Dari sudut pandangan Iman: Selesai sahaja menjawab kertas ujian terakhir untuk semester ini, terus aku keluar dari dewan. Tak betah mahu berlama-lamaan dalam dewan sejuk bak kutub salji. Selesai meletakkan alat tulis di dalam beg, aku bawa diri ke luar dewan untuk tunggu Arman siap menjawab kertasnya. Aku tak pasti pula jika Aiman ada kertas juga hari ini atau tidak. Menyempat jugalah aku ditegur beberapa kenalan sekelas aku ketika di luar itu. Lambat betul si Arman ni siap. Oh ya aku ada satu cerita. Pagi tadi sebelum jawab kertas terakhir ni, punyalah aku beratur awal untuk masuk ke dewan. Bila nak ambil alat tulis tu, barulah aku perasan rupanya slip peperiksaan tertinggal. Dah kena gelabah hubungi Amni, kawan serumah aku untuk ambilkan. Syukur dia belum keluar dari rumah. Cuba bayang kalau dah keluar? Memang menggagaulah aku cari meja untuk kertas terakhir ni. Allahu. Semalam-- seronok sangat bercerita dengan roommate aku (Jannah namanya) dari petang sampai ke pukul 2 pagi. Sambil makan sambil cerita. Macam tak payah baca langsung nota tu kan. Fuh, orang paling hebatlah dua dua ni. (Ini sindrom kertas terakhir) Lepas tu, lepas subuh tadi baru aku menggelabah baca nota yang tak adalah ringkas mana tu. Pagi tadiiiii. Kau bayang aku boleh jawab apa je waktu tengah menjawab tadi? Exactly. Aku hentam. Lantaklah salah ke betul asalkan buat je. Jangan tinggal kosong. Ada rumus pun--- aku hentam jelah buat rumus baru. Lepas tu sekarang ni aku menyesal keluar awal dewan. Tapi dewan sejuk. Hampir membiru dah kuku ni. Itu yang aku paksa juga siap awal. Haih. "Amboi, kuat betul mengeluh tu." Suara garau dari sebelah kanan- tidak tahulah sejak bila dia memerhati aku. "Oh kau ada? Ingat kau tak ada paper harini." Sajalah keluarkan statement begitu. Tak tahu nak bual apa. "Paper aku petang ni. Pukul 2. Sajalah datang awal. Taknak kalut." "Ouuuhhh." Kemudian aku diam. Lama lagi ke Arman ni? Janggal pula berdua je dengan Aiman ni. "Alang alang dah habis paper ni dan masih awal, nanti kita bertiga makan dekat satu kedai ni okay? Semalam aku pergi dengan Arman, semat gila kedai tu. Harga pun semat, rasa nasi tu pun memang kenalah dengan tekak kitorang." Bertiga... Ouh okay. "Tapi barang aku tak kemas lagi ni." Haa, nak gelabah semula dah ni. "Kau kan balik rumah Aiman. Kan kena belajar cara jadi anak kampung tu. Lupa ke?" Tak tahulah bila masa pula si Arman ni sampai,,,,,,,,,,, _________ "Sedap kan?" Dengan beria sekali dia tanya. Yelah, dia yang recommend. Mestilah nak tahu feedback kita ni. "Okaylah taste kau. Tak ada lah kelaut sangat." Balasku. Arman di sebelah sudah mengekek ketawa. Aiman dari tadi lagi aku perasan dia perhatikan Arman. "Tapi..." Aku sambung kata, "Tak tipulah. Bihun sup dia memang sedap. Nak rasa?" Aku tolak sedikit mangkuk bihun sup ke depan, ke arah Aiman. Aku pun tak tahu kenapa aku begini. Mungkin sudah semakin selesa dengan si penyajak malam ini. "Im, kau tak perasan ke? Aiman mana kongsi makanan dengan perempuan. Aku je selalu share dengan kau." Ditarik mangkuk aku tadi ke arahnya kemudian dihirup sedikit kuah dan beberapa urat bihun masuk ke dalam mulut. "Ouh, betul juga