logo text
Add to Library
logo
logo-text

Download this book within the app

Far Away

Far Away

Aesteria


Bab 1

Angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup tudungnya membuatkan dia rasa gembira tanpa sebab. Udara segar di situ dia hirup sepuas hati.
Mana nak dapat udara segar seperti ini nun jauh di sana. Dekat Australia sana, udara yang paling segar dia boleh hirup hanyalah udara yang keluar daripada cerobong asap kereta saja.
Sangat tidak mesra alam.
Memanglah dekat Malaysia pun apa kurangnya. Kereta lalu-lalang, pasti asapnya juga banyak. Tapi entahlah. Dia tetap rasa Malaysia ada sesuatu yang membuatkan dia tidak senang duduk di sana.
Mungkin kerana asyik teringatkan lelaki itu yang buatkan hatinya tak tenteram jika lebih lama dia tinggal di situ. Sebab itu dia ambil keputusan lepas saja habis belajar, dia mahu teruskan hidup kembali ke tanah airnya semula.
Tempat mereka bertemu.
Dhia buka kedua-dua belah tangannya selebar yang mungkin. Langsung tidak hiraukan pandangan orang ramai terhadapnya sekarang.
Lantaklah. Nak anggap dia gila sekalipun lantaklah. Yang penting, dia gembira dapat kembali semula ke tanah airnya selepas ditinggalkan berbelas-belas tahun lamanya. Malaysia, long time no see!
“Malaysia, I'm here!” Jerit Dhia kuat.
Jakunlah katakan.
“Dah-dah lah tu jakun tengok negara sendiri.” Tegur satu suara dari arah belakang. Mendengarkan suara asing itu, pantas Dhia menoleh. Wajahnya yang memang sedia tersenyum lebar semakin melebar sebaik sahaja melihat siapakah gerangan yang menegurnya itu.
Senyuman dia saat ini rasa macam dah sampai telinga dah. Punyalah lebar senyuman Dhia saat ini.
“Aina!” Berlari anak Dhia menuju ke arah Aina. Tidak mengambil masa yang lama, sekejap saja Aina sudah berada di dalam pelukan Dhia. Punyalah dia rindu dengan sepupunya yang seorang itu.
“Rindu gila aku dekat kau. Ingatkan kau tak boleh datang harini ambil aku dekat airport. Beria cakap busy dengan kerja lah apa lah. Tup-tup muncul jugak depan mata.” Dhia gulingkan bebola mata.
Aina apalagi, mengekek dia ketawa melihat wajah merajuk Dhia. Dengan muncung panjang macam itik tu lagi, memang Dhia sangat!
“Alaa, bukan selalu dapat jumpa kau depan-depan ni. Baru nak prank sikit dah merajuk,” pelukan mereka leraikan. Beg roda milik Dhia yang tergenggam kemas di genggaman tangan Dhia itu Aina ambil. Saja je tu nak ambil hati sepupunya yang tengah menggelegak panas itu. Ini kalau lambat sesaat ni, mahu meletus satu airport ini kerana mood taufan beliung Dhia Adreanna.
“Yelah, Cik Aina Nadhirah. Awak je lah yang betul. Mana ada benda salah yang keluar daripada mulut suci murni awak tu,” perli Dhia.
Kembali kita dalam rancangan 'Aina si Lawyer berjaya'.
Aina dan 1001 alasannya memang berpisah tiada. Kalau dia rasa dia betul, dia akan berjuang habis-habisan sehingga pihak lawan mengaku salah mereka. Selagi mereka tak mengaku kalah dan selagi dia tak menang, selagi tu mulut dia tak akan berhenti pot pet pot pet macam burung murai.
“Betul tu. Ini Aina Nadhirah lah.” Dengan bangganya dia berkata. Terangguk-angguk kepala Aina, mengiyakan apa yang baru saja keluar dari mulut Dhia itu.
Dhia mencebik perlahan. “Sebab tu sampai sekarang tak kahwin-kahwin.”
Perlahan saja ayat itu meluncur keluar dari mulut Dhia. Sengaja dia cakap perlahan. Buatnya Aina dengar, mahu botak kepalanya memikirkan jalan lain untuk dia pulang ke rumah selepas Aina buat keputusan untuk meninggalkannya di sini.
Lama keadaan sunyi-sepi. Dhia tidak mengeluarkan suara, begitu juga dengan Aina.
Dhia menghembuskan nafas lega. Pasti Aina tak dengar ayat terakhirnya tadi. Wajah Aina nampak tenang je, langsung tak ada menunjukkan tanda-tanda gunung berapi akan meletus.
“Kau jangan ingat aku tak dengar eh. Ada jugak yang meninggal dunia umur 26 tahun dekat airport ni karang. Tak sempat kau insaf nanti.” Tiba-tiba Aina bersuara. Tanpa menoleh ke belakang semula dia berjalan terus ke pintu keluar aiport. Langsung tidak menunggu Dhia yang sedang berdiri tegak saat ini seperti tugu negara.
Dah tak panjang nyawa kau, Dhia.
Berlari anak Dhia mengejar langkah Aina yang sudah jauh meninggalkannya ke depan. Tadi ejek orang merajuk. Tak sedar diri agaknya yang dia pun kuat merajuk.
“Tunggu lah, Aina!”
Bam! Sekelip mata sahaja badan Dhia sudah jatuh ke tanah. Dhia pegang kepalanya. Matanya ditutup rapat tidak membenarkan sebarang cahaya menerobos masuk ke dalam irisnya. Rasa berdenyut-denyut kepalanya saat ini. Rasa seperti baru terlanggar sesuatu yang keras.
Punggung sakit, kepala sakit, hati sakit. Apalah malang sangat nasibnya.
Mana dia tak sakit hati, dalam banyak-banyak orang dalam airport ni, dalam beratus-ratus orang dalam lapangan kapal terbang yang besar ini, kenapa orang itu mesti langgar dia juga? Kalau badan macam jeli tak apa juga. Kalau terlanggar pun tak sakit sangat. Ini tak. Dah lah badan keras macam besi. Langgar dia macam langgar tiang besi tahu tak? Nasib baik tak bocor je kepala dia sekarang ni.
“Are you okay? I'm really sorry!” Satu suara garau mematikan makian dan cacian dalam hati Dhia. Lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Dhia. Dengan harapan gadis itu menyambut hulurannya sebagai tanda permohonan maaf atas insiden pelanggaran tanpa sengaja itu.

Huluran tangan itu kepadanya, Dhia pandang sepi. Langsung tiada niat untuk menyambut huluran tangan lelaki itu.
Gila ke apa dia nak sambut? Lelaki kut takkan dia nak sambut. Kalau perempuan dia sambut juga.
"Maaf, saya tak pegang tangan lelaki." Dhia masih memandang ke bawah. Wajah lelaki yang melanggar dia pun dia tak tengok lagi.
"Oh, sorry." Lelaki itu berdehem perlahan sebelum tangannya perlahan-lahan kembali semula di sisi tuan punya badan. Mungkin ayatnya tadi kedengaran agak kurang sopan, tapi dia tiada pilihan lain. Mahu tak mahu dia terpaksa menolak juga walaupun ia kelihatan tidak sopan dipandangan mata orang lain.
Dhia bingkas bangun daripada duduknya. Dia lap seluarnya terutama bahagian punggung jika-jika ada habuk kotor yang melekat. Sudahlah hari ini dia pakai seluar warna putih. Berkali ganda malang!
“Ehem!” Deheman yang secara tiba-tiba itu membuatkan Dhia tersentak. Terangkat sedikit bahunya kerana terkejut. Dia lupa seketika tentang kewujudan lelaki itu.
Mata Dhia naik untuk menatap wajah lelaki itu.
“Awak nak..”
Sebaik sahaja matanya menangkap raut wajah lelaki yang tak sengaja terlanggarnya itu, matanya tidak dapat berkalih. Seperti disampuk hantu, dia seperti tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada memandang wajah lelaki itu.
Memang tidak dapat dinafikan lelaki itu mempunyai wajah yang kacak. Kulitnya sawo matang, hidungnya mancung, bulu matanya lentik, keningnya yang terbentuk cantik. Dan yang paling penting, rambutnya hitam pekat seperti tidak pernah disentuh oleh sebarang pewarna rambut.
He's the definition of perfect.
Tapi, itu semua tak penting.
Apa yang paling penting sekarang, mata yang sedang memandangnya itu. Mata hitam yang sedang memandangnya dengan penuh tanda tanya saat ini terasa seperti sesuatu yang dia pernah kenal suatu ketika dulu. Dia ingat mata ini. Dia kenal wajah ini. Walaupun lelaki itu sudah lanjut usia, sudah menginjak ke alam dewasa, dia yakin dia tak silap orang.
He's the one.
“Ha..Hayden?” Dhia ukir senyum lebar. Teragak-agak Dhia bertanya kepada lelaki itu. Kalau betul lah tekaannya, dia pasti lelaki itu ingat tentang dirinya. Tapi, jika sebaliknya, dia dah ready nak buat larian pecut 200m sekarang ni. Buatnya silap orang, boleh malu tujuh keturunan dia dekat lelaki ni. Dah lah jumpa entah mana-mana. Tiba-tiba, kena tuduh jadi orang lain.
Fuh, memang tiga hari, tiga malam dia tak nak keluar rumah akibat menanggung malu.
“Yes. Did I know you?” Lelaki itu pandang Dhia dengan pandangan pelik. Pelik bagaimana dia tahu tentang namanya walaupun mereka baru bertemu hari ini.
Atau mereka sudah pernah bertemu sebelum ini?
Seperti baru tersedar daripada mimpi ngeri, senyuman lebar serta-merta terukir di bibir Dhia. Tak percaya dengan apa yang dia baru saja dengar sebentar tadi.
Lelaki dihadapannya ini memang betul Hayden!
Tapi.. kenapa dia dapat merasakan pandangan lelaki ini terhadapnya seperti tidak mengecamnya?
“Be.. betul ke awak tak kenal saya? Tak, tak. Itu bukan yang paling penting sekarang. The most important thing is, are you really Hayden that I know? Awak Hayden Hakeem kan?” Jari telunjuknya menunjuk tepat wajah Hayden. Refleks Hayden mengundurkan selangkah ke belakang apabila dia dapat rasakan jari telunjuk Dhia terlalu rapat pada wajahnya.
Kening kiri Hayden terjungkit naik. Dia buka kaca mata hitam miliknya lalu dia sangkutkan pada kolar baju kemejanya itu. Dia merapat setapak demi setapak mendekati Dhia. Wajahnya dirapatkan dengan wajah Dhia, meninggalkan hanya beberapa inci sahaja jarak diantara wajah mereka. Hayden cuba melihat sekali lagi wajah gadis itu dengan harapan memorinya dapat mengingat semula apa-apa memori yang mempunyai kaitan dengan gadis bernama ‘Dhia’ itu.
“How did you know my name? Even my full name? Who are you actually?”
“Jadi, betul lah awak Hayden! Ini saya lah, Dhia. Dhia Adreanna! Kawan rapat awak masa sekolah rendah dulu!” Seperti kanak-kanak berusia tujuh tahun mendapatkan gula-gula, teruja Dhia bercerita tentang sedikit sebanyak memorinya waktu zaman kecil-kecil dulu. Dia masih ingat tentang lelaki itu, takkan Hayden semudah itu sahaja boleh melupakan dia?
Adakah dia ni Hayden anggap sebagai memori zaman kecil saja?
“Dhia Adriana?”
“Yes!”
“I can't seem to remember any memories about you, sorry.” Hayden geleng kepala dengan riak wajah simpati terhadap nasib Dhia.
Serta-merta riak wajah Dhia berubah.

Book Comment (437)

  • avatar
    Kurt Justin Ancheta

    how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you

    16/08/2023

      1
  • avatar
    Prince Syryll Lozarito

    thanks

    7d

      0
  • avatar
    nurul shafiera

    wah i really lovee this story lines

    10d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters