logo text
Idagdag sa Library
logo
logo-text

I-download ang aklat na ito sa loob ng app

warna warni kehidupan

Setelah beberapa minggu kami hidup bahagia dengan kehidupan kami yang sederhana, pada suatu malam rumah kami dipecah masuk oleh seseorang, dia menyerang mak saya, mak saya menjerit meminta tolong. Oleh kerana lilin suda padam, saya tidak dapat melihat dengan jelas siapa si pelaku, dengan cepat saya mengambil pisau di dapur lalu menikam lembaga hitam yang bergelut dengan mak saya, setelah itu saya kemudian menyalakan lilin untuk menerangi ruangan rumah itu, setelah cahaya lilin itu menyinari ruang rumah kami, terlihatlah oleh kami seorang lelaki dewasa memakai topeng hitam sedang terbaring di hadapan kami, saya kemudian dengan perlahan membuka kain yang menutup mukanya.
Terkejutnya saya apabila melihat, orang yang terbaring di hadapan saya ini ialah pakcik yang sering membantu kami. Dialah yang sering membantu kami dan bertanya khabar tentang kami, apa yang dia cuba lakukan terhadap ibu saya?
" Bagaimana ini ibu?, apa yang kita patut lakukan?, Tuah sudah membunuh pakcik yang selalu menolong kita ibu?"
Saya menangis, saya risau, badan saya bergetar, saya tidak tahu ingin melakukan apa, apa yang saya lakukan ialah untuk melindungi ibu saya seperti janji saya kepada ayah saya, saya tidak pernah menginginkan ini.
"Tuah, tuah.., dengar sini, awak tidak buat salah Tuah, awak hanya melindungi ibu, sekarang, mari kita memberitahu orang kampung tentang ini! " ucap ibu saya sambil mengusap-usap air mata saya.
Ya, sekarang bukan masanya untuk saya menangis, saya perlu meluruskan salah faham ini, paling penting sekali, saya perlu melindungi ibu saya, meskipun apapun terjadi.
Setelah itu, hebohlah orang kampung tentang kejadian itu, isteri dari pakcik itu berlari menuju ke rumah kami, dia menangis dengan kuat.
"awak dan anak awak pembunuh?"teriaknya setelah melihat kami.
Saya tertampar dengan kata katanya itu, dadah saya sakit apabila mengingat semula detik detik tangan saya berdarah apabila membenamkan pisau ke belakang orang, aku tidak dapat menerima hakikat itu, pakcik itu orang yang baik.
"kenapa ini semua berlaku?, saya adalah pembunuh, saya sudah membunuh seseorang."
Bau darah masih menyengat hidung saya, meskipun warnanya sudah hilang setelah saya membilas tangan di sumur, namun bau dari darah orang yang saya bunuh tidak hilang. Emosi saya tidak stabil, dadah saya sangat sakit, terasa seolah olah dunia ini berpusing, saya pening, saya terasa ingin muntah apabila menghidu bau darah dari tangan saya sendiri, saya terasa sangat gelap, saya tidak tahu ingin melakukan apa untuk membetulkan kesalahan ini.
"anak saya bukan pembunuh, dia cuba menyelamatkan saya apabila lelaki ini memecah masuk rumah kami lalu menyerang saya, anak saya tidak salah!"
Setelah itu, banyak benda yang berlalu, sejujurnya, hati saya sudah hancur dari dalam namun saya harus terus kuat. Sekurang kurangnya sehingga ayah saya balik dari kerjanya, saya tidak boleh patah semangat sekarang, kata kata dari ibuku suatu ketika dahulu yang mengatakan dunia ini keras dan saya perlu sentiasa bersedia untuk itu menjadi tali saya untuk terus bertahan dari terus hancur.
Hari ini, say melakukan rutin harian seperti biasa, oleh kerana kami hanya melindungi diri kami dari orang yang memecah masuk rumah. Oleh itu, tidak ada hukuman yang dikenakan kepada kami, syukurlah,dengan itu, kami boleh meneruskan hidup kami seperti biasa.
Namun begitu, tidak semua orang menerima kami seadanya, hasil dari kejadian tempoh hari, saya sudah tidak boleh pergi ke pasar lagi, ini kerana, kawan dari pakcik yang juga berniaga di pasar telah berpakat untuk memboikot saya dan ibu untuk pergi ke pasar, tidak dilupa, setiap kali saya balik dari memburu, mak saya sentiasa menangis. Ini demikian kerana dia sering diejek oleh jiran jirannya tentang anaknya yang merupakan seorang pembunuh, pendek kata perlakuan orang kampung terhadap kami sangat teruk.
Setiap kali ibu menangis bersendirian,saya akan terus memeluk ibu saya dari belakang, sekiranya boleh, saya ingin berkongsi rasa duka yang ditanggung oleh ibu namun mustahil itu berlaku, setelah beberapa minit ibuku melepaskan emosi, dia kemudian menoleh ke arah saya dan tersenyum.
" Dunia ini keraskan Tuah?,mari kita terus kuat sementara menanti kepulangan ayah!"
" Baiklah ibu"ucap saya ringkas.
Sudah 3 bulan sejak ayah pergi, hari ini, saya tidak berlatih petang seperti rutin harian saya, kerana ketika saya habis berburu, ibu saya akan meminta saya untuk pergi bertemu nenek Dayang. Saya berlari dengan cepat, perasaan saya bercampur aduk, saya masih ingat dengan jelas kata kata ibu tadi.
"Tuah, ibu minta tolong untuk awak panggil nenek Dayang, ibu rasa, ibu akan melahirkan tidak lama lagi."
Saya kemudian dengan cepat mengiyakan kata ibu lalu membuka langkah seribu ke rumah nenek Dayang yang terletak sedikit jauh dari rumah kami. Saya berlari ke rumahnya lalu mengkhabarkan berita itu,kemudian saya menggendongnya lalu berlari semula kerumah.Sungguh, latihan yang saya lakukan selama ini tidak sia sia.
Setelah hampir sejam, akhirnya, saya sampai ke rumah sambil memangku nenek Dayang dibelakang , alhamdulillah, saat itu, ibu masih kuat ,sempat lagi dia menyediakan juadah makan malam untuk saya dan nenek Dayang.
Apabila malam tiba, seperti yang dijangka. Ibu mulai melahirkan. Setelah beberapa jam bertarung nyawa, akhirnya, adik baru saya yang berjantina perempuan lahir.
Setelah itu, adik saya terus dimandikan oleh nenek Dayang yang merupakan orang yang membantu ibu saya, nenek Dayang ini jugalah yang membuka sekolah rendah untuk anak anak di kampung ini, saya juga selalu berkunjung ke tempatnya untuk belajar pada hari sabtu dan ahad semasa ayah masih ada. Ayah saya sangat mementingkan ilmu, dia mahu saya untuk menjadi orang yang berilmu apabila saya dewasa kelak, bukan itu sahaja, nenek Dayang juga tidak meminta bayaran atas setiap bantuannya mulai dari sekolah yang merupakan rumahnya sendiri sehinggalah pertolongannya terhadap ibu saya. Sungguh, beliau adalah orang yang berhati mulia.
Kemudian,setelah dimandikan dan dibungkus dengan kain bersih, nenek Dayang kemudian menyerahkan bayi itu kepada saya, dengan perlahan saya menggapainya lalu menggendongnya di pangkuan saya. setelah itu, saya bertemu ibu,dengan perlahan ibu saya mengusap usap kepala bayi itu.
" saya memberinya nama Maria..."
Belum sempat ibu saya menghabiskan katanya, saya terus mencelah,.
"Maria, itu nama yang cantik mak."
Ibu saya tersenyum, malam itu segera berlalu, adik saya Marie ditidurkan di sebelah ibu.
Disiang harinya, saya bangun lebih awal berbanding biasa, bukan kerana saya mahu tetapi kerana saya perlu menghantar pulang nenek Dayang ke rumah beliau, apabila saya tersedar dari tidur, nenek Dayang sudah memasak sesuatu di dapur, kemudian sebelum saya menghantarnya balik, dia sempat berpesan untuk memberi makan ibu makanan itu dan jangan membiarkannya melakukan kerja rumah buat sementara waktu, saya hanya mengangguk tanda setuju.
Setelah itu, saya mulai memangkunya dibelakang lalu saya berlari menghantarnya ke rumah, meski saya belum sarapan sekalipun. Oleh kerana nenek Dayang itu sudah tua saya tidak mempunyai masalah untuk mengangkatnya. Kemudian, saya segera balik ke rumah lalu memberi makan kepada ibu saya yang hanya terbaring di katil sambil menyusukan adik saya.
Saya kemudian mencuci kain yang mempunyai kesan darah, saya membersihkan rumah dan membakar daging kering yang sengaja kami simpan khas untuk situasi seperti ini, saya belum boleh untuk pergi memburu kerana risau dengan kondisi ibu saya, dalam seminggu, kami hanya hidup dengan duit tabungan saya.
Setelah seminggu lebih, saya terus berada di rumah menjaga ibu saya, akhirnya tabung saya pun habis, ibu saya memujuk saya untuk pergi sejak 3 hari lalu lagi, tetapi saya menolaknya.
" Awak sangat baik Tuah, meskipun umurmu baru 9 tahun, awak sudah pandai menjaga ibu." ucap ibu saya.
Yaa, saya sendiri terkejut dengan diri saya sendiri, sekiranya di ikutkan perasaan dihati saya, sudah lama saya menangis mengenang nasib yang perlu saya tempuhi, hati saya sudah lama terluka, ingin sekali saya memuntahkan semuanya,tetapi saya bertahan kerana saya tahu, di malam yang gelap ini, saya tahu dihujungnya pasti ada matahari yang menanti, itulah yang sering menjadi penguat bagi saya untuk terus berusaha, selagi ibu saya mampu tersenyum, saya akan korbankan apa sahaja, saya akan buat apa sahaja sehinggalah ayah saya balik.
