logo text
เพิ่มลงในห้องสมุด
logo
logo-text

ดาวน์โหลดหนังสือเล่มนี้ภายในแอพ

Bab 6 : Bukan Tempat Pulang

"Rumah bukan lagi tempat untuk pulang." 
_Hifza Yelda_
***
"Pastikan study ya, next week trial SPM, saya dah bagitahu apa yang masuk. Jadi, pastikan tumpukan pada tajuk-tajuk yang saya bagitahu ya."
"Okay class that's all, thank you for today."
"Thank you teacher." ucap serentak kelas 5 anggerik.
Pelajar-pelajar mula berpusu-pusu keluar dari kelas selepas mengucapkan terima kasih dan mendapat keizinan untuk pulang. Begitu juga dengan Hifza Yelda dan dua kawan baiknya. Bagnya yang warna hijau digalaskan di bahu dan melangkah keluar dari kelas.
"Kau naik bas lagi?" tanya Amanda yang berjalan sambil berpaut tangannya pada lengan Hifza Yelda.
"Naik bas lah, naik apa lagi?" balas Hifza Yelda, mereka berjalan keluar dari perkarangan sekolah.
"Kalau macam tu, biar aku hantar. Alang-alang aku bawa motor harini." ucap Aiman Kamal mahu menghantar Hifza Yelda pulang.
"Takpe lah, aku ada nak singgah tempat lain sebelum balik."
"Kau nak ke mana?" tanya Amanda, soalan yang sama ingin diajukan Aiman Kamal tapi Amanda lebih dulu bertanya.
"Ada lah." balas Hifza Yelda sambil mengangkat bibirnya mengukir senyum tipis.
"Aku boleh hantar." ucap lagi Aiman Kamal.
"Takpe. Aku naik bas. Tu bas dah sampai." Hifza Yelda merasa lega, bas datang tepat pada waktunya disaat dia ingin melarikan diri dari kawan baiknya.
"Aku balik dulu. Bye." Hifza Yelda melambaikan tangannya pada Amanda dan Aiman Kamal, kemudian masuk ke dalam perut bas.
___
Dengan pakaian sekolah, Hifza Yelda duduk di kerusi yang tersedia di taman. Seperti biasa, dia mengeluarkan buku lukisannya begitu juga alatan lukisannya dikeluarkan.
Ramai kanak-kanak bermain di taman, memandang saat ini sudah pukul 5 petang. Dia melihat ke arah dua budak kecil yang bermain kejar-kejaran.
"Seronok jadi kecil. Tak fikir banyak masalah." monolog hati kecil Hifza Yelda sambil menjungkit senyuman di bibirnya.
Dia mula melukis permandangan di hadapannya, melakar semua yang dia lihat. Bagi Hifza Yelda dengan melukis dia mencari ketenangan, lebih tepat kepada mengosongkan fikiran.
Jika dia melukis sesuatu permandangan atau apapun itu, fikirannya akan kosong tanpa memikirkan beban yang dia pikul selama ini. Disebabkan itu, Hifza Yelda banyak menghabiskan waktunya dengan melukis.
Sesekali dia menggunakan pemadam untuk memadam kesalahan yang dia buat. Dia terdiam sejenak.
"Kehidupan tak semudah lukisan. Salah mampu di padamkan, manusia juga akan lupa di mana salahnya tadi. Tapi, kehidupan sebaliknya. Tak mampu di padam, malah kekal dalam fikiran manusia."
Gumam Hifza Yelda sambil meneruskan lakaran yang separuh siap. Pensil bergerak-gerak mengikut gerakan tangan kecil milik Hifza Yelda di atas buku lukisannya dengan kulit yang berwarna ungu.
"Baru balik sekolah, dah singgah taman."
Gerakan tangan Hifza Yelda terhenti serta merta apabila ada satu suara menerpa gegendang telinganya. Dia menoleh ke arah suara tersebut, kemudian sambung melukis. Tidak peduli dengan kewujudan orang tersebut kerana dia tahu siapa yang datang menyapanya.
"Kenapa tak balik rumah dulu?" tanya lelaki tersebut sambil melabuhkan punggung di sebelah Hifza Yelda.
Hifza Yelda masih fokus pada lukisannya. Beberapa minit suasana sunyi tanpa suara kerana Hifza Yelda tidak mahu berbicara dengan lelaki tersebut. Dia juga sudah menolak untuk berkenalan, kerana itu dia hanya diam saja. Lelaki tersebut juga diam kerana melihat Hifza Yelda seakan mengendahkan kewujudannya.
Setelah lukisannya sudah siap dilakar sepenuhnya, Hifza Yelda menyimpan semua alatan lukisannya ke dalam bag dan berdiri. Dia menoleh ke arah lelaki di sebelahnya, iaitu Izzar Naresh.
Bag berwarna hijau digalaskan pada bahu, kemudian Hifza Yelda berkata pada Izzar Naresh.
"Rumah bukan lagi tempat untuk pulang."
Selepas berkata begitu, Hifza Yelda berjalan meninggalkan Izzar Naresh yang terdiam mendengar ucapannya.
"Kejap." Izzar Naresh mengejar Hifza Yelda dan memegang tangan gadis itu.
"Jangan pegang lah." Hifza Yelda menarik tangannya kasar.
"Sorry." ucap Izzar Naresh, menyatukan dua tapak tangan meminta maaf.
"Kenapa awak cakap macam tu?" tanya Izzar Naresh. Dari awal dia menegur Hifza Yelda, dia merasakan gadis kecil ini menyimpan sesuatu beban tapi tidak dilepaskan.
Membuatkan Izzar Naresh ingin tahu, apa yang terjadi dengan gadis di hadapannya ini. Kata-katanya menyimpan banyak makna yang tersurat. Dia cuma mahu cuba memahami gadis kecil ini.
"Saja. Bagi saya rumah boleh jadi bukan tempat untuk pulang, tapi mungkin penjara penyeksaan jiwa."
Hifza Yelda sekali lagi membuat Izzar Naresh kaku terdiam, membiarkan otak lelaki itu ligat memikirkan apa maksud gadis ini. Hifza Yelda melangkah meninggalkan Izzar Naresh yang masih proses memahami maksudnya.
___
"Assalamu'alaikum." Hifza Yelda memberi salam dan masuk ke dalam rumahnya.
Hifza Yelda melihat suasana rumahnya yang sedikit bising dengan suara TV yang terpasang. Encik Hafizzudin pula tidur tanpa memikirkan pembaziran elektrik yang berlaku. Puan Yasmin dan Hafiz Yaslam mungkin dalam perjalanan pulang dari tempat kerja mereka.
Dengan langkah yang malas Hifza Yelda masuk ke dalam biliknya. Tudung yang tersarung pada kepala ditanggalkan dan disangkut pada penyangkut pakaian.
Dia menghempas badannya di atas katil tanpa menukar bajunya terlebih dahulu. Mata fokus melihat silling dengan pandangan kosong. Nafas berat dilepaskan, seperti melepaskan segala beban berat yang dia pikul dalam hidupnya.
Ring...
Dengan malas Hifza Yelda bangun mencapai telefonnya yang berada di atas meja belajar. Dia melihat siapa gerangan yang menelefonnya pada waktu begini. Nama Aiman tertera di kaca telefonnya.
"Ada apa?" tanya Hifza Yelda selepas mengangkat panggilan telefon dari Aiman Kamal.
"Kau dekat mana?"
"Dekat rumah. Kenapa?"
"Aku saja tanya, nak pastikan kau dah balik. Kau pergi mana tadi?"
