Angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup tudungnya lembut membuatkan dia rasa sebuah perasaan gembira tanpa sebab. Udara segar di situ dia hirup dengan wajah puas. Mana nak dapat udara segar seperti ini nun jauh di Australia sana. Dekat sana, udara yang paling segar dia boleh hirup sekalipun hanyalah udara yang keluar daripada cerobong asap kereta saja. Sangat tidak mesra alam. Memanglah dekat Malaysia pun apa kurangnya. Kereta lalu-lalang, pasti asapnya juga banyak. Tapi entahlah. Dia tetap dapat merasakan asap di Malaysia lebih mesra alam baginya. Ada sesuatu yang membuatkan dia tidak senang duduk di sana. Dia tahu walaupun sekadar ingin menjejakkan kaki untuk melawat ke negara orang putih itu, ramai yang masih hanya mampu memasang angan dek kerana masih tidak kecapaian. Bukannya dia di dalam golongan yang tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh-Nya. Cumanya, kalau dapat diputarkan masa, pasti menetap di Malaysia, tempat dia dilahirkan, dan suatu ketika dahulu dibesarkan sehinggalah dirinya berusia tujuh tahun sebelum berpindah ke Australia. Yang sebetulnya, bukan diputarkan masa. Sebaliknya, jika dia diberi pilihan ketika itu. Dhia mengeluh sendiri. Mengingatkan semula detik-detik perpisahannya dengan teman rapatnya di sekolah rendah dulu kembali menggamit memori. Satu-satunya kawan yang sempat dia buat dulu sebelum ayah ditukar keluar negara. Entah kenapa perasaan ini terasa sakit dan indah dalam masa yang sama. Mungkin kerana asyik teringatkan lelaki itu yang buatkan hatinya tak tenteram jika lebih lama dia tinggal di sana. Sebab itu juga, dia ambil keputusan sebaik sahaja dia tamat degree, dia mahu teruskan kehidupannya dengan kembali ke tanah airnya semula, meninggalkan kehidupannya di sana. Bekerja, menetap di tanah dia dilahirkan ini. Mungkin kalau diizinkan oleh-Nya, mencari jodoh dan berkahwin dengan orang tempatan juga? Kita tak tahu rahsia tuhan yang mana yang ada untuknya di Malaysia ini. Lagipun, bukan dia betah berlama-lama di negara asing itu meskipun hidupnya lebih lama dihabiskan di sana. Tipulah kalau dia kata Puan Dahlia, ibunya itu tak terkesan walau sedikit pun apabila dia menyampaikan hajatnya untuk hidup di Malaysia. Tapi, apa yang ibunya itu boleh buat. Bukannya dia tak sedia maklum akan perangai anak tunggalnya yang keras kepala ni. Batu pun belum tentu dapat melawan kerasnya kepala seorang Dhia Adreanna tau! Dhia depakan kedua-dua belah lengannya selebar yang mungkin. Langsung tidak hiraukan pandangan pelik orang ramai terhadapnya sekarang. Lantaklah. Nak anggap dia gila sekalipun lantaklah. Yang penting, dia gembira dapat kembali semula ke tanah airnya selepas berbelas-belas tahun lamanya tidak kembali. Malaysia, long time no see! “Malaysia, I'm here!” Jerit Dhia kuat. Jakunlah katakan. Matanya melilau ke sekeliling. Terasa janggal melihat wanita di sini lebih banyak yang bertudung berbanding yang tidak bertudung. Selalunya di sana, golongan wanita yang bertudung yang pernah dia jumpa setakat ni, boleh dikira menggunakan jari. Apa yang nak diharapkan dari negara yang hampir keseluruhan rakyatnya beragama bukan islam kan. “Dah-dah lah tu jakun tengok negara sendiri.” Tegur satu suara dari arah belakang. Mendengarkan suara asing itu, pantas Dhia menoleh. Wajahnya yang memang sedia tersenyum lebar itu semakin melebar sebaik sahaja melihat siapakah gerangan yang menegurnya. Senyuman dia rasa macam dah sampai telinga dah. Punyalah lebar senyuman Dhia saat ini. “Aina!” Berlari anak Dhia berlari menuju ke arah Aina. Tidak mengambil masa yang lama, sekejap saja Aina sudah berada di dalam pelukan Dhia. Punyalah dia rindu dengan sepupunya yang seorang itu. “Rindu gila aku dekat kau. Ingatkan kau tak boleh datang harini ambil aku dekat airport. Beria cakap busy dengan kerja lah apa lah. Tup-tup muncul jugak depan mata.” Dhia gulingkan bebola mata. Aina apalagi, mengekek dia ketawa melihat wajah merajuk Dhia. Dengan muncung panjang macam itik tu lagi, memang tipikal Dhia Adreanna sangat! “Alaa, orang dah lama tak jumpa kau kut biasalah. Baru nak prank sikit dah merajuk,” pelukan mereka leraikan. Beg roda milik Dhia yang tergenggam kemas di genggaman tangan Dhia itu Aina ambil. Saja je tu nak ambil hati sepupunya yang tengah menggelegak panas sekarang. Ini kalau lambat sesaat ni, mahu meletus satu lapangan kapal terbang ini kerana mood taufan beliung Dhia Adreanna. “Yela, Cik Aina Nadhirah. You're always right. Mana pernah ada benda salah yang keluar daripada mulut suci murni awak tu kan,” perli Dhia, selamba. Aina dan seribu satu alasannya memang berpisah tiada. Memang layak pun sepupunya itu bekerja sebagai peguam. Kalau dia rasa dia betul, dia akan berjuang habis-habisan sehingga pihak lawan mengaku salah mereka. Selagi mereka tak mengaku kalah dan selagi dia tak menang, selagi tu mulut dia tak akan berhenti pot-pet macam burung murai. “Betul tu. Ini Aina Nadhirah lah. Takkan jadi lawyer kalau mudah mengalah,” dengan bangganya dia berkata. Kembang-kempis hidung gadis itu. Terangguk-angguk kepala Aina, mengiyakan apa yang baru saja keluar dari mulut Dhia. Dhia mencebik perlahan. “Sebab tu sampai sekarang tak kahwin-kahwin.” Perlahan saja ayat itu meluncur keluar dari mulut Dhia. Sengaja dia cakap perlahan. Buatnya Aina dengar, mahu botak kepalanya memikirkan kesan daripada ayat yang baru saja dia lontarkan. Satu hal pula dia nak kena fikir jalan lain untuk dia pulang ke rumah kalau-kalau Aina tiba-tiba buat keputusan untuk tinggalkannya di sini. Lama keadaan sunyi-sepi. Dhia tidak mengeluarkan suara, begitu juga dengan Aina. Dhia menghembuskan nafas lega. Pasti Aina tak dengar ayat terakhirnya tadi. Wajah Aina nampak tenang je, langsung tak ada menunjukkan tanda-tanda gunung berapi akan meletus. “Kau jangan ingat aku tak dengar eh. Ada juga yang meninggal dunia umur 24 tahun dekat airport ni karang. Tak sempat kau insaf nanti." Tiba-tiba Aina bersuara. Tanpa menoleh ke belakang semula dia berjalan menonong ke pintu keluar aiport. Langsung tidak menunggu Dhia yang masih berdiri keras seperti tugu negara dihadapan kedai serbaneka 7-Eleven yang terletak di dalam lapangan terbang KLIA 1 itu. Dhia telan air liur. Dah tak panjang nyawa kau, Dhia. Pantas Dhia mengorak langkah cuba mengejar Aina yang sudah jauh meninggalkannya ke depan. Tadi ejek orang sebab merajuk. Tak sedar diri agaknya yang dia tu pun kuat merajuk. Agaknya perangai turun-temurun kut perangai kuat merajuk ni. “Aina!” Bam! Sekelip mata sahaja badan Dhia sudah jatuh ke tanah. Dhia pegang kepalanya. Matanya ditutup rapat, tidak membenarkan sebarang cahaya menerobos masuk ke dalam irisnya. Rasa berdenyut-denyut kepalanya saat ini. Rasa seperti baru terlanggar sesuatu yang sangat keras. Punggung sakit, kepala sakit, hati sakit. Apalah malang sangat nasibnya. Mana dia tak sakit hati, dalam banyak-banyak orang dalam airport ni, dalam beratus-ratus orang dalam lapangan kapal terbang yang besar ini, tempat orang keluar masuk setiap hari, kenapa orang berbadan konkrit seperti lelaki yang melanggarnya ini mesti langgar dia juga? Kalau badan macam jeli tak apa juga. Kalau terlanggar pun tak sakit sangat. Keras-keras manja je lah paling-paling pun. Ini tidak, dah lah badan keras macam besi. Langgar dia macam langgar tiang besi yang orang duk buat pacak untuk kukuhkan rumah tahu tak? Nasib baik tak bocor aje kepala dia ni. “Are you okay? I'm really sorry!” Satu suara garau mematikan makian dan cacian dalam hati Dhia. Lelaki itu hulurkan tangannya kepada Dhia dengan harapan gadis itu akan menyambut huluran tangannya sebagai tanda permohonan maaf atas insiden pelanggaran tanpa sengaja itu. Huluran tangan kepadanya, Dhia pandang sepi. Langsung tiada niat untuk menyambut huluran tangan lelaki itu. Gila ke apa dia nak sambut? Lelaki pula tu yang tawarkan tangannya kepada dia. Takkan dia nak sambut pula walhal dia masih waras untuk membezakan yang mana halal, yang mama haram. Kalau perempuan boleh juga kalau dia nak sambut. "Sorry, saya tak pegang tangan lelaki." Jujur Dhia. Dhia masih menatap ke bawah. Wajah lelaki yang melanggar dia pun dia tak tengok lagi. "Oh, my bad. Sorry." Berdehem kecil sebelum tangan sasa itu perlahan-lahan kembali semula ke sisi tuan punya badan. Mungkin ayatnya tadi kedengaran agak kurang sopan, tapi dia sendiri tiada pilihan lain. Mahu tak mahu, dia terpaksa menolak juga walaupun ia kelihatan tidak sopan dipandangan mata orang lain. Sopan tak sopan, janji dia tak kumpul dosa free semata mata nak jaga hati lelaki itu. Dhia bingkas bangun daripada duduknya. Dia lap seluarnya terutama bahagian punggung jika-jika ada habuk kotor yang melekat. Sudahlah hari ini dia pakai seluar warna putih. Berkali ganda malang! “Ehem!” Deheman yang secara tiba-tiba itu membuatkan Dhia tersentak. Terangkat sedikit bahunya kerana terkejut. Dia lupa seketika tentang kewujudan lelaki itu. Mata Dhia naik untuk menatap wajah lelaki itu. “Awak nak..” Sebaik sahaja matanya menangkap raut wajah lelaki yang tak sengaja terlanggarnya itu, matanya tidak berkelip. Seperti disampuk hantu, dia seperti tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada memandang wajah lelaki itu. Memang tidak dapat dinafikan lelaki itu mempunyai wajah yang kacak. Kulitnya putih, hidungnya mancung, bulu matanya lentik, keningnya yang terbentuk cantik. Dan yang paling penting, rambutnya hitam pekat seperti tidak pernah disentuh oleh sebarang pewarna rambut. He's the definition of perfect. Tapi, itu semua tak penting. Bukan itu yang buatkan dia terkesima. Apa yang paling penting sekarang, mata yang sedang memandangnya itu. Mata coklat yang sedang memandangnya dengan penuh tanda tanya saat ini terasa seperti sesuatu yang dia pernah lihat suatu ketika dulu. Dia ingat mata ini. Dia kenal wajah ini. Walaupun lelaki itu sudah lanjut usia, sudah menginjak ke alam dewasa, dia yakin dia tak silap orang. I've found him. “Ha..Hayden?” Dhia ukir senyum lebar. Teragak-agak Dhia bertanya kepada lelaki itu. Kalau betul lah tekaannya, dia pasti lelaki itu ingat tentang dirinya. Mustahil kenangan mereka yang walaupun singkat, tapi penuh makna itu, semudah abc untuk Hayden lupakan. “Yes. Did I know you?” Lelaki itu pandang Dhia dengan pandangan pelik. Pelik bagaimana dia tahu tentang namanya walaupun mereka baru berjumpa hari ini. Seperti baru tersedar daripada mimpi ngeri, senyuman lebar serta-merta terukir di bibir Dhia. Tak percaya dengan apa yang dia baru saja dengar sebentar tadi. Lelaki dihadapannya ini memang betul Hayden! Tapi.. kenapa dia rasakan pandangan lelaki ini terhadapnya sekarang rasa macam pandangan seseorang kepada orang yang tidak dikenali? “Are you the same Hayden that I know? I.. I mean, Hayden Al-Fateh. Is that your full name? Do you remember me? Dhia. Dhia Adreanna." Teruja Dhia bertanya sehingga tak sedar dia terlalu rapat dengan Hayden. Tak sangka takdir menemukan mereka pada hari pertama dia jejakkan kaki ke Malaysia lagi. Allah dah jawab doanya agar dipertemukan semula dengan Hayden! Refleks Hayden mengundurkan selangkah ke belakang apabila dia dapat rasakan Dhia terlalu rapat pada wajahnya. Kening kiri Hayden terjungkit naik. Dia buka kaca mata hitam miliknya lalu dia sangkutkan pada kolar baju kemeja hitamnya itu. Dia merapat setapak demi setapak mendekati Dhia. Wajahnya dirapatkan dengan wajah Dhia, meninggalkan hanya beberapa inci sahaja jarak diantara wajah mereka. Hayden cuba melihat sekali lagi wajah gadis itu dengan harapan memorinya dapat mengingat semula apa-apa memori yang mempunyai kaitan dengan gadis bernama ‘Dhia’ itu. “How did you know my name? Even my full name? Who are you actually?” “Jadi, betul lah awak Hayden! Ini saya lah, Dhia. Dhia Adreanna! Kawan rapat awak masa sekolah rendah dulu!” Seperti kanak-kanak berusia tujuh tahun dapat gula-gula, teruja Dhia bercerita tentang sedikit sebanyak memori mereka waktu zaman kecil-kecil dulu. Dia masih ingat dengan jelas tentang lelaki itu, takkan Hayden semudah itu sahaja boleh melupakan dia? Adakah dia ni Hayden anggap sebagai memori zaman kecil saja yang bila dah meningkat usia, terus dia lupakan? Apa jadi dengan janji-janji manis yang dia taburi kepadanya? Semudah itu dia lupakan? “Dhia Adreanna?” “Yes!” “I can't seem to remember anything about you, sorry.” Hayden geleng kepala dengan riak wajah simpati terhadap Dhia. Serta-merta riak wajah Dhia berubah.
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
16/08/2023
1This is beautiful, fun
27/05
0I think this is my favvvv
23/05
0ดูทั้งหมด