logo text
Add to Library
logo
logo-text

Download this book within the app

Chapter 3 2018: 2

"Jom, ikut aku." Tanpa alasan kukuh, tangan gadis bernama Im itu ditarik kasar. Nak dibandingkan kudrat mahu melawan, mestilah lelaki itu yang menang, bukan?
"Eh, awak ni kenapa Rais? Cakap jelah. Tak payah tarik tarik saya." Pergelangan tangannya dilihat secara kasar, risau jika kemerahan akibat dipegang Rais. Sudahlah tangan besar! Habis merah pedih lengan kecil itu.
"Wah, buat macam tak pernah salah apa apa." Menyeringai si lelaki. Gadis itu memandang sekeliling. Risau dengan suara Rais yang naik seoktaf itu mampu mengambil perhatian orang yang lalu lalang.
"Cakap jelah elok elok. Saya bukannya buat salah apa pun. Tak malu ke dekat orang tengok kita bergaduh ni?"
"Kau itu yang patut malu! Kemain ya kau gelak dengan lelaki. Ingat sikit. Kau itu dah ada boyfriend. Ni, depan kau ini yang patut bermesra dengan kau."
"Hey, awak ni kenapa? Cemburu?" Serkap gadis itu. Rais naik berang. Tangan digenggam geram. Naik ke muka juga nanti tapak tangan ni!
"Ah kau, makin lama makin naik lemak ya. Patut aku tangan tangankan je kau ni!" Tangan diangkat-- sudah bersedia mahu menampar tapi ditahan kerana kedudukan mereka agak terbuka. Matanya mengecil, memandang tajam ke arah si gadis.
"Apa lagi tak puas hati? Kenapa awak dah berubah? Tak macam mula mula kita kenal?"
"Ah, kau dah berubah hati kan sebenarnya? Sebab tu kau layan lelaki lain semesra boleh."
"Rais!" Naik nada suara gadis itu memanggil nama teman lelakinya. "Saya tak tahulah kenapa awak sejak dua menjak ni macam tak percaya dengan saya. Ish kita bincang lain kali lah." Dengan perasaan sebal, gadis itu berjalan menjauhi Rais yang masih berdiri marah. Sakit hatinya dituduh sebegitu. Sememangnya dia terlalu murah untuk bermesra dengan lelaki lain?
__________
"Jumpa lagi kau dekat sini. Arman mana?" Tanya Aiman sambil mencari kelibat Arman di sekitar-- kut kut boleh jumpa si kembar lain keluarga itu. Buku di pelukan diletakkan di hadapan gadis itu. Sisi meja di perpustakaan itu dia jadikan sebagai tempat menongkat kedua-dua tapak tangannya. Figura si gadis yang menunduk meja itu diperhati lama. Dia perasan akan kewujudan gadis itu pun kerana baju yang dipakai olehnya adalah sama dengan hari dia duduk semeja dengan gadis itu-- beberapa hari lepas.
Senyap. Tiada jawapan. Kepala gadis itu pun tidak dipanggung memandangnya. Aiman kehairanan. Betulkah ini gadis yang pernah dia jumpa sebelum ini atau dia yang salah menegur orang? Tapi Aiman masih ingat baju ini- sama seperti baju yang dipakai gadis itu tempoh hari.
Dari sudut pandangat Aiman:
"Hey, aku cakap dengan kau ni."
Tiada kata dari gadis tersebut namun, esakan pula kedengaran.
Ah sudah, aku tak buat apa apa pun! Aku tegur je. Bukan salah aku ya.
Terus aku tarik kerusi untuk duduk di sebelah gadis itu. Bahu yang naik turun menahan esakan supaya kedengaran seperlahan yang boleh itu aku pegang. Ya Allah berdosanya aku. Tapi berlapik tapi masih berdosa. Aku nak tolong dia je.
"Weh aku pegang takpe kan? Darurat." Digosok bahu itu dengan lembut. Ya Allah, janganlah nangis. Dahlah nangis tu tiba tiba. Seramlah macam ni.
"Kau nangislah. Aku ada ni."
Pulak dah. Tak sangka itu ayat yang keluar dari mulut aku. Aduh, menempah bala betul lah aku ni. Kenapalah aku buat begini. Tapi kalau nak jauhkan diri-- lagilah kesian. Orang tengah nangis kut! Hello, mana Aiman beku? I need you now!
Aku tak tipu, bila ayat 'aku ada ni' disebut, makin kuat dia menangis. Jadi salah aku ke sebut ayat tu? Ke kena tukar ayat lain?
"Kau tak perlu buat baik dengan aku lah, Aiman." Dia memandang aku setelah tangannya mengesat air mata yang masih tersisa di pipi. Wow, cantiknya mata lepas nangis!
Ouh apa dia tadi?
Tak perlu buat baik?
"Bila masa pula aku buat baik dengan kau?" Tanyaku. Dengan sengaja sekali bahu gadis itu diangkat berkali kali, seperti menyuruh tangan aku yang berada di atas bahu sekeping itu diangkat. Astaghfirullah. Lupa.
"Heee maaf. Eh tapi kau dah tak nangis kan! Patutnya bersyukurlah aku ada dekat sini. Boleh kau nangis puas puas." Aku membela diri. Aku cuma membantunya... adakah itu salah?
"I won't cry IF you tak tegur I!"
"Okay chill. My fault then because approaching you. Sorry." Aku mengangkat kedua dua tangan ke udara seperti menyerah kalah. Berbahas dengan wanita memang tidak akan menang.
Aku mula berdiri  dan mengambil bukuku di hadapan-- ouh aku masih lupa nama pendeknya. Terhenti seketika kegiatan aku yang mahu mengambil bukuku. "Kejap, before you become furious again- nak tanya ni. Nama apa eh?"
"Gawd, seriously. I dah ada boyfriend kut. You nak try I kan?" Weh bapak poyo jawapan. Haa ini memang mahu cari gaduh. Try dia? Wah, begitu berani kenyataannya itu.
"Tanya nama je pun. Bukannya ajak jumpa tok kadi. Lemekk dia ni. Kerek betul." Balasku. Buku diambil dengan cepat dan aku berlalu menjauhi gadis tersebut. Kedekut gila nak bagitahu nama. Memang ingat aku nak praktis di hadapan cermin ke?
Aku bawa diri ke kaunter pinjaman buku. Kad matrik dikeluarkan dan diserahkan kepada staff bersama dengan buku yang aku bawa sedari tadi. Niat datang sini nak buat kerja tapi bila dah berlaku keadaan begitu, habis 50 minit aku terbuang. Tak guna punya gadis kerek!
Mampuslah malam ni kena berjaga untuk siapkan essay. Ah, menyebalkan.
__________
Dari sudut pandangan Arman:
Air mineral di dalam botol 500 ml ditangan aku teguk perlahan. Risau jika aku tersedak. Dah membazir beberapa mililiter air yang tertumpah. Jangan membazir!
Ditutup semula mulut botol dengan penutupnya. Belakang badan aku sandarkan pada kerusi. Jarang Im lambat masuk kelas ini. Kebiasaannya 10 minit sebelum kelas bermula, dah sampai dah manusia kecil itu.
Ini, kelibat pun tak nampak lagi. Seminit lagi kuliah mahu bermula.
"Okay, Assalamualaikum dan selamat petang. You guys bring the printed notes right? Kalau tak bawa, bayar dekat bendahari kelas." Dr. Anis tersenyum sinis semasa dia menyatakan ayat tersebut. Matanya juga ralit meneliti setiap meja pelajarnya-- termasuk meja aku yang masih kosong.
Masak! Nota aku pun aku suruh Im yang tolong print out kan. Mampuslah kena aim dengan dia harini.
"Make sure you guys sign your attendance okay before the end of this class. Let's start our lecture. Chapter 5, Coordination Chemistry and Crystal Field Theory."
Aku memang dah gelabah ni tapi tengah tunggu Im masuk dengan nota aku. Aku perlu sorok gelabah ni dulu! Nanti Dr. Anis nampak, memang tak selamat aku harini.
"Psss. Nak tengok nota boleh?" Aku kerling sedikit ke arah nota Luqman. Sambil sambil Dr. Anis menerangkan secara terperinci topik tersebut, aku catatkan pada kertas kosong. Bukannya tidak tahu, Dr. Anis ini lajunya bila dia terang-- sampaikan 15 minit pun boleh habiskan 10 slaid. Tambahan, dia banyak terangkan secara lisan daripada yang ada dalam nota. Jadinya, kita ni yang kena tangkap apa yang dia cakap. Kalau tak paham atau penerangannya kurang jelas, tanya dia semula.
"Maaf Dr. saya terlambat." Im menunduk ketika masuk ke kelas. Terus bersinar mukaku melihat figuranya. My saviour! Tempat duduk yang memang aku jaga khas untuknya aku tunjuk kepadanya apabila pandangan kami bertembung.
Laju sahaja tubuh kecil itu menempatkan dirinya disebelahku. Dikeluarkan nota belajar untuk aku dan dia. Nafas yang tercungap dia cuba stabilkan. Buat hal betul budak bijak ni.
Im tidak bertegur langsung denganku sehinggalah kelas habis sekitar pukul 5. Sebelum kelas berakhir, sempat lagi Dr. Anis memesan kembali akan dendanya. Dan matanya pula memanah aku.
"Arman, you dah bayar belum duit denda dekat bendahari?"
"Dr, I already have my notes with me." Diangkat kertas yang dikepilkan ke udara. Aku tersenyum bangga. Seakan menang berdebat dengan guruku itu. Aku tahu Dr. Anis bergurau sahaja. Mestilah dia memerhati setiap tingkah muridnya.
"See you soon, Arman."
"Thank you Dr."
Im sudah keluar. Dengan laju aku cuba mengikut langkahnya.
"Im."
"Im."
"Weh, Iman. Sabajap."
Langkahnya dihentikan. Dia berpaling ke arahku sehinggalah aku betul betul di sebelahnya. Kemudian, kaki berjalan kembali.
"Kau okay tak ni? Kenapa macam takde mood-- jap. Asal dengan tangan kau ni?" Automatik dia sorokkan tangannya dariku. Haa, adalah ni apa apa yang jadi ni.
"Tak ada apa lah. Jalan cepat. Aku lapar."
"Okay aku teman kau makan dekat cafe."
"Tak payah. Nanti Rais marah."
Mendengar jawapannya buat aku panas telinga. Why on earth he need to be an ass like that?
"Pehal pulak nak marah kau? Aku kenal kau lagi lama kut dari kau kenal Rais. Aku kan kawan baik kau."
"Kau tak akan faham, Arman."
"Sila fahamkan aku." Itu sahaja kata yang aku keluarkan.
"Ish, apa apa jelah."
________
Aku memerhati Im yang makan dengan perlahan. Tidak selesa mungkin kerana aku memandangnya. Tapi masih, aku tidak puas hati dengan jawapannya. Aku tidak memahaminya?
Mungkin iya, mungkin juga tidak.
Hampir dua tahun aku berkawan dengannya-- lebih lama daripada Iman menjalinkan hubungan dengan Rais itu. Heh, tidak cukup lima bulan lagi usia hubungan itu. Sememangnya Rais itu memahaminya?
"Iman Qaisara, aku selalu ada dengan kau. Jangan simpan seorang diri, okay?" Air diteguk santai. Tidak tergesa, tidak pula rasa mahu membiarkan air sejuk itu lama di dalam mulut.
"All men do is lie. Tsk." Kedengaran halus sahaja Iman bersuara. Nasinya sudah habis dijamah. Licin! Aku memerhatinya yang membawa pinggan tersebut ke sinki. Dia datang semula ke meja kami untuk meneguk airnya.
"Maksud kau?"
Iman menunjuk senyuman sinis. "Entahlah. Malaslah aku nak percaya orang. Suka tabur janji manis kemudian mengingkari." Serentak itu, dia bangun berdiri.
"Jom. Aku ngantuk. Nak balik tidur."
Sampai ke bilik pun aku masih fikirkan ayat Iman. Sememangnya Rais itu nampak baik sewaktu awal mereka berpasangan-- masih ingat Iman begitu gembira menceritakan hari harinya dengan Rais. Aku sekadar mendengar dan memuji cara Rais itu menyayangi Iman.
Tapi sejak kebelakangan ni, nampaklah perubahan Iman. Sarkastik tidak bertempat. Yes i know sarcasm is one of her traits but her speech is more hurtful than ever.
Mungkin sesuatu berlaku kepada mereka dan aku hanya perlu tunggu Im keluarkan arahannya untuk aku bertindak.
Tidak terperasan kaki aku membawa aku ke rumah Aiman. Pintu diketuk sebelum aku membukanya dan masuk ke bilik Aiman. Ya Allah, boleh dia tertidur dengan keadaan kepala di atas meja yang dipenuhi nota pembelajaran. Sisi katilnya aku duduk perlahan.
"Man. Man. Bangun tidur atas katil weh." Bahunya aku goncang beberapa kali. Mujurlah senang terjaga dia ni. Tak adalah aku jenuh mahu membangunkannya.
"Bila sampai do?"
"Baru je. Aku ingat nak ajak borak tapi kau macam penat je." Dipisat pula matanya sambil memandang ke arahku. Rambut pun masih dengan kesan penyet akibat tertidur atas meja itu.
"Kejap kejap. Aku nak basuh muka. Kau jangan balik lagi." Terus bangun dari tempatnya, Aiman berjalan keluar dari bilik. Aku menggeleng kepala. Aiman, Aiman. Sanggup tu ketepikan rasa mengantuk dia. Semata sangat.
Sempat juga aku memerhati kertas yang berada di atas sekali. Wah, puisi ke ni? Sebelum membaca isinya,. Aku lihat nama penulis itu yang kebiasaanya berada pada baris akhir sekali.
AdhwaAiman.
Dah agak dah.
Mestilah dia yang menulis kata manis ini. Budak sastera, mungkin ini adalah salah satu tugasannya. Kan?
"Hey, aku mahu mengikutmu,
Menyentuh awan dengan tangan kasarku,
Menyisip jemariku dalam air sungai yang mengalir tenang.
Menadah hujan yang menimpamu,
Dan mencium embun sepagi bersamamu.
Hey, aku mahu mengikutmu,
...
Tidak habis lagi aku membacanya, Aiman sudah menarik kertas itu.
"Tak habis lagi ni. Aku tak tahu nak letak nama gunung apa dekat sini."
"Bagilah aku baca habis dulu. Lepas tu aku tolong kau letak nama gunung yang sesuai. Okay?"
Diberi semula kertasnya.
Hey, aku mahu mengikutmu,
Menyentuh awan dengan tangan kasarku,
Menyisip jemariku dalam air sungai yang mengalir tenang.
Menadah hujan yang menimpamu,
Dan mencium embun sepagi bersamamu.
Hey, aku mahu mengikutmu,
Mendaki kehijauan gunung (insert gunung name),
Meniup dandelion yang mula mengering,
Memelukmu erat tika cuaca sejuk hadir.
Hey aku mahu mengikutimu,
Menjelajah dunia bersama sama denganmu.
Dunia kita.
"So kau bayangkan dekat mana ni?"
"Entahlah. Aku main buat je sebenarnya."
Aku berkelip beberapa kali. Takkanlah dia ni tak fikir latar tempat dekat mana?
"Benda ni spontan. Aku buat pun sebab aku bosan dan nak tulis sesuatu. Dekat mana eh ada bunga dandelion?"
"Negara kita pun ada tapi tak secantik dan semenarik negara luar punyalah. Jadi, kau pilihlah nak negara sendiri atau negara luar?"
"Kalau Malaysia, ada ladang dandelion?"
"Setahu akulah, tiada. Kita tak tanam pokok tu sebab dandelion tumbuh meliar. Dekat Gunung Kinabalu ada weh! Tapi pokok tu tumbuh sebab pembawakan manusia. Bukan semula jadi dari situ."
Aiman mengangguk faham.
"Tapi origin dandelion dari Europe. Contohnya Austria. Dekat situ memang ada satu taman dandelion. Gunung pun cantik sebab yelahkan, Europe-- mana je tak cantik. Nama Hochkönig mountain pun boleh kalau nak gunakan. Sesuai dengan cuaca sejuk yang kau bayangkan tu. Gunung Kinabalu pun sejuk walaupun tak setinggi Hochkönig."
"Uish ini susah ni. Aku tak tahu nak ketengahkan negara kita dalam puisi atau aku buat yang satu ni je negara luar. Nanti yang lain lain aku buat identiti Malaysia. Eceh macamlah rajin." Serentak itu kami ketawa. 
"Ni assignment ke?"
Aiman menggeleng. "Ni coretan bila aku procrastinate, malas nak buat kerja. Takpun aku tulis untuk rehatkan diri."
"Konon selflove lah ni?"
Sekali lagi kami ketawa. Selflove? Banyak selfharm adalah.

Book Comment (64)

  • avatar
    ManagbanagRr franz

    yes

    7d

      0
  • avatar
    Rachid Chafir

    Tank yuo

    03/09

      0
  • avatar
    Soffy Ae

    ksise

    10/08

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters