logo text
Add to Library
logo
logo-text

Download this book within the app

Chapter 2 2018: 1

Dari sudut pandangan Aiman:
Aku mengucapkan terima kasih kepada Arman. Punyalah baik dia mahu ikut aku hari ini untuk pergi perpustakaan. Selesai sahaja meletakkan kereta di hadapan perpustakaan, Arman terlebih dahulu menegur seorang gadis yang dikenalinya dari dalam kereta. Aku tidak mengambil peduli sangat dengan nama yang disebutkan Arman itu-- jadi terus sahajalah aku ambik beg dan keluar dari kereta. Belakang badan aku sandarkan pada sisi kenderaan-- masih lagi tidak menghadap Arman yang sakan berbual. Apabila Arman panggil nama aku, barulah aku kalihkan muka ke arahnya dan mengunci pintu.
Oh, gadis tadi dah pergi.
"Jomlah masuk. Aku ingat kau dah jalan tadi."
"Tunggu kau lah. Macam cakap dengan girlfriend." Rungutan aku disambut dengan tawa sinis Arman. Dia berjalan terlebih dahulu. Dikeluarkan kad matrik dari beg galasnya untuk diimbas pada pintu utama perpustakaan. Aku juga melakukan perkara yang sama. Cumanya aku punya kad matrik disimpan elok pada card holder bertali. Arman punya dah bogel-- dalam erti kata lainnya tiada langsung usahanya untuk letakkan kad identiti itu ke dalam card holder. Yang hebatnya, tak ada pula tu dia kena apa apa tindakan. Alahai Arman.
"Kita duduk sebelah kawan aku tadi tau." Aku sekadar mengangguk. Tangga didaki sehingga tingkat kedua. Ikut jelah Arman ni. Asalkan aku siap ulasan ringkas laporan Dr. Muna harini.
Aku berhenti dan memerhati Arman duduk di mana. Apabila dah nampak dia mahu labuhkan punggungnya di hadapan gadis itu, aku berjalan ke arah rak buku berlabel Sastera. Cari dahulu kamus dan bahan sokongan untuk dimasukkan ke dalam ulasan laporan. Lepas tu barulah boleh duduk diam diam dekat meja, siapkan kerja sampai ke petang.
Aku berjalan ke arah meja Arman dan gadis itu-- dua buku berat aku pegang dengan kemas. Weh jujur buku sastera selalu tebal. Geram pula rasa. Kenapa perlu tulis sampai beratus halaman. Tulisan pula kecil, mujurlah senang untuk difahami. Aku jarakkan satu kerusi antara aku dengan gadis itu. Kalau duduk sebelah Arman, memang tak aman hidup aku. Nanti dia nak makan lah, duduk tak diam sekejap ke kiri sekejap ke kanan kadang tu renggangkan badan. Itu yang aku pilih tempat di sini. Jauh dari Arman dan tidak mahu membuatkan gadis itu tidak selesa jika aku duduk di sebelahnya. Dahlah tak kenal mana.
"Nama dia Aiman." Arman menuding jari ke arahku. Mata si gadis memandangku dengan pandangan lembut, awww. Aku senyum sedikit dan kembali tampal muka tanpa riak. Bukan serius. Aku cuma malas nak menunjukkan reaksi apa apa.
"Kalau dia tak tanya nama, tak payah bagitahu lah kan?" Tanya kawan Arman itu kepada lelaki di hadapannya. Arman dengan beria sekali mengangguk-- mengiyakan pertanyaan gadis itu.
"Tak payah bagitahu pun tak apa weh. Aiman ni dia bukan sombong tau. Dia cuma malas nak layan orang. Kau okay je kan?"
"Tak apa. Asalkan tak kacau aku hehe." Gadis manis berkata.
"Eleh macamlah aku nak kacau sangat." Balasku dengan renungan kejap. Malas nak layan gadis ini lama lama, aku ambik laptop dan mula menyiapkan tugasan. Terlebih dahulu aku sumbat telinga dengan alunan ayat suci yang dipasang dari laptop. Tenang sikit hati ini.
Bukan berlagak alim ya. Memang aku selalu begini jika lakukan tugasan. Tidak kisahlah buat kira kira ataupun kena siapkan karangan mahupun selesaikan beribu patah perkataan untuk laporan. Bila dengar ayat tu, tenang dia memang tak boleh bawa bincang. Laju je idea mencurah keluar.
_____
Aku keluarkan coklat bar daripada beg. Nampak gaya macam tak lama dah ni nak siap. Ulasan ringkas tapi nak sampai tiga muka surat. Tak tahulah Dr Muna salah arahan ataupun aku yang salah pemahaman. Sekarang pun dah siap hampir dua muka surat dan separuh lagi untuk penuhkan muka surat ketiga. Direpihkan sebaris coklat itu yang digigit sedikit demi sedikit.
Berkata tentang coklat, aku ingat satu video ni-- cara cara untuk menikmati coklat. Kata si penyampai, coklat tersebut perlu dikemam di bawah lidah ataupun letak sahaja di atas lidah dan biarkan coklat itu mencair dengan saliva kita. Lebih nikmat, lebih menghargai rasa coklat-- begitulah ucapannya. Entahlah. Yang aku tahu, coklat putih lagi sedap daripada coklat gelap.
Aku suakan coklat yang diadun bersama serpihan biskut ke arah gadis itu. "Eh takpe ke ambil ni?" Polos sekali pertanyaannya.
"Ambil jelah. Bagi Arman sekali." Setelah itu, aku biarkan sahaja lebihan coklat itu dimakan oleh mereka. Sempat jugalah aku dengar mereka ketawa tapi terpaksa dikawal kerana inikan perpustakaan. Siapa je yang berani buat bising? Nak tarik kerusi pun fikir dua tiga kali sebab risau bunyi kuat sangat.
Aku siapkan sampai habis kerja aku. Ya Allah, siap juga akhirnya. Aku meraup muka dan mata yang letih. Badan aku regangkan ke arah kanan dan begitu jugak ke belah kiri. Alunan zikir yang masih bermain di fon telinga aku hentikan. Alatan elektronik kecil itu aku tanggalkan daripada telinga.
"Arman, settle juga do kerja aku."
"Cool. Belanja aku makan okay. Aku dah teman kau ni." Arman mengingatkan. Aku mengangguk malas. Arman ni kerja dia makan je tahu. Balasan untuk apa-apa pun, mesti dia minta untuk belanja dia makanan.
"Im, kau balik dengan siapa? Naik bas atau jalan kaki? Nak balik kampus juga kan nanti?" Arman tanya gadis di hadapannya itu. Sambil kemas barang, aku pasanglah juga telinga untuk tahu apa apa maklumat.
"Aku naik bas lah. Kan dah petang ni. Ada je bas kitaran ke kampus tu."
"Kalau macam tu naik dengan kita oranglah. Nak?" Arman mempelawa. Aku-- entahlah. Kawan Arman kan. Takkan aku pula yang beria mahu menolak.
"Eh takpelah. Bukan kereta kau pun kan... aku takutlah."
"Takut kenapa?" Aku menyampuk. Yelah, selaku tuan kereta aku kena tahu. Tambahan aku cuma kenal Im-- oh nama dia Im je kut-- hari ini jadi kita tak tahu niat sebenar orang kan?
"Tak perlu takutlah Im. Aku ada. Kalau Aiman marah kau, aku marah dia semula." Balasan Arman itu buat muka gadis itu senyum sedikit.
"Tak, aku takut Rais yang marah korang." Aku perhati tingkah Im yang bermain dengan kukunya- seakan gusar dengan nama itu.
"Alah kolot betul boyfriend kau tu Im. Takkan naik kereta dengan lelaki pun nak marah. Bodoh ke?"
"Kau tak faham, Arman. Takpelah, aku naik bas je. Kau pergilah makan ke apa dulu. Jangan risaukan aku tau. Aku cuma taknak buat masalah. Aku balik dulu ya. Terima kasih atas pelawaan, Arman. And thank you for the chocolate, Aiman." Terus sahaja gadis itu bangun.
Mesti ada apa apa yang jadi ni. Hilang sahaja gadis Im itu dari pandangan, aku membaling cebisan pemadam kepada Arman. "Apa?" Arman mengalihkan perhatian sepenuhnya kepadaku.
"Kau tak rasa pelik ke dengan cara kawan kau tu?" Dari cara dia menguis hujung lipatan lengan baju pun boleh agak yang dia ada masalah.
"Pelik gak sikit. tapi nak buat macam mana, dia yang tak mahu cerita. Biarlah. Nanti-nanti, adalah tu dia bagitahu." Arman bangun dari kerusi. Disorong semula kerusi masuk ke dalam meja seperti keadaan asal.
"Okay you. So, nak makan dekat mana? Dekat dekat atau jauh gila?"
"Kalau jauh gila tu dekat mana?" tanyaku. Kena prihatin juga ni. Risau aja budak tidak betul ini ajak aku pergi Penang.
"Melaka?"
"Wow. Onz. Minyak aku bayar."
_____
Dari sudut pandangan Aiman:
Beberapa hari aku tak jumpa kawan Arman itu. Nama pun aku dah lupa. Assignment makin meninggi, tambah pula aku ini pelajar sastera. Lagilah mahu melepet dalam bilik siapkan kertas kerja, assignment tu pula kalau boleh nak bagi 90 terus. Kalau setakat mahu tulis tulis apa yang kita sudah belajar, aku tak kisah tau. Namun, apabila melibatkan terlalu banyak kesalahan ejaan, beberapa sumber perlu disemak semula-- memang penat leher aku menghadap dari pagi hingga ke petang. Sekarang ini juga, mata aku sudah berasa kering dek memandang skrin laptop terlalu lama. Bukan itu sahaja, kaki aku juga sudah mula naik sesemut gatal apabila terlalu lama duduk dalam posisi yang sama.
Cuma itulah, yakinkan diri aja yang kita boleh lakukan dengan sehebat yang boleh!
Ouh ya sebelum terlupa. Arman dengan aku tak ambil jurusan yang sama. Arman pelajar biologi. Hidup penuh dengan bahasa sainsnya. Aku-- pelajar sastera. Lebih kepada bahasa melayu. Bagi aku, kalau kita tak belajar bahasa kita sendiri-- siapa lagi kan? Lagipun bahasa melayu ini indah. Cantik dan sopan. Bunga bunga bahasa pun bila dengar tu-- menusuk juga.
Arman memang nampak begitu authentic dengan bahasa sainsnya. Kadang, bahasa inggeris yang dia gunakan tidak boleh aku fikirkan dalam bahasa melayu! Dengan beberapa formula yang dia terapkan dalam soalan sainsnya-- tidak boleh aku hadam kesemuanya. Itulah Arman dan sainsnya. Pelik juga aku bagaimana kami boleh sefrequensi.
Berkata soal kertas kerja, aku baru teringat tentang hal itu. Pertandingan pantun anjuran pusat bahasa. Aku menyandang setiausaha sahaja. Itu pun selepas beberapa orang asyik menolak jawatan itu bila ditanya. Masuk kali ini, sudah tiga kali aku buat kertas kerja. Jadi, bolehlah aku ambil jawatan tersebut. Setiausaha-- tulis apa yang telah dibincangkan oleh komuniti. Itu je kut...
"Man, busy betul kau. Tak lepas laptop tu dari tangan kau. Sampai ke malam pun masih hadap laptop. Rosak mata nanti." Qaim yang sedang berbaring di katilnya menegur. Dia itu roommate aku.
"Kalau tinggal lagilah banyak, kan?"
"Betul."
Lepas tu diam. Aku tak tahulah Qaim bagi aku masa sendiri atau dia yang tiada topik mahu bualkan.
"Qaim, kau final berapa paper?" Kebiasaannya, pelajar sains komputer jarang ada final paper.
"Dua je. Tapi kau orang habis dulu. Sendulah nanti! Memang aku balik dulu lah jawabnya. Study week tu pun aku balik tau. Kau okay je kan? Eh dua minggu lagi study week nak start."
"Tak payah kisahkan aku. Kalau kau nak balik, balik jelah. Aku rasa nak duduk sini je. Balik rumah nanti aku gaduh dengan adik aku pula. Dah rugi masa dekat situ."
Qaim bangun menegak. Dicapai kalendar yang digantung pada dinding sudut belajar.
"Betul ni? Lama lagi tau kau nak balik. 2 minggu sebelum study week, 4 minggu tempoh study week, 2 minggu paper final kau. Uish kalau aku, memang tak sanggup. Rela aku balik!" Aku tersenyum mendengar Qaim mengulas. Anak manja, bongsu lagi. Mana lah nak rela duduk kolej lama lama.
"Balik jelah Qaim. Peluang keemasan! Manalah tahu kan kalau kalau sem depan kau dah susah nak balik rumah. Aku dekat sini ada Arman. Dia boleh je tolong teman aku pergi mana mana tapi kalau pergi sorang pun tak apa."
"Lupa, kau ada kembar." Ayat itu mengundang tawa kami berdua.
_________
Berehat seketika dari menghadap skrin segi empat tepat, aku ambil buku puisi yang dirumpun menjadi buku karya Jalaluddin Rumi. Maulana Jalaluddin Rumi Muhammad, nama gah yang menjadi sebutan pencinta penulisannya. Banyak sebenarnya yang beliau titipkan sepanjang hayatnya. Puisi bertemakan cinta-- itu yang aku baca sekarang ini.
Indah bahasanya.
Bila tak kunyatakan keindahan-Mu dalam kata,
Kusimpan kasih-Mu dalam dada.
Bila kucium harum mawar tanpa cinta-Mu,
Segera saja bagai duri bakarlah aku.
Meskipun aku diam tenang bagai ikan,
Tapi aku gelisah pula bagai ombak dalam lautan
Kau yang telah menutup rapat bibirku,
Tariklah misaiku ke dekat-Mu.
Apakah maksud-Mu?
Mana kutahu?
Aku hanya tahu bahwa aku siap dalam iringan ini selalu.
Kukunyah lagi mamahan kepedihan mengenangmu,
Bagai unta memahah biak makanannya,
Dan bagai unta yang geram mulutku berbusa.
Meskipun aku tinggal tersembunyi dan tidak bicara,
Di hadirat Kasih aku jelas dan nyata.
Aku bagai benih di bawah tanah,
Aku menanti tanda musim semi.
Hingga tanpa nafasku sendiri aku dapat bernafas wangi,
Dan tanpa kepalaku sendiri aku dapat membelai kepala
lagi.
Tersenyum sendiri aku dengan bait itu. Tajuk untuk puisi ini, pernyataan cinta.
Aku tidak perlu membahaskan apa apa tentang cinta. Cinta itu subjek yang sukar untuk lulus jika aku mengambilnya. Bayangkan kali terakhir aku bercinta-- zaman sekolah menengah dahulu. Lepas tu, aku tak rasa nak mencintai sesiapa.
Tapi masihlah ada rasa suka akan perempuan. Cumanya rasa itu sekejap sahaja mencengkam hati.
Mengenai Maulana Jalaluddin Rumi ini, aku memang gemar dengan puisinya. Tak tipu ni! Bukan pengaruh sesiapa. Tapinya susah nak jumpa buku buku klasik ini di kedai buku. Kalau nak beli pun, harganya tidak mampu itu student seperti aku ini. Bukannya tak mampu sangat pun, aku cuma tak pandai menyimpan wang. Kalau aku pandai bahagikan aliran duit aku, sudah lama aku kumpul semua karya beliau.
Selesai tiga muka surat, aku kembali melihat skrin laptop. Siapkan kerja dahulu, masa bermain sudah tamat!

Book Comment (64)

  • avatar
    ManagbanagRr franz

    yes

    7d

      0
  • avatar
    Rachid Chafir

    Tank yuo

    03/09

      0
  • avatar
    Soffy Ae

    ksise

    10/08

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters