logo text
เพิ่มลงในห้องสมุด
logo
logo-text

ดาวน์โหลดหนังสือเล่มนี้ภายในแอพ

Bab 3 : Menolak untuk Berkenalan

"Saya datang sini bukan nak berkenalan. Maaf."
_Hifza Yelda_
***
"Lagi dua minggu akan diadakan trial SPM, pastikan semua ulang kaji semula apa yang cikgu dah ajar ya."
"Baik cikgu." balas serentak 31 orang pelajar kelas 5 Anggerik.
"Okay kelas, kita jumpa minggu depan."
"Terima kasih cikgu." semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas termasuk cikgu Maimunah kecuali Hifza Yelda dan dua kawan baiknya.
"Esok kan Sabtu. Kita study dekat rumah aku nak tak?" tanya Amanda.
"Okay juga tu, Hifza boleh tolong ajarkan kita nanti. Kau kan budak pandai dalam kelas ni." Aiman Kamal menyiku bahu Hifza Yelda.
"Kau kalau aku tendang, melayang tau." balas Hifza Yelda geram kerana bahunya disiku Aiman Kamal.
"Alah kau ni, langgar sikit pun tak boleh." Aiman Kamal memuncungkan bibirnya.
"Kau nak study pukul berapa?" tanya Hifza Yelda, dia mengendahkan Aiman Kamal.
"Start dari pagi sampai petang, kau berdua makan dekat rumah aku. Jangan risau." balas Amanda.
"Tengok lah nanti. Aku kena comfirm kan dulu, mama dengan papa aku izinkan ke tak."
Setelah selesai perbincangan kecil, mereka bertiga berjalan keluar dari kelas menuju ke perkarangan sekolah. Mereka berjalan beriringan hingga sampai ke gerbang pintu sekolah.
"Hari ni, kau balik naik bas lagi ke?" tanya Amanda inginkan kepastian.
"Abang aku ambil, kejap lagi datang lah tu." balas Hifza Yelda sambil melilau mencari jika abangnya sudah sampai.
"Tu abang kau, sampai dah." ucap Aiman Kamal menunjukkan ke arah kereta Hafiz Yaslam.
"Okay, aku balik dulu. Bye." Hifza Yelda melambaikan tangannya pada kedua kawan baiknya, kemudian masuk ke dalam kereta milik abangnya.
*
"Hifza keluar kejap."
Hifza Yelda keluar dari biliknya sambil menggalas bag berwarna hijau di bahunya, dia berjalan keluar dari rumah menyarungkan kasut canvas pada kakinya.
"Kamu nak ke mana?" tanya Puan Yasmin.
"Pergi taman kejap je, mama. Lepastu Hifza balik, bye mama, Assalamualaikum."
Hifza Yelda hanya berjalan kaki untuk pergi ke taman yang berdekatan kawasan rumahnya, taman yang sering dia pergi untuk mencari ketenangan jika tidak betah berada di rumah.
Sampai saja di taman, Hifza Yelda duduk di bangku yang tersedia di situ sebagai kemudahan orang awam yang berada di taman. Hifza Yelda mengeluarkan satu buku dengan kulit berwarna ungu yang biasa digunakan sebagai tempat melampias rasanya di situ. Dia menaikkan kakinya dan duduk bersila di atas bangku tersebut.
Matanya tertumpu pada kanak-kanak yang sedang seronok bermain, mereka berkejaran antara satu sama lain. Ada juga sepasang suami isteri yang duduk berkelah di bawah pokok sambil melihat anak-anak mereka bermain.Terangkat hujung bibirnya membentuk segaris senyuman tipis.
Hifza Yelda mengambil sebatang pensil mula melakar gambar kanak-kanak sedang bermain kejar-kejaran bersama ibu bapa mereka pada buku yang dia keluarkan tadi. Tangannya lincah bergerak di atas buku tersebut.
"Dengan budak-budak pun boleh cemburu." monolog Hifza Yelda di dalam hati sambil tersenyum pada paksa dia ukirkan pada wajahnya, lama dia melakar hingga menjadi sebuah gambar yang lengkap.
Setelah selesai melukis, Hifza Yelda mengangkat buku tersebut naik ke udara untuk melihat hasil penuh lukisan tersebut.
"Cantik!"
Hifza Yelda menoleh ke belakang melihat gerangan yang memuji lukisannya. "Terima kasih." balasnya datar, kemudian memandang semula ke hadapan. Dia fikir jika layanan tidak acuhnya akan membuat lelaki itu pergi, tapi tidak.
"Boleh saya duduk sini?" tanya lelaki tersebut meminta izin.
"Duduk lah, kalau rasa memang untuk duduk." balas Hifza Yelda sekali lagi dengan lantunan yang datar.Kakinya yang tadi bersila di atas bangku, diturunkan agar ada ruang untuk lelaki itu duduk.
"Orang sini ke?" tanya lelaki itu lagi, seakan ramah pada Hifza Yelda.
"Bukan orang sana."
Hifza Yelda membalas sambil menunjukkan ke arah kawasan rumahnya tanpa memandang ke arahnya mahupun pada lelaki tersebut, hanya buku tempat tumpuannya.
""Saya orang situ."
Sengaja lelaki itu mengikuti tingkah Hifza Yelda, tapi kali ini dia menunjukkan ke arah yang berbeza. Ke arah di mana rumah banglo yang tersusun indah berada di seberang jalan.
"Hmph." balas singkat Hifza Yelda tanpa memandang ke arah lelaki tersebut.
"Sorang je ke?" tanya lelaki itu seakan mahu menghilangkan jarak antara dia dan Hifza Yelda.
"Tak."
Datang dengan siapa?"
"Anak-anak."
Lelaki itu sedikit tergamam, gadis sekolah yang dia jumpa di dalam bas tempoh hari sudah mempunyai anak? Mana mungkin! Tapi boleh jadi juga kerana sekarang ada saja yang menikah meskipun masih berusia belasan tahun.
"Muda-muda dah ada anak?"
Lelaki itu menoleh memandang wajah Hifza Yelda di sebelah kirinya, gadis itu masih ralit menyiapkan lukisannya yang lain. Lelaki itu bertanya hanya mahu kepastian.
"Ada. Anak tekak dengan anak mata." sekali lagi ucapan yang dilontarkan adalah datar, seakan dia memberitahu. Dia tidak berminat untuk berbual panjang.
"Hahaha, pandai awak buat lawak."
"Siapa kata saya buat lawak?" kali ini Hifza Yelda mengangkat kepalanya memandang wajah lelaki di sebelahnya dengan wajah tanpa reaksi.
Lelaki itu menelan dengan rasa kelat, "Erkkk, saya ingat awak buat lawak." lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Saya Izzar Naresh." ucap lelaki itu memperkenalkan diri,
"Hmph."
"Awak pula?" Izzar Naresh menunggu jawapan dari Hifza Yelda.
"Saya datang sini bukan nak berkenalan. Maaf."
Hifza Yelda menyimpan ke semua peralatan melukisnya ke dalam bag dan berjalan meninggalkan Izzar Naresh untuk pulang ke rumahnya. Izzar Naresh hanya melihat tubuh Hifza Yelda semakin hilang dari pandangannya.
"Sombong, tapi mesti ada punca kenapa dia bersikap macam tu." gumam Izzar Naresh kemudian dia juga meninggalkan taman tersebut.
---
"Bagi dekat aku, aku suami kau. Jangan jadi isteri derhaka!"
"Abang, jangan lah abang. Duit ni, abang nak buat apa?"
Hifza Yelda yang baru pulang dari taman, terdengar suara ibu dan bapanya bergaduh di dalam rumah. Dengan cepat dia berlari dan menanggal kasut dalam keadaan tergesa-gesa masuk ke dalam rumah.
"Papa, dahlah tu." Hifza Yelda mendekati bapanya untuk membantu ibunya.
"Kau diam! Jangan masuk campur!"
"Macam mana Hifza tak masuk campur, kalau suara papa dengan mama dengar sampai luar. Malu lah papa jiran dengar." balas Hifza Yelda, meskipun sudah terbiasa dengan suasana rumahnya sering bergaduh tapi rasa malu masih tetap ada dalam dirinya.
"Abang, jangan lah abang."
Puan Yasmin masih berusaha menarik duit yang dia simpan selama ini dari tangan suaminya, Encik Hafizzudin.
"Bagi aku duit ni!"
Encik Hafizzudin berkeras mahukan duit yang disimpan isterinya, kerana isterinya juga berkeras menahannya. Dia menolak isterinya hingga jatuh ke lantai.
"Mama!"
Hifza Yelda berlari mendekati Puan Yasmin yang sudah terduduk di atas lantai. Duit yang disimpan mati di dalam tabung dalam biliknya, membuatkan Puan Yasmin berkeras mahukan duit tersebut. Dia menarik tangan suaminya meskipun dia dalam keadaan terduduk di atas lantai.
"Tu duit mama! Papa takde hak dekat duit tu. Bagi mama balik!"
Pang!
Kepala Hifza Yelda terhantuk pada dinding ruang tamu apabila tamparan yang kuat diberikan oleh Encik Hafizzudin.
"Kan aku dah cakap, jangan masuk campur! Kau degil!" Encik Hafizzudin baru saja ingin mengorak langkah keluar dari rumah tapi ditahan oleh Hifza Yelda.
"Kalau Hifza cakap papa takde hak dekat duit ni. Maksudnya papa memang takde hak dekat duit ni! Ni duit mama!"
Hifza Yelda menarik duit yang dipegang oleh bapanya, tapi tetap tidak dilepaskan. Encik Hafizzudin memangnya dengan sangat kuat.
"Kau jangan lawan aku Hifza. Kalau kamu taknak sakit, jangan lawan aku!" Encik Hafizzudin memberi amaran pada anaknya jika taknak disakiti.
"Hifza, takpe Hifza. Mama taknak Hifza kena pukul." Puan Yasmin ingin menghalang anaknya, kerana takut dipukul suaminya. Dia tidak mahu anaknya terlibat dalam urusannya, dia tidak kesah jika hilang duit asalkan anaknya tidak terluka.
"AKU KATA JANGAN HALANG AKU!"
Bugh!
Satu tumbukan hinggap pada wajah mulus Hifza Yelda, gadis itu terduduk lemah di atas lantai sambil memegang tepi bibirnya yang terasa perih. Encik Hafizzudin terus keluar dari rumah apabila tiada siapa lagi yang menghalang dirinya.
"Ya Allah, Hifza!"
Puan Yasmin terkejut melihat darah yang keluar pada hujung bibir anak perempuannya. Dia ingin menyentuh wajah anaknya, tapi Hifza Yelda menjauhkan wajahnya dari tangan ibunya.
"Mama jangan risau ya, sikit je ni. Duit mama tu nanti, Hifza ganti balik. Mama masuk bilik, rehat ya."
Hifza Yelda berdiri dan berjalan menuju biliknya, dia tidak mahu ibunya risau dengan keadaan dirinya. Masuk saja ke dalam bilik, Hifza Yelda melihat wajahnya di depan cermin. Menilik setiap lebam yang dia terima pada dahi dan hujung bibirnya.
"Macam mana nak pergi rumah Amanda esok, kalau macam keadaan muka aku." gumam Hifza Yelda masih menilik wajahnya, bag yang di bawa tadi diletakkan di atas lantai.
"Hifza!" Puan Yasmin mengetuk pintu bilik Hifza Yelda. "Ada apa mama?" tanyanya dari dalam bilik.
"Buka pintu ni, bagi mama tengok muka kamu."
"Takpe, mama rehat lah. Nanti Hifza letak ubat dekat muka ni sendiri." ucap Hifza Yelda masih dalam bilik tanpa membuka pintu biliknya. Dia tidak mahu ibunya masuk dan melihat lebih detail keadaannya, dia tahu ibunya akan semakin risau.
"Kalau macam tu, mama ada bawa ais untuk kamu. Mama tinggalkan depan pintu ya." Puan Yasmin meninggalkan sebekas ais di depan pintu bilik Hifza Yelda, kemudian meninggalkan bilik anaknya.
Hifza Yelda membuka pintu dan mengambil ais yang ditinggalkan di depan pintu biliknya. Dia membungkus ketulan ais tersebut dengan kain dan meletakkannya pada hujung bibir dan dahinya silih berganti.
Sesekali dia memejamkan matanya dan mengerang kesakitan apabila ais mendarat pada tempat lebam yang dia terima dari Encik Hafizzudin. Di luar, Hifza Yelda mendengar bunyi kereta abangnya, pasti Hafiz Yaslam sudah pulang dari kerja.
"Assalamualaikum, mama." Hafiz Yaslam bersalaman dengan ibunya.
"Mama kenapa diam je?" Hafiz Yaslam melabuhkan punggungnya di sebelah ibunya, dia memandang ibunya yang sejak tadi berdiam diri. Salamnya saja tidak berjawab.
"Papa pukul Hifza tadi. Jadi, Hifza berkurung dalam bilik taknak kelu--"
Belum sempat Puan Yasmin menghabiskan ayatnya, Hafiz Yaslam berdiri dan berjalan ke bilik adik perempuannya. "Hifza, Kau buka pintu ni." Pintu bilik Hifza Yelda diketuk beberapa kali dengan kuat.
"Kau buka pintu ni, kalau kau taknak tidur tanpa pintu malam ni."
"Ada apa bising-bising ni, Hifza nak rehat lah." terpaksa dia buka pintu biliknya, jika tidak dia akan kehilangan pintu biliknya. Mungkin bukan untuk malam ini saja tapi selamanya.
"Tengok muka kau."
Hafiz Yaslam memegang dagu adiknya, membelek ke kiri dan ke kanan untuk melihat wajah adiknya yang berbekas lebam. Hifza Yelda memejamkan matanya menahan rasa sakit.
"Lepas lah." Hifza Yelda melepaskan wajahnya dari terus di pegang abangnya.
"Papa mana?" Hafiz Yaslam memandang ibunya meminta jawapan.
"Papa dah keluar."
"Tak guna lah orang tua tu. Macam mana kau boleh kena pukul dengan papa?" kini Hifza Yelda tempat tumpuannya.
"Tak guna abang tanya, Hifza dah dapat penumbuk dari papa. Abang nak marah pun takde guna, sebab papa takde."
Hifza Yelda berjalan masuk ke dalam biliknya dan duduk di birai katil membiarkan ibu dan abangnya berdiri di depan pintu.
"Aku tanya, macam mana kau boleh kena pukul? Jawab jelah soalan aku. Susah sangat ke?" marah Hafiz Yaslam kerana soalannya tidak dijawab dengan baik.
"Hifza selamatkan mama, abang tahu jelah papa tu nak duit je."
"Lepastu mama bagi?" tanya Hafiz Yaslam memandang Puan Yasmin.
"Memang taklah mama nak bagi, duit tu mama simpan lama dah. Dia tolak mama, tu yang Hifza datang selamatkan mama tapi nak buat macam mana, Hifza ni bukan kuat sangat."
Hifza Yelda menjawab pertanyaan abangnya, penjelasan adiknya membuatkan darah Hafiz Yaslam naik. Dadanya turun naik mengatur nafas amarahnya. Hifza Yelda dapat melihat wajah merah dan rahang yang mengeras abangnya.
"Abang pergi mandi lah, lepastu rehat. Lagi pun, abang baru balik kerja." ucap Hifza Yelda, dia tidak mahu abangnya berlama-lama dalam keadaan marah. Setelah itu, dia berbaring di atas katilnya memandang ke arah siling biliknya

หนังสือแสดงความคิดเห็น (1138)

  • avatar
    NaRi

    best sangat novel ini...One of the best and the saddest novel yang pernah saya baca😭😭😭😭😭👍👍👍👍👍❤️❤️❤️❤️❤️

    31/07/2022

      7
  • avatar
    Nor Ilya

    nice

    8h

      0
  • avatar
    QadisahFathiah

    bestt sangaattt😻😻

    8h

      0
  • ดูทั้งหมด

บทที่เกี่ยวข้อง

บทล่าสุด