logo text
Add to Library
logo
logo-text

Download this book within the app

Chapter 4 First time meet

Mikayla hanya mengikut bos ilham sahaja kerana dia segan dengan semua orang yang berada di situ. Oleh kerana program tidak mula lagi. Ramai datuk dan Tan Sri berborak sesama sendiri. Begitu juga dengan bos ilham. Ketika bos sedang berborak dengan seorang datuk tiba tiba Mikayla berasa seperti mahu ke tandas.
"Bos. Boleh tak saya pergi tandas kejap saya sakit perut pulak tiba tiba." Kata Mikayla bisik kepada bos ilham
"Boleh pergilah. Dekat depan pintu masuk ya." kata bos Ilham
"Baiklah terima kasih bos. Mintak diri dahulu ye datuk." Kata Mikayla sambil senyum.
Mikayla pun terus berlari masuk ke dalam bilik air. Selepas sahaja habis membuang air kecil Mikayla pun berdiri di hadapan cermin untuk touch up sedikit make up nya. Dia sebenarnya nervous.
Selepas sahaja keluar dari tandas Mikayla pun berlari tergopoh gapah mencari bos ilham. Sedang Mikayla mencari bosnya tiba tiba terlanggar orang.
"Maaf encik." Kata Mikayla tanpa melihat muka.
"Eh pandang depan lah jalan." Kata Ammar
Selepas itu mereka pandang sesama sendiri.
"Eh awak!" Kata mereka berdua serentak.
"Awak buat apa dekat sini. Awak ikut saya ke. Kan saya dah bayar hutang awak." Kata Mikayla
"Eh perempuan ni. Tiada masa aku nak cari kau. Aku ada kerja lah dekat sini. Kau tu yang ikut aku kan." Kata Ammar
"Eh sedap je suka hati dia je tuduh tuduh orang." Kata Mikayla
Lalu mereka berdua pun bertengkar di situ. Ilham yang perasan mereka berdua bertengkar terus berlari ke arah mereka.
"Eh apa ni." Kata bos ilham
"Bos tengok lelaki ni lah yang saya cerita saya terlanggar hari tu. Tengok dia ikut kita sampai ke sini." Kata Mikayla
"Eh sedap sedap kau je kata aku ikut kau." Kata Ammar
"Stop. Mikayla ni kawan saya Ammar. Ammar ni pekerja aku merangkap pa aku. Korang boleh tak jangan nak bertengkar kat tempat macam ni. Tak malu ke orang tengok." Kata bos ilham
"Dia yang start dulu dho ilham." Kata Ammar
"Eh awak pun sama je." Kata Mikayla
"Cukup. Ammar aku gembira jumpa dengan kau. Jom lah ambik tempat nanti papa kau marah. Mikayla jom ikut saya dulu pergi tempat kita" kata ilham
"Okey!" Kata mereka berdua serentak
Lalu mereka pun duduk di tempat yang sediakan masing masing
"Kenapa lambat Ammar" Tanya papa
"Takde lah jumpa minah sewel tadi." Kata Ammar
"Eh tempat macam ni pun ada orang macam tu ke." Kata mama
"Dah. Ammar pergi mula tangkap gambar. Tu program dah nak mula tu." Kata papa
"Baik pa." Kata Ammar.
Program dinner pun dimulai. Amar pun berdiri untuk mengambil swafato semua hadirin yang sudi hadir pada hari itu. Dia hanya mengikut seratus peratus dari arahan bapanya sahaja ketika itu.
Mikayla sedar yang Ammar sedang juga tangkap gambarnya.
"Bos Ammar tu siapa ye." Tanya Mikayla bisik kepada bos ilham
"OUH dia tu anak Dato'. Dia kawan saya juga. Papa saya tak dapat hadir jadi saya pergi." Kata ilham
"Faham. Dia tu baik ke bos. Sebab macam tak je." Tanya Mikayla
"Dia. Okey je. Baik lah jugak kalau kenal dia. Dia tu juru gambar. Papa dia suruh kerja dengan dia tapi dia tak nak. Ianya kerana dia lagi suka kerja sendiri. Kenapa tanya?" Kata bos ilham
"Takde apa lah bos. Terima kasih terang." Kata Mikayla sambil menjeling ke arah Ammar.
Selepas habis program sudah menjadi kebiasaan untuk mereka semua saling bertegur sapa. Jadi ilham pergi menghampiri keluarga Ammar.
"Assalamualaikum Aunty, uncle." Sapa ilham

"OUH ilham. Bapa kamu tak ikut ke." Tanya mama ammar
"Tak sebab dia ada kerja yang tidak dapat dielakkan." Kata Ilham
"Faham. Siapa perempuan sebelah kamu ni." Tanya mama Ammar
"Oh ni erm pembantu saya." Kata ilham
"Assalamualaikum Aunty uncle. Opss datuk dan datin." Kata Mikayla sambil salam mama Ammar

"OUH nama apa?" Tanya mama ammar
"Nama dia Mikayla Aunty. Heheh." Kata ilham
"Girlfriend kamu ke?" Bisik papa Ammar
"Eh tiada lah. Kami macam pekerja dengan bos sahaja." Kata ilham
Sedang mereka sedang berborak Ammar yang perasan terus menghampiri mereka.
"Eh Ammar. Macam mana kerja kau." Tanya ilham
"Okey je." Kata Ammar
"Baguslah rindu dho nak lepak dengan kau lagi." Kata ilham
"Tu ah tu. Kau ah sibuk sangat." Kata Ammar.
"Haha mana ada." Kata ilham
"Kamu berdua borak lah dulu ilham Aunty dan uncle nak pergi borak dengan orang lain. Tau Ammar." Kata mama dan papa Ammar
"Baik" Ujar mereka berdua serentak
"Woi ilham. Kau tolong pesan dekat pekerja kau ni hormat sikit orang tau." Kata Ammar

"Kenapa aku tengok dia elok je." Tanya ilham
"Memang lah elok. Kau tu bos dia. Maksud aku dengan orang luar lah." Kata Ammar.
Mikayla yang berada di tepi itu yang terdengar perbualan mereka berkata di dalam hati "Ish mamat ni ada juga aku cili kang mulut tu dia yang tak reti nak hormat orang nak salah kan orang lain pula."
Mikayla tetap tersenyum di tepi ilham. Selepas habis sahaja berborak Mikayla mengajak ilham pulang. Jadi mereka berdua pun pulang ke rumah.
Di dalam kereta,
"Bos. Boleh tak lain kali saya tak nak dah ikut bos dinner macam ni. Bos ajak Suzy je." Kata Mikayla
"Kenapa? Ouh awak tak suka ye sebab ada Ammar." Kata Ilham
"Eh bukan. Cuma saya tak selesa. Dah lah mereka semua orang berpangkat. Saya ni pekerja biasa je. Ouh ya lagi satu kenapa bos kata saya pa bos bukan Suzy ke." Kata mikayla
"Ala awak ni pangkat bukan melambangkan apa apapun. Oub ya pasal Suzy tu. Dia tiada bagitau awak ke yang dia kena ditukarkan ke syarikat baru ayah saya. Dia akan jadi pembantu peribadi papa saya. Awak kena ganti dia." Kata ilham
"What;!!! Kenapa dia tiada bagitau saya apa apapun. And why saya kena ganti dia." Kata Mikayla
"Sebab saya rasa awak lebih sesuai dengan kerja itu." Kata ilham
"Ta ta tapi. Hmm saya nak cakap apa pun dah tak boleh bos pun dah buat keputusan." Kata Mikayla
"Betul awak ikut je arahan saya." Kata ilham.
Mikayla pandang ilham dengan senyum sinis sekali di dalam hati Mikayla ketika itu "Ish Suzy ni sampai hati tak bagitau aku apa apapun. Kenapa lah dalam banyak banyak orang aku juga kena ganti. Mesti lebih susah untuk aku baca buku senyap senyap lepas ni."
Sampai di rumah,
"Terima kasih ya bos untuk hari ini. Makanan dekat situ sedap sangat." Kata Mikayla
"Sama sama. Esok jangan lupa masuk kerja awal tau." Kata bos ilham
Mikayla pun masuk ke dalam rumah. Bermula dengan memberi salam oleh kerana ibu dan ayahnya telah tidur Mikayla terus mengunci pintu dan terus masuk ke dalam bilik bersiap sedia untuk tidur.
Pagi keesokan harinya,
"Ibu ayah Mikayla tak sempat makan pagi dah lambat nak pergi tempat kerja. Love you." Kata Mikayla sambil memakai kasut oleh kerana sudah bangun lewat.
Mikayla pun memandu kereta pergi ke tempat kerja sambil Mikayla mencari kedai peniaga kecil yang menjual nasi lemak untuk dibawanya ke pejabat.
Mikayla melihat sebuah gerai nasi lemak yang tidak mempunyai seorang pun pembeli jadi Mikayla berhenti sahaja di gerai itu.
"Makcik saya nak nasi lemak kerang dua ya." Kata mikayla
Pada mulanya Mikayla tidak lihat siapakah yang meniaga Itu. Selepas sahaja makcik itu melihat Mikayla dan membalas iya Mikayla terus terkejut.
"Ya Allah makcik." Kata Mikayla dengan nada terkejut
"Eh kamu. Mikayla yang membantu makcik dahulu kan." Kata Makcik
"Haah ya Allah bagusnya makcik sekarang dah jual nasi lemak. Syukur pada Allah tak sia sia saya bagi duit kat makcik dan tolong makcik dahulu." Kata Mikayla
"Betul tu nak. Duit yang kamu bagi tempoh hari tu makcik buat modal meniaga. Alhamdulillah lepas makcik punya bil dan makan seharian." Kata makcik.
"Heheh." Kata Mikayla
"Nah makcik belanja 3 bungkus." Kata makcik
"Eh ya Allah janganlah makcik. Makcik meniaga.' Kaya Mikayla
"Takpe ambillah. Satu lagi tu kamu bagi kawan kamu yang tolong makcik dengan kamu dahulu." Kata makcik.
"Ouh Suzy ya. Ya Allah makcik. Moga dipermudahkan urusan. Dilimpahkan rezeki lebih lagi. Saya mintak diri dulu ya makcik." Kata Mikayla

