logo text
เพิ่มลงในห้องสมุด
logo
logo-text

ดาวน์โหลดหนังสือเล่มนี้ภายในแอพ

บทที่ 2 bertahan hidup

Aku terus berjalan tanpa arah tuju.Aku tahu yang dari tadi lagi aku sudah sesat,namun aku tidak ambil kisah kerana aku tidak ada tempat tinggal.Aku berjalan dari jalan besar,masuk ke selekoh,terus jalan mengikut gerak hatiku.
Aku terus jalan mundar mandir di kota itu.Akhirnya,aku 'give up',tidak ada yang aku boleh lakukan lagi.Baiklah,aku rasa sudah sampai masanya untuk usaha terakhirku.
Aku kemudian mencapai begku dan perlahan mengeluarkan alat ajaib dari dalamnya.Bukan kompas,sebaliknya adalah cermin kecil yang boleh dilipat.Aku melihat rupaku yang dipantulkannya,seperti biasa,aku terus menutup mata dan mengatur nafasku.Hebat,aku dapat merasakan yang iq ku terus meningkat.Bukan itu sahaja,aku juga dapat merasakan yang bunyi bising dari kereta dan orang ramai di sekelilingku perlahan semakin lesap.
Setelah bertapa beberapa minit,aku meyimpannya semula dan terus berjalan ke satu jalan besar.Aku terus berjalan tanpa membelok sekalipun.Aku mulai perasan,semakin jauh aku berjalan,semakin sedikit orang disekelilingku.
Aku terus berjalan sehinggalah tidak ada lagi bangun tinggi di sekelilingku sebaliknya adalah rumah rumah penempatan orang.Aku terus bergerak maju pergi ke tapak pembinaan yang ada disitu.
Aku masuk ke dalam 'kawasan larangan masuk' lalu pergi mencari tempat berteduh.
Syukur kepada tuhan.Akhirnya,aku menemukannya.
Sebuah gegelung besar yang terbuat dari simen tersusun di satu sudut tempat pembinaan itu.Alat yang akan digunakan sebagai parit untuk aliran air padaku sudah cukup untuk menjadi rumah sementaraku.
Aku memanjat susunan itu satu demi satu dan masuk ke salah satunya.Di satu sudut lubang aku tutup dengan begku yang besar dan satu sudut lagi aku tutup menggunakan kain.
Aku membuka mataku.Terlihat jelas dinding semen yang hanya beberapa jengkal dariku.Setelah aku tidur selama 6 jam,aku bangun untuk bersiap,aku mengesot perlahan keluar dari tempat itu.
Menghirup udara pagi merupakan salah satu nikmat dunia yang orang sering lepaskan.Setelah puas menghirup udara untuk menyegarkan diri.Aku terus pergi ke tandas awam untuk membersihkan diri.Aku sudah membawa alat mandi dan baju ganti dalam perjalanan pergi.
Aku sengaja pergi awal pagi lagi untuk mengelakkan orang lain melihatku dan tidak selesa dengan itu.
"huuuuuhhhhh,aku benci mandi pagi".
Mandi pagi merupakan mimpi ngeri buatku,cuaca sejuk pagi yang turut menyejukkan air merupakan musuhku sejak dari kampung lagi.
"Huuuuuuh,sekiranya aku dirumah.Aku masih tidur berbungkus selimut tebal".
Setelah mandi,akupun bersarapan dengan roti madunaisku.Walaupun ianya roti kesukaanku,tetapi,untuk sekarang.Aku sudah tidak boleh menjamahnya untuk makan tengah hari pula.Aku perlukan makanan yang bergizi,.Baiklah,untuk mendapatkan makanan seperti keinginanku,aku perlu mencari kerja.
Aku pergi ke kota dan melihat yang hampir semua kedai disitu sudah mulai buka,akupun memulakan langkah pertamaku ke kedai roti yang paling dekat denganku.Aku berjalan masuk dengan penuh yakin ditambah dengan rupaku yang penuh dengan cita cita.
"Baiklah,'here I come'".
Beberapa jam berlalu,aku berdiri di hadapan sebuah kedai baju dengan rupa yang sugul.Aku termenung memikirkan nasibku,Semua kedai yang aku pergi untuk memohon kerja menolak untuk mempekerjakanu.Aku tidak menyalahkan mereka,alasan mereka yang tidak mahu mempekerjakan budak hijau sepertiku itu adalah normal.Tambahan lagi,ekonomi negara yang kritikal pada masa kini membuatkan mencari pekerjaan itu adalah sesuatu yang hampir mustahil.
Aku duduk di bangku awam yang ada disitu,aku berniat untuk membatalkan niat untuk hidup selama setahun disini tetapi melihat duit yang ada dipoketku yang sedikit.Mahu tidak mahu,aku mesti meneruskannya.
Tidak ada jalan mundur lagi buatku.Dengan duitku yang sekarang,tiket kereta api untuk ke kampung halamankupun tidak lepas.
"huuuuuuuh".
Aku duduk di bangku awam yang ada berdekatan situ.Aku buntu,apa yang aku perlu lakukan selepas ini?.
Sekiranya aku masih tidak mendapat kerja sampai roti dan duitku habis,aku akan jadi pengemis di kota ini.Sekiranya aku menolak untuk menjadi pengemis.Aku boleh menjadi seorang penjenayah, aku akan mencuri masuk kereta api yang bertolak ke kampungku.Itu merupakan taruhan yang besar,sekiranya aku tidak dapat diketahui sehingga sampai ke destinasi, aku akan selamat tetapi sekiranya aku diketahui.Aku mungkin akan berakhir ke lokap balai polis,ataupun,bagaimana sekirannya mereka meninggalkanku di tengah jalan,mahu tidak mahu,aku perlu berjalan kaki untuk meneruskannya.
"Sungguh,malang sekali nasibku sekirannya ianya betul betul terjadi ".
aku tidak mahu berakhir seperti itu,aku menolak untuk menjadi pengemis dan penjenayah.Aku akan cari jalan keluar dari masalahku ini,aku hanya perlu mencari uang agar aku dapat terus hidup dengan selesa dan balik bertemu ayahku semula dengan bangga.
"Baiklah,sudah sampai masanya untuk aku menggunakan senjata terakhirku."ucapku dengan tenang sambil tanganku terus meraba raba poket seluarku untuk mencarinya.
"Eh,ehhhhhh".
Tidak ada,aku tidak menemukannya.Arhhhh,aku lupa untuk membawanya,ianya ada di beg besarku yang aku tinggalkan di tempat aku berteduh semalam.Aku perlu mengambilnya,tetapi jaraknya dengan posisiku yang sekarang ini sangat jauh.Aku tidak mahu membuang masa dan tenagaku cuma untuk itu,hmmmmmmm.
Baiklah,aku mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya.
"Tenang,ini adalah kota,bukannya kampung yang hanya penuh dengan pokok dan lembu".
Aku pun berjalan pergi ke sebuah kedai yang tidak jauh dari posisiku.Kedai yang berdindingkan kaca itu akan aku gunakan untuk menggantikan cerminku.
Aku merenung cermin itu,aku terus merenungnya sambil cuba untuk fokus.Menarik nafasku dengan dalam dan perlahan menutup mataku.
Tunggu,ada yang tidak kena,cermin ini tidak memantulkan wajahku.Aku tidak dapat melihat bayanganku disitu,apa yang aku lihat hanyalah ruang bilik.Cuma ruang bilik yang gelap dan....hmmmm.
Aku seolah melihat sesuatu tergantung di dinding bilik itu,perlahan aku mendekatkan wajahku ke cermin itu.Semakin dekat kepalaku ke cermin itu,semakin jelas apa yang aku lihat di dalamnnya.
Aku melihatnya,sebuah gambar melekat di dinding itu,gambar dengan lukisan seorang perempuan tua.
Hmmmm,bagaimana sekiranya aku menjadi pelukis.Dengan duitku yang sekarang,aku mungkin mampu untuk membeli buku dan alat lukis.
"Baikhlah,aku sudah putuskan.Aku akan menjadi pelukis jalanan".
Aku kemudian mengelap cermin itu dengan lengan bajuku sebagai tanda terima kasih lalu beredar dari situ.
Aku pergi ke kedai alat tulis dan membeli semua perlengkapanku.Setelah itu,aku kemudian mencari tempat yang paling sesuai untuk mencari pelanggan.
Aku tidak mahu membuang masa untuk mencari tempat.Akhirnya,aku memilih untuk menjadikan ruang luas dihadapan sebuah restoran sebagai tempatku mencari rezeki.Aku menulis 'khidmat melukis' di sebuah kertas besar dan memacakkannya di kayu pemegang buku lukisan,aku memilih tempat itu kerana disitu,ramai orang yang singgah untuk makan.Aku harap,dengan ini,aku akan mendapat pelanggan.
Tidak beberapa lama aku duduk,ada orang yang tiba tiba memintaku untuk melukisnya.Aku pun dengan teruja melukis dia dan pasangannya.Setelah melihat hasilnya,dia pun tersenyum tanda puas dengan hasil tugasku dan sanggup membayar dengan caj yang aku berikan.
Bagai bulan jatuh ke riba,setelah lelaki itu pergi.Ramai pelanggan yang datang dan sanggup berbaris untuk mendapatkan khidmatku,aku terus tenggelam dengan emosi,aku terus melayani mereka semua dengan sepenuh hati tanpa meninggalkan seorangpun terlepas.Setelah buku dan warnaku habis,aku meminta izin untuk membelinya semula di kedai berdekatan.
Seharian penuh aku tidak menang tangan.Pada petang itu,barulah aku dapat merehatkan diriku setelah tidak ada pelanggan lagi yang aku layani.Namun,perasaan penat itu terus hilang setelah aku mengira pendapatanku.
Aku sangat bersyukur kepada tuhan kerana memberikan aku rezeki ini.Aku pun pergi ke restoran yang ada disitu untuk makan.
Malam itu,aku balik dengan keadaan yang parah,aku terlalu mengantuk untuk berjalan.Sesampainya aku di tempat teduhku,aku terus menutup lubangya dengan kain lalu aku terus terbang ke alam mimpi.

หนังสือแสดงความคิดเห็น (55)

  • avatar
    Marky Aductante

    payngin pera

    11/10/2024

      0
  • avatar
    VillaceraJM

    good novel to read, but the story is a bit questionable, overall good book

    11/05/2024

      0
  • avatar
    Enelin Ogou

    aku bagi 1 bintang dulu ya

    14/04/2024

      0
  • ดูทั้งหมด

บทที่เกี่ยวข้อง

บทล่าสุด