logo text
เพิ่มลงในห้องสมุด
logo
logo-text

ดาวน์โหลดหนังสือเล่มนี้ภายในแอพ

บทที่ 7 pertukaran tubuh badan

"Namun begitu, disebalik semua itu. Ianya ada satu kecacatan."
"Mereka ada emosi."
"Ya, betul. Hebat sekali awak meneka Adolf, kami telah membangunkan seorang dari mereka. Namun, dia tidak mencapai apa yang kami harapkan kerana dia tetap manusia. Emosinya menyebabkan dia terikat, takut untuk membunuh. Mempunyai sifat malas, memerlukan hiburan dan boleh tertekan. Ianya menyebabkan semua yang kami berikan kepada mereka tidak dapat digunakan dengan baik kerana mereka cacat. Dengan itu, kami menutup projek ini. Setelah beberapa tahun berlalu, ilmu sains kita telah menemukan cara untuk mengatasinya. Iaitu dengan cara membuat pemindahan organ. Kami mencuba untuk menanggalkan badan kepala manusia tanpa mematikan orang itu. Seperti yang anda lihat, kami telah berhasil."
"Jadi, awak merancang untuk memindahkan kesedaran kami ke tubuh itu."
"Ya, hebat sekali kamu meneka. Untuk memastikan ini berjaya, aku telah memilih orang yang paling sesuai untuk diberikan peluang itu. Orang yang masyarakat salah memandang mereka, mereka bernilai tinggi tetapi tidak dapat melihat keistimewaan mereka sendiri. Aku akan membantu orang sedemikian untuk bersinar, akan menjadi wira yang dikagumi semua orang, mereka akan aku berikan kuasa untuk melakukan kebaikan untuk negara ini."
"adakah kami ada pilihan lain?, aku tidak rasa yang prosesnya itu seratus peratus selamat."
"Ooh, sayang sekali Ben, kamu tidak ada pilihan lain. Sekarang, oleh kerana kamu sudah faham semuanya. Saya rasa sudah sampai masanya untuk awak tidur."
Aku melihatnya, dia semakin kabur. Aku dapat merasakan yang kekuatanku sudah hilang, aku rebah ke tanah dan kehilangan kesedaran.
"Bawa mereka ke makmal dokter Roger, beritahu kepadanya yang aku mahu dia menjalankan pembedahan terhadap mereka sekarang.
Aku membuka mataku, aku melihat sekeliling. Sepertinya aku berada di rumah sakit, dinding putih serta kain biru mengelilingiku. Aku cuba untuk bangun di katil itu tetapi ianya sia sia.
Aku tidak mempunyai tenaga untuk bergerak. Kepalaku juga terasa sakit, tubuh badanku seolah olah mati. Apa yang berlaku kepadaku?.
Aku memandang ke tubuhku. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat tubuh badanku yang kekar, tubuhku yang pada mulanya tidak begitu berotot sekarang sudah mempunyai otot otot besar.
"Jadi, eksperimen pemindahan kesedaran itu berjaya ya"
"Adolf, kau ke tu?"
Ada suara orang yang aku kenal berada di sebalik kain biru yang menutupku.
"Ya, ini aku. Adakah itu kau Ben."
"Ya, haha. Jadi kau pun masih hidup, syukurlah."
"Kita dimana Ben?,awak tahu sesuatu?."
"Rasanya kita berada di hospital, ketika aku tersedar semalam. Aku melihat ada dokter yang menjaga kondisi kita."
"Ooh, baiklah."
" Hmmmm, apa apapun. Syukur sangat yang kita masih hidup, kan?. Ketika aku membuka mataku, aku melihat tubuh badanku masih cukup, aku berasa gembira sekali. Meskipun ini bukanlah tubuh asalku."
"Ya, akupun merasa begitu."
"Ben, ini mungkin kali terakhir kita berjumpa. Jadi aku ingin tanya, kau ada orang yang tunggu kau balik?"
"Sudah tentu ada yang menungguku untuk balik Ben. Mungkin sekarang dia tengah risau menungguku di rumah. Bagaimana dengan kau?."
"Arh, untuk aku rahsia. Hehe."
"Ini tidak adil Ben, aku sudah beritahu kau tentangku. Kau perlu beritahu tentangmu."
"Hahaha, nanti aku beritahu engkau sekiranya masanya sudah tiba. Aku tidak mahu memberitahunya kepada orang yang akan mati besok atau lusa."
"Aku tidak akan mati, aku akan keluar dari sini nanti. Hahaha, harap sahaja engkau betul. Sudahlah, aku mahu tidur."
"Baiklah, selamat tidur."
Matahari pagi menyinari ruangan tempat kami tidur. Aku terus mengelap mukaku dengan tangan kananku untuk menyegarkan lagi diriku.
"Ehh."
Aku hairan, aku sudah boleh bergerak?. Aku kemudian bangun dari tempat tidurku.
"Syukur kepada tuhan, aku sudah boleh bergerak."
Aku terus pergi ke ruangan Ben yang hanya bersebelahan denganku.
"Ben, bangun. Kita sudah boleh bergerak."
Mendengar ucapanku itu, matanya terus terbuka dan dengan cepat bangun dari katilnya.
"Iyalah, haahahaha. Syukurlah, kita masih boleh bergerak Adolf."
Dek kerana gembiranya, Ben terus memelukku dengan erat."
"Syukurlah, tuhan masih memberikan kita peluang untuk hidup." Bisiknya ketika memelukku.
"Awak terlalu emosi Ben, kita tidak akan mati. Kau aku dan rakan rakanmu akan keluar dari sini nanti."
" Harap sahaja apa yang engkau katakan itu betul. Huuuuuh, aku harap mereka baik baik sahaja."
"Mereka akan baik baik sahaja. Aku yakin tentang itu."
"Bagaimana engkau boleh terlalu yakin tentang itu?"
"Mmm, lihat sahaja kita. Kita masih bernafas dan cukup anggota badan. Tidak mustahil mereka juga sedang dirawat seperti kita."
"Iya, aku harap yang engkau katakan itu benar." Ucap Ben perlahan.
Tiba tiba, pintu bilik kami terbuka. Alfonso diikuti beberapa orang terus berada dihadapan kami.
Aku terkejut dengan tetamu yang tidak diundang itu. Suasana yang pada mulanya tenang bertukar tegang.
Kami hanya diam berdiri melihatnya. Sememangnya dengan tubuhku yang sekarang, tidak mustahil untuk kami melarikan diri dari tempat ini.
Yang kami perlukan untuk mencapainya hanyalah kelekaan dari pihak mereka sendiri dan juga nasib yang baik.
"Selamat pagi kepada kamu berdua."
Kami hanya diam dan tidak menjawabnya. Dalam suasana hening itu, dia terus berpidato.
"Pertamanya, aku mengucapkan tahniah atas kejayaan kamu. Aku sebagai ketua yang memulakan dan menerajui projek ini merasa sangat gembira dengan kamu berdua. Kamu adalah benda yang paling berharga bagiku, aku sanggup kehilangan nyawaku untuk melindungi kamu. Kamu adalah maha karya hasil ciptaanku, aku akan terus menjadikan kamu wira yang tidak mempunyai cacat cela."
Setelah menghabiskan ucapannya, dia kemudian mendekat lalu memeluk kami.
"Aku sangat bangga dengan kamu. Kamu sangat berharga bagiku dan negara ini. Kamulah yang akan menjadi watak utama di dunia ini dan aku janji, akulah yang akan memimpin kamu ke arah itu."
Aku terus menepis pelukannya.
"Aku tidak pernah menjadi barang milikmu. Sekiranya aku mempunyai kekuatan, aku akan keluar dari sini dengan paksa."
"Hebat, semangat seperti inilah yang aku perlukan. Kamu memang layak untuk menjadi wira."
"Sekarang, mari kita mulakan dengan pemeriksaan tubuh badan kamu. Aku memerlukan setiap data darinya serta ingin memastikan yang kamu tidak mempunyai kecacatan kecil. Jadi, sila buka baju kamu wira wiraku!"
"Aku tidak mahu-"
"Adolf, lakukan sahaja apa yang dikatakan mereka, kita patut tahu posisi dan batas kita."
Melihat mata dari Ben, dia seolah-olah memberitahu untuk jangan membuat masalah. Akupun dengan berat hati membuka bajuku.
"Tolong buka semua!"
"Kau gilakah?, aku.. Erggggh."
Dengan hati yang berat, aku melepas semua pakaian yang melekat di tubuhku.
Beberapa orang berbaju putih tanpa mengira jantina terus memulakan tugas mereka.
Aku memang memahaminya. Disini bukanlah dunia manusia normal, orang orang disini sudah putus akal kewarasan sekaligus urat malu mereka. Kau perlu menerimanya untuk terus hidup disini.
"Berapa lama kami tertidur?" tanyaku spontan.
"Lebih kurang 4 bulan lebih kamu ditidurkan."
Aku terkejut dengan jawapannya, aku tidak pernah menyangka yang sudah selama itu masa berlalu sedangkan aku merasa yang baru kemarin lalu kami ditangkap disini.

หนังสือแสดงความคิดเห็น (55)

  • avatar
    Marky Aductante

    payngin pera

    11/10/2024

      0
  • avatar
    VillaceraJM

    good novel to read, but the story is a bit questionable, overall good book

    11/05/2024

      0
  • avatar
    Enelin Ogou

    aku bagi 1 bintang dulu ya

    14/04/2024

      0
  • ดูทั้งหมด

บทที่เกี่ยวข้อง

บทล่าสุด