"Aku pergi taman dekat rumah aku je."
Singkat saja jawapan Hifza Yelda, dia tidak ada semangat untuk menjawab apa-apa pertanyaan atau berbual dengan sesiapa saat ini. Yang dia fikir, dia mahu berehat saja saat ini.
"Kau buat apa dekat situ?"
"Saja."
"Kau kalau ada masalah, bagi tahu aku. Jangan simpan sorang. Kau tahu aku jadi risau sejak bapa kau--"
"Kau jangan risau lah. Aku boleh jaga diri aku. Aku nak rehat, aku belum mandi lagi ni. Nanti aku call lain, bye."
Hifza Yelda segera mematikan panggilan telefon dari Aiman Kamal. Dia tidak mahu mendengar apa-apa dari kawan baiknya. Dia segera bangun dan berjalan ke tandas untuk membersihkan dirinya.
___
"Hifza."
Panggil Encik Hafizzudin apabila melihat Hifza Yelda ingin melangkah masuk ke dalam biliknya dari dapur. Hifza Yelda berhenti melangkah dan menoleh melihat ke arah Encik Hafizzudin.
"Khamis ni, Pak Long buat bacaan yassin dan solat hajat untuk kamu, hamzah dengan anak dia. Papa nak semua ikut pergi rumah Pak Long nanti."
Ucap Encik Hafizzudin sambil mata tertumpu pada TV yang menyiarkan berita utama pukul 8 malam.
"Papa, kalau nak pergi. Pergi lah bawa mama sekali. Hifza taknak." baru saja kakinya ingin melangkah masuk, tapi terhenti kembali.
"Papa tak kira, kamu kena ikut. Malu lah, buat bacaan yassin untuk kamu. Tapi kamu takde." ucap Encik Hafizzudin, kali ini tumpuannya pada Hifza Yelda.
"Papa tu patut malu. Papa dah bankrup, masih lagi nak jumpa keluarga papa?"
"Kau jangan melampau Hifza!" Encik Hafizzudin berdiri kerana marah dengan ucapan Hifza Yelda.
"Kenapa? Papa nak pukul Hifza?" Dengan lantang tanpa rasa takut, Hifza Yelda berkata. Sudah terbiasa di sakiti, sehingga dibentak untuk terus dipikul saja dia seakan tidak takut.
"Kau jangan melampau!" Encik Hafizzudin berdiri ingin mendekati Hifza Yelda.
"Abang, jangan abang!" Puan Yasmin dari dapur sudah tidak tahan mendengar bunyi bising yang ada di ruang tamu.
"Awak jangan masuk campur!"
"Papa nak buat apa?" suara dingin Hafiz Yaslam menerpa telinga seisi rumah. Encik Hafizzudin memberhentikan langkahnya.
"Kau pun jangan masuk campur!" ucap Encik Hafizzudin pada anak lelakinya.
"Papa kalau nak sentuh orang dalam rumah ni, hadap Hafiz dulu." Hafiz Yaslam melangkah masuk ke dalam rumah.
Encik Hafizzudin yang merasa marah keluar dari rumahnya. Tidak mahu berlama-lama di dalam rumahnya sendiri.
"Kau jangan suka melawan sangat. Kau yang sakit nanti." ucap Hafiz Yaslam pada Hifza Yelda.
Bugh!
Hifza Yelda menutup pintu biliknya dengan kasar. Tidak ada dalam sehari pun hidupnya aman dari dimarah dan dipukul.

หนังสือแสดงความคิดเห็น (1138)

  • avatar
    NaRi

    best sangat novel ini...One of the best and the saddest novel yang pernah saya baca😭😭😭😭😭👍👍👍👍👍❤️❤️❤️❤️❤️

    31/07/2022

      7
  • avatar
    Nor Ilya

    nice

    8h

      0
  • avatar
    QadisahFathiah

    bestt sangaattt😻😻

    8h

      0
  • ดูทั้งหมด

บทที่เกี่ยวข้อง

บทล่าสุด