logo text
Idagdag sa Library
logo
logo-text

I-download ang aklat na ito sa loob ng app

kisah pendekar gagak

kisah pendekar gagak

azmil Hassan


prolog

[X/X/1451]
Nama saya Tuah, berasal dari Kampung Sungai Duyung Melaka. Hari ini, seperti biasa, saya bangun dan menyiapkan sarapan untuk adik kecil saya Maria.
Setelah itu, saat matahari baru muncul separuh dari badannya di barat. Saya sudah menghantar adik kecil saya yang berumur 6 tahun ini ke rumah asuhan yang ada di kampung kami.
Rumah asuhan yang dibuat oleh orang kampung sendiri, tanpa ada dana dari kerajaan.
Meskipun rumah asuhan itu sudah uzur dan kekurangan guru. Namun begitu, saya tidak mempunyai pilihan lain, mahu tidak mahu, saya perlu menghantar Maria ke sekolah kerana saya perlu bekerja.
Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan kampung, dari namanya sahaja sudah lucu. Memang lucu pun, tugas saya hanyalah mencari lembu yang hilang, membuat rondaan di sekeliling pagar kampung dan kekadang menghalau harimau atau serigala yang tersesat kedalam tempat permukiman orang kampung.
Mungkin terdengar sangat berguna, tetapi tugas itu sangat dipandang rendah oleh orang kampung ini sendiri, dihina dengan hinaan seperti kerja tidak berguna dan sia sia.
kami hanyalah pekerjaan yang membuatkan mereka membayar cukai lebih tinggi kepada kerajaan, mereka tidak mahu membayar cukai dengan harga tinggi semata mata untuk dibantu mencari lembu mereka yang hilang serta membuat rondaan.
Hasilnya,tugas harian saya sebagai pengawal kampung ialah menyapu jalan raya dan membersihkan longkang.
Ada satu saat yang mereka sengaja membuang sampah di jalan apabila melihat saya berdekatan, sungguh perbuatan yang sangat kurang ajar. Saya sangat marah dengan perbuatan mereka,namun saya tidak boleh berbuat apa apa, saya perlu menyara adik saya yang merupakan satu satunya keluarga saya yang masih ada.
Saat saya berumur 8 tahun, saya kerap kali ikut memburu bersama ayah ke hutan raksasa yang ada dihadapan tembok pagar kampung kami, oleh kerana hutan itu mempunyai raksasa yang tinggal didalamnya, ia menyebabkan tidak ada orang yang berani memburu disitu. Oleh itu, ayah saya dan saya sendirilah yang berani pergi untuk mempertaruhkan nasib di hutan itu.
Saat itu jugalah ayah saya mengajarkan saya tentang cara berburu, cara bertarung dan cara bertahan hidup di hutan. Hasilnya, sejak berumur 9 tahun, saya sudah mampu memburu rusa dewasa tanpa bantuan sesiapa.
Mungkin ianya terdengar tidak logik tetapi sekiranya mana mana manusia sekalipun mengikuti latihan yang dilakukan ayah saya terhadap saya. Sungguh, mereka juga mampu melakukannya.
Setelah saya dan ayah balik dari berburu, kami akan disambut oleh ibu yang sedang menanak nasi. Seperti biasa, ayah kemudian memberikan hasil buruan kami yang sudah siap dikuliti dan darahnya dikeringkan kepada ibu saya.
" awak tahu Wati, rusa ini, anak kita yang memburunya" ucap ayah saya.
"wahhh, betulkah itu Tuah?. Sungguh, ibu sangat bangga dengan kamu!" balas ibu saya sambil membongkok lalu mengusap usap kepala saya.
"yaa, dia sungguh anak yang hebat. Hahaha, Wati, awak tidak melakukan hal hal yang berat bukan?, saya risau kandungan awak terjejas" sambung ayah saya.
" Ahhh, tidak, saya tidak melakukan hal hal yang berat, saya pun sangat menjaga kesihatan bayi dalam kandungan saya ini."
" Mak...... , saya mahu makan sup rusa!"
" Baiklah nak, pergilah mandi sementara mak menyiapkannya!. Nanti kita makan malam bersama sama."
"Baiklah."
Ketika saya baru membuka langkah untuk pergi ke tandas. Ayah saya tiba-tiba menahan tangan saya.
" Tuah kita masih ada masa, mahu temankan ayah berlatih?" ucap ayah saya.
"Baiklah."ucap saya.
Kamipun pergi ke halaman rumah lalu memulakan latihan dengan memanaskan badan. Setelah itu, kami kemudian berlatih pedang.
Kami menggunakan pedang besi buruk yang ada di stor rumah kami dan berlatih dengan menggunakannya.
Sedar tak sedar. Sudah menjadi rutin harian saya untuk berlatih bersama ayah setelah balik dari berburu.
Setiap kali kami berlatih, saya pasti menangis. Sungguh, latihan yang ayah saya berikan kepada saya sangat berat, tanpa mengira tubuh kecil saya, ayah saya menyuruh saya untuk melakukan senaman dewasa seperti pumping, push up dan berjoging sejauh 3 kilometer setiap kali kami saya berlatih.
Saya menangis kerana latihan senamannya sangat berat, ayah saya seolah-olah ingin menyiksa saya.
Bak kata pepatah, ala bisa tegal biasa. Beberapa hari berikutnya, saya sudah tidak menangis lagi, namun begitu, malang tidak berbau selang beberapa minggu kemudian. Saya menangis lagi kerana jarak larian yang saya lalui seolah olah bertambah.
Yaa. saya sangat yakin tentang itu, tetapi ayah saya sering menafikannya.
Sejak itu, saya sudah tidak mempersoalkan lagi tentang laluan larian saya yang sering berubah sekaligus dengan jaraknya kerana ayah saya tetap berkeras untuk menafikannya.
Setelah saya berhenti dari menangis dan mulai membiasakan diri. Beberapa hari selepas itu, saya menangis lagi. Kali ini, saya menangis kerana setelah senaman, saya akan bertarung dengan ayah saya menggunakan pedang, setelah itu, ianya terus berterusan dengan corak pola yang sama sehinggalah saya bertarung dengan tangan kosong dengan ayah saya.
Di malam hari, saya kerap kali memberitahu ibu saya tentang sikap ayah yang sangat keras kepada saya. Namun begitu, ibu saya sentiasa mempunyai alasan yang saya tidak boleh tolak. Seolah olah, ibu saya sudah menyiapkan semua jawapan bagi setiap apa yang saya ingin sampaikan padanya.
"ayahmu melakukan itu ialah untuk melindungimu Tuah, dunia ini keras, sekiranya awak sudah terbiasa, awak tidak akan kalah bila awak bersendirian."
Saya tidak memahami apa yang ibu saya cuba sampaikan, tetapi saya sudah puas dengan jawapan itu.
Begitulah rutin harian saya sehinggalah saya mencapai umur 10 tahun. Pada hari itu, seorang lelaki yang lengkap berbaju besi datang kerumah kami, dia datang untuk bertemu dengan ayah saya, ibu saya sempat menjemputnya masuk selagi menuggu ayah saya balik dari pekerjaannya yang juga merupakan pengawal keselamatan kampung, tetapi dia menolak dengan berkata yang dia hanya singgah sebentar.
Tidak beberapa lama kemudian, ayah saya datang dan mereka berbual di luar rumah. Ibu cuba merapatkan telinganya ke dinding rumah untuk mendengarnya tetapi dia melarang saya untuk melakukan hal yang sama.
Apabila malam tiba, ketika kami sekeluarga makan bersama sama, ayah saya memberitahu ibu saya yang dia diminta oleh raja untuk hadir ke istana, mendengar berita dari sang ayah , ibu terus menangis.
" bagaimana dengan kami abang, anak saya dalam kandungan ini sudah berusia 6 bulan, bagaimana kami mahu hidup?" ucap ibu sambil menangis.
"saya tidak boleh menolak Wati, perintah raja adalah mutlak, saya tidak boleh menolak perintah, mahu tidak mahu, saya mesti pergi. Selepas ini, saya akan mengemas barang saya, saya sangat minta maaf wati, saya janji, saya akan balik secepat mungkin setelah tugas saya selesai."
"ayah hendak ke mana?"
"ayah mahu bertemu raja Tuah, raja ingin meminta tolong sesuatu daripada ayah."
" wahhh, hebatnya ayah. Kenapa ibu menangis, bukanlah itu sesuatu yang bagus, raja akan memberikan ayah gaji yang lumayan, jadi kita boleh membeli pakaian yang cantik dan susu yang mahal untuk adik."
Mendengar ucapan saya,ayah saya menangis.
