Terasa besar cuping telinga apabila ada seorang melaungkan namanya dari hujung halaman lagi dia dengar suara itu memanggil manggil. Terlerai tangis yang mengulit hati kedua duanya di Kala itu. Siapa pula kali ini? "Aina! Aina!" Suara itu melantun namanya berkali-kali. Garau agak keras nada. "Eh, tukang kebun tu Sara. Kenapa cemas bunyinya ?" ujar Aina. Kedua mereka saling melontar pandang. Apa pula perkhabaran yang akan dibentang. Anggerik bulan putih diambil. Aina letakkan di sudut meja belajar Sarah. Persoalan tentang siapa yang menetapkan bunga itu terbuang begitu sahaja. Terlupa udah pokok utama bual bicara, bila suara yang memanggil kedengaran agak cemas dan agak terkejar-kejar. Sambil berjalan Aina menghalang laluan ke muka pintu hadapan. Langkah di atas sedikit panjang tetapi tidaklah mengganggu dia. "Eh sara hi assalamualaikum" Hi, Waalaikumussalam, Ayla rupanya. Masuklah Ayla. Ada apa? " Balas Sara. "Maaflah aku nak cepat. Ucap Salam terlupa mahu diberi. Nama Aina aku dahulukan. " "Tak mengapa Ayla , Paham. Kalut nak cepat ." Bersopan Sara bertutur. Pun begitu , senyum tidak lekang menghiasi bibirnya. "Ayla. Ada apa cari Aina ?" Lembut lantunan soalan dari Aina. "Ni hah. Ayla nak tanya. " Tergantung ayatnya. Sambil langkah ditutup, menyusun sila. Orang baik yang dipanggil Ayla oleh semua orang adalah seorang kawan sekelas Aina dan juga Sara. Beliau bijak. Beliau menjaga pemakanan, senaman dan kerja-kerjanya yang teratur, membuat kan orang kelihatan seperti sangat muda. Sebelum dia membuka bicara, wajah sara ditenungnya. Lama pandangan mata Sara berlabuh ke Roman wajah Sara. Berdebar-debar Sara mengalihkan pandangan ke arah lain. Jauh Dari panahan mata Syasya . Berdebar debar Sara. "Sara, akak rasa sudah tiba masanya." "Yang lama perlu dikisahkan. Yang terkusut perlu dirungkai. Yang tersimpul perlu dipisahkan seliratnya. Akak tak mahu kejadian lama berulang kembali. Kau faham maksud aku Sara?" Lambat-lambat Syasya menyusun kata. Aina yang tadi berdiri, mula mengambil ruang sila. Terasa tidak sedap rentak hatinya. Tidak lama kemudian, terlihat kelibat kak Nora datang. Termegah-megah mereka mengorak langkah. Renek-renek peluh terbit dari dahi keduanya. Waktu ini tidaklah dapat dipastikan kerana penat berjalan atau mungkin lelah memikirkan natijah yang bakal mereka tempah. Mungkin esok, hari ini atau sekejap lagi.
Siapa tahu. Aina bertambah pelik. Kenapa semua berkumpul di bilik nya hari ini. Ada perkhabaran apa? Duka kah? Atau apa sebenarnya yang bakal ditadah oleh telinganya ? Aina mula merangka pelbagai andaian. Tidak lama kemudian menderu bunyi kenderaan dari hujung halaman. Siapa lagi tetamu yang bakal menjelma hari ini? Sebaik saja kenderaan itu berhenti dan daun pintu terkuak "Kakak!" Girang Aina melontar satu panggilan. Bagai anak kecil mendapat hadiah bunyi suara gembira. Selerek senyum terukir di bibir. Terus dia berlari mengunjuk salam dan memeluk kakak nya. Ciuman kasi kakak terbang hinggap ke dahi si adik. Aina rasa lega. "Assalamualaikum sara. Syasya. Ayla." "Semua dah ada ?" Salam diberikan oleh Suzana. Beserta soalan yang pelik pada hemat Aina. "Bila akak balik?" "Kenapa tak bagitahu dengan Aina, kakak nak datang ? Sampai hati kakak" Lirih sahaja suara Aina. Seakan berjauh hati dengan kakak nya. Tidak dia menyangka hari itu, semua akan datang bertandang. Apa lagi, seraut wajah yang sangat disayang. Siapa lagi kalau bukan kakak. "Aina , kakak dah lama balik." Jawapan yang menampakkan dirinya kala itu , seolah-olah bertali arus elektrik turut menyertai. Terkejut Aina bagai direnjat . Gurauan apakah ini? Melopong mulutnya menahan tanda tanya. Syasya yang menjawab merajuk tandanya Aina. Mengapa bukan kakak? Terus berpaling wajahnya menatap kakak dan kak Syasya bersilih ganti. Juga kepada kak Ayla cuba mencari jawapan. Namun kak Ayla lebih banyak berdiam diri.
Begitu juga kak Suzana. Beliau berteleku memandang lantai papan beranda seolah-olah ingin mengelak dari menjawab persoalan Aina. "Kakak kamu pulang tak lama selepas kamu masuk ke sini Aina." . "Dua hari selepas kamu di sekolah ini, kami menjemput kakak kamu berjalan jalan di kawasan sekolah Nantilah kak Syasya cerita kenapa kakak mu sengaja tidak memberitahu Aina." "Akak?' "Betul ke apa yang kak Syasya bualkan ? Kena kakak?"
Degil Aina mengaju Tanya kepada kakaknya, kakaknya hanya menghala nafas. Lantas sebuah keluhan dilepaskan. Berat sungguh bunyinya. Seolah-olah memikul bebanan. "Nantilah Akak jelaskan." "Apa Yang penting sekarang kita sama-sama dengar apa yang kak Syasya mahu sampaikan. Akak harap Aina bersedia. Hari ini semua persoalan atau apa juga soalan yang Aina akan terjawab". Lembut dan satu satu penerangan kakak hinggap di telinga Aina. Tempana seketika Aina dengan apa yang dihadapi pagi ini. Baru separuh hari. Terasa lambat benar waktu berlalu sempat di Kerling jam yang tersangkut di dinding rumah. Jarum baru menginjak ke angka 11 45 pagi. Tapi muka Aina kelihatan merah. Kepanasan. Peluh juga merenik di dahi nya. Bukan dia tidak biasa dengan cuaca. Tapi bahang dari perbincangan dan kisah yang terungkap pagi itu sangat mengejutkan Aina. Satu persatu peristiwa diungkap. Sebagiannya dari kak Syasya . Kemudian kak Ayla , Diselangi oleh kakaknya sendiri. Aina pula sekejap sekejap dia menekup muka. Adakala meraup wajah . Meramas rambut dan jari-jari . Mencari kekuatan. Tangan kakak seniornya juga menjadi mangsa libang libu hatinya. Kedua tangan itu digenggamnya erat. Sekejap dia menukar simpuh. Mencari tenang . Berasa kembang dan panas sekali telinganya mendengar apa yang disampaikan. Siapa dan bagaimana tragedi menimpa. Kemudian kisah sebelum mengenal Alisa. Kisah rakan karibnya Alisa terakhir oleh samm sambut hingga beliau meninggal. Bertemu dengan Sara. Sehinggalah , tiba tiba Aina bingkas berdiri . Tidak sanggup lagi rasanya dia berdiam mendengar cerita yang dikisahkan. "Habis di mana Alisa? Mana beliau kakak " Pun begitu masih di kawal riak lantunan suara. Walau apa pun dia takkan kurang ajar dengan insan-insan yang dikasihinya itu. Cuma begusarai flamini dirasa menambah kusut dalam fikirannya. Tidak lagi dia membendung soalan-soalan yang lama disimpan. Sudahnya Aina menangis teresak-esak. Dia menekup mukanya dengan tapak tangan. Nampak kecewa benar dengan perkhabaran yang didengar. Tinggal sedu-sedan yang terputus-putus. Bukan lah dia menangis kerana terpaksa mendengar semua kisah, tetapi dek letusan emosi yang mula menguasai diri. Walau bersungguh cuba melawannya tetaplah dia tertewas juga. Agak lama dia berkeadaan begitu. Semua yang ada seolah-olah membantu pembiakan Aina menghabiskan sisa canggihnya. Tidak lama selepas tangisnya reda dan sendu dan semakin perlahan Aina menghela nafas. Panjang sekali dia menyedut udara. Seperti ingin mengisi semua paru-parunya dengan bekalan oksigen sebelum diteruskan Mas mendengar apa yang diselokakan oleh semua insan yang ada di hadapannya ketika ini. Aina menyandarkan badannya di dinding yang berada di dalam bilik dorm nya. Dia Cuba mempamerkan dia langak tenang. Walau hakikatnya gelora di dalam dadanya, seolah olah perahu yang terlambung lambung dipukul ombak.
"Sekarang ini giliran Aina meluah rasa." Aina menyusun ayat. Cuba bertapis. "Aina sering diganggu , Sara". "Aina diganggu sepanjang berada di sini bermula dengan bau bai wangian semerbak. Kemudian nama Aina diseru oleh suara yang amat tidak kenali." "Dan kini Aina mula melihat bayangan bayangan. Kelibat susuk tubuh yang kadangkala menyeramkan Aina. Siapa mereka weh ? kak ? Kak Syasya? Siapa? Semua memaky kata. Diam masing-masing tidak langsung bersuara. "Beberapa hari lepas, waktu Aina sedang makan bersama Sarah , ada suara menyeru nama Aina berkali-kali. Bila Aina amati susuk tubuh memakai selendang panjang. Kuning air. Meleret kain selendang nya ke tanah." "Siapa dia weh?" "Pagi tadi sewaktu abang buka pintu. Aina nampak sejambak bunga anggerik bulan putih kakak." "Betul betul diletakkan di hadapan pintu bilik kita. Siapa yang meletakkannya dan untuk apa? Aina bingung. Berat dah ada Aina memikirkannya." Luah Aina panjang berjela-jela. Bagaikan ada satu kekuatan bagi dirinya memperincikan segala yang dialami. Sesak di dada terasa terbang melayang, bila apa yang selama ini terbuku di hatinya habis diluahkan. Aina rasa sangat lapang. Meringan rasanya diri. Pandangan semua yang berada di situ bertumpu kepada budi bicara Aina. Semua bagaikan dipukau. Mendengar dengan teliti apa yang diceritakan oleh Aina. "Sara, akak rasa eloklah kita segerakan. Sebelum geruh menimpa. Kau sanggup lihat rakan kau di bank apa-apa kan "Tanya Kak Syasya. Aina bertambah bingung. Belum cukup kuat dirasakan menghadapi kekeliruan dan kekusutan rajinnya kembali berombak kencang mendengarkan tutur bicara kak Syasya tentang dirinya akan dipengapa apakan. Terus mulutnya lancang mencelah. Tidak pernah pergi tu dia sebelumnya. Kenapa kak Syasya . Geruh apa? " Apa yang terjadi kepada Aina?' Aina melontar pandang ke arah kak Ila dan seisi bilik. Seorang demi seorang okey cuba memancing jawapan tetapi tiada yang sudi bertamu pandangan. Lalu Aina cuba menghentikan putaran bola mata tempat betul-betul ke muka kakaknya. Seorang demi seorang menyeka peluh. Ya, Sara menyeka air mata dengan hujung kurung Kedah nya. Nampak khuatir benar dia. Apa sebenarnya yang sedang berlaku dan akan berlaku. "Kau rebutan Aina. Mereka semua mahukan kamu." Akhirnya suara kak Ila memecah hening agak gugup juga lontar bicara beliau. "Tapi siapa? Mencerlung mata Aina. "Aku!" Melengkung satu suara . Serentak semua yang berada di bilik waktu itu beristighfar dan melompat kerana terkejut bukan kepalang. Suara gurau itu bukan dari kalangan mereka duduk di atas lantai di tengah-tengah bawah kipas bilik dorm. Apalagi lain benar lenggok bunyi. Agak memukat irama Jawa dan tutur katanya. Kasar sedikit. Sungguh! Bukan seseorang yang Aina kenali. Berputar ingatannya cuba meraih nama-nama yang dikenali. Namun tiada seorang pun mirip lelaki yang berada di halaman biliknya ketika itu. Sara cuba mengawal tenang. Dia hanya diam. Tetapi renung matanya mencerlung menatap susuk tubuh itu. Suasana yang tadinya aman dan mendamaikan dengan bunyi burung menyanyi riang. Kini , sunyi dan mati ,sepi. Seolah olah semua yang berada di keliling bilik pada waktu itu menyergah, pegun, kaku. Berdengung telinga masing-masing.
Aina tidak berkelip mata. Berasa lembik lutut nya. Siapa pula kamu yang berkunjung ke ini sudahlah tak berjemput. Lagi pula berani menyampuk kata. "Aku mahu menuntut janji." " Setelah kata dimaterai mengapa dimungkiri ? "Kamu sekali ucap bicaranya. Seperti tidak berpuas hati. "Si .... Siapa kau ." Laung Aina. "Berani datang kemari tanpa diundang. Tiba tiba pula hadirnya!" Terbit dalam diri Aina mempersoal makhluk itu. Sakit hatinya sesak dada.. Fikirannya hari itu bakal terbongkar segala rahsia . Rupanya ada pula yang datang menyibuk di kala hati sedang libang libu. Tidaklah Aina tahu, ada rahsia lebih besar akan dia sendiri alami dan ketahui. "Aku Andika . Ini adikku cempaka kesuma" Susuk itu menjawab , Suraya menunding jari ke arah satu lagi susuk wanita pakaian ratu Jawa. Dengan kain merah yang ter selempang di bahu, dan dibiarkan jatuh meleret ke tanah. Keayuan tidak dapat disangkal kalau ada rona tegang dan marah mempamer di wajah. Ketat sekali muka. Senyum juga tiada singgah menteri . Di sisi susuk yang didakwa Cempaka kesuma , berdiri satu lagi susuk. Seorang jejaka. Tunduk diam. Seolah olah ikat mulutnya dari berbicara. Dia hanya berdiri tidak melakukan apa-apa. "Abang ..... "
Hanya itu yang dapat ditangkap oleh Aina. Terluah dari bibir Sara. Berpaling Aina melihat rakannya memohon kepastian. Kak Ayla yang mulanya bersahur sila, sudah berdiri. Tadi dia kelihatan biasa kini membuka sedikit langkah kakinya. Jubah yang menutup hingga buku lali di kawasan kek ke belakang betis. Menampakkan sehelai seluar panjang warna hitam yang dipakainya oleh nya. Seperti Kak Ayla dapat membaca apa yang bakal berlaku. Tangan kak Ayla yang sememangnya terselit seutas tasbih di silangkan ke belakang badan. Meraih nafas yang dalam. Pun begitu, matanya tidak berganjak dari memandang tepat tiga susuk manusia di hujung sana. Kak Ayla nampak sangat gagah walaupun beliau seorang perempuan. Siapa mempertahankan. sesiapa juga yang cuba mencederakan kaum kawan kawannya. Keras nampaknya raut wajah Kak Ayla . Tidak seperti kebiasaan. "Anduka dan Cempaka Kesuma " Kasar bunyi kak Syaysa memula bicara. "Jika hadir kamu semua ke sini, sekadar singgah seketika, melihat atau menjenguk sesiapa pun jugak, aku dipersilakan . Cuma kamu jangan lepasi pagar larangan." "Tapi, jika hadir kalian untuk mencari gaduh dengan anak cucu adam aku takkan berdiam. Akan ku lawan habis-habisan. Kak Syaysa mematikan bicara. Lain benar bunyi lenggok bahasanya kali ini. Bukan lembut seperti selalunya. Nampak tegas dan berbaur amaran bual bicara terhadap susuk tubuh bertiga yang berada di halaman biliknya. "Benar andaian ku. Manusia sering mungkir janji. Lain yang dipersetujui lah yang diberi.
500
21h
0best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍
2d
0baik
5d
0ดูทั้งหมด