kan. Lupa pula aku. Haa kalau macam tu, kau rasa jelah. Best kan???" Aku memandang Arman. Melihat satu suap yang penuh dengan bihun dan disudukan kuah ke dalam mulutnya kemudian. "Weh sedap do. Sumpah. Kau bungkus ah bawa balik, Man. Kau mesti suka punya." Lepas tu tiga tiga diam. Mangkuk sudah diletakkan semula di hadapan aku untuk dihabiskan. Selesai menyudu kuah yang terakhir, aku teringat pula dengan deal yang perlu dilunaskan. "Hm, so nanti aku kena balik dengan Aiman lah ni?" Aku pandang Aiman dan Arman berganti, dengan harapan ada yang bersuara. "Yup. Two of you je. Aku balik dengan mama. Hehe, mama ambil." Ujar Arman teruja. Aku sudah gulingkan mata, menyampah dengan si pemberi idea. Jujur aku tidak terfikir perlu berduaan dengan Aiman-- tanpa Arman secara spesifiknya. "Why? You not okay with that?" Matanya memandangku dengan pandangan melembut. "50-50. But i need to use to it, right? Ouh by the way, I have few questions. I duduk rumah parents you kan nanti? Diorang tahu kan yang aku terpaksa duduk dekat situ sekejap kan?" Sengaja aku tekankan perkataan terpaksa ketika mengucapkannya. Siot punya plan. Tak, ceritanya macam ni. Aku nak duduk rumah kampung, sebab takpernah tengok bendang sawah. Arman kata kampung dia ada. Malangnya, dia pula yang tak mahu aku sebagai tetamunya. Dan tiba tiba pula nama Aima Adhwa disebut. Memang jumpa muka Aiman ni jelah nampak gayanya. Aiman senyum menyenget. "They knew, aku dah bagitahu parents aku. Dan iya, kau kena tinggal dekat rumah kami. Surely you gonna like it." As if... "Okay apa apa je. Jom bayar. Lepas tu, balik kampus. Kau ada paper lagi kan? Ni dah pukul berapa dah ni. Nanti lambat. Lepas tu, kalau dah habis paper terus je keluar dewan and kita balik. Okay? Great idea, isn't it?" Ujarku sambil mengemas ketiga tiga pinggan yang telah kami gunakan. Nak menyenangkan orang yang angkat bekas ini nanti. "Okay Im. Sekarang kau dah boleh diam. Bosan dengar kau bebel." _____________ Setelah memberi salam dan masuk dengan kaki kanan, aku masuk ke dalam bilik. Harap Jannah tak balik rumah lagi lah. Kalau tak, memang sendu lah kemas baju seorang diri. Okay, tekalah siapa yang dah balik dulu. Ya, dia cuma tinggalkan nota pada meja belajarku dengan sedikit catatan: 'Iman Qaisara, thank you sebab jadi roomate saya. Saya balik dulu tau tau. Text me when you already arrived, safely for sure. Ouh, ambil barang dalam locker saya. I purposely bought that for you! Hope you like it. Hehehehe. Bye. Yang cantik, Jannah Auliya.' Ada ada je lah dia ni. Jangan dia buat prank sudahlah. Bayangkan buka buka je, tersembul cicak mainan dekat pintu locker. Dah satu hal nak kena kejut dari pengsan pula. Aku buka pintu almari kayu milik Jannah dengan berhati hati. Penuh berjaga, risau jika andaian aku betul. Sebaik dibuka, mata menangkap balutan plastik biru yang berisi beberapa bungkusan cadbury di dalamnya. Wah, pandai benar pilih coklat kegemaranku. Terus diambil dan diletakkan ke dalam beg. Okay Iman, mari kita mengemas. Ingat, sebelum asar mesti siap sudah semuanya. Jangan biar orang tunggu kita! Kita tunggu orang tak apa.
yes
7d
0Tank yuo
03/09
0ksise
10/08
0View All