logo
logo-text

I-download ang aklat na ito sa loob ng app

4

Perjalanan dari biliknya menuju ke bilik senior dirasakan cukup lama. Tergerak hati untuk memberitahu Senior . Menceritakan segala apa yang dialami. Segalanya berwarna misteri. Seakan diri tidak lagi mampu menghadapi.
Tetapi seboleh-bolehnya dia tidak mahu membuatkan orang sekelilingnya risau. Takkan pula dia ingin menambah lagi bebanan kerisauan orang sekeliling dengan cerita-cerita yang ingin disampaikan?
Kasihan rakan-rakannya yang telah penat untuk belajar. Aina serta-merta berubah raut wajah. Jika boleh, dia ingin menepis setiap kenangan dan apa yang sedang menghantui diri.
Misteri demi misteri yang mengekori. Walaupun semuanya meninggalkan kesan kecelaruan yang belum terungkai lagi, tetapi sekurangnya dia perlu kuat mencari punca dan jawapannya.
Tidak!!
Kau pasti kuat Aina. Tiba masanya kau perlu menghadapi semuanya. Berani untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Kau bukan insan yang lemah. Jadilah sekuat Alisa yang punyai banyak masalah ketika hidup tapi tetap teruskan sampailah dia mati.
Jadilah seperti Sara yang sehingga kini terus yakin dan sentiasa berdoa.
Fikiran Aina menerawang sekali. Apakah semua yang berlaku ini kerana dirinya terlalu memikirkan kisah kehilangan rakan karibnya Alisa.
Yang dipendam dan dibawa dari kota London lagi?
Sehingga jiwa dan fikirannya seolah-olah tidak siuman dibayangi gangguan gangguan misteri.
Di raup muka berkali-kali. Pipi di cubit-cubit menerbitkan rasa Alam realiti.
Sara tersentak bila Aina menganjurkan pertanyaan. Lama juga dia melamun. Usai solat, hati merindu teringat kepada yang telah tiada. Apalah dayanya dia manusia biasa. Hanya mengirimkan doa sebagai tanda.
Hatinya tidak pernah lelah mempercayai bahawa Alisa akan pulang.
"Sara. Awak ada nak minta tolong saya apa-apa" Lembut suara Aina menyapa telinga.
Terdengar sedikit lemah dan ada roma kusut di kesannya pada wajah. Perubahan suara Aina tidak dapat menyembunyikan rasa. Ada sesuatu yang berat dalam pemikirannya.
Sara dapat menghidu ketegangan yang timbul. Dia berharap sangat agar Aina tidak terbawa-bawa dengan masalah yang sedang menimpa. Lalu dipanggil kawannya mendekat.
"Aina. Sini jap wey ke katil aku."
Aina yang terkaku dimuka pintu bilik ramainya perlahan-lahan mendekati rakan karibnya itu. Kasih sayangnya untuk wanita yang sangat baik itu tidak pernah dan akan berubah.
Cuma akhir-akhir ini, dia semakin bingung. Bingung hendak lontarkan kelodak rasa. Dia semakin kerap diganggu oleh "sesuatu" yang telah berjaya meletakkan dirinya ke tahap tidak keruan.
Kadangkala Aina memikirkan, apakah dirinya yang punya masalah?
Tertekan kah dia?
Terganggu kah pemikiran warasnya?
Dia masih muda jika mahu dilabelkan tidak siuman atau gila! Semakin difikir, semakin kusut yang dirasa. Entah apa lagi akan berlaku selepas ini.
Dalam pada itu, tetap juga dia kadang mencari-cari bauan wangi. Seperti terbit rindu di hati. Tidak mungkin !
Aina lantas berteleku dihadapan Sara.
Memandang Roman muka Sara juga tidak dapat menghilangkan kegusaran di hatinya ketika ini. Aina saat ini hanya mahukan jawapan.
Jawapan atas setiap persoalan yang berlegar-legar di mindanya. Terasa sesak dadanya setiap kali memikirkan bagaimana mahu menrungkai mistik yang menyelubungi diri.
Senak kepalanya memerah idea. Sehingga satu tahap Aina berasa lelah juga. Satu keluhan berat dilepaskan.
"Aina, tidak semua yang kita fikirkan baik itu, berkesudahan dengan kebaikan bagi diri kita."
"Adakala, harus kita biarkan ia mengikut rentak hala jalannya."
"Faham tak? Allah Maha pengatur segala nya."
"Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, kisahnya, dan cerita."
Panjang lebar Sara meluah rasa menuntun gelodak hati kawan karibnya. Bukan dia tidak mahu menjelaskan, tapi bagi dirinya Masih belum sampai masa.
Mendongak Aina mendengar lantun bicara Sara . Bertaut sedikit pangkal keningnya. Sebolehnya Aina cuba mencari jawapan dalam tutur bicara Sara. Redup mata itu mengharap ada lagi penjelasan dari Sara.
Ternyata tidak menghampakan.
"Dalam hidup ini Aina, ada waktunya semakin kita cari, semakin ia menjauh. Semakin kita cuba melupakan, semakin ia datang yang mengganggu akal fikiran."
"Jangan terlalu digali. Biar dia muncul sendiri".
Perlahan-lahan Sara mengungkap butir bicara.
"Maksud awak apa , Sara?"
Soal Aina setelah puas hati memikirkan kata-kata Sara.
"Maksud saya mudah"
"Apa yang awak fikirkan , adakalanya eloklah dibiarkan sebagai buai jiwa sahaja. Kita khalifah kepada tubuh badan ini". Seraya jari Sara menunjuk kepada dirinya sendiri. Menghela nafas sedalamnya, Nek Pah menyambung lagi.
"Jangan terlalu diikut hati. Apa-Apa ya Aina hidu, dengar , dan lihat , jika tidak jelas. Jangan ditegur!"
Keras sikit ni ada suara di hujung kata Sara. Sara tidak lagi memandang Aina, sebaliknya dia mengurut-urut tangan. Dari sebelah kiri, berpindah pula ke sebelah kanan. Sengaja dia mengalih perhatian Aina daripada memandang tepat pada anak mata. Bimbang dia.
Ya! Sarah bimbang rahsia bukan lagi rahsia. Bersahaja lagak sara. Seolah-olah apa yang diperkatakannya tiada langsung kaitan dengan apa yang Aina rasa dan alami.
Jangan ditegur ?
Permainan apakah ini?
Seperti Sara dapat merasakan gangguan yang aku alami. Tetapi, seperti dulu juga, ketika sekaranglah nak aku ke belakang sekolah. Tegas suaranya sama. Apa yang sebenarnya sara cuba sembunyikan?

Diam dan malas memanjang bicara, Aina bingkas berdiri. Dia mengukir senyuman manis. Teramat manis. Menutup kekecewaan hatinya ingin mendapatkan penjelasan dari Sara. Biarkanlah kalau malam itu belum bersuara bagi dirinya memperoleh jawapan.
"Jom Sara, kita pergi ke dewan makan untuk mengambil makanan". Aina polis segera melontarkan kata mengalih topik perbualan mereka.
Tanpa banyak soal. Dia pun memakai kasut dan siap sedia untuk ke dewan makan.
Makan malam mereka hanya ditemani bunyi kawan-kawan dan unggas hutan yang berlagu riang memecah hening. Dan ada ketikanya, tawa Sara dan Aina bertingkah berbual perkara yang indah-indah.
Tanpa mereka sedar, ada yang memerhati dari jauh. Menyimpan sendu dalam hati. Menyesali khilafnya diri. Namun, tetaplah masa tidak dapat diundur semula. Sudah takdir terimalah dengan redho .
Kepada yang maha kuasa, dipohon segalanya. Sedikit luka terubat, walau hanya dapat melihat dari jarak yang tidak dekat .
" Biar malam-malam mu berteman rinduku
Tetap setia menanti tibanya masa,
jiwa akan bertemu jiwa,
Kasih hingga akhir nyawa,

