logo text
Add to Library
logo
logo-text

Download this book within the app

Chapter 2 Kenapa??

Habis sahaja berborak , maksu dan Paksu tekad untuk tidur sahaja di rumah mereka pada malam itu. Ianya berpunca kerana bagi Paksu dan maksu dapat lebihkan masa dengan anak sedaranya. Mereka juga kerja sendiri maka tiada masalah untuk tambah cuti sendiri. Mereka gembira melihat keluarga sendiri bahagia.
Malam itu, mereka semua mandi dah solat maghrib berjemaah. Habis sahaja solat maghrib mereka turun ke bawah dan berkumpul di ruang tamu bersama sama untuk menonton televisyen bersama sama.
Sedang ralik semua menonton televisyen hanya Mikayla sahaja yang masih lagi sedang membaca buku di meja makan. Paksu datang menghampiri Mikayla.
"Mikayla tak tengok televisyen ke." Tanya paksu.
"Tak minat Mikayla minat baca buku je." Kata Mikayla.
"Ouh. Mikayla nak ikut Paksu dan Maksu tak esok petang esok selepas habis kerja lah tapi. Nanti bos Mikayla marah pulak kan." Tanya paksu.
"Haa Paksu dan Maksu nak bawa Mikayla pergi mana." Tanya Mikayla.
"Adalah nanti esok mesti Mikayla tahu juga." Kata Paksu.
"Wkwkwkw okey Paksu. Esok habis kerja je Mikayla balik awal. Tak sabar ni nak ikut Paksu Maksu pergi jalan jalan ni." Kata Mikayla

"Haha okey sambung lah baca buku tu." Kata Paksu.
Mikayla juga ada berkata di dalam hati " Di mana ye agak agak Paksu nak bawa aku?"
Maka Mikayla pun terus sambung membaca buku itu. Habis sahaja baca dia akan terus masuk be bilik dan terus tidur.

Keesokan harinya,
Mikayla seperti biasa bangun awal pagi dan bersiap pergi ke tempat kerja. Sebelum Mikayla akan makan pagi bersama ibu ayah dan pak su mak su terlebih dahulu. Selepas sahaja habis makan Mikayla akan bersalaman dan terus pergi ke tempat kerja.
mulakan hari anda dengan senyuman. Mikayla pergi kenapa kerja dan seperti biasa menyapa suzy terlebih dahulu.
Selepas habis sahaja kerja Mikayla pun pulang ke rumah dan terus bersiap untuk mengikut Paksu dan Maksu.
Sepanjang perjalanan Mikayla hanya membaca buku tanpa melihat ke hadapan. Sampai sahaja di situ Mikayla tertanya di manakah dia ni.
Paksu menyuruh Mikayla memejamkan mata. Maksud memimpin tangan sampai di hadapan kedai.
"Tadaaaa." Jerit Paksu dan Maksu.
"Wah ya Allah Mikayla dah lama teringin gila nak pergi ke sini. Ya Allah bookxcess. Arghhh selama ni tengok dalam internet je." Kata Mikayla.
"Hehhe Paksu dan Maksu tahu kamu suka sangat membaca buku jadi Paksu dan Maksu memang cuti untuk membawa kamu ke sini." Kata Paksu
"Mana Paksu tahu tentang tempat ini?" Tanya Mikayla.
"Paksu tanya kawan Paksu. Paksu cerita dekat dia anak sedara Paksu ni memang suka gila dekat buku. Dia rekomen kan Paksu bawa kamu ke sini heheh." Kata Paksu.
"Wah rambang mata betul dekat sini." Kata Mikayla
"Mikayla pilih lah yang mana Mikayla nak nanti Paksu bayarkan. Paksu dan Maksu pun nak cari buku juga untuk kami berdua. Manalah tahu ada yang berkenan di hati." Kata Paksu.
"Okey Paksu." Balas Mikayla sambil melihat buku.
Mikayla pun lari dah terus mencari buku yang dia inginkan. Mikayla juga sempat berswafoto dan mengupload gambar nya itu dia social media.
Ramai rakan rakan lain turut membanjiri komen dengan berkata "Untungnya, bestnya." Mikayla ambik buku yang dia tidak pernah membaca lagi. Mikayla juga turut gembira membaca komen dari rakan rakannya itu.
Dia pun memilih dan terus memilih. Selepas satu jam mencari buku. Mikayla berasa sudah banyak dipilih oleh dirinya. Tanpa membuang masa dia terus pergi ke kaunter. Mikayla melihat Paksu dan maksudnya sudah tunggu.
"Ha Mikayla dan siap pilih buku." Tanya Maksu
"Eh hahaha dah Maksu maaf ye agak lama Mikayla pilih sebab buku kat sini semua menarik menarik." Kata Mikayla
"Haa tidak mengapa jom Paksu nak bayar dah tu." Kata Maksu
Selepas itu Paksu membayar. Alangkah terkejutnya Mikayla bila cashier memberi tahu total semua sampai seribu ringgit. Sudah pasti Mikayla rasa sangat serbasalah.
Masuk sahaja ke dalam kereta Mikayla rasa serbasalah.

"Paksu Maksu Mikayla boleh bayar boleh kalau Paksu dan Maksu nak ." Kata Mikayla
"Eh tidak mengapalah anggap sahaja hadiah hari jadi kamu dari Paksu.
"Terima kasih Paksu." Kata Mikayla
Mereka pun pulang ke rumah.
Sementara itu,( waktu malam)

"Haa Ammar baru balik?" Tanya mama
"Alah mama ni macam tak biasa je. Ammar keluar dengan Nazif tadi." Kata Ammar.
"HAA ye lah tu." Kata mama
" Hehehe Ammar masuk dalam bilik dulu ye berpeluh." Kata Ammar
Pagi esok hari, ( Di meja makan)
"Selamat pagi mama papa." Kata Ammar.
"Ha Ammar bagus bangun awal meh makan sekali." Kata papa.

"Ye pa." Kata Ammar sambil minum air teh
"Ni papa nak tanya ada kerja ke hari ini." Tanya papa
"Tiada rasanya. Kenapa papa?" Kata Ammar.
"Ni papa nak mintak kamu kosongkan jadual kamu hujung bulan ni papa ada event dengan orang ramai. Papa nak kamu jadi jurugambar untuk event tu. Kamu jangan buat hal tau." Kata papa.

"Dapat apa apa ke papa. Kalau tolong papa." Kata Ammar
"Ish kamu ni dengan bapak sendiri pun berkira." Kata mama
"Ala mama ni. Mestilah kena ada upah." Kata Ammar
"Ada nanti papa bagi. Boleh ke tak ni." Kata papa
"Hm bolehlah kalau macam tu nanti Ammar kosongkan jadual pada hari itu." Kata Ammar
"Baiklah. Janji tau." Kata papa.
Selepas beberapa minit makan ,
"Papa Ammar keluar dulu." Kata Ammar
"Nak pergi mana ni." Tanya mama
"OUH nak pergi taman nak tangkap gambar kat situ." Kata Ammar
"Okey pergilah tapi hati hati." Kata mama.
Lalu Ammar pergi ke taman. Sedang Ammar sedang seronok mengangkat swafato gambar pemandangan tiba tiba Ammar ternampak perempuan kena ragut. Tanpa membuang masa Ammar mengejar si
peragut itu. Ammar berjaya mendapatkan balik beg itu walaupun tangan dia tercedera.
"Terima kasih ya encik tolong saya." Kata gadis itu
"Eh takpelah. Lain kali hati hati tau. Jangan jalan sorang sorang dekat sini ramai orang jahat gak." Kata Ammar.
"Baik encik. Ouh ya nama saya Melissa." Kata gadis bernama Melissa itu.
"Saya Ammar. Ada apa apa lagi ke." Kata Ammar

"Erm boleh tak saya nak nombor telefon awak. Boleh saya belanja awak makan tanda terima kasih sebab tolong saya." Kata Melissa.
"Eh tak mengapa benda senang je. Saya mintak diri dulu ya." Kata Ammar.
Lalu Ammar pun pergi dari situ dan sambung menganbil swafato.
"Alah terlepas aku nak nombor dia hensem nya." Kata Melissa.
Sampai sahaja di rumah,
"Assalamualaikum mama papa." Jerit Ammar dari luar depan pintu
"Waalaikumussalam. Eh ya Allah kenapa ni Ammar." Tanya mama dengan muka cuak
"Eh tiada apalah mama. Adalah tadi kat taman ada kemalangan sikit." Kata Ammar.
"Habistu dekat mana cedera. Macam mana boleh kemalangan ni. Adoii kesian anak mama ni." Kata mama.
"Eh takde apalah mama. Tadi kat taman ada perempuan tu kena ragut. Jadi Ammar pun tolonglah dia kejar peragut tu. Lepastu kenalah macam ni." Kata Ammar.
"Ya Allah. Tu lah kamu baik sangat kan dah tercedera. Bibik oh bibik ni ha tolong bawa ubat untuk anak saya." Kata mama.
"Takde apalah mama. Ammar ada dekat situ alang Alang tu Ammar tolong je lah. Hari ini hari dia esok lusa mungkin hari Ammar pula tak tahu kan" Kata Ammar
Lalu mereka pun berborak berdua di situ.
Tidak lama kemudian papa pulang dari kerja. Papa balik melihat Ammar tengah pegang lukanya pada petang tadi.
"Dah kenapa tu Ammar." Tanya papa.
"Takde apalah papa. Kemalangan sikit je." Kata Ammar.
Tiba tiba terdengar suara mama dari belakang, " benda kecik apanya. Anak awak ni berlagak nak jadi hero lepastu diri dia sendiri yang tercedera."
"Alah mama sedikit je pun esok lusa baiklah ni." Kata Ammar.
"Entah awak ni. Anak jantan kan. Kalau saya dekat tempat Ammar pun mungkin saya buat benda sama. Apalah salahnya tolong orang kan Ammar." Kata papa.
"Haa ye lah sebelahkan je lah anak awak tu. Saya bukannya apa risau dekat anak kita saya tak nak hal lama berlaku lagi." Kata mama
"Awak ni. Dia pun dah mati. Apa kata kita doakan sahaja anak kita tu moga dijauhkan dari azab Allah." Kata papa.
"Pasal apa pa." Tanya Ammar.
"Tiada apalah Ammar." Kata papa.
Lalu papa bantu ubatkan Ammar dan mama masuk ke biliknya untuk tidur.
Selepas itu Ammar masuk ke biliknya dan berfikir "Kes apa yang mama dan papa masukkan. Aku pernah ada abang ke eh."
Keesokan harinya, seperti biasa Ammar akan bersial dan bersedia untuk pergi ke majlis kahwin orang untuk mengambil swafato. Walaupun orang nampak kerja dia macam tu tapi bagi Ammar dia gembira dan seronok melakukan kerja sebigitu. Janji halal.
Habis sahaja kerja Ammar akan pulang dan siap sedia untuk lumba motor dan lepak bersama sama rakannya. Mama dan papa Ammar juga membenarkannya sahaja. Biarlah Ammar buat apa sahaja janji dia tahu jaga diri dan pulang awal ke rumah.
Keesokan harinya, Ammar pun pergi ke tempat kerja seperti biasa. Tetapi pada hari itu Ammar tidak sempat untuk makan di rumah jadi dia hanya makan dia tempat kenduri sahaja.
Sementara itu, (Mikayla)
"Selamat pagi ibu, ayah, Paksu dan Maksu." kata Mikayla.
"Selamat pagi." Balas mereka semua serentak.
"Eh Paksu dan Maksu nak pergi mana sebab nampak beg besar depan pintu tu." Tanya Mikayla.
"Mikayla, Paksu dan Maksu nak balik dah." Balas Maksu.
"Alaa cepatnya. Baru seminggu duduk sini. Huaa nanti Mikayla rindu lah." Kata Mikayla.
"Alah nanti kami datang lagi ye raya InshaAllah." Kata Paksu.
"Tiada siapa dah nak teman Mikayla membaca buku. Sebelum ni Maksu je teman Mikayla membaca sebab kami ada minat yang sama alaa hmmm." Kata Mikayla.
"Kamu ni Mikayla. Macam tak boleh jumpa dah nanti jumpa lah raya nanti adoii." Kata ibu.
"Tu lah. Orang kalau dah rapat nak berpisah susah betul.
"Hahaha betul kata ibu dan ayah kamu tu Mikayla. Kalau rindu Paksu dan Maksu telefon je. Bila bila masa insyallah kami akan cuba jawab. Lagipun kami bukannya ada anak kan." Kata Maksu
"Hmm. Maksu Paksu Mikayla mintak diri peri kerja dulu." Kata Mikayla sambil memeluk badan Maksu dan Paksu kesayangan.
Lalu Mikayla pun bergegas ke tempat kerja. Dalam perjalanan tiba tiba Mikayla terlanggar orang. Jadi Mikayla pun berhenti untuk melihat siapa yang dilanggarnya. Mikayla sudah cuak. Dia pun menelefon Suzy dan memberi tahu bahawa mungkin dia akan masuk kerja lambat sikit.
"Cik maafkan saya cik tidak apa apa ke." tanya Mikayla
"Eh perempuan kau ni bawa kereta macam mana eh. Nasib tiada apa apa jadi dekat aku. Mata kau letak dekat mana eh. Kalau tak pandai bawa kereta tak payah bawa menyusahkan orang sahaja kau ni." Kata Mellisa
"Maaf cik saya betul betul tak sengaja. Cik nak saya bawa pergi ke klinik." Kata Mikayla.
"Tak payah. Entah ke mana entah kau nak bawa aku lagi kan." Kata Melissa.
"Tidak mengapalah. Ni kad saya nanti apa apa nak tuntut boleh je chat saya. Saya mintak maaf sekali lagi. Saya dah lambat ni. Maaf tau." Kata Mikayla sambil menghulurkan kad tentang dirinya.
Mikayla terus masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan untuk pergi ke pejabat dia mengigil tangan. Baru pertama kali Mikayla terlanggar orang.
Sampai sahaja di pejabat Mikayla kelihatan tidak seperti biasa. Wajahnya seperti orang yang ketakutan. Suzy yang ternampak itu terus datang dekat dengan Mikayla.
"Mikayla awak okey tak ni. Muka nampak pucat sangat. Awak tak sihat ke. Tadi kenapa datang lambat. Nasib baik lah bos memahami." Kata Suzy.
"Sini jap meh aku bisik. Tak boleh cakap kuat kuat. Sini banyak makcik bawang." Kata Mikayla.
"HAA kenapa?" Kata Suzy bisik di telinga Mikayla
"Tadi aku terlanggar orang. Hmmm." Kata Mikayla
"Habistu teruk tak. Kau jadi apa apa ke. Orang tu macam mana." Kata Suzy bunyi seperti tergopoh gapah.
"Isyhhh kau ni. Jangan lah cakap kuat kuat. aku okey orang tu pun okey je. Cuma tu lah kau tahu dia marah aku kuat gila dekat jalan tadi. Aku pun tak tahu salah siapa. Dia mintak jalan macam tu je aku pun tak nampak dia." Kata Mikayla
"Ouh Sian kau mesti malu. Lepastu kau mintak maaf ke dekat dia ke kau lari je." Tanya Suzy
"Mesti lah aku cakap baik baik dengan dia. Buatnya ada orang rakam atau ada cctv tak ke Naya aku masuk balai cubaan membunuh. Tambak. Mana nak letak muka aku dan mak ayah aku erhhh." Kata Mikayla.
"Faham. Lepastu macam mana." Kata Suzy.
"Aku okey dah. Kau ni takde kerja ke pergilah buat kerja. Aku nak buat kerja nanti bos marah pulak. Aku dah lah masuk lambat takkan kerja pun tak siap. Habis gaji aku kena potong nanti " Kata Mikayla.
"Haha okey. Aku pun nak sambung kerja dulu. Kalau kau ada apa apa bagitau aku tau." Kata suzy
"Ye cik Suzy. Dah gi sambung kerja. heheh." Kata Mikayla.
Suzy dan Mikayla pun sambung buat kerja masing masing. Mikayla cuba juga siapkan kerja yang banyak itu sebelum pulang dan menghantar kerja itu di bilik bos tepat pada masa.
Habis sahaja kerja Mikayla pun terus pulang ke rumah dia.
"Assalamualaikum ibu Mikayla dah balik " Kata Mikayla dengan suara keletihan.
"Waalaikumussalam. Dah balik dah Mikayla dah makan belum." Kata ibu
"Belum ibu. Penat gila hari ni dengan banyak perkara berlaku lagi." Jawap Mikayla.
"OUH ye ke kalau belum makan pergilah makan dulu. Panaskan dulu ye. Jangan makan sejuk sejuk tak sedap." Kata ibu.
"Baik ibu terima kasih ibu." Kata Mikayla.
Selepas itu ibu pun masuk ke biliknya dan tidur. Mikayla juga turut masuk ke dalam bilik untuk mandi dah solat sebelum turun panaskan lauk dan makan makanan yang berasa di bawah tudung saji.
Keesokan harinya, seperti biasa Mikayla pergi ke tempat kerja. Sedang ralik Mikayla tengah membuat kerja Suzy datang ke arah Mikayla.
"Mikayla kau Sibuk ke." Tanya Suzy
"Takde lah Sibuk mana kenapa Suzy. Ada apa apa nak cerita ke?" Jawap Mikayla
"Eh tak bukan aku." Kata Suzy.
"Habistu siapa?" Kata Mikayla
"Tu haa bos panggil kau masuk ke bilik di sekarang apa entah dia nak bagitau." Kata Suzy
"Eh kenapa? Aku ada buat salah ke? Apa benda ni dia nak bagitau aku. Harap harap dia tak marah aku pasal curi curi baca buku dalam pejabat." Kata Mikayla
"Hahaha kau ni apalah." Kata Suzy.
Mikayla bangun dengan bacaan bismillah masuk ke dalam bilik bos.
"Assalamualaikum bos. Bos panggil saya ke." Kata Mikayla dengan suara yang lembut.
"Mikayla awak Sibuk ke hujung bulan ni." Tanya bos.
"Saya pun tak tahulah bos. Kenapa bos ada apa saya boleh bantu ke masa tu." Tanya Mikayla
"Ni ha saya nak awak teman saya ke acara hujung bulan ni boleh." Tanya bos
"Boleh tu boleh. Ye lah bos kan bos saya. Tapi kenapa bos tak ajak Suzy je. Bukankah dia pembantu bos dekat pejabat ni. Ke cam mana." Kata Mikayla
"Alah awak ni saya tanya awak awak tanya saya balik. Saje saya ajak awak asyik ajak dia je bosan jugak. Lagipun awak pun perkeja saya juga apalah salah saya bawa awak kan." Kata bos.
"Hahaha memang lah tak salah bos tapi saya pelik je." Kata Mikayla.
"Heheh. Jadi boleh tak awak ikut saya." Kata bos.
"Hmm. boleh. Nak buat macam mana bos adalah bos saya jadi saya kena juga ikut cakap bos walau macam mana pun." Kata Mikayla
"Okey cantik hujung minggu ni atau minggu depan kita pergi beli baju cantik sikit untuk pergi ke sana." Kata bos
"Alah bos baju saya sedia ada tak boleh ke." Kata Mikayla
"Tak boleh ini acara besar tau ramai VVIP ada dekat situ. Saya nak awak pakai sedondon dengan saya." Kata bos.
"Eh takpe ke bos. Nanti orang kata apa pulak." Kata Mikayla.
"Kenapa puak nak kisah mulut orang. Awak kena ingat tau ini adalah satu arahan. Nanti bagi alamat saya datang ambik awak ingat tu." Kata bos
"Ha ye lah bos. Saya mintak diri untuk sambung kerja dulu ya." Kata Mikayla sambil buka pintu.
"Eh kejap awak jangan ingat saya tak tahu tau. Awak tu selalu curi curi baca novel dalam pejabat jadi dengar cakap saya tau. Saya tak marah awak pun dah cukup baik." Kata bos.
"Ye bos saya tahu saya salah sebab curi curi baca maafkan saya ye." Kata Mikayla.
Selepas itu Mikayla terus buka pintu dan lari ke meja sendiri. Mikayla juga tertanya di dalam hati " Macam mana bos tahu yang dia selalu curi curi baca novel dalam pejabat ye."
Tidak lama kemudian Suzy datang di meja Mikayla.
"HAA kenapa bos panggil kau tadi?" Tanya Suzy
"Eh kau bagitau bos ke aku selalu curi curi baca dalam pejabat. Ke ada orang lain bagitau." Kata Mikayla
"Mana ada aku bagitau. Kenapa bos marah kau ke pasal tu." Kat Suzy.
"Eh takdelah. Dia aku pergi event dinner dengan VVIP mana entah." Kata Mikayla
"Eh seriuslah. Aku tak pernah pulak dia ajak pergi event dinner. Biasanya dia ajak aku jumpa client tu adalah." Kata Suzy
"Ye ke. Entah kenapa dengan dia tu buang tabiat ajak aku. Itu kan kerja kau teman dia asal aku pulak yang kena ni. Isyhhh menyampah betul." Kata Mikayla.
"Haha sabar je lah aku pun tak boleh buat apa sebab dia ajak kau bukannya aku." Kata Suzy.
"Hmm dah ah baik aku sambung buat kerja nanti tak balik aku." Kata Mikayla.
"Betul sama aku pun nak sambung kerja hahaha." Kata Suzy.
Hujung minggu telah tiba
"Assalamualaikum Mikayla oh Mikayla." Jerit bos dari depan pagar.
"Waalaikumussalam ye encik cari siapa ya." Tanya ibu.
"Saya cari Mikayla ni rumah dia ke makcik" Tanya Mikayla
"Haah ni rumah dia. Encik ni siapa ya." Tanya ibu
"Saya bos dia makcik. Makcik ini ibu Mikayla ye." Kata bos
"Haah saya mak dia. Ni ada apa nak jumpa dia ye?" Kata ibu.
"Ouh saya dah janji nak bawa dia cari baju untuk event dinner nanti. Makcik jangan risau habis sahaja event tu saya terus anak makcik balik." Kata bos
"Ibu Mikayla keluar dengan bos dulu ye. Kalau Mikayla tak sempat balik awal ibu dan ayah makan sahaja dulu jangan tunggu Mikayla." Kata Mikayla dari belakang
"Lama ke Mikayla nak keluar dengan bos ni." Tanya ibu.
"Tak pasti lah makcik. Tapi betul apa yang Mikayla cakap tu. Lebih baik makcik makan dahulu tak payah tunggu dia. Saya boleh bawa dia maka. dekat luar." Kata bos.
"Okey baiklah. Jaga anak makcik elok elok ya. Mikayla dengar cakap bos kamu ni. Jangan buat perangai pulak keluar dengan orang lain." Kata ibu.
"Ye bu. Mikayla mintak diri dulu ya" Kata Mikayla sambil salam dan cium tangan ibu
Mereka berusa pun masuk ke dalam kereta. Masuk sahaja di dalam kereta oleh kerana Mikayla rasa malas mahu berbual dengan bos dia pun terus membaca novel dia dalam telefon bimbitnya.
"Awak ni memang tak bercakap ke dalam kereta. Menghadap telefon je." Tanya bos
"Apa masalah bos ini. Saya tengah membaca. Takkan diam dan membaca novel tu pun salah." Kata Mikayla dengan suara tinggi kerana orang mengacaunya untuk membaca.


























Book Comment (303)

  • avatar
    n******4@gmail.com

    Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..

    03/07/2022

      0
  • avatar
    EduardoWafiy

    bagus jalan ceritanya

    4d

      0
  • avatar
    Mohd ZinHusna Najihah

    jalan cerita dah best. tapi penggunaan bahasa, kata dan tatabahasa berterabur. tak masuk typo lagi 😭

    23d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters