[x/x/1909] [Jerman] Adolf berlari melimpasi padang yang luas,lari dari rumah setelah habis bertengkar dengan ayahnya Alois. "Aku tidak akan sesekali menjadi tentera"ucapnya. Rumah kayu yang terletak di tepi gunung menjadi tempat tinggal dia dan ayahnya setelah kematian ibunya 6 tahun lalu. Lari dari rumah adalah langkah terbaik baginya sebagai tanda protes kepada keputusan ayahnya. Alois merupakan ayah kepada Adolf,merupakan bekas tentera jerman dan untuk sekarang.Dia sudah bekerja sebagai penternak dan petani setelah pencen tua. Ianya merupakan langkah terakhirnya untuk mencari sesuap nasi buat keluarganya,menggunakan semua gaji tabungannya untuk membeli sepasang induk haiwan ternakan serta sebidang tanah yang jauh dari permukiman manusia. Kehidupan yang tenang ini sudah menjadi impiannya sejak dia mula bertugas sebagai tentera lagi.Menjadi tentera di zaman peperangan dan berhadapan dengan bermacam macam konflik merupakan pengalaman hitam dalam dirinya. Bekas luka memenuhi badannya merupakan bukti ketulinannya kerana sudah berjaya balik dari bermacam macam misi yang gila. Padanya,kawan dan lawan sudah tidak ada makna lagi.Ketika berperang melawan musuh,mereka adalah kawan yang saling bantu dan ketika bekalan terputus,mereka sudah menjadi musuh yang saling berebut punca makanan dan air untuk terus hidup. Di balik jendela,dia hanya melihat anaknya berlari laju menjauhi rumah. Matahari menyinari padang rumput,Alois segera membuka pintu pagar haiwan peliharaanny agar boleh keluar dan meragut rumput yang masih basah disiram embun pagi.Kemudian,dia pergi menyiram tanamannya,setelah itu,di kemudian mengambil hasil dari buah buahan dan sayurannya lalu dimasukkan ke dalam bakul untuk dijual nanti di pasar tamu. Dia keudian masuk ke rumah dan memasak beberapa biji telur yang dia ambil dari reban ayamnya untuk dijadikan sarapan pagi.Setelah itu,dia akan makan bersendirian di meja makan. Adolf yang masih mamai keluar dari biliknya,di pergi mencuci muka dan memeberus gigi. "Adolf,mari makan dengan ayah!"ucap ayahnya sambil di tangannya memegang surat khabar. "baik ayah". Dia kemudian duduk di hadapan ayahnya lalu turut ikut menjamah roti dan telur yang ada di meja,meja di bahagian ayahnya sudah terkemas bersih dan hanya meninggalkan segelas kopi. "Kamu balik lewat semalam,pukul berapa kamu balik?" "emm,pukul 3 ayah" "Apa yang kamu buat sampai pukul 3 baru ingat pulang?" "Tidak ada apa,aku cuma bermain kad dengan rakan rakanku di luar" "mmmm,jadi kamu membuang zaman muda kamu dengan bermain kad" "Lepas ini,ikut ayah pergi pekan!,kita akan jual hasil tanaman di pekan lalu terus pergi membelikan barang barangmu untuk kamu bawa pergi." "Ayah masih berkeras tentang itu?,saya sudah katakan yang saya tidak mahu.Saya tidak mahu pergi ke sekolah berasrama penuh tentera.Saya tidak mahu menjadi tentera." "Jadi kamu mahu jadi apa?,sekarang ini,negara kita mempunyai krisis ekonomi yang teruk,awak sudah berumur 14 tahun.Awak kena berfikir tentang masa depan awak,peluang yang ada di depan mata jangan dilepaskan.Tidak semua orang mempunyai kesempatan sepertimu,ayah terpaksa menggunakan hasil keuntungan setahun kita agar kau dapat memasuki sekolah itu." "Jangan membantah cakap ayah dan ikut sahaja.Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk mengelakkan kamu menyesal di masa hadapan." "Saya tidak mahu menjadi tentera" "Dengar sini!,ini bukan tentang mahu atau tidak.Ini tentang awak boleh hidup atau tidak,awak tidak mempunyai pilihan lain." "Tidak,saya tidak mahu menjadi orang macam ayah,menjadi tentera.Hanya menerima arahan dari pihak atasan,meninggalkan anak dan isternya.Mana ayah pergi ketika ibu nazak?,ayah tidak datang.Saya hanya bersendirian melihat ibu" "Saya sudah bertekad,saya tidak akan mengikuti jejak ayah.Saya akan menjadi pelukis,ayah setuju atau tidak,saya tidak peduli." Mendengar jawapan Adolf membuatkan wajah Alois memerah. "Budak bodoh,kamu tidak faham apa apa.Kamu tidak akan boleh hidup dengan minat kamu.Sudah lupakan semua itu dan pergi bersiap." Adolf terlihat murung,perlahan dia berlalu pergi dari situ. Adolf pergi ke bilik air, dia melihat cermin yang ada disitu.Pikirannya kusut memikirkan semua ini, ayahnya sama sekali tidak memberikannya peluang untuk memilih masa depanya sendiri. "Orang tua keras kepala" ucapnya. Dia terus termenung dan berfikir langkah yang terbaik untuk dia lakukan. Bermacam macam cara sudah dia gunakan untuk menunjukkan rasa bantahan buat ayahnya namun tidak ada satupun yang berhasil. Dia menarik nafas panjang, menutup matanya untuk menstabilkan emosinya. Setelah beberapa minit, dia membuka semula matanya. Kali ini, kelakuannya lebih tenang dari sebelumnya. Dia segera mandi. Setelah itu, dia pun pergi ke bilik dan menyiapkan semua barangnya, dia pergi ke dapur dan mengambil madu, mayonaise dan roti dalam kuantiti yang besar. Kemudian, dia memerhatikan ayahnya. Setelah melihat ayahnya pergi ke bangsal untuk menyusun sayuran mereka untuk dibawa pergi.Dengan cepat dia menyarung kasut di kakinya lalu berlari pergi dari situ. Dalam hanya kiraan saat, kelibatnya mulai hilang dari pandangan. Adolf berlari sehinggalah dia yakin yang ayahnya tidak dapat menemuinya. Kemudian, barulah dia sambung dengan berjalan kaki, sendirian di tengah pekan. Di poketnya cuma ada beberapa keping duit syiling yang dicurinya dari tempat simpanan ayahnya. Dia sempat mengambilnya sebelum bertolak. Dia yang tadinya tenang mulai kusut,dia baru merancang sampai sini. Selebihnya dia tidak tahu. Adakah aku perlu balik ke rumah,atau aku teruskan sahaja?.Aku tidak mahu balik sekarang, aku yakin yang sekarang bapakku sudah marah. Pertama sekali, betulkah apa yang aku cuba lakukan ini?. Emosiku mulai dalam bahaya lagi. Seperti biasa,aku segera mengambil cermin lipat yang ada di begku lalu menatapnya. Perlahan aku menutup mata dan mengambil nafas panjang. Tidak sampai dua minit, aku membuka kembali mataku. Seperti biasa juga, aku kembali tenang dari sebelumnya. "Baiklah, Untuk sekarang, aku akan pergi dari sini. Pergi ke tempat yang jauh. Selebihnya aku akan fikir di dalam perjalanan nanti." Ucapku dengan yakin. Aku membeli tiket kereta api menuju ke ibu kota. Setelah berfikir banyak kali, aku mengambil keputusan untuk pergi ke ibu kota dengan harapan disana, aku akan mendapatkan pekerjaan sementara untuk menampung hidupku. Ianya tidak akan lama, cukup setahun, selepas itu, aku akan balik semula ke rumah. Mana boleh aku meninggalkan orang tua itu sendiri di rumah. Kereta api itu terus bergetar mengikuti laluannya. Aku terus duduk melihat keluar tingkap, gunung gunung hijau yang seolah olah bergerak kebelakang memukau mataku. Sungguh indah kampung halamanku ini, berat hatiku untuk meninggalkannya namun apa bole buat. Nasi sudah menjadi bubur. Aku terus memujuk hatiku sendiri. "Ini tidak akan lama.Aku janji." Perjalanan dari sini ke Dublin sememangya mengambil masa yang lama. Aku hanya mengisi masaku dengan tidur dan memakan roti spesial ciptaanku sendiri iaitu roti madunaise. Syukurlah, aku tidak lupa untuk membawa dua benda ini, tanpa mereka,aku hanya akan memakan roti kering sahaja untuk mengisi perutku. Aku membungkus badanku dengan jaket yang lebih tebal, kehangatan dari jaket itu menyebabkan aku tertarik ke alam bawah sedar. Aku terus tidur sehinggalah bunyi hon kereta api mengejutkanku. Aku kemudian bangun dan mengambil barang barangku. Dengan anggota badanku yang belum segar sepenuhnya, aku ikut beratur untuk keluar dari tempat itu. Setelah sampai di stesen itu,aku melihat yang langit semakin gelap. Aku segera kelar dari stesen terus mencari tempat berlindung untuk malam ini. Aku berjalan di tengah ibu kota. Aku tidak dapat mengira berapa kali aku mendongakkan kepalaku,semua bangunan yang ada di tengah tengah bandar ini tidak normal, hampir semuanya bersaiz gergasi. Aku perlu mendongakkan kepalaku untuk melihat dengan lebih jelas. Aku singgah ke banyak bangunan yang mempunyai papan tanda tertulis hotel di atasnya. Namun aku membatalkan hasratku setelah melihat jumlah yang aku perlu bayar. Aku kaku, aku memang terfikir yang peluang pekerjaan disini tinggi namun tidak pernah terlintas di fikiranku yang kos sara hidup di ibu kota ini juga tinggi. Habislah,Dimana aku akan tidur hari ini.
payngin pera
11/10/2024
0good novel to read, but the story is a bit questionable, overall good book
11/05/2024
0aku bagi 1 bintang dulu ya
14/04/2024
0ดูทั้งหมด