetapi ianya mustahil. Oleh itu, setiap kali saya terkenang akan ibu saya, saya akan terus memeluk erat adik saya Maria yang masih kecil. Bagi saya, dialah tujuan hidup saya untuk sekarang ini, saya pernah berjanji kepada ibu saya yang saya akan menjaga adik saya meskipun nyawa saya sebagai ganti.
Masa berlalu begitu cepat,sedar tidak sedar sudah empat tahun berlalu sejak saya tinggal bersama nenek Dayang di rumahnya, saya sudahpun mencapai umur 15 tahun manakala adik saya pula sudah berumur lima tahun.
" Nek, besok sudah raya, kita akan menyambutnya, saya ada duit lebih sedikit, jadii....., ada apa apa yang nenek inginkan?, saya juga akan membeli kek di kota untuk Maria."
" Ooh, tidak ada apa apa yang nenek inginkan untuk sekarang Tuah, kamu berdua sudah terus berada disini sudah sangat bermakna bagi nenek."
"Nek, jangan berkata begitu, saya pasti, untuk raya kali ini, anak nenek yang ada di kota pasti balik. Nenek masih menulis surat untuk dia?"
"iya, nenek menulis surat kepada dia hampir setiap bulan ,tapi sampai sekarang dia masih tidak membalas satupun dari surat nenek."
" Mungkin dia sibuk nek, saya yakin, untuk tahun ini,dia pasti balik untuk merayakannya bersama nenek."
" Iya, nenekpun berharap begitu."

Komento sa Aklat (160)

  • avatar
    999BLONZ

    high quality film

    1d

      0
  • avatar
    Nurkisha Andih

    cantik Creta nya

    16d

      0
  • avatar
    JalilLiza

    good

    25d

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata