logo text
Add to Library
logo
logo-text

Download this book within the app

BAB 2

Zamri juga turut sama menghadiri mesyuarat itu. Dia mempersiapkan dirinya untuk menjadi calon bagi penamaan calon sebagai Pengerusi Syarikat T.R Holding. Begitu juga dengan Shira. Shira masih tersenyum lebar akan penantiannya menjadi yang lebih berkuasa dalam syarikat itu. Tidak disangka, Zamri bertembung dengan Shira secara berdepan untuk ke bilik mesyuarat. Masing-masing mulai mengukir senyuman misteri sebelum mendekati antara satu sama lain secara perlahan. Begitu juga dengan setiausaha mereka masing-masing.
"Nampaknya..saya yang akan jadi pengerusi syarikat ni. Bersiap sedialah ya.."
Zamri berasa yakin. Shira pula tergelak kecil dengan keyakinan Zamri. Apakan daya keyakinan Zamri hanya dipandang rendah Shira dengan senyuman sinis.
"Wah, awak dah berangan lebih ya..Saya kakak awak tau tak? Saya yang akan menjadi pengerusi syarikat ni. Bukankah begitu, Tuan Zamri?"
Ujar Shira cukup membuatkan angin Zamri sedikit naik. Zamri sekadar tergelak sinis.
"Kita tengok siapa yang akan 'naik' nanti. Lagipun, lelaki yang lembap tu pun tiada kat sini. Kita tengok siapa yang akan dapat."
Katanya sebelum beredar dari situ. Shira hanya berpeluk tubuh sambil tergelak kecil. Dia juga turut mengikuti jejak langkah Zamri dari belakang. Kematian arwah ayah mereka langsung tidak diambil peduli. Seakan mereka hanya memandang harta semata-mata.
Setelah masuk ke bilik mesyuarat, kelihatan para pemegang saham Syarikat T.R Holding duduk di kerusi masing-masing dengan bisikan penuh mengata. Mereka semua mendiamkan diri setelah melihat Zamri dan Shira masuk ke bilik itu. Suasana menjadi sepi tanpa sebarang suara.
"Baiklah semua. Kita akan berbincang tentang pelantikan seorang pengerusi Syarikat T.R Holding. Saya pasti kamu semua tahu siapa yang akan menggantikan pengerusi nanti kan.."
Ujarnya seraya berdiri megah di hadapan mereka. Semua menumpukan perhatian ke arahnya.
"Tuan, saya rasa kita patut lantik Tuan Airil menjadi pengerusi syarikat ini."
Semua kecoh dengan cadangan baik dari salah seorang pemegang saham di situ. Shira dan Zamri amat terkejut mendengar cadangan itu. Bukan itu yang mereka mahukan!
"Siapa yang kata dia yang patut dilantik menjadi pengerusi syarikat ni?! Lagipun, kamu semua ada nampak kah dia berada di sini?!"
"Saya!!!"
Tiba-tiba Suriana masuk ke bilik itu dengan mengejut. Semua memandang ke arahnya. Suriana merupakan adik kepada arwah ayah mereka yang masih hidup kini. Dia dianggap sebagai makcik kepada anak-anak buahnya.
"Kamu tak tahu malu kah datang kat sini hanya nak berbincang tentang pelantikan pengerusi syarikat ni?! Bukannya memikirkan cara macam mana nak majukan syarikat ni?!"
Suriana bernada keras. Semua fokus ke arahnya. Kemarahan yang kian membara merebak dalam bilik mesyuarat itu.Turut terasa bahangnya seakan ada arang yang membakar menyala-nyala.
"Saya bercakap betul tentang ni. Macam mana nak selesaikan kalau tanpa ketuanya."
Zamri memberikan alasan. Alasan Zamri membuatkan Suriana semakin naik berang.
"Kamu ingat...kamu akan dapatlah ya apa yang kamu mahukan kan...Makcik takkan bagi sesen pun pada kamu sebab sikap biadap kamu tu."
Suriana bercakap depan-depan di khalayak pemegang saham di situ. Mereka semua berfikir semula. Perkara itu cukup memalukan Zamri sebenarnya.
"Dengar sini. Mulai hari ini, selagi saya masih hidup selagi itulah saya akan tetap menjadi pengerusi syarikat ni untuk gantikan abang saya. Kamu semua faham tak?!"
"Faham."
Semua bersetuju dengan arahan itu. Hati semakin panas membakar mendengar makluman itu dari Suriana. Zamri hanya menghelah nafas panjang. Shira juga semacam tidak percaya dengan situasi yang ditontonnya sekarang.
***
"Apa yang makcik buat ni?!"
Zamri masih tidak berpuas hati dengan perkara itu. Mereka berdua bertemu dengan Suriana di bilik arwah ayah mereka selaku pengerusi syarikat. Suriana hanya duduk di kerusi putar dengan tenang seraya memejam mata.
"Makcik tak setuju kamu yang akan mengambil jawatan ni."
"Kenapa pula..Makcik, ini demi kebaikan ayah juga. Kalau tak ada kami, siapa yang akan mengurus semua benda dalam syarikat ni."
Shira akhirnya bersuara. Dia juga berfikiran sama seperti Zamri. Hanya mengejar pangkat dan harta semata-mata.
"Awak pun sama!"
"Apa?!"
"Kamu sepatutnya menjadi contoh yang baik pada adik kamu. Tapi, kamu juga sama saja perangai dengan adik kamu. Menyusahkan betul."
Suriana tidak peduli hati siapa yang akan rasa sakit. Shira tidak percaya dengan apa yang dikatakan Suriana itu. Dia sekadar tergelak sinis.
"Apa?! Berani makcik cakap macam tu pada saya?!"
Shira semakin berang. Berketam mulutnya mendengar Suriana berkata sewenangnya.
"Kenapa? Kamu salahkan makcik lah ya?! Kamu tahu tak..Kamu tak layak dapat lebih lah harta ayah kamu. Dari awal lagi makcik tengok mak kamu, makcik memang tak suka dengan sikap biadap mak kamu dengan makcik. Kamu dah terikut dengan perangai mak kamu. Yang layak dapat semua ni hanya kepada anak kandung abang makcik saja, Airil..Bukan kamu berdua!!!"
Suriana betul-betul marah mengingatkan kisah silamnya bersama mak mereka berdua. Sebelum ini, sikap ibu kepada Zamri dan Shira cukup mengecewakan dirinya. Tetapi kini tidak lagi, ajalnya turut bertemu sama dengan hari kematian arwah mereka.
"Dahlah perampas suami orang, anak nya pula..perampas harta pusaka ayah mereka."
Suriana bercakap jujur terhadap mereka. Zamri dan Shira terasa diri dihina depan-depan. Maruah tercalar.
"Baiklah, kalau itu yang makcik mahukan..Saya akan pastikan makcik menangis darah nanti. Tunggu dan lihat saja."
Katanya pantas beredar dari situ. Shira sekadar memandang gerak-geri Zamri.Tanpa berlengah, dia juga keluar dari bilik itu. Suriana akhirnya mampu bernafas lega dengan tindakannya yang betul untuk membelah dirinya yang pernah terseksa ketika bersama dengan mereka berdua. Dia menarik nafas dengan perlahan-lahan. Suasana dalam bilik pejabat kian sepi dan menyenangkan. Masa untuk merehatkan diri.

Book Comment (770)

  • avatar
    FarhaniMariah aliah

    good and bestt

    5h

      0
  • avatar
    __fendyofficial

    nice

    15h

      0
  • avatar
    Muhammad Haikal Matias

    best and good

    1d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters