logo text
เพิ่มลงในห้องสมุด
logo
logo-text

ดาวน์โหลดหนังสือเล่มนี้ภายในแอพ

บทที่ 3 keluarga adalah segalanya

Setelah beberapa hari, saya melihat ibu sudah bertambah baik, saya mulai memulakan rutin harian saya iaitu memburu dari pagi hingga petang, saya pergi dan balik, saya melihat ibu baik baik sahaja.
ketika saya balik dari berburu, saya melihat ibu sedang menanak nasi, saya membeli beras ini daripada nenek Dayang menggunakan duit yang diberikan askar berbaju besi tempoh hari, pendek kata, nenek Dayang menjadi orang tengah bagi kami untuk membeli keperluan harian, saya makan dan bercerita dengan ibu, ibu pun seolah olah sudah mampu melupakan apa yang terjadi, pedang yang diberikan lelaki itu saya sembunyikan di stor rumah, saya tidak ingin ibu saya teringatkan ayah saya, saya juga tidak sampai hati untuk membuangnya kerana tinggal itulah yang merupakan pemberian terakhir ayah buat kami.
Pedang karatnya yang apabila dilihat dari kondisinya seolah olah akan patah pada bila bila masa sahaja.
Setelah beberapa bulan, saya mulai menyedari kesalahan saya, saya mulai melihat perubahan yang ada pada ibu saya. Saya cuai dalam membaca perasaan sebenar ibu saya, saya fikir yang ibu saya sudah baik baik sahaja. Oleh itu,saya banyak menghabiskan masa saya untuk berburu, tetapi, rupanya saya silap, di rumah ibu saya kerap termenung dan sentiasa teringatkan ayah saya, ibu saya tidak baik.
Setelah beberapa bulan, ketika saya balik dari berburu seperti biasa, saya melihat ibu terbaring tidak sedarkan diri di dapur rumah, ibu saya mulai sakit, pada hari pertama, saya ingin membawa ibu saya bertemu dokter, tetapi ibu saya menolak dengan memberitahu saya yang dia hanya demam biasa. Saya risau tetapi saya percaya dengan kata katanya, setelah hari demi hari berlalu, selera ibu kian berkurang, ibu memuntahkan semula makanan yang dia makan, hasilnya ibu saya semakin kurus, saya pergi bertemu nenek Dayang, tetapi dia juga tidak mengetahui penyebab dari sakit ibuku, setelah itu, saya pergi bertemu seorang dokter tetapi hanya ada seorang dokter dikampung ini dan dokter itu merupakan dokter milik seorang bangsawan di kampung kami.
Pada hari besoknya, saya cuba untuk meminta pertolongan dari bangsawan itu,rumahnya sangat besar dan ada pengawal yang menjaga gerbang depan rumahnya, saya cuba memberitahu pengawal itu tentang hajat saya namun ianya ditolak mentah mentah, saya dihalau oleh mereka, namun itu tidak akan mematahkan semangat saya, saya terus menunggu tidak jauh dari situ. Dengan harapan, sekiranya bangsawan itu keluar,saya akan berpeluang bertemunya.
Sekali lagi rancangan saya tidak berhasil,berjam jam saya menunggu,orang yang saya nantikan tidak kunjung tiba, saya mengambil keputusan untuk mengundur diri. Setelah matahari tegak di atas kepala,saya balik untuk memasakkan ibu saya, setelah itu, saya akan berburu dan membuat latihan fizikal di petang hari.
Jangan salah faham, saya berundur bukan sebab saya patah semangat, sebaliknya kerana saya bijak membaca situasi. Saya akan berundur sekarang dan akan datang semula dengan rancangan yang lebih baik.
Malam tiba di kota Melaka, saya membungkus tubuh saya dengan beberapa kain hitam milik ayah, kain hitam yang sangat pekat kerana kerana warnanya menyerap hampir semua cahaya yang terkena padanya tanpa memantulkan sedikitpun, saya menggunakannya mengikut kreativiti saya sahaja kerana saya tidak pernah melihat ayah saya sendiri menunjukkan cara pemakaiannya.
Ketika suasana senyap sepi, ketika ibu dan adik saya tidur lena, kekadang ibu akan terbatuk batuk, saya merasa sedikit risau apabila batuk ibu semakin hari semakin teruk, perlahan saya meninggalkan rumah dan hilang di dalam kegelapan malam.
Saya berjalan terus ke rumah besar dan terang di waktu malam, dari jauh, saya melihat benda yang bercahaya didalam rumah, sangat terang dan cantik cahayanya. Dapat menerangi ruangan yang besar itu, agak agaknya, berapalah agaknya harga barang itu?, tanya saya di dalam hati.
Saya sedikit kagum melihat benda yang terlekat di syilling rumah dan mampu mengeluarkan cahaya terang itu, dalam Ketakjuban saya itu, terselit perasaan sedikit kesal kerana disebabkan benda itu jugalah, sangat sukar untuk saya masuk dan keluar dari rumah agam itu tanpa disedari. Tetapi saya tidak boleh berundur sekarang, sakit ibu saya semakin melarat, ayah saya sudah tidak ada, mahu tidak mahu, saya mesti memberanikan diri untuk mencuba nasib. Sungguh, saya sudah menguatkan tekad, saya berani berkorban untuk itu, pada saya, saya tidak kisah sekiranya saya kehilangan tangan atau kaki asalkan ibu saya boleh kembali sihat seperti semula.
Dengan cepat saya melompat pagar batu yang setinggi 1 meter yang mengelilingi rumah itu. Saya melihat alat itu dari dekat, ianya alat magik.
Ya.., di dunia ini, hampir semua orang mampu menggunakan magik, tidak kira bangsawan atau orang biasa. Ada orang yang hanya mampu menggunakan magik unsur api kerana dari keturunan pengguna magik unsur api, ada juga orang yang hanya mempunyai magik unsur angin dan begitulah seterusnya.
Yang membezakan semua orang ialah, ada orang yang mempunyai kuota magik yang tinggi sejak lahir dan ada orang yang tidak, ada juga orang yang mampu membuat magik lebih dari satu unsur, antara faktornya ialah kerana hasil perkahwinan dari dua keturunan yang mempunyai magik unsur berbeza. Ianya sesuatu yang hebat, dapat menggunakan magik, tambahan lagi, lebih dari satu unsur.
Namun begitu, saya hanya boleh bermimpi untuk itu, hal ini kerana, meskipun ibu saya mampu menggunakan magik unsur angin dan ayah saya tidak dapat menggunakan apa apa unsur. Hasilnya, bukan sahaja saya tidak mampu menggunakan unsur angin, sebaliknya, saya tidak boleh menggunakan apa apa magik sekalipun.
Saya sempat juga bertanya kepada ayah saya tentang itu, ini kerana, saya cemburu melihat orang lain yang sangat hebat manakala saya tidak mempunyai apa apa.
"Kenapa saya tidak mempunyai magik sedangkan orang lain masing masing mempunyai magik?,bukanlah ini tidak adil ayah?"
"......, tidak sama sekali Tuah, jangan bersedih. Awak tahu, ada sesuatu di dalam dirimu yang orang lain tidak ada, percayalah cakap ayah."
Disebabkan kata kata ayah saya, saya terus percaya diri tetapi sampai sekarang, saya masih belum melihat satupun tanda yang saya ada dan orang lain tidak ada, saya manusia normal, sangat normal dan lemah, tidak mempunyai sedikitpun magik.
" Hebat......., hebat sekali budak!"
Saya terkejut, saya disambut dengan tiba tiba.
Dengan cepat saya menoleh kebelakang, terlihat ada seorang lelaki yang memakai baju tidur sedang melihat saya, dibelakangnya ada beberapa orang pengawal yang sudah sedia menangkap saya apabila diperintahkan. Saya segera melompat beberapa langkah kebelakang untuk menjaga jarak saya daripada mereka.
Saya panik, bagaimana mereka boleh menyedari kehadiran saya. jangan bilang ada semacam magik menjaga rumah ini daripada dimasuki pencuri, ciss.., saya tidak dapat memikirkan kemungkinan itu sebelum ini.
Sekarang, yang paling penting bagi saya ialah untuk cuba melarikan diri sebelum saya tertangkap dan identiti sebenar saya terungkap, tetapi bagaimana?
"awak tidak perlu risau, saya tidak akan mengapa apakan awak"ucap lelaki yang berada di tengah tengah gerombolan pengawal yang lengkap bersenjatakan long sword.
"saya cuma mahu mengetahui tujuan sebenar kamu datang kemari, saya percaya bukan harta yang menjadi tujuan kamu."sambungnya.
" Saya datang untuk berjumpa awak sebenarnya"ucap saya sambil mulut saya sedikit tergagap gagap.
"saya ingin memohon jasa baik awak sebagai orang yang berkuasa disini, tolong pinjamkan saya doktor peribadi yang berkhidmat dengan awak. Mak saya sedang nazak dirumah, saya cuba meminta orang yang mampu mengubatnya tetapi penyakitnya tidak dapat diubati hanya dengan bantuan ubat ubatan sahaja. Mereka menyarankan saya untuk membawa ibu saya ke ibu kota tetapi jarak kampung ini dengan ibu kota amatlah jauh. Oleh itu, saya mohon kepada awak untuk membantu saya, saya sanggup berhutang dengan awak asalkan penyakit ibu saya dapat diubati"
"Hmmmm. Awak anak yang berani, sungguh, saya sangat kagum melihat awak yang sudah melalui macam macam kesusahan kendatipun umur kamu masih belum meningkat dewasa.... Baiklah, saya bersetuju, besok pagi, saya akan menghantar doktor yang bekerja dengan kami untuk mengecek kondisi ibu kamu."
"kita sudah mencapai kata sepakat, jadi bolehkah kamu membuka kain yang menutup muka kamu itu dan perkenalkan diri kamu."
Mata saya berair apabila dia bersetuju untuk membantu, hati saya seolah olah ingin melompat keluar dek kerana sungguh gembira, tanpa berpikir panjang, saya pun membuka kain yang membalut muka saya lalu memperkenalkan diri.
"Baiklah, oleh kerana awak sudah memperkenalkan diri, tidak sopan bagi saya yang merupakan bangsawan untuk tidak turut memperkenalkan diri. Nama saya Arjuna, Awang Arjuna, sekarang mari kita ke ruang tamu untuk membincangan imbalan balik yang kami dapatkan dari kamu sekaligus mengikatnya dengan saksi dan tandatangan dari dua pihak. Dengan ini,nhubungan kita ini akan terikat diatas kertas dan tidak dapat dimanipulasi dari pihak awak dan juga saya. awak setuju?"
"Baiklah."ucap saya ringkas.

หนังสือแสดงความคิดเห็น (160)

  • avatar
    999BLONZ

    high quality film

    2d

      0
  • avatar
    Nurkisha Andih

    cantik Creta nya

    16d

      0
  • avatar
    JalilLiza

    good

    25d

      0
  • ดูทั้งหมด

บทที่เกี่ยวข้อง

บทล่าสุด