"Tuah, ingat pesan ayah, jaga mak, jaga adik. Ayah minta maaf kerana melatih kamu dengan berat. Sejujurnya, hati ayah turut sakit apabila melihat kamu melakukan sesuatu yang sememangnya mustahil di usiamu, tetapi ayah mesti kuat, kerana ayah tahu,ayah tidak akan selamanya ada. Ayah mahu kamu terus berlatih dan jaga keluarga kita sementara ayah pergi!,kamu boleh kan?"
"Baik ayah, saya akan menjaga adik dan ibu selagi ayah pergi, ayah janji untuk balik cepat sebab nanti ibu sedih."
"begitulah anak ayah,jaga mak dan adik yaa,nanti ayah balik dari tugas,ayah berikan awak coklat,awak teringin untuk memakannya kan?"
"wah, yaa, saya sangat teringin untuk memakannya, tetapi saya rasa, lebih baik ayah beli susu dan baju baju untuk adik, sebab saya boleh beli sendiri, saya menabung duit saya setiap kali saya pergi ke pasar menjual kulit haiwan. Jadi, Tuah boleh membelinya sendiri nanti."
" Baiklah Tuah"ucap ayah saya.
Keesokan harinya, matahari belum terbit di barat lagi, ayah sudah bertolak ke ibukota meninggalkan saya dan ibu di rumah, apabila saya bangun, saya hanya melihat ibu menangis teresak esak di satu sudut rumah, perasaan saya sedikit sakit melihat ibuku yang menangis.
"ibu, kenapa awak menangis?,ibu jangan risau,ayah akan balik nanti."
" Bagaimana kita akan hidup Tuah?,ibu masih mengandung, siapa yang akan keluar mencari makan untuk kita?"
" Biar saya yang pergi ibu, ibu tak perlu risau, lagipun ayah ada meninggalkan kita seuncang duit belanja, saya sangat yakin, selagi kita berjimat, kita tidak akan kebuluran."
" Terima kasih Tuah, ibu sangat gembira awak ada. Tuah, tolong jaga ibu ya, mari kita terus kuat untuk menyambut ayah tiba."ucap ibu sambil mengelap air matanya.
Sejak dari hari itu, sayalah yang pergi memburu. Setiap hari, saya akan membawa pulang hasil buruan saya iaitu burung liar dan arnab. Sekiranya saya menangkap lebih, saya mampu menjualnya di pasar dan dengan duit itu, saya dapat membeli gandum buat saya dan ibu.
"Tuah, awak kesini untuk menjual lagi?"
Saya menoleh ke arah punca suara dan melihat seorang pakcik yang merupakan kenalan dari ayah saya
" Iya pakcik, kami mahu menjualnya untuk membeli barang keperluan lainnya"
" Ooh, sekiranya begitu, jual sahaja dengan pakcik, pakcik juga seorang peniaga disini, jadi pakcik boleh jual semula."
" Wahh, terima kasih pakcik, sekiranya begitu, saya akan menjualnya dengan dengan tiga keping duit gangsa."
" Baiklah,sekiranya begitu, ambillah 5 keping duit syiling ini!"
"ini terlebih dua keping pakcik."
" Tidak mengapa nak, pakcik gembira kamu masih boleh meneruskan hidup meskipun ayah kamu tidak ada, ambillah itu buat beli barang keperluan kamu atai simpanlah duit itu."ucap pakcik itu sambil tersenyum.
"terima kasih pakcik." balas saya lalu meminta izin untuk beredar dari situ, saya kemudian pergi ke kedai lain untuk membeli gandum lalu menyimpan lebihan duitnya.
" Mak, saya ada membawa gandum dan burung hutan."
" Wahhh, terima kasih atas kerja kerasnya Tuah, pergilah mandi!,mak sudah siapkan makan malam kita."
" Arhh, belum lagi mak. Saya mesti berlatih terlebih dahulu sebelum saya mandi, nanti ayah marah apabila dia tahu yang saya berhenti berlatih."
Mak saya tersenyum mendengarnya" sungguh, ayah dan mak bangga dengan sikap kamu itu Tuah, pergilah!, biar ayah terkejut apabila dia balik dari kerja dengan ketekunan Tuah."
"hahahaha, baiklah mak."
Saya berlatih sehingga matahari melabuhkan tirainya. Setelah itu, saya akan makan malam bersama ibu lalu tidur untuk mengecas semula tenaga saya yang terkuras habis akibat rutin harian yang berat.

Komento sa Aklat (160)

  • avatar
    999BLONZ

    high quality film

    2d

      0
  • avatar
    Nurkisha Andih

    cantik Creta nya

    16d

      0
  • avatar
    JalilLiza

    good

    25d

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata