logo text
Add to Library
logo
logo-text

Download this book within the app

Sugar

Sugar

pawa


Chapter 1 2017; Prologue

Sememangnya kesesakan di majlis makan malam ini buat aku tidak selesa. Terlalu ramai. Kadang rasa macam otak pun tak boleh nak menutur kata dengan cermat apabila berada dalam keadaan begini.
Meja buffet yang disediakan oleh pihak hotel aku kunjungi. Di tangan sudah memegang satu pinggan leper. Ya Allah, sedap betul bau kambing golek yang tidak berpenutup. Aku sendukkan nasi berwarna ke dalam pingganku. Kemudian, aku dengan perasaan teruja ini menghulurkan pinggan di hadapan pekerja yang ditugaskan meletakkan hirisan kambing yang dibakar kepada pelanggan.
Weh tak tipu weh dia punya bau tu memang allahu, menyentap nafsu perut! Usai ucapkan terima kasih, aku pergi pula ke arah kuah. Dah makan nasi takkan tiada kuah pula kan. Ada kari, gulai, sup tulang--- uish mewah betul hidup siswa malam ni. Tak sia sia bayar RM40 untuk semua ni. Kenyang perut aku malam ni. Alhamdulillah! Disuakan pinggan sekali lagi ke arah pekerja-- butler eh orang panggil? Entahlah saya.
"Tolong letakkan kari sikit dengan kentang. Terima kasih bang."
"Sama sama. Selamat menjamu selera ya, tuan." Aku tersenyum. Ya Allah rasa nak ambik semua makanan ni. Mesti sedap gila! Kaki melangkah dengan berhati hati pergi ke meja yang aku duduki awal awal tadi.
"Man, awal lah kau ambil. Dahlah tak ajak aku." Arman menegur. Aku cuma senyum menayang gigi ke arahnya.
"Lapar sangat do. Aku risau gastrik je. Weh sedap sedap makanan dia orang tempah. Kau pergilah potong barisan kalau tak percaya cakap aku." Sesuap nasi sudah masuk ke dalam mulut. Kunyahan pertama pun dah buat aku terpaku dengan kelembutan daging kambing golek ni. Itu belum puji lagi rasa kari yang cukup sifat-- terasa rempah dan masin-manis-pedas kuah itu. Kentang pun empuk.
Nak pengsan! Lama betul rasa tak makan macam ni sejak masuk sem baru ni. Biasa, adalah juga ibu yang masak. Dekat sini-- kerja aku membeli je. Tu pun masakan ala kadar je. Bolehlah dari tiada apa nak makan.
"Gastrik lah sangat. Eh kau temanlah dia ni kejap." Arman menunjuk ke arah perempuan di sebelahnya. Gadis itu tersenyum ramah. Oh, dia ni lagi ke? Memang Arman tiada kawan lain? Atau gadis itu yang tiada kawan lain?
"Kenapa dia tak ikut je kau?"
"Diet katanya." Lepas tu Arman pergi. Aku habiskan sedikit lagi nasi aku sebelum kena rajinkan diri bersembang dengan gadis yang duduk di tempat Arman: sebelah aku ini.
"Weh sedap tau lauk dekat sini. Kenapa tak makan? Boleh mengigau tau dia punya sedap ni. Macam makan dekat kenduri."
"Kenduri mana yang buat kambing golek?"
Krik krik.
Krik krik.
"Aku cakap je. Takde topik nak bual dengan kau." Termalu sendiri.
"Tak payah bual pun takpe. Kau makan jelah nasi kau tu. Macam nak tambah lagi je gayanya." Gadis itu ketawa kecil. Lesung pipit di pipinya kelihatan apabila dia ketawa. Tadi ketika bercakap, tak nampak pun. Pula itu tu, tersusun sahaja giginya. Cantik.
"Pandai kau teka. Aku nak ambik dessert pula. Tak silap aku ada puding buah tadi. Kau nak? Kalau nak, ikut aku. Kalau tak nak, duduklah dengan orang yang kau tak kenal ni. Dahlah datang meja lelaki." Terus aku angkat pinggan untuk diletakkan di bekas pinggan kotor. Selesai itu, aku cuci tangan dengan sabun. Untuk hilangkan bau kari yang melekat pada jari. Walaupun sedap untuk dihidu tapi kalau bau lagi pada tangan, itu bermakna aku tak membasuhnya sebersih yang boleh. Dan yang ini aku suka, sabun yang disediakan tidak dicampurkan dengan air!
Oh, ada rupanya gadis ini masih menyorok dibelakangku.
"Aku nak kau ambil juga pencuci mulut. Kalau nak yang sihat, ambil buah buahan yang dipotong bite size tu. Kalau nak yang tak sihat macam aku ni, aku nak ambil puding buah dengan sos kastard. Kau kena juga ambil. Okay?"
Dia mencebik tidak puas hati. Memang dia ni kurang bercakap atau aku yang terlebih ramah?
Aku teman dia dahulu untuk letakkan buah ke dalam pinggannya. Tertib sekali. Lepas tu bila dia jalan depan sikit, aku nampak dia ambil kuih seri muka dengan tiga potong kek gula hangus. Tak lupa juga tart telur. Ceh kononlah tu cut sugar? Ambil juga makanan manis.
Arman ni dia tak potong barisan ke? Baik betul dia harini. Selesai hal gadis itu, aku berjalan ke arah puding buah tercinta aku pula.
"Membazir bayar mahal mahal tapi tak makan." Aku letakkan puding di dalam mangkukku. Gadis itu memandang aku keliru. Sepertinya mahu nyatakan sesuatu tetapi dia berfikir sebelum keluarkan kata kata.
"Kau bayar dekat siapa?"
"Arman." Aku letak pula kuah ke dalam mangkuk tadi. Sudu aku ambil dan pegang kemas pada tangan. Wajah gadis itu aku pandang.
Dia simpan senyum. "Kau percaya betulkan dengan Arman tu. How innocent, this young boy."
"Of course, dah lama kenal. Dari sekolah rendah lagi kita orang berkawan. Dari segala hal, semua dalam poket aku aja lah rahsia dia tu. Waktu sekolah dulu, dia pernah naik motosikal dan kemudian jatuh dalam parit sebab tak seimbang. Lepas tu, kita orang pernah keluar dari kelas semata-mata untuk tengok match bola jaring. Waktu tu, ada seorang kawan perempuan kami main mewakili sekolah kami. Bila kantoi, terus kena heret masuk dalam kelas pemulihan. Bukan takat kena rotan pada bontot, kena tulis dekat papan putih lagi ayat 'saya berjanji tidak ponteng kelas spm lagi'."
Lama gadis itu berdiam sebelum memulakan katanya.
"Untuk pengetahuan kau, majlis ni tak kenakan bayaran apa apa hahahaha."
Tak guna punya, Arman! Kena tipu hidup-hidup macam ini aja ya!

Book Comment (64)

  • avatar
    ManagbanagRr franz

    yes

    7d

      0
  • avatar
    Rachid Chafir

    Tank yuo

    03/09

      0
  • avatar
    Soffy Ae

    ksise

    10/08

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters