logo text
Adicionar à Biblioteca
logo
logo-text

Baixe este livro dentro do aplicativo

Bab 5 : Topeng Badut

"Kau tu, pandai sangat berpura-pura."
_Aiman Kamal_
***
Hifza Yelda membuat sedikit ulang kaji pelajaran dan latihan sebelum dia menghadapi percubaan SPM minggu hadapan.
Duduk di meja belajar setiap malam hingga lewat malam adalah perkara biasa bagi seorang pelajar termasuk Hifza Yelda.
Terlalu lama tumpu pada pelajaran, Hifza Yelda memilih berhenti beberapa minit untuk berehat. Kopi hitam dengan sedikit gula yang berada di atas meja belajar dicicip sebelum kembali fokus pada latihan. Dia lebih pada suka rasa pahit kopi berbanding kopi yang manis.
Dia melirik ke arah jam pada meja belajarnya, tepat 01:23 pagi. Orang lain mungkin sudah di landai mimpi indah, tapi tidak bagi Hifza Yelda. Dia masih duduk di atas kerusi dengan meja yang dipenuhi alatan belajar.
"Engkau permudahkan perjalanan hidup ku dalam dunia serba susah ini, ya Allah."
Monolog hati Hifza Yelda sambil bersandar pada kerusi. Dia harus memuaskan orang tuanya berbanding dirinya. Bapanya yang sering menyuruhnya untuk belajar agar keputusannya nanti tidak akan mengecewakan. Kehidupan begitu sulit bagi Hifza Yelda.
Fikiran yang mula melayang memikirkan nasib diri, memikirkan pandangan orang-orang di sekelilingnya. Overthinking tanpa batas menguasai pemikiran Hifza Yelda, banyak yang fikirkan. Bagaimana dia mahu membahagiakan orang tuanya. Apa yang akan terjadi jika dia gagal untuk percubaan nanti. 
Tidak tertinggal juga kejadian petang tadi bermain dalam fikirannya. Dia mula risau jika Aiman Kamal akan memberitahu Amanda tentang kejadian petang tadi. Dia juga risau tentang pandangan Aiman Kamal tentang dirinya dan dia takut jika kawan baiknya akan meninggalkan dirinya selepas mengetahui kehidupan sebenarnya.
Hifza Yelda mula memegang pen miliknya semula, dia mahu berhenti dari terus berfikir buruk tentang kehidupannya. Peperiksaan tidak lama saja lagi, dia harus fokus agar tidak gagal atau lebih tepat tidak dimarahi bapanya. Baru saja diangkat batang pen itu, ia sudah jatuh semula pada tempatnya.
"Kenapa dengan tangan aku ni?"
Hifza Yelda melihat kedua tangannya yang mula bergetar tanpa mampu dia kawal untuk berhenti. Sesekali dia menggengam kedua tapak tangannya, berharap dengan cara itu tangannya akan berhenti.
"Bukan waktu macam ni, kau nak datang." ucap Hifza Yelda dengan dadanya yang naik turun. 
Nafasnya mula tidak teratur, rasa sesak pada dada mula mencucuk. Hifza Yelda duduk di atas lantai, bersandar pada dinding. Cuba mengawal dirinya agar lebih tenang. Anxiety attack menyerangnya malam ini begitu menyakitkan.
Air mata yang bercucuran keluar tanpa henti, ketakutan memenuhi ruang fikirannya.
"Tolong aku ya Allah." ucap Hifza Yelda sambil memegang dadanya yang terasa sesak dan sukar untuk bernafas.
Hifza Yelda tidak mampu berfikir apa-apa kecuali apabila matanya melihat ubat yang diberikan oleh psychiatry di atas meja. Dengan kudrat yang ada dia mengambil ubat itu dengan tangan yang masih menggeletar.
Disebabkan getaran yang kuat membuatkan ubat-ubatnya jatuh bertaburan. Hifza Yelda kutip ubat tersebut dan dimasukkan ke dalam mulutnya, air kopi yang masih tersisa di teguk hingga habis agar ubatnya masuk dengan mudah ke dalam tekaknya.
Hifza Yelda bersandar semula pada dinding, cuba untuk mengawal dirinya agar lebih bertenang. Sesekali dia meraup wajahnya kasar, kerana masih terasa sesak dan sakit pada dadanya.
Beberapa jam dia mengawal anxiety nya getaran pada tangan mula berkurang. Serangan yang dia terima membuatkan dia lemah tak berdaya. Hifza Yelda membaringkan dirinya di atas katil.
Tanpa dia sedar matanya tertutup dan dia terlena bertemankan air mata dan rasa sakit yang dia terima malam ini.
___
"Hifza." tegur Aiman Kamal apabila dia melihat Hifza Yelda juga baru sampai di sekolah. Hifza Yelda seakan ingin melarikan diri dari Aiman Kamal kerana kejadian semalam. Dia berjalan dengan langkah yang besar.
"Jangan lari dari aku!" tegur Aiman Kamal dengan suara datar.
"Aku taknak besar-besarkan masalah. Anggap kisah semalam tak wujud." ucap Hifza Yelda tidak memandang Aiman Kamal yang berada di sebelahnya.
"Sejak bila papa kau buat kau macam tu? Setahu aku, papa kau hanya rotan kau bila result kau teruk je." Aiman Kamal tidak peduli, dia mahu tahu apa yang terjadi sebenarnya. Kenapa hingga begitu kasar perilaku Encik Hafizzudin pada kawan baiknya.
"Kau tak perlu tahu lah Aiman. Ini urusan keluarga aku."
"Sampai bila kau nak berdiam diri? Sampai kau nak aku dengan Amanda menangis bila tengok kau mati."
Kata-kata Aiman Kamal membuatkan kaki Hifza Yelda berhenti melangkah. Dia teringat satu ayat yang pernah dia tulis dalam kertas note kecil yang diletakkan dalam balang kaca.
"Aku ingin yang terdengar nanti berupa tangis perpisahan, bukan tangis penyesalan. Kerana itu aku simpan segala duka seperti emas dalam peti besi."
Hifza Yelda tidak mahu kawan baiknya tahu tentang keadaannya. Dia tidak mahu kawan baiknya memikul beban berat miliknya. Dia tidak mahu, jika satu hari nanti dia mati. Kawan baiknya menangis penuh luka, kerana menyesali cara matinya.
"Hifza!"
Aiman Kamal memanggil Hifza Yelda membuatkan dia kembali pada dunia realiti semula. Dia melihat Aiman Kamal di sebelahnya.
"Sekolah, kita bahas tentang sekolah. Perkara luar, tolong letak luar." ucap Hifza Yelda kemudian melangkah menuju kelasnya meninggalkan Aiman Kamal di belakang.
"Hifza!" jerit Aiman Kamal dan mengejar Hifza Yelda.
"Kau tak--"
"Tolong Aiman. Aku minta tolong sangat. Aku taknak bebankan fikiran aku masa sekolah. Tolong faham aku." Hifza Yelda berhentikan langkahnya dan menghadap Aiman Kamal. Dia merayu agar tidak membahas perkara peribadinya. Dia tidak mahu serabutkan fikirannya yang sudah cukup serabut.
Aiman Kamal hanya mampu berdiam diri apabila melihat wajah sayu milik Hifza Yelda dipaparkan di hadapannya.
"Wei, baru sampai ke?" ucap Amanda menyapa kedua kawan baiknya yang saling diam bertatapan.
"Kau berdua kenapa?" Amanda pelik dengan dua ketul kawan baiknya kerana masing-masing hanya berdiam diri tanpa menyambut sapaannya.
"Eh, Amanda. Hai." ucap mesra Hifza Yelda, lakonan untuk terlihat baik-baik saja bermula. Dia memasang wajah senyum sumringah pada kawan baiknya.
"Kau berdua kenapa tercegat je dekat sini? Okay tak?" tanya Amanda lagi.
"Aku okay je. Woi Aiman, jom masuk." ucap Hifza Yelda sambil menepuk bahu Aiman Kamal kemudian memeluk lengan Amandan berjalan menuju kelas meninggalkan Aiman Kamal sendirian dibelakang.
"Pandai kau sembunyi diri kau di balik topeng badut." monolog hati Aiman Kamal, kemudian berjalan mengikuti dua kawan baiknya masuk ke dalam kelas.
___
"Jom pergi kantin." ajak Amanda pada kedua kawan baiknya, iaitu Hifza Yelda dan Aiman Kamal.
"Aku takde selera lah. Kau makan lah dengan Aiman." ucap Hifza Yelda menolak ajakan Amanda.
"Jangan banyak alasan. Jom makan!" ucap Aiman Kamal dengan suara tegas, berjalan meninggalkan dua kawan baiknya.
"Aiman kenapa? Pelik je aku tengok." ucap Amanda memandang tubuh Aiman Kamal keluar dari bilik darjah menuju ke kantin.
"Tak tahu lah. Jom lah pergi kantin." ucap Hifza Yelda menarik tangan Amanda untuk mengikuti Aiman Kamal ke kantin. Hifza Yelda rasa sedikit takut dengan ucapan Aiman Kamal.
Sampai di kantin, Aiman Kamal sudah beratur untuk membeli makanan. Amanda dan Hifza Yelda melilau mencari tempat untuk mereka duduk. "Tu ada meja kosong. Kau duduk sana, jaga tempat tau." ucap Amanda sambil menunjukkan ke arah satu tempat kosong di hujung kantin.
Hifza Yelda berjalan ke arah tempat kosong tersebut untuk menjaga, agar tidak ada orang lain duduk makan di situ. Aiman Kamal yang sudah selesai membeli duduk di meja berhadapan dengan Hifza Yelda.
Dua-dua diam membatu beberapa minit, kemudian suara Hifza Yelda memecah kesunyian antara mereka.
"Kau jangan la buat perangai macam ni. Amanda perasan kau lain harini." ucap Hifza Yelda sedikit berbisik.
"Kau tu, pandai sangat berpura-pura." ucap Aiman Kamal sambil menyuap makanannya ke mulut.
"Aku taknak kau berdua risau. Lagi pun, aku okay je. Takde apa-apa."
"Takde apa-apa kau kata?"
"Perlahankan suara kau." ucap Hifza Yelda apabila suara Aiman Kamal mula meninggi. Ada beberapa mata yang berada berdekatan mereka melihat ke arah mereka.
"Hifza, mata aku ni sendiri tengok. Betapa teruknya--"
"Apa yang teruk?" ucap Amanda sambil meletakkan pinggangnya di atas meja dan melabuhkan punggung di sebelah Hifza Yelda. Aiman Kamal memandang Hifza Yelda kemudian Amanda. Hifza Yelda memberi isyarat mata agar tidak memecahkan rahsianya.
"Betapa teruknya keputusan peperiksaan aku masa pertengahan tahun haritu. Jadi, aku kena study hard ni." bohong Aiman Kamal terpaksa demi Hifza Yelda.
Hifza Yelda melepaskan nafas perlahan lega, rahsianya disimpan oleh Aiman Kamal tapi sampai bila, dia tidak tahu. Dia cuma mampu berharap rahsianya akan tersimpan selamanya.
"Kau kenapa?" Amanda memandang Hifza Yelda kerana mendengar suara nafas berat yang di lepaskan.
"Takde apa." balas Hifza Yelda sambil tersenyum manis yang penuh palsu pada Amanda.
"Ni, coklat. Aku beli untuk kau." ucap Aiman Kamal menghulurkan coklat cadbury yang dibelinya semalam. Dia rasa coklat adalah kesukaan ramai wanita. Jadi, dia membelinya, semoga kawan baiknya dapat menenangkan fikiran seketika dengan coklat pemberiannya.
"Hifza je?" ucap Amanda, dia juga ingin coklat yang sama.
"Ni, untuk kau." ucap Aiman Kamal dan menghulurkan satu lagi bungkusan coklat pada Amanda. Mana mungkin dia membeli satu, sedangkan kawan baiknya dua. Nanti pasti akan ada salah faham dan timbul tanda tanya pula.
"Kenapa kau bagi coklat?" tanya Amanda, tiba-tiba saja harini mood Aiman Kamal mahu memberi mereka coklat. Aiman Kamal bukanlah lelaki romantik, jadi pemberian Aiman Kamal menjadi tanda tanya.
"Saja." singkat jawapan Aiman Kamal kemudian sambung makan makanannya.

Comentário do Livro (1136)

  • avatar
    NaRi

    best sangat novel ini...One of the best and the saddest novel yang pernah saya baca😭😭😭😭😭👍👍👍👍👍❤️❤️❤️❤️❤️

    31/07/2022

      7
  • avatar
    Bela Ana

    ceritanya sangattt besttt, saya sukaa

    21m

      0
  • avatar
    FAIZ HAIKAL

    Besttt

    2h

      0
  • Ver Todos

Capítulos Relacionados

Capítulos Mais Recentes