logo text
เพิ่มลงในห้องสมุด
logo
logo-text

ดาวน์โหลดหนังสือเล่มนี้ภายในแอพ

บทที่ 37 mereka terjebak

Malam itu, setelah menempuh perjalanan yang panjang. Adolf dan Ben akhirnya sampai di pusat markas mereka.
Keluar sahaja mereka dari kereta, mereka terus disambut dengan kehadiran banyak tentera bawahan Alfonso yang sudah berada disitu.
" Ada apa ini?"
Semua askar itu diam dan tidak menjawab.
" Kami diperintahkan oleh Alfonso untuk mengiringi kamu menuju ke gudang lama." Ucap seorang perempuan yang selalu bersama Alfonso.
" Gudang lama, tapi kenapa?"
" Minta maaf, kami tidak tahu. Kami cuma menerima arahan. Oleh itu, sila beri kerjasama!"
" ......... Baiklah."
Perasaan tidak enak mulai singgah ke hati Adolf.
Adakah mereka sudah tahu tentang diriku?, itu tidak mungkin. Mustahil untuk mereka dapat tahu. Tapi kenapa mereka memanggil kami?, lagipun. Diminta datang ke gudang ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan kakiku bergetar. Disinilah tempat aku membunuh ayahku sendiri. Tolonglah tuhan!!!!, aku tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi lagi padaku.
Pintu gudang yang tertutup rapat itu dibuka apabila mereka sudah sampai, setelah mereka masuk. Ianya kembali ditutup rapat dan dikunci.
Disitu, terlihat Alfonso dan beberapa orang bawahannya sudah menanti mereka. Driad dan haiwan ciptaan Dokter Ruby juga berada disitu.
Perasaan takut Adolf semakin menjadi jadi. Ini gila!!, apa yang berlaku sebenarnya?
" Arhhhh, kamu datang. Minta maaf kerana mengambil masa kamu sedang kamu penat dari perjalanan jauh, malangnya, hal ini terlalu penting sehingga ianya tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi."
" Apa maksudmu?"
" Bagaimana hendak mengatakannya. Kami menemukan seorang 'spy' berada di markas ini bersama kita. Berita baiknya, saya berjaya mengesan dan menangkapnya."
" Malangnya, biarpun sudah pelbagai cara kami gunakan untuk menyoal siasatnya. Kami tidak dapat apa-apa informasi mengenai orang yang memerintahkannya. Saya sudah bertemu dengan macam macam pengintip sebelum ini tetapi, untuk orang tua itu. Tekadnya terlalu kuat, saya salah kerana menilainya hanya dengan luarannya. Oleh itu, saya harap kamu boleh membantu untuk cuba mencari informasi darinya, lagipun, dia adalah orang yang rapat dengan kamu."
Apa maksudnya?, rapat dengan kami. Adakah dia maksudkan.. Itu tidak mungkin, mustahil untuk itu berlaku. Tuhan, tolonglah. Tolonglah bukan dia!!
" Bawa dia masuk!"
Beberapa orang kemudian menarik masuk seorang lelaki yang sangat aku kenali.
" Seperti yang kamu lihat, saya sudah menyiksanya dengan pelbagai macam cara. Namun, saya masih belum mengetahui dia bekerja dengan sesiapa. Ingin sekali saya menuang besi panas ke dalam mulutnya, tetapi. Sekiranya saya melakukannya, dia tidak akan boleh bercakap lagi. Maklumat yang kita inginkan pun tidak sampai, disebabkan itu, saya menahan niat saya untuk sekarang."
Air mata Adolf keluar saat melihat Jul dirantai ditangan dan lehernya. Keadaan Jul sangat parah, hari jarinya sudah bertukar biru dan mengembang. Mukanya hancur, darah yang keluar dari luka luka dibadannya masih menitis nitis.
Ini gila, kenapa mereka terlalu kejam. Apa salah dia sehingga menerima nasib sebegini.
" Adolf, sekiranya tidak kisah. Boleh saya minta tolong jasa baik awak untuk mengakhiri nyawanya?"
Ehhhhhh?
" Bukankah awak bilang tadi yang awak ingin menyoal siasatnya terlebih dahulu. Terlalu awal untuk awak membunuhnya disini. Lagipun, belum tentu dia bersalah-"
" Pergi Bunuh dia sekarang!!"
" Adolf, cepat pergi bunuh dia!!!!!"
WIEEEEEE...........
"Bunuh dia Adolf!!!!!!"
WIEEEEE....
WIEEEEEEE.............
Semua perintah yang diberikan Alfonso tidak dituruti oleh Adolf. Adolf hanya berdiri diam.
" Jadi. Apa yang saya prediksi itu betul. Dia telah membantumu untuk terbebas dari kawalan MK ultra. Kamu semua, tahan dia cepat!!, Ben, Bunuh lelaki tua itu!!!"
Dwarf yang tidak jauh dari Adolf terus mengikat badannya. Haiwan pelik ciptaan dokter Ruby terus menolak jatuh Adolf dari belakang sementara tentera tentera yang lain menghalakan senapang mereka pada Adolf.
Tetapi, semua itu tidak menakutkan Adolf sekalipun, baginya. Yang paling penting sekarang adalah keselamatan Cikgunya.
Orang yang memilih membantunya meskipun nyawanya sendiri sebagai taruhan.
Ben meluru laju ke arah Jul, kerambit yang ada di beg di pinggangnya diambil lalu dipasangkan ke tangan kanannya.
Setelah jaraknya dan Jul sudah dekat, kerambit yang ada di tangannya terus dihayunkan ke leher Jul.
Jul hanya menutup mata sambil menangis.
Belum sempat kerambit itu menyentuh leher Jul. Satu tangan gergasi dengan kuat memukul muka kanan Ben.
Impak dari pukulan itu terlalu kuat sehingga menyebabkan Ben terpelanting jauh sehingga melanggar dinding bangunan itu.
Ben kehilangan kesedarannnya selepas itu.
Mata semua orang yang ada disitu terpana dengan makhluk yang memukul Ben itu. Seekor serigala jadian yang sekarang itu membantai bawahan Alfonso menjaga rapat Jul.
Ternyata, Adolf terlepas dari tahanan semua bawahan Alfonso.
Setelah melihat kejadian itu, akar akar Dwarf terus merayap laju ke arah serigala itu dan terus menusuknya.
Malangnya, parasit yang dia cuba masukkan tidak dapat menembusi kepadatan kulit haiwan itu. Sekiranya ada yang berjaya dimasukkan, ianya akan terus dikeluarkan semula oleh badan serigala itu.
Sementara itu, haiwan separuh kelawar itu pula terus berterbangan dan cuba mencari masa yang tepat untuk menyerang serigala itu.
Serigala itu kemudian mengangkat Jul dengan sebelah tangannya lalu dengan cepat membantai semua bawahan Alfonso yang tersisa.
Dia tidak mahu meninggalkan seorangpun kerana risau peluru yang dilepaskan mereka mengenai Jul.
Pada ketika itu, Serigala itu terus menangkap objek laju yang terus mengelilinginya. Setelah sampai masanya, Adolf terus melompat ketepi lalu menjerit dengan kuat ke arah haiwan yang menjunam laju ke tempatnya.
Ianya menyebabkan raksasa kelawar itu kehilangan momentumnya, saat itu juga. Serigala itu terus melompat lalu menangkap raksasa itu.
Situasi itu tidak ubah seperti seekor kucing yang menangkap burung.
Setelah kukunya berjaya melekat di tubuh haiwan itu, dia terus memanjat naik kebelakangnya lalu mematahkan kedua dua sayap haiwan itu.
Itu menyebabkan haiwan itu terus jatuh kebumi.
Alfonso ternganga, dia seperti tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Bawahannya yang sebelum ini mengawal kuat bilik itu sekarang sudah tidak bernyawa.
Ben, raksasa kelawar, Dwarf. Semuanya tidak mampu menghentikan kemarahan Adolf.
Ini adalah kesilapannya, dia tidak pernah menyangka yang Adolf sangat kuat. Dia mampu dengan sendirinya membantai semua orang yang ada disitu. Sepertinya, dalam diam. Dia sudah berada di tahap yang berbeza dari semua orang fikirkan.
Setelah serigala itu memukul Dwarf yang cuba dilindungi oleh tentera parasitnya.
Dia kemudian berlari ke arah Alfonso.
Perempuan yang bertindak sebagai orang kanan Alfonso kemudian mengeluarkan pistolnya lalu menembak Adolf.
Namun begitu, ianya sia sia. Kuku Adolf terus membelah tubuh perempuan itu.
Akhirnya, hanya Alfonso sahajalah yang tersisa disitu.
Adolf dengan cepat membaham kepala Alfonso.
Alfonso tidak dapat mengelak darinya.
Bunyi tengkorak Alfonso yang pecah terus berbunyi dengan kuat setelah rahang serigala itu menggigitnya.
Ketika serigala itu fokus menghancurkan kepala Alfonso. Tiba tiba, dia dicucuk oleh seseorang.
Ternyata, badan Alfonso yang tidak berkepala itu mencucuk badan Adolf dengan pisau.
Adolf terus melibas jasad itu dengan tangannya.
Jasad Alfonso pun terpelanting beberapa meter menjauh dari Adolf.
Saat jasad itu tergeletak di satu sudut dalam bangunan itu. Pada ketika itulah mata Adolf melihat dengan jelas apa yang berlaku. Badan Alfonso yang tadinya tidak berkepala itu dengan tiba tiba sudah lengkap berkepala semula.
Seolah-olah, kepala simpanannya baru sahaja tumbuh dari lehernya.
Apa yang berlaku sebenarnya?, bagaimana kepalanya boleh tumbuh sedangkan kepalanya yang asal belum habis digigitnya lagi?

หนังสือแสดงความคิดเห็น (54)

  • avatar
    VillaceraJM

    good novel to read, but the story is a bit questionable, overall good book

    11/05

      0
  • avatar
    Enelin Ogou

    aku bagi 1 bintang dulu ya

    14/04

      0
  • avatar
    Joe Galvez

    beautiful day here and there but I will be there at the same time I don't have a car so I can

    14/03

      0
  • ดูทั้งหมด

บทที่เกี่ยวข้อง

บทล่าสุด