Beberapa hari kemudian, setelah saya balik ke rumah dari berburu, terlihat seseorang yang lengkap berbaju besi sedang bercerita dengan ibu saya, saya melihat dengan jelas yang ibu saya menangis, lelaki yang saya tidak dapat melihat rupanya itu kemudian memberikan seuncang duit perak kepada ibu saya.
Perlahan saya datang menghampiri mereka, melihat ibu saya menangis menimbulkan berjuta perasaan tidak enak di hati saya.
"apa yang berlaku ibu?"tanya saya, setelah menyedari kedatangan saya,lelaki lengkap berbaju besi itu kemudian memberikan saya sebilah pedang berkarat, saya melihat pedang itu, itu pedang milik ayah saya, saya yakin tentang itu, saya sangat mengenalinya, ayah sering menggunakannya ketika bertarung dengan saya. Kenapa lelaki ini memberi pedang ini kepada saya?, apa yang berlaku kepada ayah saya?, saya tidak melihatnya, dimana ayah saya?
"mana ayah saya?"tanya saya kepada lelaki itu.
"ayah awak sudah tidak ada, dia mati dengan terhormat, dia sanggup mengorbankan nyawanya untuk kami semua, negara ini berhutang besar padanya, sebagai menghormati jasanya, saya melaksanakan amanat terakhirnya iaitu menyampaikan pedang ini kepada awak, anaknya. Raja juga turut bersimpati dengan pemergian ayah awak, sebagai ganjarannya, pihak istana telah memberikan seuncang besar duit perak kepada awak sekeluarga."
Mata saya berair, apa ini?, apa yang dia cuba sampaikan, saya kemudian mengambil pisau yang terikat di pinggang saya yang saya sering gunakan untuk menguliti hasil buruan saya, kemudian saya terus menyerang, namun begitu, lelaki itu yang sememangnya orang yang berpengalaman.Dia dapat menghidu perasaan ingin membunuh dari saya, dengan cepat lelaki itu melompat ke belakang, dia membuat jarak antara saya dengannya, lalu dari luar jarak serangan saya, dia menundukkan diri sambil mengucapkan kata maaf, setelah itu, dia pun beredar dari situ.
Hati saya bagai dikoyak koyak, apa ini?, ayah saya tidak akan balik?, jadi untuk apa semua ini, pergi matilah dengan raja dan negara, kenapa nyawa ayah saya diambil begitu sahaja, bagaimana dengan saya?, ibu saya?, adik saya?, bagaimana dengan janjinya?, adakah dia cuma berbohong?, adakah semua yang dia lakukan kepada saya adalah bohong semata?, saya sangat percaya padanya, apanya yang raja bersedih apabila hanya memberikan secupak duit syiling, hanya begitukah jumlah harga ayah saya di mata mereka?, pergi mati dengan itu semua. Sampai bila saya harus berpura pura kuat?, sampai bila saya harus tersiksa?.
Ketika saya sibuk menahan emosi saya, saya terlihat ibu saya yang tidak jauh dari saya turut menangis, hati saya hancur, kenapa saya begitu pentingkan diri sendiri,ibu saya lagi penting daripada apapun, saya harus kuat. Setelah itu, saya pendamkan semua perasaan saya lalu mengelap air mata saya, kemudian saya mendekati ibuku lalu memeluknya.
" Ibu perlu kuat ibu, Tuah janji, Tuah akan jaga ibu dan adik. Dunia ini keras ibu, ibu mesti kuat!"
Ibu saya hanya menangis, tangisannya semakin kuat dan saya terus memeluknya untuk menguatkan semangatnya. Dek kerana suara ibu yang sedikit bisik, adik saya Maria yang sedang tidur terbangun dan menangis, saya dengan cepat bangun lalu mengangkatnya, kemudian, saya berikan dia ke ibu saya, setelah itu, saya cuba untuk masak, tetapi barang barang didapur sudah tidak ada, kerana kami tidak boleh pergi ke pasar dan tidak ada yang mahu membeli hasil buruan saya, akhirnya, saya sudah tidak mempunyai duit lagi, makanan yang kami ada hanyalah 2 ekor burung yang saya buru tadi.
Setelah saya menenangkan ibu saya, ibupun tidur di katil bersama Maria, saya mulai merebus daging burung hasil buruan ssya, saya menyedari yang daging burung ini sangat sedikit, saya tidak akan kenyang dengan ini, begitu juga ibu saya.
Oleh itu,setelah saya merebus burung itu, saya mengambil keputusan untuk memberikan kedua dua burung itu kepada ibu saya untuk dimakannya.
Sempat juga ibu saya bertanya tentang berapa ekor hasil buruan saya hari ini. Mahu tidak mahu, saya hanya membalas dengan berkata saya mendapat empat burung sedangkan saya hanya mengambil kuah dari rebusan burung itu.

Komento sa Aklat (160)

  • avatar
    999BLONZ

    high quality film

    2d

      0
  • avatar
    Nurkisha Andih

    cantik Creta nya

    16d

      0
  • avatar
    JalilLiza

    good

    25d

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata