logo text
Adicionar à Biblioteca
logo
logo-text

Baixe este livro dentro do aplicativo

Bab 2 : Broken Home

"Hifza stress lah hidup macam ni! Bagi lah Hifza ruang nak berehat."
_Hifza Yelda_
***
"Hifza, apa yang kamu buat dekat rumah ni sampai bersepah macam ni?"
Puan Yasmin baru saja pulang dari tempat kerja terkejut melihat suasana dapur yang sudah bersepah dengan makanan dan serpihan pinggan yang pecah bertaburan di atas lantai.
"Hifza!"
Pintu bilik Hifza Yelda diketuk dari luar membuatkan gadis nyctophilia itu terjaga dari tidurnya. Hifza Yelda membuka pintu biliknya, dia tidak mahu membuatkan ibunya terus menerus mengetuk pintu biliknya.
"Ya mama, ada apa?"
"Ada apa kamu tanya? Kenapa dapur bersepah? Kenapa tak kemas balik?"
Bertubi-tubi soalan yang diberikan oleh Puan Yasmin pada Hifza Yelda, dia hanya menadah telinganya mendengar setiap soalan yang tidak putus masuk ke dalam gegendang telinganya.
"Kenapa kepala kamu berdarah ni, Hifza?"
Suara Puan Yasmin serta merta berubah menjadi suara yang sedikit bergetar dengan wajah berubah risau apabila melihat darah yang sudah mengering pada dahi anak perempuannya.
"Mama, lain kali tukar pinggan plastik je dekat rumah ni, senang kalau jatuh tak pecah."
Bukan menjawab soalan ibunya, malah Hifza Yelda berkata seperti tiada apa-apa yang terjadi padanya kemudian berjalan ke dapur untuk membersihkan sisa makanan dan serpihan pinggan yang pecah.
"Mama tanya ni, apa yang jadi dekat rumah ni? Kenapa sampai kepala kamu berdarah?" Puan Yasmin masih merisaukan keadaan anaknya kerana satu soalan pun tidak dijawab.
"Biasalah, kerja siapa lagi kalau bukan suami mama."
Tangan Hifza Yelda ligat mengutip serpihan pinggan yang besar dan telur goreng kemudian membuangnya ke dalam tong sampah. Setelah itu mengambil penyapu dan penyodok untuk membersihkan serpihan kecil dan ikan bilis.
"Biar mama yang bersihkan, kamu pergi cuci luka kamu tu." Puan Yasmin ingin mengambil penyapu yang dipegang Hifza Yelda tapi ditepis lembut.
"Mama pergi lah mandi lepastu rehat. Mama baru balik kerja mesti penat, yang ni biar Hifza yang buat."
Hifza Yelda mula menyapu sisa serpihan pinggan yang kecil dan ikan bilis yang bertaburan. Hatinya merasa sayu melihat makanan yang dia masak bertaburan di atas lantai menjadi sebuah pembaziran.
"Papa mana?" tanya Puan Yasmin masih berdiri melihat tingkah anaknya.
"Tak tahu." balasnya singkat tanpa semangat.
"Assalamualaikum." Hafiz Yaslam melangkah masuk ke dalam rumah, dia juga baru pulang dari tempat kerja.
"Waalaikumsalam." jawab serentak Puan Yasmin dan Hifza Yelda.
"Hifza masuk dalam bilik dulu mama." Hifza Yelda tidak mahu bertembung empat mata dengan abangnya.
Dengan cepat dia menyelesaikan tugas pembersihan kemudian meletakkan penyapu dan penyodok di tepi dinding. Dia berjalan ingin masuk ke dalam bilik tapi belum sempat dia berjalan masuk ke bilik, tubuh sasa Hafiz Yaslam sudah berdiri di hadapannya.
"Kenapa dahi kau?"
Dagu Hifza Yelda dipegang oleh Hafiz Yaslam dan mendongakkan kepala adiknya ke atas. Dia mahu melihat dengan lebih jelas luka pada dahi adik perempuannya.
"Takde apa lah." tangan abangnya ditempis, Hifza Yelda berjalan masuk ke dalam biliknya. Belum sempat dia mahu menutup pintu, Hafiz Yaslam menahannya terlebih dahulu.
"Jawab soalan aku. Kenapa dengan dahi kau ni?'
'Hafiz, biarlah adik kamu rehat." Puan Yasmin hanya tidak mahu ada kekecehoan berlaku dalam rumahnya. Dia tahu bagaimana anak lelakinya.
'Jawab lah soalan aku! Susah sangat ke soalan yang aku bagi?" tengking Hafiz Yaslam hingga terhincut bahu Hifza Yelda, dia tidak tahan kerana soalannya tidak berjawab.
"Takde apa, abang tengking ni kenapa? Abang pergi lah rehat, baru balik kerja kan." Hafiz Yaslam masih menahan daun pintu bilik Hifza Yelda agar adiknya tidak dapat menutup pintu tersebut.
"Baik kau jawab soalan aku, sebelum aku cabut pintu ni."
"Hifza jatuh tadi."
"Jatuh macam ni?"
"Jatuh dekat toilet, lepastu Hifza tertidur lupa nak cuci dulu sebelum tidur. Hifza penat lah, bagi Hifza rehat boleh tak?" tipu Hifza Yelda dia hanya ingin melarikan diri dari abangnya.
"Sudah lah Hafiz, biar adik kamu berehat." Puan Yasmin menarik tangan anak lelakinya agar melepaskan pintu bilik Hifza Yelda.
"Kau jangan tipu aku lah, jatuh tak luka macam ni."
"Suka hati abang lah."
"Ni papa yang buatkan? Kau cakap dengan aku!" Hafiz Yaslam bertanya tentang apa yang bermain dalam fikirannya, siapa yang melakukannya hingga adiknya terluka.
"Tak kesahlah siapa yang buat, dah jadi dah pun. Hifza nak rehat."
Hifza Yelda menutup pintu biliknya, dia malas mahu membesarkan masalah. Dia berjalan ke meja belajar dan mengambil tisu basah yang berada di atas meja belajar nya. Hifza Yelda menarik kerusi yang berada di bawah meja solek dan duduk di depan cermin.
Darah yang mengering pada dahinya dilap hingga bersih, kemudian dia menyapu minyak gamat dan menampal plaster pada luka tersebut.
"Benda kecil je, yang sampai nak meningking tu kenapa?"
Hifza Yelda bermonolog sebelum dia kembali pada meja belajar semula untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru-gurunya di sekolah.
---
"Papa nak pergi mana?"
Hafiz Yaslam yang baru balik kerja shift malam menegur bapanya yang seakan ingin melarikan diri dari bertemu dengan anak lelakinya.
"Jangan sibuk lah."
Encik Hafizzudin mengorak langkaah ingin ke biliknya tapi langkahnya terhenti dengan pertanyaan anak lelakinya. "Papa buat apa dekat Hifza?"
"Buat apa?"
"Haish orang tua ni, buat tak tahu pula. Dahi Hifza berdarah, tu kerja papa lah tu kan?" Hafiz Yaslam berjalan dan berdiri di hadapan bapanya.
"Mengadu lah tu." Encik Hafizzudin meneruskan langkahnya.
"Papa kalau tak main tangan tak boleh ke?"
"Yang kau sibuk tu kenapa? Kau ke yang kena? Apahal kau pula yang lebih?" balas Encik Hafizzudin.
"WOI ORANG TUA! YANG KAU BUAT TU ADIK AKU, ANAK KAU!"
"Ada apa ni Hafiz, bising-bising." tegur Puan Yasmin yang keluar dari bilik menuju ruang tamu. Hifza Yelda dari dalam bilik menjenguk kepalanya melihat apa yang terjadi di luar.
"Kau tak perlu jerit-jerit, aku tak pekak lagi!" balas Encik Hafizzudin.
"Papa jangan berani sentuh sesiapa dalam rumah ni, kalau tak--"
"Kalau tak apa? Kau nak pukul aku? KAU NAK PUKUL AKU KE?" Encik Hafizzudin memotong ucapan Hafiz Yaslam dan meninggikan suaranya pada ayat terakhirnya.
"Papa jangan macam-macam, ingat Hafiz takut ke dengan papa."
Bugh!
Semua mata melihat ke arah pintu bilik Hifza Yelda yang ditutp dengan kuat, seketika semua berhenti dari pertengkaran mereka. Tiba-tiba Hifza Yelda keluar semula dari biliknya.
"Gaduh lah, kenapa semua diam?" Hifza Yelda melihat ke arah bapa dan abangnya silih berganti.
"Jangan gaduh sebabkan Hifza lah, Hifza tak suka. Benda dah jadi dah pun, abang pun takde masa kejadian petang tadi. Kalau abang nak selamatkan, sepatutnya petang tadi abang!"
Hifza Yelda memandang Hafiz Yaslam.
"Rumah sepatutnya jadi tempat untuk berehat, tempat meluah segala rasa kasih sayang sebuah keluarga. Bukan tempat bergaduh, bertengkar macam anjing dengan kucing!"
"Hifza stress lah hidup macam ni! Bagi lah Hifza ruang nak berehat."
Seletah meluahkan isi hatinya, Hifza Yelda menutup pintu biliknya dengan kasar. Dia berjalan ke arah katil dan menghempaskan tubuhnya di atas katil.Butiran jernih mula merembes keluar membasahi pipinya.
Semua yang berada di ruang tamu mematung dan terdiam dengan ucapan Hifza Yelda tapi berbeza dengan Encik Hafizzudin yang bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Dia melangkah masuk ke dalam biliknya, mengendahkan apa yang terjadi dalam rumahnya.
---
Hifza Yelda duduk bersandar pada dinding yang dicat dengan warna hijau muda sambil memeluk lututnya, dia membiarkan air matanya mengalir keluar begitu saja meskipun tanpa diminta.
Telinganya seperti biasa disumbatkan dengan earphone berwarna ungu kesayangannya, mendengar lagu sebagai penemannya pada malam sunyi bertemankan kegelapan.
"Kenapa bait lagu seakan faham keadaan ku berbanding manusia hanya tahu melampias amarah semata-mata. Apakah ini bait lagu atau kisah hidupku?"
Monolog Hifza Yelda, kemudian dia berjalan ke arah meja belajarnya dan duduk di situ. Kebiasaan malam-malamnya, dia mengoyakkan sehelai kertas dan mengambil sebatang pen. Dia membiarkan pen itu menari menghiasi kertas kosong itu dengan tinta.
Kertas yang awalnya kosong terisi dengan bait ayat dan kata-kata, kemudian kertas itu dilipat menjadi lebih kecil dan memasukkan ke dalam balang kaca yang berada di atas mejanya.
"Kenapa rumah seakan bukan tempat selamat untuk berlindung?"
Hifza Yelda membuang pandangan pada langit malam, kali ini langit hitam itu terhiasi dengan butiran bintang. Terjungkit sedikit hujung bibirnya mengukir senyum tipis.
Langit seakan memahami hatinya yang sedang bersedih, langit malam memberi bintang seakan cuba menghiburkan malamnya. Air mata diseka dengan tangannya.
"Kenapa besar ujian yang Kau kirimkan pada aku yang kecil ini, ya Allah? Mampukah aku menjalani hidup ku dengan tubuh tak berdaya ini?"
Gumam HifzaYelda kembali membaringkan dirinya di atas katil, dia melampias segala rasa sedihnya pada bantal yang dipeluk. Dia membiarkan bantal yang sudah terbiasa basah dengan air matanya menerima lagi air mata seperti malam-malam sebelumnya.
"Dunia, jangan bersikap tidak adil. Aku juga ingin bahagia."
Hifza Yelda menekup wajahnya pada bantal, melepaskan jeritan padanya agar tidak didengari isi rumahnya.

Comentário do Livro (1138)

  • avatar
    NaRi

    best sangat novel ini...One of the best and the saddest novel yang pernah saya baca😭😭😭😭😭👍👍👍👍👍❤️❤️❤️❤️❤️

    31/07/2022

      7
  • avatar
    Nor Ilya

    nice

    8h

      0
  • avatar
    QadisahFathiah

    bestt sangaattt😻😻

    8h

      0
  • Ver Todos

Capítulos Relacionados

Capítulos Mais Recentes