logo text
เพิ่มลงในห้องสมุด
logo
logo-text

ดาวน์โหลดหนังสือเล่มนี้ภายในแอพ

Bab 5

Jam penggeranya berdering kuat menandakan sudah tiba masanya untuk tuan punya badan sedarkan diri daripada mimpi yang indah. Hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk Dhia bangun daripada tidur sebaik sahaja jam penggeranya itu berbunyi nyaring di meja kecil bersebelahan katilnya.
Dari dalam selimut, tangan Dhia cuba untuk menggapai jam penggeranya yang tidak akan berhenti daripada mengeluarkan bunyi selagi dia tak matikannya. Mahu satu jiran bangun sekali dengannya kalau dibiarkan lebih lama. Jam penggera itu dimatikan.
Dhia bingkas bangun daripada baringnya. Matanya masih mahu lelap untuk beberapa minit lagi tapi dia gagahkan juga dirinya untuk bangun sekarang juga.
Sudahlah hari ini hari pertamanya berkerja. Jangan nak buat perangai, Dhia. Kena sound dengan bos baru tahu nak menggelupur bergosip dengan Aina balik rumah nanti. Bos jahat lah, tak berperikemanusiaan lah, apa lah. Padahal salah sendiri tapi tetap nak tuding jari dekat orang lain.
Dhia mengorak langkah menuju ke almari pakaiannya. Walaupun dia penat betul selepas seharian duduk dalam kapal terbang, dia tetap juga gigihkan diri kemas semua baju yang dibawanya dari Australia. Sebelas jam duduk dalam kapal terbang mana tak penat. Kemas baju terus dalam almari setibanya dia di rumah Aina pun dah dikira pencapaian yang membanggakan tahu?
Mesti ummi tak tidur malam kalau dia tahu anak daranya yang seorang ni rajin betul setibanya di Malaysia. Kalau boleh nampak wajahnya sekarang, hidungnya tengah kembang-kempis kerana terlalu bangga dengan dirinya yang terkenal dengan sifat malas tahap kritikal ini.
Jarang-jarang dengar Dhia Adreanna rajin bab-bab mengemas ni. Dulu masa di Australia pun, Puan Dahlia aka umminya yang buat semua kerja mengemas. Apa yang dia tahu cuma makan, minum, buat sepah, pergi class dan tidur. Rutin hariannya berulang sama saja setiap hari. Kalau berubah pun cuma kerja assignment je yang banyak itupun dia buat last minute je.
Mungkin kerana fikirannya terlalu serabut memikirkan tentang Hayden sehinggakan dia tidak sedar sewaktu melakukan segala aktiviti di luar kebiasaannya ini.
Semua sebab lelaki tak guna tu.
Memang kalau dia jumpa lagi lelaki itu di luar, memang dia buat tak layan je lah. Dia dah berazam. Tak mahu dimalukan buat kali kedua oleh Hayden lagi selepas ini. Lantaklah lelaki itu nak cakap dia sombong ke apa. Dah lah langsung tak ingat tentang dia. Dia ingat dia artis ke apa? Orang kena ingat dia, dia pulak, nama dia pun tak ingat.
Langsung tak bersyukur yang dia sanggup pulang ke Malaysia semata-mata demi lelaki itu. At least berlakon kenal pun dah kira okay lah. Ini tak. Sanggup lelaki itu malukan dia depan orang ramai yang lalu-lalang. Buat malu tujuh keturunan dia je.
Geram betul!
----
Dhia turun ke tingkat bawah. Terpaparlah Aina yang sedang sibuk kehulu-kehilir sedang menyiapkan sarapan untuk mereka berdua pagi ini. Di rumah banglo dua tingkat ini, Aina hanya duduk berseorangan sahaja. Katanya, dia tak suka berkongsi rumah dengan orang. Mungkin sebab itu dia sampai sekarang tak kahwin-kahwin.
Nasib baiklah Aina ni sepupunya. Kalau tidak, mana minah ni nak bagi menetap dekat rumahnya yang serba lengkap ini. Terpaksa dia cari mana-mana rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerjanya selain rumah Aina kalau dia tak bagi.
Nak kata rumah Aina dekat pun dekat dengan tempat kerjanya. Sewa pun tak payah bayar banyak sangat macam sewa rumah. Hanya perlu bayar bil air, bil elektrik je. Berbaloi betul!
"Kau masak apa tu?" Dhia ambil tempat di island table berhadapan dengan dapur Aina. Pinggan yang berisi sandwich telur yang jauh hanya beberapa inci sahaja daripadanya itu dia capai. Satu sandwich selamat masuk ke dalam perutnya.
"Masak nasi goreng. Kau nak makan tak?" Dhia pandang jam dinding di rumah Aina sekilas. Jam baru menunjukkan tepat pukul tujuh pagi. Dia masih ada lagi satu jam sebelum masa bekerjanya bermula.
Tempoh perjalanan juga tidak mengambil masa yang lama dari rumah Aina. Hanya sepuluh minit kalau mengikut anggarannya. Paling lama pun tiga puluh minit kalau-kalau ada kemalangan jalan raya ataupun kesesakan lalu-lintas berlaku tiba-tiba.
"Nak!" Setelah selesai memastikan semua rempah-ratus yang dia letak sudah sebati dengan nasi, dia padamkan api dapur gas. Cooker hood juga tidak lupa untuk dia matikan setelah selesai sesi memasak pada pagi ini.
Dia bawa kuali nasi goreng yang baru dimasaknya itu ke island table yang sedang diduduki oleh Dhia. Dia cedokkan sedikit nasi goreng ke pinggan Dhia. Nasi untuknya juga tidak lupa dia cedokkan.
Aina ambil tempat duduk berhadapan dengan Dhia. Satu suap nasi goreng buatannya perlahan-lahan masuk ke dalam mulut selepas dia selesai membaca doa makan. Matanya dipejam rapat, cuba menikmati rasa enak nasi gorengnya dengan penuh khusyuk.
Nasi goreng masakannya memang tidak pernah mengecewakan.
"Kau tak kerja ke hari ni, Na?" Perasan dirinya disoal, cepat-cepat dia buka matanya semula. Terus hilang mood feeling-feeling jadi masterchef dia.
Aina angguk.
"Gila kau aku tak pergi kerja harini. Mahu Puan Rina halau aku dari office esok. Dia tu bukan boleh ajak bincang," ujar Aina. Siap mimik muka Puan Rina sekali dia tiru.
Dhia ketawa kecil. Ada-ada je lah perangai Aina ni. Sehari tak buat dia ketawa tak sah!
Mereka berdua senyap seketika. Tiba-tiba tak ada topik nak dibualkan. Selalunya dekat whatsapp laju sahaja jari mereka menaip, menceritakan tentang kisah hidup mereka di tempat masing-masing. Al-maklumlah, memandangkan mereka berdua sama umur, mungkin sebab itu jugalah ringan saja mulut ni nak bercerita.
Cerita yang lepas-lepas semua dah cerita sewaktu mereka berchatting jadi bila depan-depan terus tak ada topik nak ajak gosip.
"Weh!" Hampir tersembur keluar nasi goreng dalam mulut Aina. Refleks Dhia mengundurkan badannya kebelakang sedikit. Bukan apa, dia takut nasi yang tersembur keluar dari mulut Dhia itu terkena mukanya. Habis rosak makeup dia nanti!
"Boleh tak habiskan makanan kau tu dulu baru cakap? Kalau kena makeup aku tadi macam mana? Berjam tahu tak siapkan makeup ni." Dhia bagi jelingan maut pada Aina.
Aina capai jag air mineral yang berdekatan dengannya. Usai itu, dia tuangkan air ke dalam gelas minumannya. Cepat-cepat dia teguk untuk melegakan tekaknya. Dia usap-usap dadanya. Lega sikit lepas minum air.
"Apa yang kau nak cakap sampai tak menyabar sangat nak habiskan makanan dalam mulut dulu sebelum bagitahu dekat aku?" Sudu berisi nasi goreng Aina dia suapkan ke dalam mulut.
Dhia lihat jam dinding sekali lagi. Masih banyak masa kalau-kalau Aina ni nak ajak gosip. Kalau setakat terlajak beberapa minit apalah sangat. Pandai-pandailah dia bagi alasan nanti.
Aina tepuk-tepuk dadanya. Baru dia teringat apa yang dia nak bagitahu pada Dhia semalam.
Semalam Dhia tidur awal. Mungkin sebab penat sangat shopping dua hari lepas engan dia kut itu yang tidur awal dua hari cuti ni. Dia tak sampai hati nak kejut semata-mata nak beritahu perkara ini. Sebab itu dia tangguh dulu nak beritahu keesokan harinya tentang perkara ini kepada Dhia.
Nasib baik sel-sel otaknya tiba-tiba teringatkan tentang perkara ini kalau tidak berabadlah perkara ini tidak sampai pada Dhia. Entah-entah tak sampai langsung.
"Cuba teka siapa yang chat aku semalam." Soal Aina bersama dengan senyuman sambil keningnya terjungkit-jungkit naik.
"Siapa?" Soal Dhia kembali, seperti tidak berminat.
Bukannya dia tak tahu yang Aina ni memang suka buat experiment dalam hidupnya. Suka sangat chat orang tak kenal. Lagi beberapa bulan mulalah drama air mata dia. Nasi di dalam pinggan dikuis-kuis, menunggu nama entah mana-mana lelaki yang Aina jumpa online.
"Hayden."
Membulat mata Dhia mendengar nama yang tidak asing lagi padanya. Matanya tepat memandang Aina dengan pandangan seperti tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar.

หนังสือแสดงความคิดเห็น (437)

  • avatar
    Kurt Justin Ancheta

    how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you

    16/08/2023

      1
  • avatar
    Prince Syryll Lozarito

    thanks

    8d

      0
  • avatar
    nurul shafiera

    wah i really lovee this story lines

    10d

      0
  • ดูทั้งหมด

บทที่เกี่ยวข้อง

บทล่าสุด