Dari sudut pandangan Aiman; Selesai sahaja habis menjawab kertas terakhir, aku menelefon Arman. Dibual sebentar berkenaan Iman. Yelah, aku tak ambil nombornya- dan dia juga tidak mengingati aku. Jadinya, aku bercakap dengan Arman untuk menyuruhnya menghantar nombor gadis itu. "Safe drive, bro. I owe you." "Belanja cendol warung Pak Isa dulu! Hahaha. Kau pun. Daaaah." Aku tutup panggilan. Nombor Iman yang dihantar oleh sahabat aku tadi, aku tekan untuk menyuruhnya bersiap. Secepatnya kalau boleh! Ceh, konon cepat. Barang sendiri pun tak kemas sepenuhnya lagi. Aku harap barang Iman tak banyaklah. Mungkin dia akan tinggal sedikit di bilik stor di bawah blok. Beg yang disandang di bahu diletakkan di kerusi belakang. Kunci kereta dimasukkan ke tempatnya-- menghidupkan enjin yang dimatikan sejak dua jam setengah yang lalu. Dengan bismillah, aku memandu ke kolej untuk pulang ke tempat penginapan sejak 6 bulan memulakan semester ini. ________ "Aku dekat depan blok kau dah ni. Bolehlah turun." "Okay." Panggilan dimatikan olehnya selepas menjawab arahanku. Amboi. Pantang betul saya orang matikan panggilan dulu ni. Saya yang call awak kan, mestilah saya yang matikan panggilan. Bukannya awak. Bunyi ketukan pada tingkap kereta membuat aku mengalihkan pandangan ke sisi. Iman yang sudah memegang satu beg galas dan sebelah tangannya memegang satu bagasi saiz sederhana- memandangku kosong. Punat kunci dibuka untuk membenarkan Iman dan dua begnya masuk. "Beg besar tu letak belakang." Serentak itu, tangan aku menekan punat bonet belakang. "Tak gentle langsung." Rungutnya setelah meletakkan beg galas di bahagian tempat duduk belakang sebelum bergerak meletakkan bagasi di bonet belakang. "You want me to open the door for you, miss?" Nada sarkastik aku suarakan setelah belakang badannya disandarkan dengan tenang selepas pintu ditutup. "Heh, kau bukannya gentle like your bestfriend." "Correction, our bestfriend." Aku membetulkannya. "Yeah, right. Arman, our bestfriend. Ouh by the way, nanti kau singgahlah dekat mana mana stesen minyak. Aku mabuk kereta. Tak boleh jalan jauh." Bunyi klik yang dihasilkan semasa Iman menyambungkan tali pinggang keledar itu membuat aku berpaling sedikit ke arahnya. "Boleh dah kut jalan ni." Senyuman gigi yang nampak sangat dibuat-buat olehnya menghiasi wajah. Saya tak rasa saya pernah bagitahu kedudukan universiti ini dimana, kan? Also, our hometown. Kampus yang kami belajar ni dekat Negeri Sembilan. Dan kampung aku pula, dekat Pendang, Kedah. Paling syok, depan rumah ada sawah padi. Puluh kali pergi pun, aku akan tenang. Aku mula memandu kereta keluar dari kawasan kampus. Tak payah guna GPS atau waze, aku pakar kalau jalan nak balik rumah ni. Seperti yang disuruh Iman, aku berhenti seketika di stesen minyak berhampiran. "Kau nak apa apa tak? Nescafe or Redbull? Cikedis ke? Roti?" "Latte satu. And chewing gum." "Alright. Aku belanja. Keep your money." Terus sahaja dia keluar selepas letak slingbag di bahunya. Haih Iman, kenapalah aku rasa kau ni macam ada hati dengan Arman ya? ________ Dari sudut pandangan Iman; "Sebenarnya, aku bukannya nak menyibuk hal orang. Tapi nak jugalah aku tahu sikit sikit pasal kau. Tapi bunyi macam penyibuk pula kan..." Aku suarakan pandangan. Pandangan ke? Lebih kuranglah kut. Aku sebenarnya tak bosan pun tapi adalah juga bosan sebab lagu lagu yang Aiman connect dengan Spotify dia ni semua slow jazz. Vibe macam duduk dalam kedai mewah tu. So, taste tu macam tak kena sangat dengan aku. "Kau nak tahu pasal apa? Tanyalah soalan." "Yeah right. Soalan. Aku tak tahu nak tanya soalan apa dulu." Aku kuis hujung baju dengan kuku. Lain betul ya perasaan bila duduk berdua je dengan Aiman ni. Auranya begitu tegang... Tegang kut perkataan yang sesuai. "Kalau macam tu, akulah tanya kau dulu." Sebelah tangan diletakkan di belakang kepalanya, mengepakkan lengannya- mendedahkan bau kelakian yang dipakainya sebelum pulang tadi. Tangan kanannya masih memegang stereng dengan dihias jam pada lengan itu. Eh, tak kantoi kan? "Iman, aku tanya ni." Aku dongakkan sedikit kepala memandangnya. "Apa dia tadi? Aku tak dengar." "Music taste kau. Suka yang macam mana? R&B? Hiphop? Country music? Jazz? Rock? Indie? Or jenis yang sad sad tu?" Shshshs that sad sad tu. Aku kawal senyuman. "You mean sad pop ke? Aku suka kalau instrument cover. Like dengar instrument tu je yang kuat tapi still ada vocal. But i mostly like indie band. And r&b." "We totally different, haha." Ketawa kecil itu sekadar mahu menutup kejanggalan yang sedang memenuhi udara. Aku tahu, mesti dia rasa jiwa kami berbeza. "How's yours?" "Aku suka jazz and pop but make it sad. Bagi aku, aku lebih hayati lirik." "Gawd, your life that sad? Kau selalu ke dengar lagu sedih?" "Almost everytime if i get time to listen. Kadang tu bukannya sedih pun. Aku cuma bosan, jadi aku dengarlah memandangkan genre itu yang aku suka dengar. Salah ke?" Segera aku menidakkan. "If that makes you happy, then why not... Right? Ouh by the way kan Aiman, boleh tak aku nak tukar lagu dekat radio ni. Nanti aku tertidur hehehe." "Sure." Dihulurkan telefon miliknya yang diletakkan di bahagian bawah radio. Aku agak terkejut apabila dia tidak meletakkan kata kunci untuk mengakses telefonnya. Like, everyone put on their password for security purpose. And why this man didn't put it... "Wow tak ada password." Aku memandangnya tidak percaya. Sekejap sahaja lah tapi. Aku tekan ikon spotify yang sedang melalak lagu Rolling in the deep dinyanyikan semula dengan nada jazz. Terus sahaja aku tukar kepada playlist kesukaanku, LANY and lauv playlist. "Hm not bad." Aiman mengkritik lagu yang didengar. Aku tersenyum senget. Come on, ini Iman lah! "Okay, apa lagi nak bual ya? By the way kau nak tak Twisties ni? Tapi pegang sendirilah. And kalau nak makan, duduk lane kiri." Disuakan paket Twisties perasa tomato kepadanya-- bahagian bawah paket itu masih aku pegang, risau juga jika bagi semua kepadanya. Tak fokus satu hal, tak memasal kemalangan pun boleh jadi juga. "Thanks." Beberapa batang jejari Twisties dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikunyah perlahan. Air latte yang diminta olehnya awal tadi-- aku buka siap siap dan letakkan pada tempat pemegang cawan. Tak lupa juga untuk meletakkan straw pada minumannya. "Mind to tell me about your love story, sir? Or your hobby. Choose one only. And elaborate it wisely."
yes
7d
0Tank yuo
03/09
0ksise
10/08
0View All