logo text
Add to Library
logo
logo-text

Download this book within the app

Chapter 5 Kenapa Suzy nak tinggalkan Mikayla

Selepas itu bos terus bergerak masuk ke dalam biliknya. Sambil Mikayla mengemas barangnya untuk pindah ke meja Suzy dia ada juga bisik di dalam. hati "Aisyyy kenapa lah dalam ramai ramai pekerja dekat sini aku juga kena gantikan Suzy".
Selepas itu dia terus mengemas dan susun barangnya di tempat meja lama Suzy itu. Barang barang dari meja lamanya semua dia letakkan di meja itu. Habis sahaja mengemas dia terus masuk ke dalam bilik bos ilham seperti yang di arahkan sebentar tadi.
"Park park.... Boleh saya masuk." Kata Mikayla sambil mengetuk pintu.
"Boleh masuk sahaja. Haha Mikayla jemput duduk." Kata bos ilham.
"Ye bos kenapa suruh saya masuk ke dalam bilik bos ni ya." Kata Mikayla sambil jantung yang berdegup kencang.
"Tiada apa pun. Okey meh saya straight to the point. Seperti mana awak tahu awak akan menggantikan Suzy." Kata bos ilham
"Maaf mencelah tapi kenpa saya ya kena gantikan Suzy." Kata Mikayla
"Mungkin sebab awak rapat dengan dia. Suzy sangat mudah faham pasal kerja dia. Saya harap awak pun sama. Lagipun ni Permintaan dari Suzy sendiri. Dia suruh saya tolong tengokkan awak. Apabila awak jadi pembantu peribadi saya boleh saya tengokkan awak betulkan." Kata bos Ilham.
Dalam hati Mikayla ketika itu "Ishhh adoilah Suzy ni kenapa dalam banyak banyak orang aku juga disuruh olehnya untuk gantikan tempat dia. Aku dah lah tak suka banyak kerja ni kuranglah masa aku untuk membaca buku"
"Kenapa Mikayla ada masalah ke dari tadi senyum sendiri." Kata bos ilham
"Eh tiada apa lah bos. Faham. Bos saya nak tanya. Kalau waktu rehat sambil orang lain tengah makan boleh ke saya nak membaca buku." tanya Mikayla
"Tengok keadaan. Alah awak ni. Ni tempat kerja bukan rumah awak. Bila balik awak bacalah buku awak tu puas puas. Ouh ya awak kena ingat pangkat naik kerja pun makin naik tau." Kata bos ilham
"Ishh. Ye lah. Ada lagi ke apa apa bos nak cakap saya nak keluar dulu pergi kemas lagi sikit barang saya." Kata Mikayla
"Tiada. Oh ya esok tak payah datang guna kereta saya ambik awak sebab esok kemungkinan awak akan balik lambat sedikit pada orang lain." kata bos ilham
"Baik bos" Kata Mikayla sambil tersenyum manis

. Selepas itu Mikayla terus membuka pintu dan jejakkan kaki keluar dari bilik bosnya itu. Selepas sahaja keluar dari bilik bos dia terus duduk di kerusi baharunya itu
"Ishh.. Bosannya lah duduk sini tiada kawan. Macam mana Suzy boleh biasakan diri. Dah ah kerusi keras. Tiada kawan duduk sorang. Yang ada pun cleaner. Lalu lalang huaa bosannya." Bisik Mikayla dalam hati
Tanpa membuang masa mikayla membuka bukunya dan terus membaca buku yang dibawa olehnya. Waktu pulang telah tiba. Tibalah masa untuk Mikayla pulang ke rumahnya.
Sampai sahaja di rumah Mikayla terlihat ibu dan ayahnya sedang menonton televisyen sambil makan jajan. Jadi Mikayla masuk ke dalam dan terus duduk di tepi ibu dan ayahnya.
"Ha Mikayla dah balik macam mana kerja hari ini okey ke." Tanya ayah.
"Okey je. Penat sikit. Ye lah Mikayla dinaikkan pangkat. Ni ayah tak pergi kerja ke hari ini?" Kata Mikayla
"Haha?? kena naik pangkat" Kata ibu dan ayah serentak
"Haah ayah tak pergi kerja. Tapi jap jap kamu dinaikkan pangkat." Kata ayah.
"Ouh Mikayla tak cerita dekat ayah dan ibu ya. Mikayla lupa lah tu. Macam ni Mikayla kena gantikan tempat Suzy. Dia kena kerja dekat pejabat ayah bos mikayla." Kata Mikayla
"Wah bagusnya anak ibu. Ni bos yang ambik kamu dari rumah hari itu ya." Kata ibu
"Ye lah ibu. Mana boleh tukar bos. Kalau boleh lama dah Mikayla tukar." Kata Mikayla
"Haha baguslah tu kamu kena naik pangkat. Sampai bila kamu nak duduk tahap itu je kan." Kata ayah.
"Betul tu awak. Baguslah bos Mikayla dah naikkan pangkat mesti gaji pun naikkan." Kata ibu Mikayla
"Ish ibu ni sibuk betul dengan gaji. Mikayla naik dulu lah penat. Nak mandi solat semua." Kata Mikayla sambil bergerak naik tangga.
"Awak ni orang tu tengah penat awak sibuk dengan gaji dia." Kata ayah cuit tangan ibu.

"Eh maaflah." Kata ibu
Mikayla masuk ke bilik dan terus mandi. Selesai mandi Mikayla akan solat dan terus mengaji. Selepas selesai semua perkara itu barulah Mikayla mulakan membaca buku yang tidak lagi dibaca. Mikayla jugak akan menyiapkan semua tugasannya yang belum lagi disiapkan di pejabat.
Selepas itu baru Mikayla akan tidur dengan lena. Keesokan harinya, Mikayla terlajak tidur dan terbangun. lewat. Jadi bangun sahaja Mikayla terus mandi dah solat. Selepas itu bersiap untuk pergi ke tempat kerja.
Apabila turun bawah terus membawa lari kasut dan masuk ke dalam kereta bos yang sudah lama menunggunya di luar.
Di dalam kereta,

"Maafkan saya bos saya terlajak tidur." Kata Mikayla
"Kenapa banyak sangat ke kerja saya bagi sampai awak tidur lewat semalam." Kata bos ilham
"Bukan. Saya terlajak tidur. Saya tak sebut pun pasal kerja." Kata Mikayla
"Dah tu . Bukankah biasanya orang yang tidur lewat akan bangun lewat juga." Kata bos ilham
Di dalam hati Mikayla ketika itu "Ishh aku tak suruh pun kau tunggu aku. Kau yang Beria nak ambik aku untuk di bawa ke pejabat. Siapa suruh?"
"Mikayla saya bercakap dengan awak boleh pulak awak pergi tenung tingkap tu lama lama " Kata bos Ilham
"Ha apa tadi. Alaa bos bukan selalu kan." Kata Mikayla
"Ish Ish Ish." Kata bos Ilham
Selepas itu mereka berdua terus diam sehingga sampai di pejabat. Sampai sahaja di pejabat Mikayla terus turun dan berlari meninggalkan bosnya yang jauh di belakang. Dia tidak mahu menaiki sama lif dengan bosnya.
Sayangnya lif lain rosak hanya satu sahaja yang masih elok jadi dia terpaksa menaiki sama lif dengan bosnya. Sampai di tingkat yang sepatutnya pejabat mereka. Mikayla terus berlari masuk ke dalam bilik tempat kerjanya.
Dia tidak perasan bos ilham hanya perhatikan sahaja dia dari belakang. "Comel juga perempuan ni hahaha."
Lalu mereka berdua pun sambung membuat kerja masing masing. Sedang mereka membuat kerja tiba tiba kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam pejabat itu. Sudah pasti setiap pelawat akan disambut oleh pembantu peribadi dahulu.
"Ye encik nak jumpa siapa." Kata Mikayla tanpa melihat muka lelaki tersebut
Tiba tiba lelaki itu pusing serentak
"Awak?" Kata mereka berdua serentak.
"Nak jumpa dengan siapa." Kata Mikayla sambil kawal suara.
"Aku nak jumpa dengan kau. Eh memang taklah aku nak jumpa dengan bos kau lah. Ilham." Kata Ammar
"HMMMM. Ye lah jom saya bawakan jumpa dengan bos ilham." Kata Mikayla dengan senyum terpaksa
"Tak perlu aku boleh je jalan sendiri. Aku tahu lah bilik bos kau tu. Kau tak perlu acah depan aku tau. Dia tu sahabat aku aku tahulah bilik dia dekat mana " Kata Ammar
"Ikut encik lah. Malas saya layan buat lah apa encik suka." Kata Mikayla yang sudah hilang sabar.
Selepas itu Ammar terus bergerak masuk ke dalam. bilik ilham
"Eh bro kenapa tak cakap nak datang ke pejabat aku." Kata ilham
"Haha sahaja nak bagi kau kejutan." Kata Ammar
"Adoii kau perangai tak berubah dari kecil. Sama sahaja perangai tak berubah pun." Kata ilham
"Haha. Ouh ya ilham kau boleh tak ajar sikit perkerja kau tu." Kata Ammar
"Yang mana satu? Mikayla ke?" Tanya ilham.
"Entah aku manalah kenal semua pekerja kau nama apa." Kata Ammar
"Haaa kenapa dengan dia?" Kata ilham
"Kau tahu dia tu punyalah tiada adab dengan aku." Kata ammar
"Ye ke aku tengok dia baik sahaja. Kalau kau nak tahu dia sudah lama tahu kerja dengan aku. Semua client yang jumpa Ngan aku gembira je dengan layanan dia. Kau pernah jumpa dia ke hahaha??" Kata ilham
"Ishhh kau ni. Kalau kau nak tahu ye memang aku pernah jumpa dia sebelum kau bawa pergi dinner lagi." Kata ammar
"Haaa apa maksud kau. Kau kenal dia macam mana?" Kata ilham
"Aku kenal dia masa kemalangan jalan raya hari itu." Kata ammar

"Ouh. Tapi dia tu cantik kan hihi." Kata ilham
"Cantik apa macam tu aku tengok biasa sahaja. Takde lah cantik sangat pun hahhaa. Pelik lah taste kau ni." Kata Ammar.
"Dia cantik lah. Dah lah bijak. Mak dia baik gila dho." Kata ilham.

"Haaa ye lah. Kalau berkenan dia ngorat lah dia ajak kawin terus." Kata ammar
"Eh aku malu lah. Aku takut kena reject nanti." Kata ilham
"Takkan lah. Kau sendiri cakap dia baik takkan dia nak tolak kan. Dia takkan malukan kau depan orang ramai." Kata ammar
"Nanti lah bila aku dah sedia. Aku tak sedia lagi." Kata Ilham
"Haha okey. Ikut kau lah. Ni haha aku datang sebenarnya nak ajak kau ride motor. Tapi kau macam ada mission lain je malas ah ganggu kau." Kata ammar
"Hahaha onz je tapi aku kena hantar dia dulu lah sebab aku ambik dia dari rumah tadi." Kata ilham
"Lah kenapa kereta dia rosak ke apa." Kata Ammar
"Eh tiadalah aku sengaja nak ambik dan hantar dia. Hahaha. Dia pun ikut sahaja cakap aku. Janji aku bagi dia membaca dekat pejabat ni waktu rehat." Kata ilham
"Ulat buku ke siak." Kata ammar
"Haah kalau kau nak tahu dia tu tiap tiap hari bawa buku baru." Kata ilham
Tiba tiba. Ketuk... Ketuk... "Boleh saya masuk"
"Haha masuklah Mikayla." Kata ilham
"Ni haha air untuk bos dan encik Ammar." Kata Mikayla
"Terima kasih Mikayla. Kerja semua dah siap ke." Kata bos ilham.
"Dah bos." Kata Mikayla
Bwerkkk.... Bersembur air teh yang dibuat Mikayla dari mulut Ammar.
"Air apa ni pahit gila. Ilham pekerja kau ni pandai buat air tak. Tak sedap langsung." Kata Ammar
"Eh ye ke kejap aku rasa." Kata ilham sambil rasa air itu
Dalam hati Mikayla "Ishhh mamat ni aku rasa nak menyepak je dalam pejabat ni sedap dia kata air yang aku ikhlas buat tanpa disuruh tu tak sedap." Ia berkata sambil tersenyum manis
"Okey je aku rasa. Mulut kau je kot rasa macam tu." Kata ilham
"Dah aku tak nak air ni. Macam mana siak kau rasa okey. Aku nak air baru." Kata ammar
"Baik lah encik Ammar saya buat yang baru." Kata Mikayla
"Eh tak perlulah Mikayla. Saya rasa air ni okey sahaja. Ish kau ni Ammar." Kata ilham
"Tidak mengapa bos saya tak suka orang kutuk air tangan saya. Saya buat yang baru sahaja sampai encik Ammar puas hati. kejap ye." Kata Mikayla.
Mikayla pun kutip semula cawan air yang dibuatnya untuk encik ilham dan Ammar itu. Dia terus bergerak pergi ke pantary.
"Ishhh geram betullah aku. Dia ingat dia siapa siak nak arah arah aku. Nasib lah dia kawan bos. Geram je hati aku nak curah air tu dekat muka dia. Dia nak sedap sangat buatlah sendiri. Bukan dia bayar gaji aku pun." Kata Mikayla dalam hati sambil membuat air teh yang baru
"Ishh tak baik lah kau ni." Kata ilham
"Apa dah betullah apa aku cakap air dia tak sedap kan. pahit gila." Kata ammar
"Aku rasa elok je. Pelik pelik lah mulut kau ni Ammar." Kata ilham

Tidak lama kemudian sedang mereka berborak tiba tiba Mikayla ketuk pintu semula dan masuk bersama air teh yang. baharu.
"Nah ye. Bos ilham dan encik Ammar." Kata Mikayla
"Sedap Mikayla." Kata ilham
"Terima kasih bos." Kata Mikayla
"Okey lah dari tadi. Tapi biasa je. Cuba kau ikhlas sikit ya buat air ni. Kau nak bagi orang minum tau." Kata Ammar.
"Baiklah encik Ammar. Bos ilham saya mintak izin keluar dulu ye." Kata Mikayla
"Okey. Terima kasih ya Mikayla." Kata bos ilham
Mikayla pun buka pintu dan kembali ke meja asalnya
"Tak baiklah kau ni cakap dengan perempuan macam tu." Kata ilham
"Perempuan macam tu tak layak cakap baik baik bro. Aku tengok macam tak ikhlas je dia tu buat air untuk kita." Kata Ammar
"Eh kau ni. Mana kau nampak ikhlas dia. Ni ada apa pa lagi ke nak borak. Kalau tiada apa aku nak sambung kerja. Kau dah boleh dimintak keluar dari pejabat aku." Kata ilham
"Walaweh member sendiri halau sebab perempuan tu." Kata Ammar.
"Ishh dan balik balik." Kata ilham
Ammmar pun keluar dari bilik ilham. Oleh kerana sebelum keluar dari pejabat itu sudah semestinya lalu di hadapan bilik Mikayla jadi dia terus menjeling mikayla di hadapan bilik itu. Mikayla yang perasan turut membalas jelingan itu.

Habis sahaja waktu bekerja. Mikayla pun tunggu di kerusi sambil menunggu bosnya habis kerjanya. Sampai tertidur Mikayla menunggu bosnya habis kerja. Habis sahaja ilham menyelesaikan kerja. Ilham pun mencari Mikayla untuk menghantar Mikayla pulang.
Tiba tiba dia ternampak Mikayla sedang tidur di kerusi. Dia cuba mendekati Mikayla dan mengejut Mikayla. Akhirnya Mikayla terbangun juga walaupun dalam keadaan mamai. Ilham mengawasi Mikayla agar tidak jatuh. Mahu pegang sudah pasti mereka tahu batas dalam agama.
Sampai sahaja di kereta ilham bantu membuka pintu untuk Mikayla. Mikayla masuk ke dalam kereta ilham dan terus terlelap balik. Sedar sedar sepanjang perjalanan dia tertidur atas bahu ilham. Ilham juga cuba banyak kali tolak kepala Mikayla berlapik dengan tudung Mikayla sendiri.
Apabila sampai di rumah mikaylah. Ilham mengetuk pintu rumah Mikayla terlebih dahulu.
"assalamualaikum makcik pakcik." Kata ilham
"Waalaikumussalam OUH bos Mikayla. Ye ada apa ye mana Mikayla." Kata ayah Mikayla
"Haah pakcik. Mikayla tidur dalam kereta saya sekejap ya saya kejutkan dia." Kata ilham
"Haha ye lah nak." Kata ayah Mikayla
Ilham pun bergerak ke pintu arah Mikayla duduk dan tidur itu.
"Mikayla bangun. Dah sampai ni rumah awak." Kata ilham
"Ouh dah sampai ye kejap ya." Kata Mikayla sambil mamai memegang beg.
Mikayla pun turun dari kereta sambil terhuyung-hayang. Ilham mengawasi Mikayla sampai di hadapan muka pintu agar Mikayla tidak jatuh. Apabila Mikayla masuk ke dalam rumah barulah ilham lega
"Maafkan saya ye pakcik hantar anak pakcik agak lewat. Saya terlalu leka membuat kerja tadi sampai tak sedar dia dah tidur di atas sofa pejabat saya." Kata ilham meminta maaf dari ayah Mikayla
"Takpe pakcik faham. Kamu hati hati ye. Gelap ni." Kata ayah Mikayla
"Baik pakcik saya mintak diri dahulu ya." Kata ilham sambil salam dengan ayah Mikayla
Selepas itu ayah Mikayla pun mengangguk kan kepala. Ilham pun masuk ke dalam kereta dan terus bergerak pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah ilham pun terus mandi dan baring di atas katil. Sebelum tidur ilham asyik terfikir fikirnya Mikayla sahaja
"Ya Allah cantiknya dia. Tidur pun comel macam mana kalau jadi isteri aku ye nanti." bisik ilham di dalam hati.
Ilham pada malam itu tidur dengan senyuman sahaja dia pipinya. Hihi.

Keesokan harinya, Mikayla pun bangun pada awal pagi turun dan mahu makan pagi bersama ibu dan Ayahnya.
"Hi ibu dan ayah. Selamat pagi hehe." Kata Mikayla sambil mencium pipi ibu dan Ayahnya
"Macam mana kamu semalam lena tidur." Tanya ibu

"Eh hahaha kenapa ibu tanya macam tu. Ada apa apa yang berlaku ke semalam Hahaha. Ayah ada apa jadi ke." Kata Mikayla
"Kamu tu tak behave betul tidur depan bos kamu. Bos kamu cerita sampai banyak kali jatuh atas bahu dia. Dah lah mamai. Mengigau pula tu." Kata ayah kepada Mikayla
Di dalam hati Mikayla ketika itu terus terdiam " Ya Allah betulkah perangai aku macam tu sekali semalam. Apa lah kau ni Mikayla. Hahaha Adoii." Kata Mikayla sambil tersenyum di dalam hati
"Tengok tu ayah tengah cakap dengan dia boleh dia berangan sambil tersenyum depan roti tu
" Kata ibu

"Eh. Mana ada ibu. Ye ke ayah ilham cerita macam tu. Uisshhh. Hahaha." Kata Mikayla
"Gelak pulak dia."Kata ibu dan ayah
"Ahaha. Ibu ayah Mikayla dah lambat Mikayla mintak pergi ke pejabat dulu. Terima kasih untuk roti dan air ni. Love u." Kata Mikayla sambil salam tangan ibu dan ayahnya
Selepas sahaja bersalam Mikayla terus masuk ke dalam keretanya. Mikayla berkata sendiri "Betulkah aku sebuah tu. Hahaha malu nya ya Allah. Macam mana lah aku nak jumpa bos Hari ini. Arghhh" sambil tersenyum seorang diri
Sampai sahaja di pejabat Mikayla terus masuk ke lif dengan begitu pants supaya tidak terserempak dengan bosnya ketika itu. Tetapi apalah nasib terserempak dengan bosnya di lif ketika itu. Sepanjang di dalam lif Mikayla kelihatan malu malu .
Tiba tiba bos bisik di telinga Mikayla "Comel awak tidur semalam." Muka Mikayla terus berubah menjadi merah.
Sampai sahaja di tingkat pejabat mereka. Mikayla terus berjalan dengan laju masuk ke dalam bilik yang sepatutnya. Bos juga senyum sendiri masuk ke biliknya.
"Arghhhhh!! Kenapa aku malu ni kena puji dengan bos. Ya Allah aib muka buruk aku hahahaha." Jerit Mikayla di dalam biliknya di pejabat itu.
Mereka berdua pun sambung membuat kerja. Masuk sahaja wkatu rehat bos ilham ketuk pintu bilik Mikayla.
"Boleh saya masuk sibuk ke." Kata bos ilham
"Ishh masuk sahaja. Bos kan bos kenapa kena mintak izin saya dahulu nak masuk ke pejabat sendiri. Hahaha. OUH ya saya tak sibuk pun saya tengah membaca buku ni." Kata Mikayla
"OUH. Suzy telefon tadi dia suruh saya ajak awak makan tengah. Jom kita pergi ke kafe bawah." Kata ilham
"Baiklah bos. Bos pergilah dahulu nanti saya datang ye." Kata Mikayla
Bos pun bergerak ke kafe terlebih dahulu. Mikayla pun mengambil kunci kereta, dompet dan semestinya buku sebelum turun ke kafe. Sampai sahaja di kafe.
"Kamu nak makan apa Mikayla. Pesan Sahaja hari ini saya bayarkan untuk awak." Kata bos Ilham
"Eh betulkah ini. Takpelah bos. Menyusahkan bos sahaja. Saya boleh bayar sendiri." Kata Mikayla
"Betullah. Awak makan sahajalah apa yang awak nak makan. Belikan lah sekali untuk kawan kawan yang tak turun ke kafe tu." Kata bos ilham
"Baik bos. Moga murah rezeki bos dan selalu dipermudah segala urusan." Kata Mikayla
"Terima kasih Mikayla awak pun sama." Kata bos ilham
Lalu mereka pun memesan apa yang mahu dimakan dan diminum oleh mereka berdua pada saat itu. Sambil menunggu makanan dan minuman sampai Mikayla sudah semestinya membuka bukunya dan terus membaca bukunya itu.
"Awak memang suka membaca buku cinta macam ni." Tanya bos ilham
"Haah bos seronok tahu membaca buku macam ni. Kita dapat rasa feel dia." Kata Mikayla
"OUH heheh. Sambung lah baca." Kat bos ilahm
"Kenapa bos tak suka membaca ke?" Kata Mikayla.
"Bukanlah macam tu. Tapi saya sudah lama tidak membaca buku. Lagipun saya tak minat. Saya pun banyak kerja juga nak buat. Tiada masa nak cari buku ni." Kata bos
"Ouh. Heheh saya faham bos. Minat orang tak sama kan bos." Kata Mikayla
"Betul tu. Minat orang tak sama." Kata bos ilham
Makanan pun sampai. Mereka berdua pun makan bersama sama. Mikayla makan sambil membaca buku. Mereka juga ada berborak bersama sama berdua sambil makan.
Habis sahaja makan. Bos ilham pun pergi bayar sambil itu Mikayla memegang makanan untuk rakan sepejabat yang lain.
Sambil bergerak semula naik ke pejabat miliknya Mikayla mengucapkan terima kasih kepada bosnya keran sudi belanjanya makan lunch pada hari ini. Bos ilham hanya membalas dengan senyuman.
















Book Comment (303)

  • avatar
    n******4@gmail.com

    Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..

    03/07/2022

      0
  • avatar
    EduardoWafiy

    bagus jalan ceritanya

    4d

      0
  • avatar
    Mohd ZinHusna Najihah

    jalan cerita dah best. tapi penggunaan bahasa, kata dan tatabahasa berterabur. tak masuk typo lagi 😭

    23d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters