Dari sudut pandangan Aiman: Lama aku perhati siling gelap. Mata langsung taknak tertutup. Syukurlah esok Sabtu, tak perlu bangun awal nak pergi kelas ke apa. Lepas Subuh pun boleh lajak tidur sampai tengahari. Semalam, selesai je kerja dekat library-- terus Arman gesa Iman untuk buat report juga. Katanya tak boleh dibiarkan. Samalah macam yang dia bebel waktu dalam perpustakaan. Suruh fikir consequence kalau tak buat report. Mesti ramai lagi wanita yang akan jadi teman wanita kepada Rais terima nasib yang sama seperti Iman. Adalah juga aku memberi pendapat sedikit, tidak banyak-- mengenai soal ini. Memang pada mulanya aku tidak mahu mencampuri urusan mereka tetapi itulahkan. Aku tak suka betul bila orang tak tegakkan haknya. Sampai bila perlu berada di dalam cengkerang? Kan? Aku perhati katil Qaim, tiada sinar cerah dari peranti modennya. Mungkin sudah tertidur. Untuk pastikan dia betul betul tidur, aku memanggilnya empat kali. Tiada sahutan pun dibalas. Jadi, aku simpulkan bahawa Qaim sudah tertidur. Penat mungkin. Akhir akhir semester- memang sibuk memanjanglah. Qaim tu pun aku cuma jumpa waktu malam je. Itu pun kadang kadang dia hilang. Maksudnya disini, dia tidur dekat bilik kawan dia-- mungkin tertidur sambil buat assignment. Penat memang penat. Tapi itulah tu. Kena teruskan juga. Dah nak habis dah ni. Takkan nak berhenti tengah jalan pula. Aku mengambil telefon pintarku. Taknak tulis pada buku lagi puisi yang akan aku karang ni. Lagipun Qaim sudah tidur kan, takkanlah semata buka lampu untuk tulis puisi. Kemain! Dahlah puisi pun sendu, kah! Ditekan simbol tambah yang tertera pada note pad. Sempatlah kut tulis dua tiga rangkap sebelum terlelap. Bahagian atas aku tinggalkan kosong dahulu. Kebiasaanya, tajuk memang aku buat paling akhir. Sebab imaginasi aku pada puisi selalunya berubah apabila menyusun ayat selengkapnya. Hitam, kelam, Langsung tiada cahaya, Kau coba mencari jalan keluar dalam gelita. Resah, lemah, Tidak kau tahu bahaya apa menanti. Sungguh, tenang itu hilang pabila kau makin mencari. Sedikit cahaya, berikan aku cahaya. Kecil tapak tanganmu menadah, Berdoa, Tolong, aku merayu, berikan aku cahaya. Aku tinggalkan sahaja tanpa tajuk. Biarlah. Tak rasa lagi nak letak tajuk. Nanti kalau rasa ada yang sesuai, aku tambahlah tajuknya. Bukannya susah pun hahaha. Puisi satu, siap. Tekan lagi simbol tambah di sebelah kanan. Halaman kosong muncul. Kesinambungan puisi pertama Diangkat muka menghadap langit, Dengan harapan perginya kelam. Bersungguh memohon pertolongan. Lihat, Cahaya mula menerangi ruang, Hitam mula beransur, Diganti pancaran putih menyinari kamar. Hey, Doamu dikabulkan. Sujud, Syukur. Kalimat suci dilaung bersama tangisan, Terima kasih, ucapku berulang kali. Kau yang patut kusembah, Tiada yang keduanya. Insaf mak baca hahaha. Itulah. Datang mood insaf, memang itulah yang ditulis. Dunia gelap, kelam. Yang indah itu wujud tetapi tidak kekal. Oh, aku boleh gunakan dua puisi ini untuk dialog kakak dalam Drama pendek kami. Mungkin boleh digunakan sebagai suara latar. Bijak! Uish hebat betul Aiman ni. Okay Aiman, dah langsai dua puisi kan? Bolehlah pujuk diri untuk tidur. Banyak betul benda berlaku hari ini. Syukur masih boleh bernafas. _____ "Man, bangun Man. Urgent ni!" Suara yang sayup pada mulanya didengar dengan jelas apabila aku membuka mata. Kelihatan Qaim sudah berpeluh memandang aku. "Kenapa ni?" "Kau subuh belum? Aku terlajak tidur ni. Bangunlah. Sempat lagi nak solat ni." Dikesat air wuduk yang kusangka peluh dari dahinya. "Okay." Aku duduk menegak. Dipisat perlahan mata sebelum meregangkan sedikit badan. Kemudian, aku bergegas mengambil air wuduk untuk solat di sebelah Qaim. Baru mahu mengangkat takbir, Qaim sudah memberi salam. Selesai solat, aku perhatikan tingkah Qaim. Dia sudah siap berpakaian sukan-- disembur sedikit wangian di belakang tengkuk dan berdekatan nadi di leher. "Kemana pula kau ni? Rajin betul pagi Sabtu ni bersiap." Aku cuba hadkan beberapa perkataan- masih belum hilang mengantuk untuk bercakap lebih pada waktu pagi. "Joging. Dengan kawan aku. Kau nak ikut tak?" Laju aku menggeleng. Malaslah nak bersosial. Kenal juga aku dengan kawan kawan Qaim, ramai. Tak cukup satu meja. Nak dibanding dengan aku, si Arman tu lah diheret ke hulu ke hilir. Mungkin selepas ini kemana pun kami pergi, Iman pun yang ditambah dalam senarai kenalan rapat. Kawan satu fakulti aku ada je cumanya tegur sekadar untuk siapkan tugasan. "Sayang sangat dengan tidur dia tu, heh." Digeleng perlahan kepalanya sambil tangan menyapu gel rambut untuk merapikan rambutnya itu. "Jangan lupa tutup terus pintu tu, Qaim!" Selimut ditarik menutupi kepala. Semoga tiada yang kacau aku lagilah. Ingat senang nak tidur ni? Dahlah malam tadi pun struggle gila nak lelapkan mata. Sekitar 3 setengah pagi baru boleh tidur tenang. Itupun setelah memaksa diri. Haih, nazak betul dah ni. Dulu kalau penat memang terus je letak kepala, tidur. _____ "Ya Allah Man, kau tidur lagi? Tengah hari dah ni woi." Bergoncang badan aku apabila satu entiti menggerakkan badanku dengan agresif. Mujur sempat roh masuk semula dalam badan. "Ya, nak apa ni? Kejut elok elok boleh kan? Ke nak aku mati ni?" Suara dikeraskan, seperti amaran kepadanya. Badan ditegakkan sambil memandang tajam ke arah Arman. "Aku nak ajak kau makan. Ni dah 15 minit aku kejut kau perlahan- tapi kau tak bangun pun. Tu yang goncang kuat. Sorrylah weh." "Hm, aku maafkan." "Okay jom makan. Aku ajak Iman sekali okay!" Ceria betul intonasinya apabila nama Iman meniti dibibir. Usai mengemas diri, kami berdua menunggu Iman di kafe. Sempat jugalah aku tanya Qaim-- kut kut dia mahu pesan apa apa. Katanya dia sudah kenyang, jadi mahu sambung tidur saja. Iman yang barusan sampai ke meja kami, duduk tanpa disuruh. "So?" Soal Arman tiba tiba. Aku panggungkan kepala menghadapnya, begitu juga Iman. "Apa yang so?" Balas Iman keliru. "Hal yang aku chat kau tu lah. So, kata putusnya?" Oh, jadinya aku jelah yang tak tahu apa apa ni? Pandangan dialihkan ke arah Iman yang sedang mengangkat sebelah keningnya. "It will be fun if kau pun join sekali." Jari Iman menuding ke arah Arman. "Sadly, I will be occupied during mid sem break. Kau lepak jelah dengan Aiman dekat kampung dia, boleh? Kalau bosan, baru jumpa aku dekat cafe dalam kampung kitorang tu." "Plus, Aiman pun boleh ajar kau kalau kau nak." Arman menyenggol lenganku, sekadar mengusik. Ya, aku tahu. "Rela aku belajar dengan ayah dialah berbanding dengan dia ni." Terus aku mengecilkan mata memandang Iman. "Goodluck then, Iman Qaisara. Banyak benda kena pantang kalau belajar dengan abah aku. Jadi anak tak ada kampung memang lagi mencabar. Ingat tu."
yes
7d
0Tank yuo
03/09
0ksise
10/08
0View All