Sampai sahaja di tempat kerja Mikayla terus di tempatnya. Suzy yang nampak Mikayla dah sampai terus pergi di sebelah Mikayla.
"Wah Mikayla bawa nasi lemak untuk aku ke. Hihi" Kata Suzy
"Eh tak lah untuk makcik jiran rumah aku. Ye lah untuk kau lah." Kata mikayla
"Apa ni garang sangat hari ni." Kata Suzy
"Oi Suzy. Ingat tak makcik yang kita tolong haritu belanja apa semua tu." Kata Mikayla
"Ingat kenapa?" Jawap Suzy sambil buka nasi lemak
"Ni nasi lemak kedai dia lah." Kata Mikayla
"What ye ke Wey tak sia sia kau tolong dia." Kata Suzy
"Kan. Ni pun dia belanja." Kata Mikayla
"Eh jap. Ni ada tiga. Kau aku satu lagi siapa punya takkan kau makan dua kot. Setahu aku kau bukan sorang yang makan banyak. Bagi aku je lah hoho sedap siak nasi lemak ni the best ever." Kata suzy
"Eh kau bab makan laju je.. Pun ya lupa nak tanya. Apa bos cakap dekat kau?" Tanya Mikayla memandang tepat mata Suzy
"Eh apa ni manalah aku tahu kenapa pandang aku macam tu seram ah Mikayla." Kata Suzy sambil tertawa kecil
"Ye ye je tak tahu. Ke buat buat tak tahu?" Kata Mikayla
"Ye kenapa ya Allah." Kata Suzy.
"Semalam bos cakap kau kena pindah ke pejabat papa dia. Asal kau tak bagitau aku eh." Kata Mikayla
Suzy yang pada ketika itu sedang makan terus tersedak. "Ya Allah air air."
"Eh mana kau tahu ni. Adoi bos ni cepat betul bagitau kau." Kata Suzy
"Jadi betullah kau nak tinggalkan aku dekat pejabat ni sorang sorang." Kata Mikayla dengan suara sudah mula sebak.
"Eh janganlah nangis. Ye aku tak nak bagi tau kau sebab ni lah. Aku pindah sebab terpaksa sebab kerja. Alaa jangan camni Mikayla kita masih boleh jumpa kan dekat luar macam Alya tu." Kata Suzy sambil memeluk Mikayla dengan tangan yang berbau nasi lemak itu
"Hmm aku dah tiada teman untuk berborak dah. Tiada siapa nak kacau aku membaca. Tiada siapa nak ajak aku makan. Tiada siapa dah nak buat lawak dekat pejabat ini." Kata Mikayla
Tanpa disedari oleh mereka berdua bos ilham ada lalu ketika Mikayla itu nangis tetapi dia hanya biarkan sahaja.
"Laa Jangan macam ni Mikayla. Kau buat aku rasa serbersalah gila. Alolo juga pun boleh je telefon kan. Nanti aku selalu chat kau ingatkan pasal makan ya. Jangan sedih sedih Mikayla." Kata Suzy.
"Hmm takpe lah kau buat je lah kerja kau. Aku nak sambung buat kerja." Kata Mikayla sambil mengelap air matanya.
Suzy dengan rasa serbasalah terus pulang ke meja sendiri. Sedang Suzy membuat kerja tiba tiba bos ilham memanggil Suzy untuk masuk ke dalam biliknya.
"Ye bos ada apa panggil saya." Kata Suzy
"Duduk dulu. Saya nak tanya kenapa dengan kawan awak tu nangis." Kata bos ilham
"OUH maksud bos Mikayla ke. Tiada apa-apa bos. Mungkin dia terlalu emosi sebab banyak baca novel sedih kot." Kata Suzy cuba untuk menipu bos ilham
"Awak jangan nak tipu saya ya. Saya tahu mesti ada sebab lain. Ceritakan sahaja pada saya. Kalau tak saya potong gaji awak." Kata bos ilham.
"Eh janganlah bos. Macam ni Mikayla sedih sebab bos kan pindahkan saya ke syarikat bapa bos. Jadi dia sedih sebab kan Selamani saya yang temankan dia makan semua." Kata Suzy
"Ya Allah dah besar panjang pun kena begitu." Kata bos Ilham
"Eh bos tak faham. Dia tu anak tunggal. Pada saya lah dia selalu mengadu semua. Cerita luahan semua dia ceritakan pada saya. Ermmm bos boleh tak saya tak pindah." Kata Suzy
"Faham. Walau bagaimanapun awak tak boleh tukar. Takpe nanti saya tolong tengokkan kawan baik awak tu ya." Kata bos ilham
"Baiklah bos. Saya harap bos tak buli dia." Kata Suzy
"Awak nak ajar saya ke Suzy." Kata bos ilham.
"Eh bukan begitu bos maksud ayat saya. Maksud saya macam bos jangan lah buli dia jerkah dia macam bos selalu buat dekat saya. Dia ni manja sikit bos." Kata Suzy
"Ha ye lah tengok lah macam mana." Kata bos ilham
"Ouh ya bos .Boleh saya tahu bila saya ditukarkan itu." Tanya Suzy
"Ni ha paling cepat minggu depan. Paling lambat bulan depan. Kita akan buat majlis perpisahan Awak juga nanti dekat hotel. Apa apa saya maklumkan dekat awak ye." Kata bos ilham
"Baik bos. Ada apa apa lagi ke." Kata Suzy.
"Hmm tiada. Awak minggu ni tak payah banyak buat kerja. Siapkan kerja yang tak siap dan akhir sekali kemas barang awak ye. Yang mana nak ambik simpan. Nanti saya bagi alamat tempat kerja baru awak." Kata bos
Suzy pun mengangguk dan terus keluar dari bilik bos Ilham ketika itu. Selepas perjumpaan dengan bos ilham itu suzy sambung membuat kerjanya semula.
Masa rehat telah tiba, Suzy mahu mengacau Mikayla seperti biasa tetapi Suzy perasan Mikayla sudah keluar dahulu. Suzy pada ketika itu buntu tambah rasa bersalah. Dia tidak boleh boleh membuat apa apa. Sebagai seorang pekerja sudah semestinya dia perlu mendengar arahan dari majikan.
Suzy tersenyum dan terus pergi ke kafe di bawah. Suzy pada ketika itu makan seorang diri. Habis sahaja maka dia lihat Mikayla Sudah ada di meja. Suzy menghulurkan makan kepada Mikayla. Tetapi Mikayla menolaknya.
Suzy pun beri kepada siapa sahaja pekerja yang masih lagi belum makan ketika itu. Mikayla sudah mula rasa serbersalah.
Suzy pulang ke rumah dan menelefon alya mahu tanya pendapat daripada alya.
"Hello alya kau buzy ke jom jumpa jap dekat kafe area berdekatan dengan rumah kau. Ada benda aku nak mintak pendapat kau sikit." Kata Suzy
"Boleh nanti share waze aku sampai dalam masa tiga puluh minit." Kata alya.

Suzy pun bersiap untuk bergerak pergi ke kedai makan untuk bertemu dengan alya.
Di kedai makan,
"Hey alya." Kata Suzy
"Hi Suzy. Kenapa apa nak diluahkan tu." Kat alya

"Okey Jap sebelum nak cerita lebih lanjut kita pesan air dulu baru seronok nak cerita." Kata Suzy
"Betul tu." Kata alya.
Selepas itu mereka berdua memesan air sirap ais.
"Alya. Pada pendapat awak saya pindah ke tempat kerja lain itu salah ke walaupun tu bukan keputusan saya." Kata Suzy
"Ouh ni mesti pasal Mikayla merajuk sebab taknak awak pindah kan." Tanya Alya.
"Haah oh Mikayla dah bagitau ya dekat awak." Tanya Suzy.
"Yes. Dia ada telefon saya sambil menangis tadi. Macam ni lah Suzy. Bagi saya. Saya tahu ni bukan keputusan awak. Awak kena tukar sebab kerja kan. Bukan awak yang mintak atau awak yang nak pindah. Jadi ni bukan salah awak. Mikayla tu sedih. Kalau awak tahu perangai dia dia memang jenis macam tu." Kata Alya.
"Ye betul tu. Kalau ikutkan hati saya tak nak pun pindah. Siapa je kan nak tinggalkan kawan baik sendiri tambah lagi dengan semua pekerja di situ saya sudah mula rapat. Tapi tu lah takdir saya kena tukar tempat kerja." Kata Suzy
"OUH ya awak kena tukar ke company mana ya? Sabar je lah ya dengan. perangai Mikayla tu percaya lah dia takkan merajuk lama nanti dia bosan tadi tempat mengadu atau luah dia cari awak jugak." Kata alya.
"Faham. Saya kena pindah ke company tak silap nama dia mega holding kot saya tak ingat sangat kenapa eh?" Kata Suzy
"OMG you know what's that my company. Tapi alya masih baru so jadi pekerja bawahan lagi lah. Seriuslah Suzy kerja jadi assistant bos dekat situ." kata alya dengan nada teruja.
"Oh my goodness serious. Kan best kalau Mikayla pun kerja tempat sama sekali." Kata suzy.
"Itu lah tiada Rezeki. Oh ya buat masa ni tidak perlulah rasanya memberitahu Mikayla nanti dia ber tambah sedih pula. Suzy tenang je nanti alya pujuk Mikayla. Hehe dah minum lah. " Kata Alya memujuk Suzy.
Selepas itu Suzy pun pulang ke rumah. Suzy kelihatan tidak tenang. Esok sudah tiba hari terakhir Suzy berkhidmat di syarikat itu sebelum berpindah ke syarikat yang baharu. Sudah pasti suasana semuanya akan sangat berbeza.
Keesokan harinya, awal pagi lagi Suzy dan Mikayla sudah pergi ke tempat kerja. Sebelum sampai di tempat kerja Suzy telah meletakkan nasi lemak dan sepucuk surat.
Apabila Mikayla tiba sudah pasti Mikayla siapakah yang membeli makanan kegemarannya itu. Tanpa membuang masa mikayla terus membuka surat itu. Di dalam Surat itu ada tertulis
"Hi Mikayla. Suzy nak mintak maaf kalau Mikayla rasa Suzy tipu Mikayla. Suzy tiada niat pun nak tinggalkan Mikayla. Ini kerana kerja. Jangan risau kita boleh sahaja jumpa selepas habis dari kerja. Kita boleh pergi shopping sama sama betul kan. Suzy harap Mikayla datang dinner kita dah semua orang dalam pejabat pada malam ini. From your luv Suzy."
"Auch! Suzy ini comel sangat. Aku harap kau tak kan lupakan aku walaupun susah. Kita sudah tidak kerja satu pejabat. Mikayla akan cuba ikhlaskan sahaja Suzy pergi bukan nya tak boleh jumpa langsung dah lepas ini. " Kata mikayla kepada diri nya sendiri
Mikayla pun berdiri dan terus berlari ke arah Suzy yang sedang mengemas barang sebelum jejak kan kakinya buat kali terakhir dari pejabat itu.
"Suzy, Mikayla mintak maaf mikayla terlebih emo. Alaa pindah kerja sahaja kan. Bukan putus sahabat." Kata Mikayla sambil memeluk Suzy.
"Eh baguslah Mikayla dah sedar. Betullah tu suY pindah je bukan nak putus sahabat Ngan Mikayla. Kita tetap boleh jumpa dekat luar kan. Jangan risau nanti setiap hari waktu rehat Suzy cuba mintak izin bos untuk datang ke sini. Jangan risau ye." Kata Suzy
"Faham Suzy. Ni banyak lagi ke barang Suzy. Nak Mikayla bantu apa apa ke. Manalah tahu Mikayla boleh bantu. hehehe " Kata Mikayla
"Eh tidak mengapalah Mikayla barang ni tak berat pun. Tapi kalau nak ikut Suzy hantar barang sampai ke dalam kereta jom lah. Bos tak marah hehehe." Kata suzy
Sampai sahaja di tempat letak nya kereta Suzy. Suzy berpelukan dengan Mikayla.
"Moga gembira di tempat baru Suzy." Bisik Mikayla
"Terima kasih Kayla." Kata Suzy
Lepastu Suzy terus masuk ke dalam kereta dan memandu sambil melambai tangan ke arah Mikayla. Selepas sahaja Suzy pergi Mikayla masuk semula ke dalam pejabat untuk sambung membuat kerjanya.
Sedang Mikayla membuat kerja tiba tiba bosnya pun lalu di hadapan meja Mikayla. Dia pun berdiri di hadapan meja Mikayla.
"Ya bos kenapa berdiri tegak macam tiang bendera dekat depan meja saya ni." Tanya Mikayla.
"Saya ada banyak soalan nak tanya awak ni tapi sebelum saya nak tanya semua soalan tu. Bukan saya cakap awak kena duduk di meja Suzy ke. Awak akan gantikan dia untuk menjadi pembantu peribadi saya." Kata bos ilham
"Eh ye eh saya lupa lah bos. Boleh saya kemas barang saya dulu nanti saya letak dekat meja Suzy." Kata Mikayla
"Haha bagus tapi cepat sikit. Saya nak pergi ke bilik saya kejap. Dah siap tukae barang terus masuk ke dalam bilik saya tau." Kata bos ilham
"Baik bos." Kata Mikayla sambil tersenyum manis.













Book Comment (303)

  • avatar
    n******4@gmail.com

    Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..

    03/07/2022

      0
  • avatar
    EduardoWafiy

    bagus jalan ceritanya

    4d

      0
  • avatar
    Mohd ZinHusna Najihah

    jalan cerita dah best. tapi penggunaan bahasa, kata dan tatabahasa berterabur. tak masuk typo lagi 😭

    23d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters