Ketika Mira siap membersihkan dirinya. Dia berdiri menghadap cermin. Memandang terus dirinya kelihatan perutnya semakin membesar, tinggal beberapa bulan je lagi dia akan melahirkan. Mira merasa Dalam rumah yang kini dia duduki, tiada sesiapa yang menghiraukan nya kerana Meraka masing-masing sibuk dengan aktiviti mereka sendiri. Terlintas dalam fikiran nya dia ingin pindah keluar dari rumah ini dan menetap di apartment nya. Tak di nafikan, Kedua orang tua Ryan sangat Baik namun jarang ada di rumah termasuk Adik iparnya dan juga Suaminya. Sepanjang kehamilan nya, dia pernah sekali mengidam ingin makan sesuatu dan pergi ke suatu tempat. Namun setiap kali di ingin meminta sesuatu pada sang suami, ada je yang menghalangnya. Dia mengemas segala pakaian dan memasuk kan dalam luggage, Dia melihat sekeliling ruang bilik itu lalu menarik nafas, dengan perlahan dia berjalan keluar. Nasib baik la ketika dia keluar tiada sesiapa yang melihatnya. Dia masuk dan mula menghidupkan enjin Honda gtr miliknya lalu mula memandu keluar mengelilig kawasan Bandar, Mungkin efek dari kehamilan nya, Dia merasa bahagia dapat keluar dan memandu Honda putih itu.
Dia terasa lapar dan ingin memakan sesuatu, Mira memberhentikan kereta nya di tepi sebuah Restoran. Dia berjalan dan mengambil tempat duduk yang agak tersorok di tepi. Waiters datang menghampiranya membawah menu. ‘Bagi saya Jus mangga dan Hokkien Prawn Mee.” Kata Mira pada waiters wanita itu dengan senyuman. ‘Baiklah.”Sahut waiters itu dan berlalu pergi untuk menyediakan order yang di minta. Mira melihat sekeliling restoran sementara menunggu makanan yang di order, dia mengeluarkan handphone nya dan cuba menghantar pesanan buat sang suami. [B, awak buat apa tu. Saya rindu awak.] –Mira [Saya tengah busy} –Ryan [Maaf]-Mira Terasa sakit di hatinya, namun dia cuba bertenang. Tiada lagi balasan Whatsapp dari sang Suami. Dia mengusap pelan perutnya. Tak menunggu lama Waiters datang menghidangkan pesanan yang di pesan Mira. Mira mula menikmati makananya kerana sumpah dia mengidamkan makanan ini suda sangat lama namun baru sekarang dia dapat menikmatinya. Matanya tiba-tiba melihat bentuk tubuh yang duduk membelanginya. Dia melihat kedua orang tu Tersenyum mesrah sesekali menyentuh dan membelai rambut perempuan di tepinya itu. ‘Dia.. Ryan.? Bukan kah dia di Australia untuk meeting, kenapa dia ada kat sini.? Perempuan tu..?” Mira berkata dalam hatinya. Mira yang terasa dunianya gelap dengan cepat dia berdiri dan ingin menghampiri Ryan namun langkahnya terhenti ketika Faris entah dari mana datang cuba menghalangnya.
Faris mengeluarkan selembar duit dan meletak kan di atas meja, lalu membawa Mira keluar dari Restoran itu.
‘Faris lepas..?” Mira dengan sekuat hati berteriak pada faris. ‘Tolong jangan buat hal Mira. Kau dah Nampak semuanya. Cuba bertenang dulu.” Kata Faris ‘So apa maksud kau untuk halang aku tadi dan minta aku bertenang ohh no Faris, Siapa perempuan tu.?” kata Mira dengan menahan sakit di hatinya. Dan dia cuba menahan air matanya. ‘Huurrmm tak perlu aku jelaskan. Macam mana kau dan dia lakukan pada Sue. See ia terjadi pada diri kau sendiri. Tapi aku tak salah kan kau. So now Fikirkan tentang keadaan kau sekarang dan jangan bertindak melulu.” Jawap Faris yang cuba menahan Mira. Mira merasa dunianya tiba-tiba gelap, Faris yang melihat nya dengan cepat merangkul tubuh Mira. Dia cuba mengejutkan Mira namun sia-sia. Mira pengsan tak sedarkan diri. Dia dengan Cepat mencari kunci dalam beg Mira dan dengan pantas Faris memecut kereta Mira menuju ke Hospital. ‘Doktor macam mana keadaan nya?” Tanya faris ketika dia melihat Doktor keluar dari ruangan Mira. ‘Dia oeky Cuma tekanan darahnya rendah, Kandungan dia pun tiada masalah. Harap lepas ni tolong jaga Isteri awak baik-baik pastikan dia makan makanan yang bergizi dan teratur.” Dortor berkata panjang lebar namun Faris merasa malu kerana dia bukan Suami Mira namun dia hanya mengangguk dan mengiya kan kata dorter tu. Dia masuk dan duduk di tepi melihat wajah yang pucat. Tak di nafikan Mira dalam keadaan tidur terlihat cantik. Kenyataan nya memang betul Mira memang Cantik tapi sayang Ryan tidak pernah mengambil berat tentang Mira dan anak yang di kandungnya. Dia tak faham apa yang sebenarnya Ryan mahukan dalam hidupnya. Mira membuka matanya dengan perlahan dan melihat sekeliling dan melihat Faris duduk di kerusi tepinya. Dia mengerutkan keningnya kerana pelik Faris terus menatapnya. 'Faris...." Mira bersuara memanggil dan mengejutkan Faris yang entah fikirannya melayang ketika melihat wajah yang pucat itu. ‘Ahh.. ni ha… awak jangan bergerak, awak rehat la.” Faris menjadi tak tentu arah ketika dia merasa bersalah kerana tindakan nya di lihat oleh Mira. ‘Saya dah ok. jangan risau, saya nak balik sekarang. Maaf kerana susahkan awak.” Jawab Mira dan cuba bangun dari katil namun faris menahannya. ‘Awak baring la, rehat dulu tunggu sehingga selesai air tu habis.” Faris berkata sambil menunjuk kan botol yang cecairnya bewarna putih yang tergantung di tepi katil. ‘Ermm.. Tolong jangan bagitahu kat Ryan.” Kata Mira sambil menghembuskan nafas dengan berat. Faris hanya berkata ‘Baiklah” Setelah selesai. Mira berjalan mengikuti Faris ke parking kereta. Faris menghantar Mira dan kenderaan yang di pandu menuju ke rumah Ryan. Mira dengan cepat meminta Faris memberhentikan kereta. ‘Berhenti..!”Kata Mira dan suaranya membuatkan Faris terkejut lalu memberhentikan kenderaan di tepi jalan. ‘Kenapa nak berhenti, kan saya nak hantar awak balik.?”ujar Faris dengan panic mendengar Mira yang tiba-tiba bersuara tinggi. ‘Maaf.., Tolong hantar saya ke apartmen saya.” Jawab Mira lalu memberitahu alamat rumahnya pada Faris. Setibanya di alamat yang di kata kan Mira, Faris mengerutkan kening. Mira melihat wajah Faris yang penuh 1000 pertanyaan pun berkata ‘Buat masa ni saya duduk di sini, Tempat ni hanya awak sorang je tahu. Tolong jangan bagitahu apa pun pada Ryan. Saya harap awak faham.” Mira melirik kearah Faris yang mengangguk kan kepalanya tanda faham. Mereka keluar dari kereta dan Faris hanya diam melihat Mira mengambil luggage nya. Faris masih bingung dengan apa yang terjadi sebenarnya dengan Mira namun dia tidak berkata apa-apa. Hanya diam dan memberikan kunci kereta itu pada Mira. Faris akhirnya bersuara dan berkata pada Mira ‘Jaga diri awak baik-baik. Jangan lewat makan. Jika perlukan sesuatu jangan segan untuk hubungi saya,” lalu menghulurkan kad kepada Mira. Mira melihat kad yang di berikan padanya, lalu menyimpannya dalam beg dan berlalu pergi tanpa menoleh faris yang masih berdiri menghayati setiap langkah dan gerak geri Mira sehingga lah bayangan wanita itu hilang dari pandangan nya. Apartmen yang kelihatan mewah telah lama ia tinggalkan. Apartmen ini adalah miliknya. Dia duduk di sofa dan termenung jauh. Di sebuah Cafe Tengku Aisha duduk berbincang dengan seseorang, dan mula menghayati kertas yang di berikan. Tengku Aisha membeli apartmen ini buat hadiah hari jadinya putrinya yang setelah sekian lama ia tinggalkan kerana masalah antara dirinya dan ex suaminya.
Dia meninggalkan putrinya ketika berusia 1 bulan sebelum menghilangkan dirinya. Namun tiada sesiapa pun yang tahu tentang kesah dan cerita tentang Tengku Aisha yang melahirkan seorang Putri di luar Negara. Hanya dirinya dan Ayah kepada Putrinya yang tahu. Tengku Aisha kembali ke Singapore kerana dia ingin menunaikan hajatnya sebelum dia menutup mata kerana penyakitnya yang suda berada di tahap akhir setelah bermacam cara dia melakukan sehinggalah dia menjalankan Kimo.
Dia meminta seseorang memberikan hadiah itu pada Putrinya bernama Nuramira ketika ulang tahun nya yang ke-20. Setelah itu Tengku Aisha menuju ke apartmen yang di belinya dan meletak kan sepucuk surat di atas meja. Dia pun keluar dan pergi meninggalkan apartmen itu dan menuju ke Airport. Setelah sekian lama tiada lagi khabar dari Tengku Aisha. Mira yang duduk di sebuah Cafe dengan cepat melihat lelaki yang datang menemuinya. Dia memperkenalkan diri lalu duduk berhadapan Mira. Dia menyerahkan sampul bewarna putih dan pergi meninggalkan Cafe. Mira dengan wajah yang terkejut dan tidak faham dengan keadaan ketika itu dengan cepat membuka sampul tersebut ketika dia cuba mengeluarkan Isi dalam sampul tersebut, kelihatan ada Kunci. Dengan cepat Dia membacanya dan terlihat ada nama nya sebagai pemilik. Dia cuba lagi membaca surat tersebut dan akhirnya dia pergi ke alamat tersebut untuk memastikannya. Tiba di depan pintu rumah itu, dia cuba membukanya mengunakan kunci. Dia melihat rumah itu sudah di lengkapi dengan deco yang sangat cantik. Dia melihat sekeliling dan menemui sepucuk surat di atas meja dan membacanya. Airmatanya mengalir tanpa henti membaca surat tersebut kerana ketika mendapatkan surat itu, ternyata Ibu kandungan nya sudah tiada. Drittt…Driitttt di ikuti bunyi music dan getaran handphone dalam beg nya membuatkan Mira tersedar dari lamunannya. Dia melihat nama pemanggil adalah Ryan. Dia hanya melihat namun tidak ingin menjawab panggilan tersebut. Dia mengusapkan air matanya yang mengalir saat mengenangkan bagaimana dia menjadi pemilik rumah ini dan tangan nya membelai dengan lembut perutnya. Akhirnya dia memutuskan untuk mematikan handphone nya dan terus masuk ke bilik untuk membersihkan dirinya dan berbaring di atas katil kerana waktu ini telah menunjuk kan jam 9 malam. Ryan yang kini melangkah keluar dari Apartmen nya. Cuba menghubungi Mira namun tidak di jawab dan dia cuba lagi dan lagi namun akhirnya dia merasa marah kerana panggilan itu terus masuk ke voicemail. Dia menaiki kereta nya terus menuju ke rumah. Ketika sampai di hadapan rumah, dia tidak melihat kereta warna putih milik isterinya, dengan cepat dia keluar dari kereta dan masuk kerumah. Ryan melihat sekeliling tapi tidak menemui seorang pun di ruang tamu dan memutuskan untuk naik terus ke atas. Ketika membuka pintu dia melihat keadaan bilik kemas. ‘Maybe dia keluar kot. Kejap lagi mungkin dia balik” Kata Ryan yang berbisik pada hatinya. Dia membersihkan dirinya dan keluar menuju ke almari. Ketika ingin mengambil baju dia merasa pelik dengan keadaan dalam almari itu. Dia cuba melihat ke sisi atas, tidak menemui luggage dan melihat pakaian yang tergantung, tidak juga melihat pakaian Mira. Dia beralih ke meja tepi, dia melihat sepucuk surat. Dengan cepat dia membuka dan membaca nya dengan teliti. ‘Maafkan Saya B, Saya tahu saya bukan lah perempuan yang awak inginkan. Kerana kebodohan yang telah kita lakukan awak terpaksa nikah dengan saya dan meninggalkan orang yang sangat awak sayangkan. Buat masa ni saya ingin bersendirian dan menenangkan diri saya. Maafkan saya sekali lagi kerana meninggalkan rumah tanpa memberitahu pada B dan keluarga B.” Ryan mengenggam surat itu. Dia duduk di tepi katil sambil berfikir masalah yang sebenarnya terjadi dalam pernikahan nya. Selesai majlis nikahnya, dia keluar untuk menghadiri majlis atas urusan kerja. Dia meninggalkan Mira selama seminggu kerana tidak ingin Mira melihat keadaan wajahnya ketika itu yang penuh dengan luka dan lebam akibat perbuatan Bodohnya sendiri. Dia jarang balik ke rumah dan tidak pernah menyentuh Mira selepas menjadi suami isteri yang Sah. Dia sering mengabaikan Mira, balik lewat dan ada waktunya dia tidur di hotel bersama perempuan-perempuan yang menemaninya ketika di club. Ryan meramas kasar rambutnya dan menarik nafas dengan dalam. Dia lupa ketika ini Mira sedang mengandungkan anaknya. Dia dengan santai dan ego tanpa rasa bersalah lalu merehatkan tubuhnya dan tertidur lena bagaikan tiada apa yang terjadi.
best sangat
18/08
0terbaik
29/07
0help
04/07
0View All