logo text
Add to Library
logo
logo-text

Download this book within the app

Bab 2

Seperti peluru pistol yang baru saja terkenanya, dia rasa sangat terluka saat ini. Rasa seperti segala apa yang dia buat di Australia sana, segala apa yang dia korbankan untuk pulang semula ke Malaysia hanyalah sia-sia. Melihat daripada riak wajah lelaki itu, dia yakin lelaki itu memang tidak main-main dengan ayatnya. Memang bukan prank semata-mata.
Dia memang tak ingat apa-apa tentang insan bernama Dhia Adreanna.
Setiap hari, setiap masa, setiap saat dia teringatkan tentang lelaki itu. Tapi dia? Walau namanya pun dia salah sebut.
Dunia ini tak adil.
"Sorry.."
"Nah, it's okay. It's not your fault anyway," Dhia cuba juga lakar senyuman palsu pada wajahnya. Walaupun dia terluka, dia cuba juga untuk tersenyum dalam keadaan sebegini. Apa dia boleh buat kalau Hayden tak boleh mengumpul sebarang memori yang berkaitan dengan dia? Nak belasah Hayden? Dia tak ada kuasa untuk melakukan itu.
"Dhia!" Jerit satu suara dari jauh. Kedua-dua antara mereka menoleh ke arah gerangan suara. Aina tiba disebelah Dhia bersama beg roda Dhia yang masih kemas berada dalam genggaman tangannya. Termengah-mengah Aina mencari nafas. Penat betul nampak gayanya.
"Kau okay tak? Ada luka dekat mana-mana ke?" Aina pegang kedua-dua belah bahu gadis itu. Tubuh badan Dhia dia pusingkan 360 darjah. Cuba membelek badan Dhia kalau-kalau ada sebarang luka sewaktu insiden pelanggaran itu. Dia lihat wajah Dhia pula.
Wajah gadis itu saat ini seperti mahu menangis. Tapi, Dhia tetap gagahkan diri menahan tembok air matanya daripada pecah di khalayak ramai. Terutama dihadapan lelaki yang pernah dia gelar 'kawan baik selamanya' itu.
Dhia pandang Aina seraya menggelengkan kepalanya menandakan yang dia baik-baik saja. Tiada sebarang luka besar mahupun luka kecil yang terhasil kerana insiden pelanggarannya dengan Hayden itu. Tulang badannya semua masih terletak elok di tempatnya.
Cuma hatinya saja yang terluka saat ini.
Terluka sangat-sangat.
Aina pandang Hayden atas bawah. Matanya menjelajah setiap satu ciptaan tuhan yang terbentuk cantik pada wajah kacak lelaki itu. Dari kaki sehingga ke rambut, semuanya sempurna dipandangan matanya. Seperti jatuh cinta pandang pertama, tanpa sedar mulutnya mengeluarkan suara.
"Wow... indahnya ciptaan tuhan,"
"Apa?" Dahi Hayden berkerut. Pelik dengan perangai Aina yang sejak tadi memandangnya dengan pandangan.. orang dilamun cinta. Apa semua ni? Semua berlaku dalam masa yang singkat menyebabkan otaknya tidak dapat memproses sebarang maklumat baru lagi.
Senyuman miang Aina serta-merta terpapar di wajahnya. Elok juga ni buat jadi calon suami. Manalah tahu jodohnya dengan lelaki asing yang baru ditemuinya beberapa saat yang lepas itu kuat, anak yang bakal dilahirkan pasti elok-elok belaka.
Aina menghulurkan tangannya.
"Aina Nadhirah. Sepupu kepada Dhia Adreanna." Mulutnya dijuih pada Dhia yang sejak tadi mendiamkan diri. Hanya memerhatikan saja perilaku tidak tahu malu seorang Aina Nadhirah ini.
Hayden senyum kekok. Tidak mahu buat Aina tertunggu lama, cepat-cepat dia sambut huluran tangan gadis itu. Berbeza dengan Dhia, gadis itu nampak lebih ramah.
Menyelongkar beg tangannya, Aina cuba mencari sesuatu. Langsung tak fikir tentang kawan dekat sebelah yang macam nak meraung satu airport ni, dia dekat sebelah pula tengah cuba ngorat lelaki hensem yang terlanggar kawannya itu. Terus tak ingat kewujudan sepupunya yang baru tiba dari jauh dah bila jumpa lelaki hensem. Bertuah punya kawan.
Jumpa sahaja barang yang dicari-cari, dia hulurkan pada Hayden. Walaupun teragak-agak, Hayden tetap juga ambil. Di tangan Hayden sekarang ada sebuah kad kecil bersaiz sederhana besar yang tertera nama, nombor telefon dan tempat kerja Aina. Kad kecil itu dibelek-belek penuh teliti. Kepalanya diangkat memandang wajah Aina.
"Apa ni?" Soal Hayden dengan wajah terpinga-pinga. Kad itu diangkat sedikit tinggi untuk mendapatkan penjelasan terperinci berkaitan kad yang diserahkan secara mengejut daripada Aina itu. Kenapa tiba-tiba bagi dia kad yang mempunyai maklumat peribadi tentang gadis itu? Nak bagi dia pekerjaan ke?
Aina buat isyarat tangan bentuk telefon bimbit kemudian gerak mulutnya mengatakan 'nanti call' tanpa mengeluarkan sebarang suara. Lalu, dia kenyitkan mata bersama senyuman yang menggoda.
Dhia dongak kepala memandang ke atas. Bibirnya diketap kuat. Cuba untuk tidak mengeluarkan sebarang suara. Matanya saat ini sudah penuh bertakung air mata. Hanya tinggal masa sahaja sebelum air mata itu jatuh ke tanah. Dia cuba untuk jadi kuat dihadapan lelaki itu. Dia cuba untuk berlagak dia baik-baik saja selepas semua perkara yang berlaku ke atas dirinya sekarang ini. Tapi, selepas apa yang dia lalui di Australia, hanya untuk kembali ke sini dengan tujuan utama untuk mencari lelaki itu semula, buatkan dia sebak.
At the end of the day, you hurting yourself again, Dhia.
"Jom balik."
Lengan Aina dia tarik secara tiba-tiba. Wajah Dhia dia pandang dengan pandangan pelik. Kenapa Dhia tiba-tiba je tarik tangannya? Baru je dia nak kenal dengan lebih lanjut jejaka kacak dihadapannya ini.
Tanpa banyak cakap, Aina turutkan juga kemahuan gadis itu. Dia perasan mata Dhia sudah mula memerah saat memaksanya pulang itu. Dia yakin pasti ada sesuatu antara Dhia dan lelaki dihadapan mereka ini sehingga membuat Dhia seperti bukan dirinya selepas insiden pelanggaran tanpa dirancang itu.
Sempat Aina memandang ke arah Hayden berdiri sambil tangannya membuat isyarat telefon bimbit sekali lagi dengan harapan Hayden faham isyarat tangannya itu untuk kesekian kalinya.
Hayden hanya ukir senyum kecil. Sebaik sahaja bayang Dhia dan Aina hilang dari pandangan mata, serta-merta senyuman yang terlakar di wajahnya pudar.
Dhia Adreanna.. who are you to me back when we still young?
----
“Muka kau dah macam mak hilang anak je gayanya,” Aina ambil tempat disebelah Dhia yang sedang mengelamun jauh sambil memandang ke arah langit. Langit pada waktu malam adalah yang paling cantik baginya kerana ia dihiasi dengan bintang-bintang bertaburan di setiap penjuru langit tanpa membiarkan walau satu bintang pun kesepian. Baginya, langit merupakan jalan terbaik untuk melupakan semua masalah yang membelenggu dirinya dalam kehidupan seharian.
Terutama selepas kejadian pagi tadi.
Dhia pandang wajah Aina sekilas lalu memandang ke arah langit semula. Bibirnya mengukir senyuman pahit. Dia sendiri tak tahu macam mana nak terangkan masalah apa yang sedang mengawal emosinya sekarang. Nak kata dia sedih sampai nak meraung malam-malam buta ni tidak. Nak kata dia tidak sedih langsung pun tidak juga.
Sejujurnya, dia cuma kecewa dengan kejadian pagi tadi di airport. Tujuan utama dia pulang semula ke sini kerana lelaki itu. Kerana ingin mengotakan janji yang dia pernah buat dengan lelaki itu merupakan alasan terbesar kenapa dia buat keputusan untuk kembali semula ke Malaysia dan menetap di sini semula sebaik sahaja pengajiannya di sana tamat.
Walaupun Puan Dahlia menentang sehabis mungkin tentang keputusannya yang satu itu, dia tetap berkeras nak balik semula ke Malaysia. Mungkin bagi orang lain, umminya cuma acah-acah merajuk je, tapi baginya, dia kenal ibunya yang seorang itu.
Ibunya takut orang yang mereka paling takuti akan datang menghancurkan hidup anak tunggalnya itu sebaik sahaja tahu Dhia sudah pulang semula ke Malaysia. Itu bagaikan mimpi ngeri bagi Puan Dahlia. Oleh sebab itu, dia menghalang sepenuhnya keputusan Dhia untuk pulang semula ke Malaysia. Tapi apa boleh buat. Anak tunggalnya yang seorang ini bukan jenis yang dengar cakap. Ikut suka kepala dia je nak buat apa.
Air mata yang membasahi wajahnya dia kesat menggunakan lengan bajunya. Dhia mencebik perlahan. Bila teringatkan semula memori zaman kecil mereka, makin terluka hatinya apabila teringat kejadian pagi tadi.
Aina semakin merapat dengan Dhia. Bahu gadis itu dia rangkul kemas dalam pelukannya. Buat pertama kalinya dalam 26 tahun sejarah hidupnya mengenali Dhia, ini pertama kali dia nampak gadis itu menangis kerana seorang lelaki. Besar sangat ke impak yang ditinggalkan lelaki di airport itu dalam hidup Dhia sehinggakan gadis itu sanggup menangis kerananya?
Dia tahu perlakuan Dhia hari ini ada kena mengena dengan lelaki yang mereka jumpa pagi tadi. Sebaik sahaja Dhia dan lelaki itu berjumpa, sepanjang mereka dalam kereta Dhia hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Selalunya mulut Dhia takkan berhenti bercakap selagi dia tak suruh. Berlainan dengan hari ini, Dhia langsung tak buka mulut menceritakan tentang kisah hidupnya di sana.
Malam-malam buta seperti ini, Dhia pergi ke taman permainan berdekatan rumahnya ditemani dengan bunyi cengkerik yang tidak tahu datang dari arah mana membuatkan Aina semakin pelik. Setahunya, Dhia tak suka keluar malam seorang diri. Dhia memang suka pemandangan langit pada waktu malam begini tapi dia tahu gadis itu bagaimana. Dhia cuma akan bersendirian sewaktu dia sedih sahaja.
“Dah jangan nangis-nangis. Kau ni buat aku risau je tahu tak? Dah lah hilang tiba-tiba. Apa aku nak bagitahu Aunty Dahlia kalau dia tahu anak dia ni keluar taman malam buta sorang-sorang? Buat kerja gila betul kau ni, Dhia.” Aina cubit lengan Dhia. Mengaduh kesakitan Dhia dibuatnya. Mengekek Dhia ketawa. Serak-serak basah suara Dhia ketika ketawa.
“Kau ni sama je macam ummi tau. Membebel je kerja. Ingatkan balik sini bolehlah rehatkan telinga dan badan daripada bebelan dan serangan tangan ketam ummi, rupanya dia dah turunkan ilmu tu semua dekat kau dulu dah.” Kata Dhia bersama dengan jelingan maut diberikan kepada gadis disebelahnya itu.
Mereka berdua sama-sama ketawa. “Mungkin sebab masa aku sambung belajar dekat Australia dulu, Aunty Dahlia yang selalu jaga aku kut perangai pun terikut macam dia,”
Memang tidak dinafikan beberapa tahun lalu Aina pernah duduk Australia bersama dengan dia dan umminya untuk menjimatkan kos hidup di negara sana. Pasti sepanjang belajar di sana umminya sempat menurunkan ilmu membebelnya kepada Aina. Masakan tidak, pot pet mulut murai Aina dengan ummi memang sebijik betul. Setiap kali habis membebel, mesti tangan tu tak boleh duduk diam.
Rindu pulak dekat ummi.
Tiba-tiba Aina teringatkan sesuatu. “Cakap pasal sambung belajar kan, kau dah habis belajarkan dekat Melbourne sana?”
Beberapa saat Dhia diam lalu dia mengangguk.
“Kenapa kau tak kerja je dekat sana? Kan ada Aunty Diana kat sana.Ummi kau pun ada dekat sana. Dia orang boleh tolong tengok-tengokkan kau kalau kau bekerja dekat sana je.” Aina menggaru kepalanya. Ada jalan senang, nak jugak merempat duduk dengannya yang jauh beribu-ribu batu dari Australia ni. Bukannya dia tak suka cuma kalau dia jadi Dhia, dia pasti akan cari saja kerja di sana. Gaji pun tinggi, kos hidup pun ditanggung oleh ibunya. Tak perlu berjauhan dengan ibunya sekarang.
Lama Dhia pandang wajah Aina yang sedang berkerut memikirkan alasan dia pulang ke Malaysia semula selepas bertahun-tahun menghilangkan diri. Beberapa saat kemudian, Dhia pandang semula langit yang dihiasi dengan bulan yang separuh mengambang itu. Sungguh menenangkan.
“Aku dah janji dengan dia yang bila aku dah besar, aku nak balik sini dan cari dia semula.”
“Janji dengan dia tu siapa orangnya? ”
Dhia mengangguk laju lalu bibirnya menguntumkan senyuman nipis.
“Hayden. Hayden Hakeem.”
"Lelaki yang kita jumpa dekat airport pagi tadi?" Dhia angguk kepala bersama senyuman kecil.
---
Beep!
Smart lock door di pintu rumahnya itu berbunyi kuat menandakan pintu itu sudah terbuka kuncinya. Pintu itu dibuka lebar untuk memuatkan dirinya masuk melepasinya. Kakinya dibawa menuju ke suis lampu berdekatan pintu masuk itu, menyerlahkan hiasan dalamannya yang tampak sangat mewah bagi seorang lelaki bujang yang hidup seorang diri.
Badannya dihempaskan pada sofa panjang yang tersedia di ruang tamu itu. Butang on ditekan. Serta-merta, penghawa dingin di ruang tamu itu hidup.
Tanpa sedar bibirnya mengeluh perlahan. Tangan kanannya naik menutup hampir keseluruhan wajah Hayden dari cahaya terang yang menerobos masuk ke kornea matanya. Ini merupakan kali pertama dia dapat berehat pada hari ini.
Seharian ini dia hanya menghabiskan masanya bertemu dengan orang-orang kaya yang ada temu janji dengannya saja. Langsung tiada masa untuk dia bersendirian sejak tiba di Malaysia semula pagi tadi. Sudahlah dia baru balik dari Itali atas urusan kerja di sana. Balik ke Malaysia dengan harapan dapat berehat, rupa-rupanya tidak kurang penatnya seperti hidupnya tiga hari, dua malam di Itali. Nasib baiklah esok hujung minggu. Dapatlah dia berehat di rumah selama dua hari tanpa gangguan kerja.
Tiba-tiba fikirannya mengulang semula peristiwa pelanggaran tanpa sengaja dengan gadis bernama Dhia itu. Pantas matanya dibuka semula. Membiarkan sahaja fikirannya mengulang semula kejadian yang berlaku di lapangan kapal terbang itu.
"Dhia Adreanna.." tanpa sedar bibirnya menyebut nama gadis itu buat kesekian kalinya. Sejak bertemu dengan gadis bernama Dhia itu, fikirannya tak henti-henti mengulang nama yang sama.
Dhia Adreanna.
Dhia Adreanna.
Nama gadis itu bagai sudah lekat dalam fikirannya walaupun cuma berbual untuk beberapa minit sahaja.
Matanya dipejam rapat, memaksa semua memori zaman kecilnya untuk datang semula kepada dirinya dengan harapan ada memori yang terselit di mana-mana tentang gadis itu.
"Mama pernah mention pasal seorang budak perempuan yang pindah sekolah sebab masalah keluarga dulu. Mama pernah cakap jugak yang budak perempuan tu kawan rapat dia waktu dia kecil dulu. Tapi, budak perempuan tu apa eh- namanya?" Soal Hayden kepada dirinya sendiri. Bibirnya diketap kuat. Tolonglah ingat, Hayden. Tolonglah ingat.
Tiba-tiba matanya terbuka luas. Seperti batu jatuh menghempap dirinya, nama budak perempuan yang ibunya selalu sebut itu tiba-tiba muncul.
"Dhia Adreanna. Budak perempuan yang mama selalu cerita tu nama dia Dhia Adreanna."
Tidak menunggu masa yang lama, telefon bimbitnya dari dalam kot kemejanya dikeluarkan. Punat 'call' yang tertera di bawah nama itu dia tekan. Telefon bimbitnya itu ditekap pada telinganya. Menunggu taliannya bersambung dengan orang di talian sana.
"Hello ma. Ini Iden. Boleh tak esok Iden nak jumpa mama? Petang sikit Iden sampai rumah. Iden ada benda sikit nak tanya. Pasal seorang budak perempuan yang mama selalu cerita waktu Iden kecik-kecik dulu."

Book Comment (437)

  • avatar
    Kurt Justin Ancheta

    how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you

    16/08/2023

      1
  • avatar
    Prince Syryll Lozarito

    thanks

    7d

      0
  • avatar
    nurul shafiera

    wah i really lovee this story lines

    10d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters