logo text
เพิ่มลงในห้องสมุด
logo
logo-text

ดาวน์โหลดหนังสือเล่มนี้ภายในแอพ

Bab 4: Cukup sampai disitu saja

Rumah Mikael~~~
"Ringgg... Ringgg..."
Alarm berbunyi disegenap penjuru bilik tidur Mikael. Bunyi yang menyakitkan telinga itu memberi petunjuk bahawa sudah mencecah pukul 8.00 Pagi. Mikael lantas bangun menutup alarm yang sangat dibencinya itu.
Selesai menunggu roh masuk kedalam tubuh sepenuhnya, Mikael lantas bangun sambil mencapai tuala yang berada berdekatan dengan dirinya. Dia melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri dipagi hari. Mikael mengambil masa selama 10 minit untuk membersihkan tubuhnya dari kotoran dunia.
Mikael menyarung sehelai tshirt plain hitam dengan seluar jeans hitam 3 quarter. Mikael lebih selesa memakai pakaian seperti itu. Tshirt merupakan pakaian yang paling digemarinya, serta seluar 3 quarter kerana tidak panas.
Setelah siap memakai pakaian, Mikael melangkah ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi kerana perut sudah bergelora minta diisi secepatnya. Semasa dia sedang sibuk mencari bahan makanan yang boleh dimakan, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Mikael lantas mencapai telefon bimbit yang berada didalam poket seluar.
Perasaan ingin tahunya sangat tinggi, kerana sebelum ini jarang orang membuat panggilan untuknya dipagi hari. Mikael memandang ke arah skrin telefon. Tertera nama 'Mira' di skrin telefon bimbit tersebut. Mikael tertanya-tanya kenapa Mira call dia diawal pagi. Untuk menjawab persoalan, Mikael mengangkat panggilan tersebut.
Mira: Halo... Mikael?
Mikael: Ye Mira? Ada apa call pagi-pagi ni?
Mira: Eh bangun dah! Selamat pagi!
Mikael: Straight to the point please. Aku nak breakfast ni...
Mira: Ah tepat pada masanya Mikael! Jangan breakfast dulu!!!
Mikael: Ha? Kenapa pulak? Aku dah lapar ni...
Mira: Hehe... Datang rumah saya sekarang. Mama saya ajak awak breakfast sama dengan kitorang pagi ni!
Mikael: Hah?! Serius lah?!
Mira: Ye!!! Serius!!! Datang tau Mikael! Saya tunggu!
Mikael: Oi oi kkk...kejap!!!
"Tittttttt', bunyi panggilan dimatikan.
"Cih! Dah la ajak tiba-tiba. Boleh pulak dia matikan terus macamtu?!", ngomel Mikael sendirian.
"Haih tapi takpelah. Orang kata, rezeki jangan ditolak.", tambah Mikael lagi sambil terus melangkah keluar.
Rumah Mira~~~
Puan Melissa sedang sibuk menyediakan sarapan sambil dibantu oleh anak kesayangannya Mira. Mira membantu Puan Melissa membuat air serta menyusun beberapa pinggan yang sudah selesai dibasuh. Mira juga merupakan typical perempuan yang mampu membuat kerja rumah kerana dia sering diajar oleh Puan Melissa untuk sentiasa membuat kerja-kerja suri rumah supaya bakal suaminya tidak kesusahan nanti. Bagus bukan Puan Melissa? Patut dicontohi oleh gadis-gadis masa kini :P.
"Ting...Tong...", loceng berbunyi.
Puan Melissa: Ha dah sampai tu Mira. Pergi sambut!
Mira: Okay Mama!
"Relax Mira... Tenangggg", bisik Mira didalam hati.
Mikael berdiri dihadapan pintu menunggu seseorang untuk membuka. Mikael disambut dengan senyuman manis dipagi hari. Mira menjemput Mikael untuk masuk kedalam.
"Hai Mikael! Jemput Masuk!", ajak Mira sambil menarik tangan Mikael tanpa sedar.
Untuk mengelakkan suasana yang 'awkward', Mikael membiarkan saja tindakan Mira itu. Dia merelakan saja tangannya disentuh oleh gadis tersebut. Mira membawa Mikael ke meja makan sementara menunggu Puan Melissa untuk menyertai mereka bersama.
"Maaf lambat, ni Mama bawak nasi goreng tersedap didunia!", kata Puan Melissa yang datang dari arah belakang Mikael.
Puan Melissa menarik kerusi yang berada dihadapan Mikael dan duduk dihadapannya. Sebelum membuka perbualan, Puan Melissa menuangkan nasi goreng kedalam piring untuk Mikael. "Ni untuk Mikael", ucap Puan Melissa.
Mikael menyambut piring yang berisi nasi goreng tersebut lantas mengucapkan "Terima kasih mak cik". Puan Melissa mengerutkan wajahnya selepas mendengar panggilan dari Mikael.
Puan Melissa: Makcik?!
Mikael: Eh? (membuat wajah pelik)
Puan Melissa: Jangan panggil makcik! Panggil 'Mama' je. (ucap Puan Melissa dengan senyuman diwajahnya).
Mira sedikit tersedak selepas mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Mamanya. "Mama!!!", teriak Mira sambil memandang wajah Puan Melissa. Puan Melissa hanya tertawa kecil memandang wajah anaknya yang polos itu.
Puan Melissa: Hehe... Silakan Mikael. Mama masak khas untuk Mikael tau!
Mikael: Bbb...Bbbaik MakC...
Puan Melissa: MAMA! PANGGIL MAMA!!!
Mikael: Bbbbaik Mama!
Puan Melissa: Goodboy! (membuat thumbs up)
Mereka bertiga menikmati nasi goreng buatan tangan Puan Melissa bersama. Mira turut menuangkan teh panas kedalam cawan untuk Mikael dan Puan Melissa. Supaya suasana tidak sunyi, Puan Melissa mula membuka bicara.
Puan Melissa: Jadi...Mikael dah lama kenal Mira?
Mikael: Eh... Takdela lama. Saya lebih prefer baru kenal.
Puan Melissa: I see... Mama nak tanya sikit boleh?
Mikael: Hhhaahaha... Bbboleh...
Puan Melissa: Mikael suka Mira?
Mira: Mama!!! Ape benda ni?!!!
Mikael: Hhhahaha... As a friend i guess?
Puan Melissa: Hehe... Takpe lama-lama nanti suka la tu :P
Mira: Mama... Please stop...
Puan Melissa: Mikael duduk dengan siapa? Mak ayah ada lagi?
Mikael: Saya duduk sendiri. Mak ayah saya dah lama takde...
Puan Melissa: Ahhh maafkan Mama... Mama tak tahu...
Mikael: Sokay... saya tak terasa pun...(ucap sambil tersenyum)
Puan Melissa: Mikael nak tahu tak? Mikael first boy yang Mira bawak datang rumah tau!
Mikael tidak menjawab kata-kata yang diucap oleh Puan Melissa. Bagi Mikael, situasi itu agak 'awkward' kerana dia tidak mempunyai sebarang pengalaman datang ke rumah kawan perempuannya. Mikael diam membisu tidak memberikan sebarang kata-kata.
Puan Melissa memahami tindakan Mikael itu, dia tidak mengambil hati. Mira pernah menceritakan kepadanya mengenai sikap Mikael yang sedikit 'introvert' itu. Untuk membuat Mikael berasa tidak janggal, Puan Melissa terus mempelawa Mikael untuk menjamu selera sambil menjeling wajah yang Mira yang sedang senyum menertawakan Mamanya dalam diam.
Selepas mereka selesai menjamu sarapan pagi, Mikael duduk disofa yang berada di ruang tamu. Mira menyapa Mikael dari belakang, 'Kejap lagi dorang semua sampai', ucap Mira sambil bergerak duduk disebelah Mikael. Mira turut meminta maaf atas tindakan mamanya yang agak keterlaluan sehingga membuat Mikael berasa tidak selesa.
Namun, Mikael menidakkan perkara tersebut. Dia malah meminta maaf semula atas tindakannya yang agak 'kurang ajar' itu. Mira menyatakan bahawa Puan Melissa tidak mengambil hati sedikit pun, kerana dia sudah faham akan perangai seorang remaja lelaki yang bernama Mikael ini.
Tidak lama mereka berehat di ruang tamu, loceng rumah Mira berbunyi. 'Ah, dorang dah sampai', ucap Mira sambil melangkah menuju ke pintu masuk rumah. Mira membuka pintu sambil mengukir senyuman untuk menyambut kedatangan teman rapatnya ke rumah.
'Jemput masuk semua', kata Mira sambil membuat isyarat tangan menunjuk kedalam rumah ala-ala pelayan restoran. Nadia, Aina dan Siti melangkah masuk ke dalam bersama.
'Korang duduk dekat ruang tamu dulu, kejap lagi aku datang balik okay', ucap Mira lagi sambil menunjuk ke arah sofa ruang tamu yang diduduki Mikael.
Mereka bertiga memandang tajam ke arah sosok tubuh seorang remaja lelaki yang sedang leka menonton televisyen.
'Dia dah sampai dulu?!'', bisik Nadia ke telinga Aina.
'Itu lah, aku pun terkejut', balas Aina ringkas.
Mereka bertiga melangkah ke arah sofa tersebut dan duduk di sebelah Mikael yang sedang leka. Nadia meminta Siti untuk duduk disebelah Mikael kerana dia tidak berselera untuk duduk disebelah individu yang nerd itu. 'Hey Siti, kau duduk sebelah dia', arah Nadia sambil menolak tubuh Siti duduk disebelah Mikael. Nadia dan Aina duduk di sebelah Siti sambil tertawa kecil. Suasana di ruang tamu sangat-sangat sepi. Hanya bunyi kipas yang berbunyi.
Dalam suasana yang sangat sunyi sepi itu, Siti membuka bicara agar suasana kembali tenang.
'Mikael dah lama sampai ke?', tanya Siti sambil memalingkan tubuhnya memandang ke arah Mikael.
'O...ooh... Dddah lama sampai... Haa', balas Mikael sambil tergagap-gagap. Perasaan 'nervous' mula menghantui diri Mikael.
'Ahahaha kenapa gagap macamtu?', tanya Siti sambil tertawa.
'Eh? T..takde ape... Aku cuma nervous sikit', balas Mikael ringkas.
'Jangan nervous dengan kitorang tau Mikael. Kitorang semua okay je. Jangan risau!', ucap Siti sambil mengukirkan senyuman.
Nadia menjeling sedikit ke arah Siti, kerana tidak suka dengan tindakannya yang menegur Mikael. Saya pun tak tahu apa masalah Nadia sebenarnya :3. Okay sambung...
Mikael terpesona melihat senyuman yang diberikan Siti. Selepas menerima senyuman yang super manis itu, hati Mikael kembali tenang. Perasaan nervous dan malunya mula pudar sedikit demi sedikit. Mikael cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana di ruang tamu itu. Mujur, Mira datang tepat pada masa!
'Hai guys, sorry lambat!', tegur Mira dari belakang sambil membawa beberapa barang untuk membuat aktiviti yang diberikan.
'Lambat sangat la Mira!!! Lama kitorang tunggu tau tak!', balas Nadia dengan nada yang sedikit tinggi.
'Hehe maaf maaf. Aku cari barang-barang ni tadi', ucap Mira sambil mengusap bahagian belakang kepala dengan wajah yang penuh dengan senyuman.
Mira meletakkan barang-barang yang diperlukan ke atas lantai ruang tamu. Sekeping manila kad, beberapa kertas warna serta beberapa batang marker berwarna dikumpulkan. Mereka ditugaskan untuk membuat sebuah poster mengenai sistem respirasi manusia. Projek aktiviti seakan-akan remaja sekolah menengah saja!
Mira mula memberikan tugas masing-masing. Nadia ditugaskan untuk melukis, Aina ditugaskan untuk menulis nota yang diperlukan diatas manila kad, Siti ditugaskan untuk menghias, manakala Mira dan Mikael ditugaskan untuk mencari nota yang sesuai untuk diletakkan didalam poster.
Mereka pun mula menjalankan tugas masing-masing. Nadia mula menggambar, Siti mula membuat hiasan yang boleh ditampal, Mikael dan Mira mula mencari nota tambahan.
'Weh korang... Korang faham ke apa Miss ajar pasal benda ni?', tanya Nadia tiba-tiba.
'Eh? Kau tak faham ke?', tanya Siti dengan wajah yang penuh tanda tanya.
'Boleh la... hehe', kata Nadia sambil mengukir lukisan paru-paru.
'Sebenarnya, aku pun sama! Aku dah lupa benda ni masa belajar dekat sekolah dulu hahaha', balas Siti ditambah dengan tawa kecil.
'Apa yang korang tak faham?', tanya Mikael tiba-tiba.
Nadia dan Siti lantas memalingkan wajah mereka ke arah Mikael yang bertanya tanpa memandang wajah mereka itu. 'Kitorang tak faham pasal sistem ni la... hehe', balas Siti sambil tersengih.
Mikael bangkit dari kedudukannya dan mencangkung diantara Nadia dan Siti. Mikael melihat lukisan yang sudah siap digambar oleh Nadia. 'Yosh, sini aku ajar korang...', kata Mikael sambil menudingkan jarinya ke arah lukisan yang berada didalam poster.
' Secara asasnya, sistem repirasi ni merupakan organisma yang melibatkan gas. Contohnya, sistem pernafasan kita menghirup oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.'
' Ah begitu!', ucap Siti dengan nada yang teruja.
'Yang pentingnya dalam silibus ni, korang kena ingat 7 sistem pernafasan yang ada didalam tubuh manusia. Yang pertama, saluran pernafasan dimana udara dilembabkan dan tempat deria bau berfungsi. Yang kedua, farinks iaitu kawasan umum dibelakang mulut dimana udara, makanan dan air lalu. Yang ketiga, larinks iaitu peti suara kita. Dan.....', ucap Mikael sehingga lah yang ketujuh :3.
Mira memerhati tindakan Mikael. Dia sedikit tertarik melihat Mikael yang petah berkata-kata. Jarang dapat lihat Mikael kaya dengan kata-kata seperti itu. Begitu juga dengan Nadia, wajahnya sedikit terkejut kerana dia tidak menyangka Mikael dapat tahu sejauh itu. Sangat diluar jangkaannya. Mikael pendiam yang selama ini dianggap bodoh, hari ini dia menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Seorang pendiam yang kaya dengan ilmu pengetahuan!
'Okay, korang dah faham?', tanya Mikael sambil memandang wajah Nadia dan Siti.
Siti mengangguk keras tanda sangat faham dengan hujah yang disampaikan oleh Mikael. Sebaliknya, Nadia masih tergamam dengan ilmu pengetahuan seorang Mikael. Mulutnya sedikit ternganga oleh kerana syok mendengar kata-kata Mikael.
'Hoi, kau faham tak?', desak Mikael dihadapan muka Nadia.
'Eee...eh?! Ahhh faham! faham sangat! Terima kasih!', ucap Nadia terketar ketir.
'Wahhh saya tak sangka Mikael pandai gila!!!', ucap Siti dengan nada penuh teruja.
'Ini subjek yang sangat mudah. Kalau korang masih belum faham, korang boleh tanya aku. Aku ajar sampai korang faham!', kata Mikael sambil mengukir senyuman kecil.
Nadia yang terlihat senyuman kecil Mikael itu sedikit tergamam. Panahan mula tertusuk ke hati. Bagai cinta pandang pertama! Pipinya memerah selepas melihat senyuman kecil yang diberikan Mikael. Senyuman kecil itu mula mengubah pandangannya terhadap Mikael. Sejak hari itu, dia tidak lagi memandang hina remaja lelaki yang bernama Mikael itu. Begitu juga dengan Aina dan Siti. Sejak membuat aktiviti bersama, mereka berempat mula rapat dengan Mikael.
Selesai membuat poster yang diarahkan Miss Suraya, mereka bertiga pulang kerumah bersama. Tinggal Mikael seorang sahaja dirumah Mira. Sebelum Mikael pulang ke rumah, Mira berbual dengan Mikael terlebih dahulu.
'Akhirnya, awak berjaya ubah eskpresi dorang semua tu terhadap awak. Tahniah saya ucapkan', ucap Mira sambil memandang wajah Mikael yang polos.
'Hah? Apa maksud kau?', tanya Mikael semula.
'Maksud saya... Sebelum ni dorang semua pandang rendah dekat awak. Tapi, harini baru dorang semua tahu siapa Mikael yang sebenar!', balas Mira sambil menepuk dada Mikael lembut.
'Ohhh, haha takdelah. Aku memang suka bantu orang yang susah untuk belajar.', ucap Mikael ringkas.
'Tapi kan, jujur saya cakap... Saya pun terkejut dengar penerangan awak tadi. Mengalahkan Miss Suraya!', kata Mira dengan nada yang sangat teruja.
'UHUK UHUK!!! Siapa pulak yang mengumpat aku ni?!', Miss Suraya terbatuk dirumah.
'Ehhh ada-ada je kau. Dah la, aku nak balik dah ni. Jumpa esok!', ucap Mikael sambil melangkah keluar.
Kebetulan Mikael melangkah keluar, Puan Melissa pun muncul secara tiba-tiba. 'Eh nak balik dah ke Mikael?!!!', tegur Puan Melissa dari belakang.
'Haah makcik, saya nak balik dah ni', balas Mikael sambil memandang ke arah Puan Melissa.
'Hah? Apa kamu cakap?', desak Puan Melissa tiba dengan wajah yang penuh kemarah.
'Eh? Apa salah saya?', tanya Mikael dengan penuh kekeliruan.
'Panggil saya MAMA bukan MAKCIK!!!. Selagi kamu tak panggil MAMA, saya takkan izinkan kamu balik!!!', teriak Puan Melissa.
Mikael membuat wajah polos. Tidak tahu ingin merespon apa. Demi melepaskan dirinya pulang ke rumah, Mikael turuti sahaja arahan Puan Melissa.
'Bbbaik Mmmama... Mikael balik dulu ya?', ucap Mikael sambil menggaru belakang kepalanya.
'Kan bagus macamtu! Hati-hati dijalan raya!!!', balas Puan Melissa dengan senyuman penuh kasih sayang.
Mira hanya tertawa melihat telatah Puan Melissa dan juga Mikael itu...
Di Kampus~~~
'Hasil bantuan Mikael jawab soalan, kita dapat kumpulan paling terbaik weh!!!', ucap Siti teruja di meja makan.
Mereka berlima makan bersama di kafe kampus. Mikael mula menyesuaikan diri. Tidak seperti dulu lagi. Hasil bergaul dengan mereka dalam satu hari, mula memberikan keselesaan terhadap diri Mikael.
'Ye wehhh!!! Thanks Mikael, kau memang hero kitorang lah!', tambah Nadia pula.
'Tak sia-sia Mira bawak Mikael masuk kumpulan ni!', selit Aina juga.
Mira hanya tersenyum melihat kerenah kawan-kawannya terhadap Mikael. Mira bersyukur, kerana akhirnya kawan-kawannya itu menerima Mikael untuk bersama dengan mereka. Kelegaan didalam hati, hanya Mira saja yang tahu!
Dalam senda tawa yang diukir oleh mereka, ada beberapa mata yang tidak suka melihat perkara tersebut. Siapa lagi kalau bukan Boss Akram and the gang? Gangster kampus paling terkenal dengan sikap ganas yang membuatkan lecturer pun takut untuk berurusan dengan mereka.
'Boss, kau tengok budak tu. Haritu Mira... Harini dah tambah 3 orang lagi boss!', ucap salah seorang bawahan Boss Akram.
'Takpe, lepasni kita setel kan dia tu!', ucap Boss Akram dengan nada yang penuh dengki.
Waktu rehat sudah pun tamat. Kebanyakkan pelajar sudah mula bergerak masuk ke kelas masing-masing. Semasa mereka sedang jalan bersama, mereka dihalang oleh beberapa pelajar lelaki yang tiada adabnya.
'Hey hey... Tunggu duluuu... Boleh kitorang pinjam Mikael kejap?', ucap seorang bawahan Boss Akram sambil menarik kolar baju Mikael.
Mereka berempat sedikit tersentak melihat Mikael yang sedang ditarik oleh lelaki yang berpenampilan ganas itu. Mira cuba menarik Mikael semula, malah dihalang sendiri oleh Mikael.
'Takpe, korang masuk dulu. Nanti aku sampai', ucap Mikael dengan nada yang tenang.
'Takpe ke Mikael?' Kau betul okay ke dengan dorang semua tu!!!', tanya mereka berlima serentak.
'Jangan risau. Masuk je dulu', balas Mikael tidak lama kemudian melangkah bersama beberapa kelompok pelajar lelaki yang lain.
Di ruang belakang kampus~~~
Mikael sedang melutut...
Boss Akram duduk di atas meja yang sudah rosak sambil kaki bersilang ala-ala villain yang tak terkalahkan. Dia mengarahkan Mikael untuk melutut dihadapannya sebagai tanda hormat untuk dirinya yang baginya sangat hebat itu.
'Kau tau kenapa aku panggil kau ke sini?', tanya Boss Akram tenang.
Mikael mendongakkan wajahnya memandang Boss Akram, lalu bertanya, 'Ada apa kau nak jumpa a...'
Belum habis Mikael berkata-kata, satu tendangan menyinggah tepat ke arah muka Mikael. Darah meleleh keluar dari hidung. Tendangan itu sangat-sangat kuat. Kalau terkena oleh individu yang lemah, pasti langsung rebah.
'Siapa izinkan kau dongakkan muka kau yang hina tu? Kau jangan berani-berani nak pandang muka aku tau. Aku jijik tengok muka kau!', tengking Boss Akram.
Mikael meludah ke sebelah kiri mengeluarkan darah yang bertakung di bibir.
'Jadi... Apa masalah kau dengan aku?', tanya Mikael dengan tenang sambil memandang ke arah lantai.
'Kau jangan naik lemak Mikael. Aku dah lama perhati kau dari dulu lagi. Mentang-mentang Mira care pasal kau. Kau ingat kau hebat kenape?!', ucap Boss Akram sambil berdiri dihadapan Mikael yang sedang melutut.
'Ada aku cakap aku hebat ke? Ke yang bodoh syok sendiri sorang-sorang.', Balas Mikael mudah.
Boss Akram naik angin.
Satu tumbukan dengan buku 5 diberikan tepat ke arah muka Mikael. Kening Mikael sedikit terkoyak disebabkan oleh tumbukan yang baru diterimanya sebentar tadi. Budak bawahan Boss Akram bersorak kegembiraan melihat Mikael yang sedang lemah di atas lantai. Sorakan untuk memukul lagi diberikan oleh mereka untuk Boss Akram.
'Pukul lagi Boss!!! Belum cukup tu!!!', teriak mereka beramai-ramai ditambah dengan gelak tawa.
Boss Akram mencangkung dihadapan Mikael sambil mengenggam rambut Mikael. Mukanya didekatkan ke arah telinga Mikael lalu berbisik...
'Mulai harini, aku taknak tengok kau bersama dengan Mira lagi. Kalau aku nampak, lebih teruk dari ni aku kerjakan. Kau faham?!', desak Boss Akram sambil merentap kuat rambut Mikael.
Beberapa helai rambut Mikael yang tercabut melekat didalam genggaman Boss Akram. Mikael tidak bersuara. Boss Akram mencampakkan kepala Mikael ke atas lantai. Mikael terbaring layu tidak bergerak. Sebelum Boss Akram melangkah pergi meninggalkan Mikael keseeorangan, dia sempat membisik 'dasar sampah' di telinga Mikael. Mikael ditinggalkan sendirian dengan wajah yang penuh luka.
Didalam Kelas~~~
Boss Akram melangkah masuk kedalam kelas tanpa sosok Mikael dari belakang. Mira dan kawan-kawannya sedar akan hal itu. Perasaan curiga dan risau mula menghantui diri. Boss Akram berhenti dihadapan Mira. Dia berbisik ke telinga Mira, 'Kalau kau nak Mikael sentiasa selamat, jumpa aku lepas habis kelas ni dekat belakang', lalu Boss Akram terus melangkah ke tempat duduknya di belakang.
Demi memastikan Mikael selamat, Mira bersetuju dengan ajakan tersebut. Mata Mira masih tertumpu ke arah pintu kelas, dengan harapan Mikael akan melangkah masuk dalam waktu yang singkat ini. Hatinya merasakan ada perkara buruk yang berlaku terhadap Mikael. Mereka tidak boleh keluar dari kelas sepanjang kelas berlangsung, itulah peraturan ketat yang sudah ditetapkan di kampus tersebut.
Selepas 15 minit kelas berlangsung, bunyi tapak kaki menghampiri kelas mula kedengaran. Mira lantas memandang ke arah pintu masuk kelas. Itu dia, sosok Mikael! Perasaan Mira kembali lega selepas melihat Mikael baik-baik saja. Mikael tidak memandang ke arahnya, dia malah terus duduk ditempat duduk yang sudah ditetapkan.
Mata Mira tertumpu ke arah Mikael. Dia sedar Mikael seakan-akan sedang menyembunyikan wajahnya dari semua orang yang berada didalam kelas tersebut.
'Baiklah semua... Kelas kita sampai disini saja...', ucap Sir Faqih menamatkan sesi kelas pada hari tersebut.
Tamat sahaja kelas pada masa tersebut, Mikael pantas bangun dan bergerak meninggalkan perkarangan kelas. Sekelip mata, sosok tubuh Mikael hilang dari pandangan. Mira meminta Nadia dan yang lain mencari Mikael dan bertanya apa yang berlaku terhadap dirinya. Nadia cuba mengajak Mira bersama, tetapi Mira menyatakan bahawa Akram ingin bertemu dengannya.
Akram and the gang sudah mula melangkah keluar dari ruangan kelas. Akram menjeling tajam ke arah Mira yang sedang berdiri sendiri. Akram membuat isyarat tangan untuk mengikutinya dari belakang. Mira menuruti sahaja.
Di ruang belakang kampus~~~
'Ada apa kau nak jumpa aku Akram? Apa lagi yang kau nak selesaikan?!', tanya Mira pantas. Dia tidak berminat untuk lama-lama di tempat seperti itu.
'Sopan kah begitu Mira? Tengking mantan kau yang tersayang macamtu je?', balas Akram sambil tertawa.
'Cepat sikit lah. Aku takde masa nak layan kau!', ucap Mira tegas.
Akram bangun dari kedudukannya. Dia melangkah mendekati Mira. Tubuh Mira ditolak ke arah dinding. Akram mendekatkan tubuhnya ke arah tubuh Mira. Kedudukannya saat itu, sangat sangat dekat! Buah dada indah milik Mira terasa sangat dekat di dada Akram.
'Mira... Aku cintakan kau', bisik Akram lembut di telinga Mira sambil mengelus lembut cuping telinga Mira.
Mira cuba menolak tubuh Akram supaya menjauhi dirinya. Malangnya dia tidak mempunyai kudrat yang cukup kerana tubuh badan Akram sangat fit dan sado. Otot-otot Akram menghalang pergerakan Mira.
'Blah la Akram! Berapa kali aku calkap dengan kau kita dah takde apa-apa!!!', tengking Mira sambil menolak-nolak tubuh Akram.
'Please sayang. Give one more chance...', bisik Akram lagi sambil melagakan 'batangnya' yang sudah keras ke peha Mira yang mulus.
Bagi Mira, tindakan Akram sudah sangat keterlaluan. Mira cuba lagi untuk menolak. Tetapi masih gagal! Mira tiada cara lain lagi. Dia mengumpulkan kudrat terakhir dengan melutut bahagian kemaluan Akram sambil berteriak, 'Aku benci kau lah bodoh!!!'.
Akram terduduk sambil memegang kemaluannya yang dilutut sebentar tadi. Bawahan Boss Akram mula bergerak memegang tangan Mira supaya Mira tidak lari.
'Sial kau, berani kau buat Boss macamtu!!! Kau memang tak sayang nyawa!', teriak salah seorang bawahan Boss Akram.
Boss Akram kembali bangkit setelah rasa sakitnya mulai menghilang. Tidak lama selepas itu, Boss Akram melangkah mendekati Mira semula. Dia memegang wajah Mira sambil berkata, 'Sayang... Muka je cantik, tapi takde adab!!!'.
"Pappppp", satu tamparan kuat yang padat mengenai tepat ke arah muka Mira. Mira terduduk sambil memegang wajahnya kerana kesakitan. Tidak cukup dengan itu, Boss Akram menarik rambut Mira, dan memberikan tamparan kedua. Sekali lagi Mira rebah tidak berkata apa.
Beberapa pelajar yang terdengar kekecohan dibelakang kampus mula bergerak menyampaikan berita sensasi.
Di kawasan depan kampus~~~
'Nahhh sini kau rupanya Mikael!', ucap Nadia dengan nada yang penuh kelegaan.
Mikael duduk berseorangan di sebuah bangku yang berada di hadapan kampus sambil membelek-belek wajahnya yang sudah babak blur. Lebam sana sini. Mereka bertiga sangat terkejut melihat wajah Mikael yang penuh bekas-bekas luka itu.
'Hey Mikael, kau okay tak ni?! Kita pergi hospital jom!!!', desak Nadia kerana cemas dengan keadaan Mikael.
'Takpe... Aku okay... Mira mana? Kenapa dia tak bersama dengan korang?', tanya Mikael semula kerana pelik Mira tidak ada bersama.
'Mira kata Akram nak jumpa dia tadi lepas habis kelas...', jawab Nadia ringkas.
'Hah? Akram? Habistu korang biar je dia pergi sorang?!', tanya Mikael dengan nada cemas.
'Mira suruh kitorang semua cari kau sementara dia jumpa dengan Akram. Dia cakap, kejap lagi dia datang balik jumpa kita', tambah Nadia lagi.
'Sial!!! Akram Sial!!! Apa kau nak dengan Mira?!', bisik Mikael didalam hati.
Tiba-tiba...
'Akram and the gang buat hal lagi!!! Aku nampak dia pukul perempuan!!!'... Teriak seorang individu yang berlari dengan keadaan yang penuh cemas. Mikael lantas bangkit dan memanggil individu tersebut.
'Woi!!! Kau nampak dorang dekat mana?!', tanya Mikael dengan nada yang tegas.
'Dekat ruang belakang kampus. Markas Akram and the gang!', ucap individu tersebut.
Mikael tidak menunggu lama, dia terus berlari kencang menuju ke arah tempat yang dinyatakan. 'Tunggu!!! Mikael!!!', teriak Nadia dari jauh.
Di ruang belakang kampus~~~
Mira sudah longlai tersandar didinding. Dia tidak mampu lagi menahan kesakitan yang menyinggah dipipinya saat itu. Boss Akram masih mencangkung dihadapan Mira.
'Jadi, sekarang sebutkan... Siapa pemilik kau selamanya Mira?', tanya Boss Akram sambil menggenggam rambut Mira.
'Mmmm...Miikkk...'
"PAPPPPP!!!", satu lagi tamparan singgah ke muka Mira. Mira berteriak kesakitan.
'Leeelepaskan aaaakuuu... Aaakram....', pinta Mira dengan nada yang sudah lemah. Rambutnya sudah habis serabai dikerjakan Akram.
'Hahaha Aku boleh lepaskan kau... Dengan syarat berikan aku jawapan yang betul!', tengking Boss Akram dihadapan wajah Mira.
'Sekali lagi aku tanya kau... Kau milik siapa selamanya?', tanya Boss Akram lagi.
Mira diam tidak bersuara. Dia menutupkan mata. Wajahnya mula berkerut kerana tidak dapat menahan kesakitan saat itu. Boss Akram masih berteriak di telinga Mira. 'Kau milik siapa selamanya?! Jawab aku Mira!!!'.
'Jawab lah betina sundal! Jangan buat Boss Akram tanya banyak kali!', tambah bawahan Boss Akram yang memegang Mira supaya dia tidak bergerak.
' Ssss...selamanya... Aku milik Mmmm...Mikael!!!', ucap Mira dengan nada yang tersekat-sekat.
Boss Akram bertambah berang. Kali ini dia sudah mengeluarkan buku 5 dari kocek seluar. Buku 5 di sarung pada bahagian jari-jarinya. 'Kau memang tak sayang nyawa!', ucap Boss Akram berang.
Boss Akram mula mengenggam tangannya, untuk melepaskan tumbukan ke arah muka Mira yang sudah habis lebam-lebam ditamparnya. Saat itu, Mira hanya mampu redho kerana dia sudah tidak ada kudrat lagi untuk meminta tolong. Matanya dipejam, mengharapkan dia akan terlena terus sejurus saja menerima tumbukan tersebut.
'Selagi aku tak dapat jawapan yang betul, selagi tu kau akan sakit Mira. Cakap sekarang, KAU MILIK AKU SELAMANYA!!!', desak Boss Akram sambil buku 5 sudah sedia digenggam untuk melepaskan tumbukan.
Secara tidak sengaja, Mira terlepas kata... 'Mmmikael...'
Wajah Boss Akram habis berang. Kali ini dia tidak dapat menahan kesabaran lagi. Tangannya dihayun tinggi untuk memberikan tumbukan yang cukup padat ke arah muka Mira.
'Sial kau Mira!!!! Kau memang meminta!!!', tengking Boss Akram.
Mira lantas menutupkan mata terlebih dahulu. Dia tidak sanggup lagi menerima kesakitan. Boss Akram menggenggam padat telapak tangannya. Tumbukan akan dilepaskan. 'Rasakan ini betina sundal!!!', ucap Boss Akram dengan nada yang tegas.
Tiba-tiba...pergerakan Boss Akram terhenti. Tangannya di halang oleh seseorang.
'Cukup sampai disitu saja... Akram!!!', teriak suara tersebut dengan sangat keras.
MIKAEL DATANG!!! APA NASIB AKRAM SELEPAS INI???
~JUMPA DI BAB 5. TERUSKAN SUPPORT YAH!~

หนังสือแสดงความคิดเห็น (173)

  • avatar
    GacurrrNizz

    good

    1d

      0
  • avatar
    RosilawatiNik

    cerita yang menarik...xsabar nk tunggu sambungannya

    16d

      0
  • avatar
    SiocoKevin

    9000

    22d

      0
  • ดูทั้งหมด

บทที่เกี่ยวข้อง

บทล่าสุด