"Ethan, apa yang awak baru cakap?. Awak bergurau?, setelah macam-macam kita lakukan bersama. Awak cuba bergurau denganku kan?, kan?. Tengok aku Ethan!, kenapa awak seperti tidak mendengar?." "Aku tidak pernah suka kau, aku cuma bermain. Aku minta maaf." Lelaki itu menundukkan wajahnya ke perempuan itu. " Hehehehe, pengawal. Boleh bawa dia ke makmal!" Beberapa orang yang berada disitu terus menahan perempuan itu dan membawanya pergi dengan paksa, perempuan itu terus meraung seperti orang gila. " Jangan bergurau denganku, semudah itu sahaja engkau meninggalkankanku. Setelah aku melakukan semuanya untuk mu, bodohnya aku percaya denganmu. Ethan, tolong aku Ethan!, aku tidak mahu mati, Ethan. Arhhhhhhhh, Ben. Tolong aku Ben!, Ben. Tolong aku Ben." Ben yang tadi hanya diam terus bergerak menahan dua orang lelaki yang membawa perempuan itu pergi. Hatinya yang masih naif itu tidak dapat menolak rayuan sepenuh hati daripada perempuan yang juga rakan sekelasnya itu disekolah menengah. "Tolong hentikan ini!, dia tidak bersalah. Apa yang kamu cuba lakukan adalah salah dari sisi undang-undang negara dan tidak berperikemanusiaan." Ben cuba bertarung dengan dua orang yang menarik perempuan itu untuk melepaskan perempuan itu. Tiba tiba, bahu Ben ditarik oleh Ethan lalu Ethan melepaskan tumbukan sulungnya tepat ke wajahnya. Cermin mata yang dipakainya hancur berkecai sambil dia terbaring dan meraung kesakitan. "Saya minta maaf atas perbuatan teman saya tuan, tolong maafkan kami." "Emma yang melihat kejadian itu terus menangis dengan lebih kuat. Melihat kekasihnya sendiri yang menghalang dia dari diselamatkan membuat hatinya bagai dikoyak koyak. Ingin sekali dia membalas perbuatan lelaki itu tetapi semuanya sudah terlambat. Apa yang boleh dia lakukan ialah terus meraung sehinggalah nyawanya berpisah dari badannya. "Bawa dia pergi dan tutup mulutnya!." Suara perempuan itu terdengar semakin perlahan kerana semakin jauh. "Baiklah, untuk kamu. Mari kita per-." "Tunggu." Aku yang dari tadi hanya diam mulai bersuara. "Ya,ada apa Adolf?" "Kenapa kami?, kenapa kami yang engkau ambil. Kami bukan tentera." "Soalan yang bagus, kerana harga kamu tinggi. Selain itu, aku menculik kamu kerana aku merasa sayang apabila melihat anak muda yang kuat dan sepatutnya kekuatan itu digunakan untuk membela negaranya dipersiakan dengan pergi bersuka ria. Hanya memenuhi gerak hati mereka sendiri tanpa menghiraukan negara, aku menculikmu kerana aku tahu yang engkau bukan ditakdirkan untuk menjadi seorang penulis. Untuk Ethan, Ben dan Emma pula, aku tidak mahu melihat masa muda kamu, kamu habiskan hanya untuk meminum arak dam bersuka ria. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menyerap kamu dalam organisasi ini dan menggunakannya setiap inci dari tubuh kamu itu untuk negara kita yang tercinta ini. Berbanggalah kamu kerana sudah berbakti kepada negara yang tercinta." Dia orang yang gila, lelaki ini gila. Itulah yang aku dapat lihat. "Baiklah, mari kita teruskan, untuk Ethan. Aku perkenalkan kepada kamu, ini dokter Ruby. kamu akan bekerja dibawahnya. Seorang perempuan yang memakai baju putih itu kemudian senyum kepada kami. Sekiranya begitu, izinkan saya membawa pergi lelaki muda itu dengan saya. Mereka berdua pun berlalu pergi dari situ meninggalkan aku dan Ben. "Berikan dia tongkat!, untuk kamu. Aku akan membawa kamu ke bahagian yang paling penting dari organisasi ini." Aku kemudian diberikan tongkat dan dengannya, aku terus mengikuti Lelaki tinggi itu berjalalan ke suatu tempat. Alfonso de Albuquerque adalah nama yang tertulis di tanda namanya. Kami dibawa ke sebuah ruangan. Dihadapan ruangan itu ada sebuah ruangan lagi yang dipisahkan dengan cermin. "Memperkenalkan, ini adalah Alan. Senior kamu, percaya atau tidak, beberapa minggu yang lalu. Dia ada di posisi kamu. Aku terkejut melihat orang yang ada di dalam ruangan kaca itu. Mataku seolah-olah tidak mempercayai apa yang aku lihat, bagaimana mereka boleh melakukannya?, ini gila. "Dimata kamu mungkin dia tersiksa tetapi realitinya tidak, dia sekarang adalah lelaki yang paling hebat di dunia ini. Seorang rakyat yang memberikan segalanya buat negaranya, orang yang hebat. Dengan pengorbanannya, kita dapat membuka ilmu pengetahuan yang baru dan dapat digunakan oleh semua orang." Mataku tidak dapat kualihkan darinya. Aku melihat seorang lelaki botak yang terbaring di bilik itu, lelaki botak yang tidak berbadan. Iya, tidak berbadan. Hanya ada kepala, peparu dan jantung. Jantungnya yang masih berdegup, peparunya yang turun naik itu saling disambungkan dengan banyak paip paip lut sinar. Terlihat jelas yang darah mengalir dari paip paip itu. Lelaki bernama Alfonso itu kemudian mengetuk ngetuk cermin yang memisahkan kami dengannya. Lelaki dari dalam ruangan itu terus membuka matanya setelah mendengar ketukan itu. Aku terkejut bukan kepalang, dia hidup. Matanya terbuka dan merenung kami. Dia teriak, namun kami tidak dapat mendengarnya kerana cermin yang memisahkan kami tetapi aku tahu, dia tersiksa. Dari raut wajahnya, aku dapat melihat dengan jelas yang dia meraung meminta pertolongan. Sudah berapa lama dia tersiksa, sku sendiri tidak tahu. Matanya yang menceritakannya cukup membuatkan kakiku bergetar. Jantungku seolah olah gugur melihat nasibnya. "Tolong lepaskan dia!, dia tersiksa. Tolong bunuh dia!." "Apa, jangan jadi bodoh. Kami tidak akan membunuhnya, dia akan terus hidup dan memberi maklumat kepada kami. Berapa lama dia boleh bertahan?, adakah dia akan hidup normal semula apabila kami memasang semula badannya?, banyak benda misteri yang belum terungkai dan dialah kunci bagi kita. Umat manusia mengetahui hal itu. Bayaran untuk maklumat penting itu hanya dengan rasa sakit yang dialaminya. Ianya jelas sangat murah sekiranya kita terlepas semua maklumat penting itu." "Tapi, tidakkah awak mempunyai hati perut?, adakah awak manusia atau iblis. Ben katakan sesuatu." "Haaaaah, hati perut. Awak tidak akan boleh hidup dengan hati perut, hanya orang bodoh yang menjual potensi untuk memajukan manusia hanya dengan hati perut. Jangan jadi bodoh." "Katakan sesuatu Ben!, kenapa kau hanya diam." "Dia hanya diam kerana dia tahu posisinya. Sepertinya awak tidak tahu posisi awak, sekiranya awak tahu nasib yang akan awa lalui nanti. Awak tidak ada masa untuk memikirkan orang lain, awak akan lebih memikirkan nasib yang awak lalui nanti. Adakah berakhir seperti dia, ataupun seperti perempuan tadi. Tapi, oleh kerana kau berkeras, apa kata kau cuba menyelamatkannya." Aku terdiam mendengar jawapannya. Bagaiamana caraku untuk menyelamatkannya. Ketika itu juga tangannya terus menangkap kolar bajuku lalu menariknya ke arahnya. Kemudian, tanpa aku sedari, aku sudah diangkatnya lalu dilemparkan ke cermin itu. Aku bertabrakan dengan dinding cermin itu menyebabkan ianya pecah dan aku termasuk ke ruangan lelaki botak itu. Aku perlahan bangun dengan bantuan tongkatku lalu aku mendekati lelaki itu, aku melihatnya dengan tatapan sedih. Sugguh, berapa banyak kesakitan yang awak sudah hadapi. "Tolong bunuh aku!, tolong bunuh aku!. Aku sangat memohon denganmu, aku sudah tidak mahu hidup. Mati adalah lebih baik, aku mohon untuk kau habisi nyawaku." Dengan suara perlahan dia memintaku untuk menghabisinya. Permintaan yang gila, tidak ada orang yang mahu minta mati tetapi ianya boleh berlaku sekiranya hidup lebih sakit dan menakutkan. Matanya yang ingin menangis tapi tidak ada air mata yang keluar, dia sudah nukan manusia. Semua kemampuan manusia seperti makan, menangis, berpeluh, serta buang kotoran badan. Semuanya sudah menjadi mustahil olehnya, hanya menggunakan paip untuk memasukan apa yang diperlukan dan menggunakan alat untuk menapis sekalipun menyingkirkan bahan buangan badannya. Dalam erti kata lain, dia sekarang adalah mayat hidup. Dia tidak boleh menjadi manusia lagi dan dia tidak dibenarkan untuk mati. Perlahan tanganku memegang alat bantuan pernafasannya. "Baiklah, aku sudah sedia. " "Emmm, sebelum itu. Ingin saya memberitahu sesuatu, sudah menjadi prosedur pihak kami untuk menyerap sesiapa sahaja untuk mengisi tempat yang kosong. Sama seperti situasi awak dan dia.
payngin pera
11/10/2024
0good novel to read, but the story is a bit questionable, overall good book
11/05/2024
0aku bagi 1 bintang dulu ya
14/04/2024
0ดูทั้งหมด