logo text
Add to Library
logo
logo-text

Download this book within the app

Chapter 4 2018: 3

Dari sudut pandangan Aiman:
Seperti biasa, memang aku akan heret Arman untuk pergi ke perpustakaan pada setiap hari Khamis memandangkan kami berdua tiada kelas sepanjang hari itu. terasa seperti syurga untuk kekosongan itu tetapi kerana kerja yang makin bertambah walaupun kelas bersemuka cuma dua kali seminggu-- memaksa aku dan Arman untuk menapak ke sini.
Aku tersenyum kecil apabila peristiwa gadis yang menangis seperti orang putus cinta itu terlayar seketika di ruangan minda. Tempat di hadapan Arman aku duduk setelah kerusi ditarik.
"Arman, mana kawan kau yang sombong tu?" Tanyaku sambil memandang sekeliling. Manalah tahu terjumpa dengan entiti yang disebutkan.
"Siapa? Im ke?"
"Entah. Lupa nama. Nama dia pun aku tak tahu."
"Yang kau jumpa haritu?" Tanyanya lagi. Aku mengangguk. Badan direhatkan dengan selesa pada penyandar kerusi. Ah, lega betul dapat duduk dekat perpustakaan ni. Cejuk ehe.
"Nama dia Iman Qaisara. Panggil dia Im. Kalau dia tak dengar, baru panggil Iman atau Sara." Aku mengangguk bersahaja, tidak berminat.
Like, she's not even important right?
"Eh, kau jangan nak duduk rilek sangat ya. Semalam kemain kata banyak kerja. Awal pagi lagi ni kalau kau nak malas malas pun. Tak baik tau." Arman mengarah. Terus sahaja selesai kata katanya, dia mengangkat punggung berjalan ke arah rak buku untuk mengambil beberapa buku kimia.
Malas sahaja pergerakanku. Daripada membuka zip beg laptop sehingga menekan punat on pada komputer riba itu--- dibuat dengan tempo santai. Folder yang dinamakan sebagai procrastination process aku buka. Ditekan salah satu perisian Microsoft Word bertajuk 'Puisi Kebahagiaan?' Sengaja aku letakkan tanda soal di belakang itu. Seperti menyoal si pembaca, mereka bahagia?
Seyakin mana kamu kebahagiaanmu itu kekal?
Sebahagia manakah kamu?
Adakah seperti mahu terbaring di atas kayangan?
Atau mahu menatap penuh wajah kesayanganmu?
Bahagia itu senang ditipu.
Walaupun bibir tersenyum manis,
Namun matamu tidak bisa menipu.
Seyakin manakah kamu bahagiamu itu kekal?
Adakah sebanyak kuantiti laut yang terbentang?
Atau sepercaya kamu bahawa pelangi akan muncul?
Tak, sebenarnya bukan itu kerja yang aku perlukan untuk isi masaku hari ini. Fail disebelahnya dibuka.
"Man, aku beli air kejap dekat koop." Entah bila Arman datang semula pun aku tidak perasan dengan kehadirannya. Aku mengangguk sebagai respon sambil mata memerhati Arman jalan menjauhi tempat kami.
Tepat tepat Arman menuruni tangga, telefonnya yang ditinggalkan di atas meja itu menjerit minta diangkat. Nama pemanggil aku kerling sedikit. Ouh Iman.
Nak kena jawab ke ni?
Penting ke tak eh?
Tanpa sedar, jariku menolak skrin ke kanan-- menjawab panggilan kawan baik Arman itu.
"Where you at?" Suara yang tidak terlalu asing buatku itu menanyakan soalan.
"Library."
"Wait you are not Arman."
"Saya Aiman, kawan Arman."
"Did i ask you? No right?" Ya Allah menyebalkannya dia ni.
"Then you dont need to call Arman like he's your boyfriend. Like you said, you have your own man right?" Balasku. Heh, dia nak jadi sassy sangat kan?
"Jadi bila aku boleh cakap dengan Arman ya, encik Aiman?" Dengar nada itu-- seperti sudah jengkel dengan aku. Tsk, baru kena roasted sekali.
"Dia beli air sekejap. Nanti dia naik aku suruh dia call kau semula."
"Eh wait jangan off lagi. Till when korang dekat library?"
"Entah. Sampai siap kerja aku dengan Arman lah kut. Anything else?"
Dia terjeda seketika, sepertinya berfikir. Dapat juga aku rasakan perubahan emosinya dari awal berbicara denganku sehingga sekarang.
"Okay. Copkan satu tempat untuk aku."
"Hm."
Tanpa terima kasih, gadis itu mematikan panggilan. Wow, boleh tahan menyebalkan dia ni. Tahulah kawan Arman tapi elok ke perangai sebegitu dengan aku-- yang sememangnya asing dengannya?
"Eh phone aku dekat kau?" Arman menunjuk ke arah telefonnya yang digenggam aku.
"Iman call. Dia kata dia nak datang." Telefon diberi semula kepada pemiliknya. Arman duduk dengan selesa di atas kerusinya, berhadapan denganku.
"Haih macam macamlah budak tu. Kau okay je kan?" Aku senyum sinis mendengar soalan Arman.
"Mestilah okay. Kawan kau kan."
"Kau pun kawan aku. Kawan paaaaaling baik yang pernah aku ada. Tau tau." Mahu termuntah aku mendengar jawapan Arman. Gedik betul!
"Apa apa jelah, Arman Sufi."
____________
Dari sudut pandangan Arman:
"Omg Arman you reaaaally need to hear me out." Suara Iman yang duduk dengan gopoh sekali di sebelahku. Sebelah gadjet yang berada di telinga sudah ditarik keluar dengan paksa. Haih dia ni. Mujurlah tak tercabut sekali telinga ni. Mata masih memandang ke arah kertas di atas meja.
"Ya Iman kenapa tu?"
"We've broke up. Past hours ago."
Wheww, berita apakah ini? Aku alihkan fokus penuh kepadanya. Diperhati wajah Iman, risau juga kalau dia menangis ke kan? Atau dia tahan tangisan?
"Kau okay? Nak nangis?" Tanyaku, mengambil alih tugas rakan yang baik.
"Siapa je yang nangis over that abusive stupid? Aku okay je lah." Ia paparkan senyuman yang boleh aku katakan sebagai senyuman terpaksa.
"Nangis jelah dekat sini. Aku ada ni."
Serta merta mata yang sememangnya menahan tangisan itu mengeluarkan air jernih yang ditahan.
"Aku sedih. Aku masih sayang dia tapi aku juga yang minta hubungan ini ditamatkan. Aku dah penat. Drained gila gila."
Dari sudut pandangan Iman:
"Nangis jelah dekat sini. Aku ada ni."
Aku betul betul lemah bila ayat ini dituturkan. Tidak kiralah siapapun yang menyatakan kata itu, pasti rebah juga segala yang ditahan.
Air mata sudah turun ke pipi dengan senang. Arman, maaflah kau terpaksa lihat muka sedih ini. Arman tersenyum lega apabila melihat aku menangis. Senang mungkin melihat aku menunjukkan emosi.
"Aku sedih. Aku masih sayang dia tapi aku juga yang minta hubungan ini ditamatkan. Aku dah penat." Kataku dengan sedu. Hujung lengan bajuku digenggam sebelum diangkat untuk mengesat mutiara jernih.
"You did a good job, Im."
"You're free."
"Should've thank to yourself, right? She has done a great job."
Senyuman lega itu menghiasi wajah Arman. Tenang sekali mendengar kata kata yang memuji keberanianku itu. Walaupun aku tidak berkongsi hal aku dipukul oleh Rais beberapa kali- risau jika lelaki bernama Arman ini melakukan sesuatu di luar kampus.
"Kau jangan buat apa apa dekat Rais, janji dengan aku." Mata yang kabur memandang Arman. Seraya itu hujung bibirnya terjungkit naik. "Tengoklah dulu."
"Tolong, jangan buat apa apa. Please, Arman. Jangan buat masalah."
"Jadi jangan libatkan diri dengan masalah, Iman. Kau ada aku, okay? You can count he in too." Ditunjuk pula jarinya pada Aiman yang nampak tidak selesa dikaitkan sekali.
"He's nobody, Arman."
"My friend, our friends. Siapa siapa pun kawan aku, itu juga kawan kau. Okay?"
"Hm sorry to interrupt tapi ni kenapa kaitkan aku sekali ni?" Aiman mengerutkan dahinya, mungkin agak tidak mengerti apabila dia pula menjadi topik perbalahan kami. Air mata yang masih bersisa di pipi aku kesat dengan belakang tangan.
"None of your business." Aku mengalihkan pandangan daripada melihat dua lelaki yang sepertinya mahu memprotes kata kataku.
"No. Siapa cakap? Rais tu sepatutnya dah kena gari sebab being abusive towards you! Ofcourse you know that right? Ada undang undang lagi untuk jenayah dera ni." Arman berkata dengan suara yang ditahan. Geram barangkali dengan aku.
"Then what? Buat report lepastu biar je dia duduk dalam penjara? I wont let that happen, Arman."
"Iman, I just want to make sure that you still sane-- both of you dah tak ada apa apa dah tau. You broke up already. Okay so imagine. Imagine that if you tak buat report, dia merayu sangat sangat and you pun terima semula sebab ayat manis dia yang dia tak akan jadi macam dulu and you fall for that-- you both be together again. And boom! He become more abusive than ever and also ugut untuk bunuh you. You really want that to happen, miss? Answer me."
Sedar akan kebenaran kata kata Arman, perlahan aku menggeleng. "Tapi..."
"No buts, Iman Qaisara. Be bold. You have us."
"Polis tak rajin pun nak layan kes ni. Betul, tak tipu. I've once reported this case to police and they just laughed me." Kataku kesal. Sungguh, memang itu yang pihak itu lakukan. Memandang remeh perkara ini kerana yang menjadi mangsa itu golongan wanita. Mungkin juga itu reaksi yang sama jika golongan mereka yang menghadapnya. Langsung tidak memandang serius.
"Okay if you don't want to make a report, then it will be our job to make sure you stay safe. We help each other, okay?"
Tersenyum sedikit aku mendengar ayat itu.
Tapi hati aku masih tak tenang walaupun dah putuskan hubungan dengan Rais.
Arman dan Aiman menumpukan perhatian mereka pada laptop di hadapan mereka. Risau sebenarnya apabila Arman kata mereka boleh jaga aku-- maksud aku takkanlah aku perlu melekat dengan mereka sepanjang hari?
Yelah, salah aku juga sebab taknak ikut cadangan utama Arman. Aku taknak perkara sama berulang. Lagipun aku tak ada bukti seperti rakaman ketika aku dipukul Rais. Memanglah polis tak boleh nak buat apa apa kan?
"Arman, aku nak pergi toilet sekejap."
Anggukan dari Arman serta kerlingan sedikit daripada Aiman, memberi izin untuk aku ke tandas. Nak basuh muka! Melekit rasa sisa air mata ni. Dah macam peluh. Cumanya peluh tu ada urea, air mata tak ada. Melekit tu pun sebab kandungan garam dan rembesan hormon. Lah, terbuka kelas biologi pula emosi emosi ni.
Aku menunduk ketika berjalan ke arah tandas wanita. Eeii mesti buruk gila muka. Syukur maskara saya waterproof harini. Kalau tak, dah hitam dah muka.
Imbasan muka aku perhatikan.
Tak sangka, masih cantik rupanya AHAHHAHAHHA OKAY TAKKKK. TIPU JEEE. Oles lipstick sudah tidak kelihatan, mata yang sedikit sembap dan blush yang dipakai sebelum ke sini tadi pun sudah pudar. Hidung pun-- habis dah merah dan berair. Aku membuka pin yang berada di bawah dagu, menolak sedikit fabrik yang menutupi bahagian muka ke belakang.
Air sejuk menyapa muka, memberi sensasi kesegaran. Lega.
_________
Dari sudut pandangan Aiman:
"Kenapa aku terlibat sekali ni? Kau ni pun agaklah. Dahlah aku tak kenal sangat Iman tu." Mata mencerlung tajam ke arah Arman. Wah, lagak seperti hero sangat tadi ya. Dah, aku yang tak tahu apa apa tiba tiba kena heret sekali.
"Aku ada idea sebenarnya Man. Kau kena tolong aku. Aku dah lama dah perhati si Rais tu. Aku sebagai kawan baik Iman, melantik kau sebagai pembantu pemulih emosi dia. Nak taknak kau kena terima. Kita kan kawan."
Eh, kesitu pula dia.
"Ooo kalau kita tak kawan, aku tak jadi lah kan pemulih emosi kawan kau ni?"
"Dahtu? Kau nak ugut putus kawan ke Aiman? Takde takde. Kalini aku taknak dengar ayat merengek kau kata kau busy assignment ke apa. Tolong ajelah. Iman je! Janji." Arman memegang tanganku. Tidak tahu mahu memberi rangsangan yang bagaimana, aku tenung sahaja tangan kami berdua.
"Upah?"
"Ya, aku bagi. Ish, dasar mata duitan."
Kerusi yang diduduki Iman tadi ditarik oleh gadis itu. Sedaya yang boleh wanita itu menarik senyum. Walaupun payah- ditarik juga sehingga kelihatan begitu manis untuk diletakkan pada wajahnya.
"Aku takde perancangan. Tapi Aiman ada." Ujar Arman sambil menepuk bahuku.

Book Comment (64)

  • avatar
    ManagbanagRr franz

    yes

    7d

      0
  • avatar
    Rachid Chafir

    Tank yuo

    03/09

      0
  • avatar
    Soffy Ae

    ksise

    10/08

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters