logo text
เพิ่มลงในห้องสมุด
logo
logo-text

ดาวน์โหลดหนังสือเล่มนี้ภายในแอพ

บทที่ 7 serangan ghoul

Apabila sampai waktu 2 pagi. Tuah bangun daripada tidurnya. Saat semua orang dewasa menguruskan jenazah nenek Dayang, dia tidak dibenarkan untuk mendekati kawasan itu apatahlagi untuk memasuki rumah.
Ingin sekali Tuah untuk masuk dan mencari bukti bahawa nenek Dayang di bunuh atau mungkin dapat mengetahui tanda yang ditinggalkan pembunuh.
Seperti biasa, Tuah memakai kain hitam milik ayahnya lalu menuju ke rumah nenek Dayang melalui jalan gelap.
Dengan berhati hati, dia akhirnya sampai di rumah nenek Dayang.
Dia tahu akan kehadiran anaknya di rumah. Dia tidak mahu mengganggu anaknya yang mungkin paling merasa sedih atas kematian ibunya.
Oleh itu, Tuah dengan berhati hati, melihat dari celah celah dinding untuk melihat suasana di dalam.
Dia sendiri tidak tahu ingin melakukan apa. Dia tidak boleh membuka paksa rumah, dia juga tidak mempunyai cara untuk masuk.
Dia hanya dapat memikirkan sampai sini, dia tidak fikir apa yang dia patut dia lakukan sekarang.
Tiba tiba, Tuah terdengar suara yang datang dari dapur rumah nenek Dayang.
Itu adalah suara anaknya yang sepertinya sedang berbual dengan seseorang.
Siapa orang itu?, apa yang mereka bincangkan?
" Terima kasih untuk itu. Disebabkan awak, saya terlepas dari kesalahan saya."
" Ya, rahsia awak akan kekal rahsia cuma sekiranya awak berpegang pada janji awak. Jangan lupa untuk memberikan 30% dari harta ibumu pada kami."
" Ehh, bukankah perjanjian kita hanya 20%. Ini bukan seperti apa yang kita setujui sebelumnya."
" Apa yang awak katakan. Ini masih murah sekiranya dibandingkan dengan nyawamu yang terlepas setelah membunuh ibumu sendiri hanya kerana terlilit hutang di bandar. Hahahaha, sungguh, kau merupakan anak yang derhaka."
Tuah terkejut bukan kepalang. Rupanya, anaknya sendirilah yang membunuh nenek Dayang. Ini gila.
Apa yang saya perlu lakukan. Ingin sekali saya membalas dendam buat nenek Dayang. Dia tidak sepatutnya mati begitu.
Tetapi, adakah betul apa yang saya buat. Tidakkah saya akan membuatkan nyawa saya dan adik saya dalam bahaya.
Saya lemah, saya tidak boleh melawan dia dan sekutunya yang merupakan ketua pengawal keselamatan kampung ini.
Mereka saling berkomplot. Saya tidak boleh berbuat apa apa.
Dengan perasaan yang dikoyak koyak. Tuah dengan berhati berlalu pergi dari situ. Dia tidak mahu mengambil risiko yang boleh mengancam nyawanya serta nyawa adiiknya. Ianya pertukaran yang tidak berbaloi. Tetapi di lain hari, apabila dia mempunyai peluang. Dia akan membalaskan dendam ini, ini demi membayar semua budi nenek Dayang yang sudah terpaku kuat dihatinya.
Hari terus berlalu. Dari bulan bertukar tahun. Setelah umurn Tuah mencapai 16 tahun, dia mulai mendaftarkan diri untuk turut menjadi pengawal kampung.
Ini kerana, gaji yang ditawarkan lebih lumayan berbanding dengan berburu burung hutan.
Tambahan lagi, kelenturan tubuh, kekuatan serta ilmu mempertahankan diri yang dia ada. Dia sudah cukup syarat untuk mendapatkan pekerjaan itu.
Sementara itu, untuk Maria pula, dia pergi ke sekolah rendah yang turut dibina atas dasar empati orang kampung dan tidak menerima dana dari kerajaan.
Hari ini, seperti biasa. Saya menyediakan sarapan buat Maria dan untuk diri saya sendiri sebelum pergi bekerja.
Seperti hari hari yang biasa. Matahari dengan bermurah hati terus menerus memancarkan cahayanya ke Kampung Sungai Duyong Melaka.
" Tuah, awak akan pergi meronda di kawasan bandar pada siang hari dan kerja awak diteruskan untuk menjaga gerbang pada malam hari!"
" Tapi, saya tidak boleh bekerja pada malam hari tuan. Saya ada adik kecil yang saya jaga."
" Tolong jangan berikan alasan dangkal. Awak adalah pengawal keselamatan kampung, setelah menamatkan latihan selama 6 bulan dan bersumpah setia di hujungnya. Awak sudah tidak mempunyai pilihan selain berkorban untuk masyarakat."
"Baiklah tuan."
Seperti biasa, perangai ketua kepada pengawal keselamatan kampung ini sememangnya teruk. Memberikan pekerjaan yang teruk pada saya.
Memerintahkan saya untuk meronda bandar. Saya akan menjadi kambing hitam oleh orang kampung, mereka akan melepaskan dendam mereka terhadap pengawal keselamatan kampung yang lain kepada saya. Oleh kerana di siang hari tidak akan ada raksasa yang menyerang, mereka meletakkan tugas mereka untuk menjaga pagar kampung. Saat malam hari pula, ketika banyak raksasa yang aktif pada waktu itu. Saya jugalah yang menjadi korban untuk berhadapan dengan mereka. Huuuuuuuuh, sialan.
" Arhhh, pengawal kampung. Tolong saya angkat barang ini. Ini tugas kamu bukan, menjaga keamanan dan kesejahteraan kami."
Ciss, orang tua ini lagi, memang menanti saya lalu hampir setiap hari untuk mengangkatkan barang jualannya yang berat.
Huuuuuh. Dengan berat hati, Tuah hanya menurut. Sekiranya dia mahu hidup dengan sedikit senang. Dia perlukan pekerjaan ini, dia tidak mahu dibuang kerja atas isu seperti ini.
" Tidak perlu memberikan wajah buruk. Kamu membuatkan kami membayar cukai tinggi untuk menampunh hidup kamu. Kamu tidak bergunapun, saya sangat tidak percaya. Kenapa pekerjaan kamu masih berjalan sehingga sekarang meskipun tidak berguna. Huuuuuuuh."
Diamlah orang tua bodoh. Kenapa awak mengeluh kepada saya, saya tidak boleh berbuat apa apa. Sekiranya awak ingin sekali komplen, pergi bertemu ketua kami atau terus mengadu kepada raja. Itupun sekiranya awak dilayan.
TINGGGGGGGG.........., TINGGGGGGGG...........
Loceng yang ada di menara keselamatan tiba tiba berbunyi.
Tambahan lagi, ianya berbunyi sebanyak 2 kali. Ini petanda buruk. Jangan bilang, rombongan raksasa sedang menuju kesini.
Tuah terus meninggalkan barang barang pak cik itu lalu berlalu pergi.
" Awak hendak pergi kemana?, hantarkan barang ini dahulu!"
" Diamlah orang tua bodoh, ini bukan masanya untuk itu. Pergi selamatkan diri, kampung ini dalam bahaya!!"
Sekiranya loceng itu berbunyi sekali, bermaksud. Ada harimau, beruang atau seekor raksasa sedang berada berhampiran atau sedang menuju kesini.
Sekiranya ianya berbunyi 2 kali, ini bermakna yang segerombolan, sekawan atau berkumpulan raksasa sedang berada berhampiran atau menuju ke sini. Ini bulan berita baik, jangan bilang. Kejadian yang berlaku 20 tahun dahulu berulang semula. Saat apabila raksasa kecil yang ada di hutan keluar untuk menyelamatkan diri dari raksasa yang lebih besar menggila.
Persoalannya, haiwan atau raksasa apakah itu?, seberapa banyak gerombolan yang ada?. Ciss, imaginasi saya mulai memikirkan perkara yang bukan bukan.
" Kasturi, apa yang berlaku?"
" Kita diserang ghoul. Segerombolan ghoul. Ketua sudah memerintahkan untuk menutup semua gerbang."
" Jadi, kita hendak kemana sekarang?"
" Jumlah mereka terlalu banyak, sekiranya kita menutup gerbang. Mereka akan memanjat pagar lalu bertebaran ke seluruh kota. Kita tidak akan dapat mengawal mereka sekiranya begitu. Oleh itu, ketua memerintahkan untuk membuka separuh gerbang utama agar mereka masuk melalui satu jalan. Dengan itu, kita boleh membunuh mereka disana."
" Jadi, kita semua akan ke gerbang utama?"
" Ya, kita akan berada disana dan menghalang mereka dari masuk. Jangan biarkan seekor pun masuk!. Kampung ini pasti kiamat sekirannya mereka masuk terlalu banyak."
Ghoul adalah raksasa dari cerita fiksi. Mereka tidak menyumbang kepada ekosistem. Mereka sepatutnya tidak wujud, begitu juga dengan raksasa lain dan magik yang ada pada hampir semua orang. Namun begitu, ianya menjadi realiti pada suatu malam.
Saat tengah malam dimana bumi tiba tiba tergoncang dengan kuat. Malam apabila bulan yang menjadi 2 kali saiz lebih besar dari biasa. Malam yang berlaku hampir 700 tahun dahulu telah membuatkan dunia normal ini menjadi fiksi.

หนังสือแสดงความคิดเห็น (160)

  • avatar
    999BLONZ

    high quality film

    1d

      0
  • avatar
    Nurkisha Andih

    cantik Creta nya

    16d

      0
  • avatar
    JalilLiza

    good

    24d

      0
  • ดูทั้งหมด

บทที่เกี่ยวข้อง

บทล่าสุด