Walau di kala ini, kita terpaksa berjauhan
Membayar sebuah janji dan kesilapan seorang insan,
Tetaplah dirimu dalam ingatan,
Akan kupertahan dan ribut dan taufan"
Di dalam hati berulang-ulang nada kerinduan memalu gendang. Semakin lama, semakin bergemar dirasakan. Sehingga ada ketika, diri tidak dapat ditahan. Lalu, melanggar pesan dan amaran sehingga menimbulkan ketakutan dan kekeliruan.
Keinginan hati tidak dapat diketahui. Kadang kuat, kandang jatuh melirut jauh ke dalam bumi. Demi melihatkan kesayangan bersedih sendiri. Layu dan cair juga benteng kekuatan sendiri.
Sarah dan akhirnya pulang ke katil masing-masing untuk berehat. Aina teringat akan sesuatu yang tersimpan di dalam loker nya. sekeping gambar ditarik. Gambar itu sering ditatap ketika tiba dirasakan sarat dengan bebanan berat.
Aina memusing badan mencari sandal di meja belajarnya, dan membelakangi cermin yang hampir menyamai ketinggian dirinya. Sambil menatap gambar itu, hujung jari jemarinya bermain dengan anak rambut di dahi. Sekali sekala, dia menggaru dagu yang tidak gatal.
Ada sesuatu yang di Tenung. Renungannya menerobos jauh ke arah satu sudut dalam gambar itu.
Dia seperti pernah melihat selendang yang dipakai oleh wanita dalam tetapan nya. Panjang . Lembut nampak alur coraknya. Berwarna kuning air. Selendang itu hanya diselempangkan di bahu dan melingkari lengan si pemakai.

Hujung Yang lagi satu, terlihat seperti sengaja dibiarkan jatuh.
Ya meleret!
Panjang.......
Sama seperti warna yang dilihatnya di luar jendela sebelum ini.
Menghantui pandangannya. Mendatangkan tanda tanya. Aina semakin tertarik.
Tiba-tiba , telinganya mendengar suara orang merintih.
"Buah hatiku,
Jangan gusar dan pilu,
Akan tiba saat waktu,
Aku dan dirimu akan bertemu,
Melunas janji yang satu
Jangan menangis sayang
Aku akan datang,
Membawa yang akan menghilang,
Mengembalikan apa yang terhutang
Oh buah hatiku....
Serta merta terbelalak biji mata. Seram sejuk Aina mendengar bait-bait kata. Bunyi lenggoknya berbaur gurindam lama.
Sayu.
Amat sayu
Sarat mengandungi makna .
Halus sekali bunyinya. Tapi jelas sebutan setiap patah perkataan diperdengarkan oleh Aina.
Aina terdiam . Cuba mengamati lagi rentak lagu itu. Terteleng teleng kepala ke arah kiri. Cuba mengikut rentak bunyi. Yang dia pasti datang dari bilik Air.
Aina bingkas bangun . Cuba berlari sepantas boleh ke arah pintu bilik air. Kalini pasti ada sesuatu yang dapat dia Gali. Fikirnya di dalam hati. Merengek peluh memenuhi dahi, memikirkan apa yang akan ditemui sebentar lagi.
Sekilas, Aina sudah membuka pintu. Merobos matanya melilau melihat sini dan sana. Sebolehnya seluruh isi bilik air dia siasat duduk perkara. Ada jawapan malam itu, tebalnya lagi.
Namun, matanya kosong. Tiada apa terakam pada retinanya saat itu . Apa yang lebih memeranjatkan Aina, tiada orang dalam tandas pada saat itu. Hanyalah lampu bilik air berkelip-kelip.
Kosong.
Siapa ?
Siapa yang bergurindam ?
Berkerut-kerut dahinya. Siapa pula yang punya suara. Aina memutuskan untuk berpaling, memusing diri. Lalu, pintu bilik air ditutupnya kembali. Segera dia menyusun gerak kaki ke katil biliknya semula.
Semakin pening Aina. Gambar lama yang ditatapnya tadi, dikutip semula. Tercampak di tengah kilang tempatnya berbaring, dek terkejut mendengar gurindam asing yang tiba-tiba memecah suasana. Disimpan semula ke dalam laci.
Aina melunjur kaki. Cuba melegakan tegang betis berlari-lari sekejap tadi. Lebih telah dirasakan otaknya ligat memikirkan apa yang menimpa diri.
Bertali arus misteri. Semakin lama semakin merantai jiwa. Diri berasa tidak aman lagi. Sudahnya Aina cuba melelapkan mata.
Dengan menzalimi surah surah pendinding, ayatul kursi dan tiga Qul , Aina cuba meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah taala.
Tidak lupa , Aina membaca bismillah dua puluh satu kali. Lalu , diraup muka, menutup doa. Diusap seluruh tubuhnya.
"Ya Allah , aku berlindung dari segala kejahatan syaitan yang direjam dan niat buruk manusia durjana. Amin "
Tidur Aina nyenyak pula hingga ke subuh. Mimpi juga tidak menyinggah menemani lena. Namun , tidur yang selesa, bukan jaminan bagi segalanya.
Pagi itu , seperti biasa rutin hidungnya dia membuka semua tingkap untuk membenar cahaya Suria menyinari bilik Dorm. juga membiarkan angin pagi yang sejuk menerobos masuk menyegarkan udara yang kedap bertutup semalaman.
Ketika Aina membuka pintu utama sebelum keluar ke biliknya , serta merta menggeleng kepala dan menggeletar jari-jemari. Apa yang terlihat di hadapan mata sangat mengejutkan dirinya. Terkaku seketika, berdiam membungkam. Bukan kepalang peningnya rasa Aina melihat ada sejambak anggerik dia terletak elok di pintu bilik ini. Elok letak duduknya, bagaikan sengaja di susun susun.
Berbelah bahagi Hati Aina ingin mengambil atau membiarkan sahaja. Lama ditenungnya semakin hati bertambah suka. Terbuai perasan melihatkan anggerik bulan putih yang cantik putih bersih.
Lebar kelopaknya, rumpun rumpun kelihatan bila disusun dalam jambangan sedemikian sifatnya. Sangat menawan hati sesiapa yang memandang kelopak-kelopak bunga itu.
Nampak suci .
Walau tidak ni ubah elok seperti di kedai bunga yang harganya boleh mencecah ratusan ringgit, kuntuman- kuntuman anggerik itu seolah-olah tangan gadis genit yang menggapai gapai mengharapkan agar Aina menyambutnya.
Lama Aina terdiam. Berdiri di gawang pintu. Berusaha mencari keputusan sama ada mahu ambil atau dibiarkan saja di situ.
Hendak dibiarkan, senior selalu lalu lalang di hadapan biliknya. Apa jika dia orang menengok ? Seolah-olah tiada orang dalam bilik nampak buruk. Fikirannya mula mencari penyelesaian berbagai bentuk.
Mahu diambil siapa pula gerangan pemberi?
Bolehkan dia memegang nya sesuka hati?
Tidakkah ada orang yang akan memaki? Kerana berani mengambil bunga yang disukai. Tetapi. letaknya di pinggir pintu bilik dormnya tentu untuk orang di dalam biliknya. Dicuba lagi akalnya memerah penyelesaian yang nampak agak susah.
Aina kembali berkhayal , tidak menghiraukan panggilan Sarah dari dalam bilik. Agak lama juga dia memandang sahaja jambak bunga. Hinggap nyamuk menyerang darah di lengannya, barulah Aina sedar dari lamunan.
PAP!
Nyamuk dipukul oleh tangan tuan. Matilah ianya terkorban tidak sempat darah banyak di dalam badan.
Ah! Tidak kisahlah siapa . Yang penting bunga Anggerik ini cantik betul . Sudah di sini duduknya ia , tentulah tidak salah jika aku mengambinya . Bisik hati Aina.
Putih.
Berisi sungguh kelopak melebar. Sepertinya dijaga rapi oleh empunya tanaman. Nampak begitu segar.




Komento sa Aklat (951)

  • avatar
    Jeriel Hernandez

    500

    14h

      0
  • avatar
    FaqihahNurfaiqah

    best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍

    2d

      0
  • avatar
    Yus Wlter

    baik

    4d

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata