Tanganku yang tadinya ingin membuka alat bantuan pernafasannya terhenti, aku menoleh ke arah lelaki itu. Hatiku menjadi berbelah bagi setelah mendengar ucapannya tadi. "betulkah apa yang aku cuba lakukan ini?, adakah dengan aku mengahkiri nyawanya. Semua ini akan berakhir dengan baik, bagaimana sekiranya dia mencari orang lain untuk mengisi tempat lelaki ini. Bagaimana pula sekiranya akulah yang berakhir berada ditempatnya. Mataku memerah setelah memikirkannya, perasaan loya dan mual tiba tiba menggila menyebabkan aku termuntah. Hanya memikirkan yang aku berakhir di tempat yang sama sahaja dengan dia sudah cukup untuk membuat hatiku kecut. Melihat keadaanku yang begini, Alfonso yang terus berdiri di luar bilik menambah. "Bijak, awak berfikir di saat akhir. Seperti yang aku harapkan untuk seorang yang di mataku bernilai tinggi. Biar aku terus terang sahaja, sekiranya awak membuatkan subjek itu mati, kamu akan bertanggungjawab dengan menggantikan tempatnya. Hmmm, sama ada kau, orang yang menyebabkan dia mati, ataupun Ben yang hanya diam melihat kawannya membuat masalah. Salah satu dari kamu perlu menggantikan tempatnya." Ben yang mendengar ucapan lelaki itu terus berteriak. "Jangan biarkan dia mati!, dia mesti terus hidup agar kita tidak berakhir di tempatnya." Aku melihat rupa sebenar Ben yang selama ini dia sembunyikan, tidak, apa yang aku lihat ini adalah rupa sebenar manusia ketika berada dalam situasi sebegini, siapa sahaja akan menunjukkan rupa yang sama sekiranya nyawa mereka terancam. Tindakannya normal untuk terus menyembunyikannya selama inikerana dia merasa masih meletakkan harapan untuk boleh keluar dari neraka ini. Dengan dia mengekalkan perwatakan dan cara berfikir manusia normal, tidak akan ada masalah baginya untuk bercampur semula ke masyarakat setelah berjaya keluar dari semua ini. Tetapi, setelah melihat nasib yang dialami kenalannya serta lelaki bernama Alan ini, dia sudah berhenti untuk berharap. Disini, dengan menggunakan akal waras orang yang normal, nasibmu akan berakhir di tempat yang paling menyakitkan, tidak mempunyai kekuatan untuk menolak dan untuk mati. penyiksaan tidak berpenghujung akan menjadi tempat bersemayammu. Aku melihat ke lelaki botak yang terbaring disitu, matanya terus melihatku. Tatapanya yang tidak berair itu sudah sudah cukup untuk menyampaikan harapannya. "kenapa engkau melihatku dengan tatapan itu?, aku tidak boleh berbuat apa apa. Aku minta maaf, aku tidak boleh mengakhiri nyawamu. Sekiranya aku melakukannya, aku ataupun orang lain akan menggantikan tempatmu. Untuk itu, aku harap kau terus bertahan." "Aku sudah tidak tahan, dadah yang terus disalurkan ke salur darahku cukup membuatkan aku terus hidup. Tapi organku sudah memburuk, aku mereput sedikit demi sedikit. Aku sudah tidak tahan, aku mohon padamu. Habiskanlah aku!. " "Aku tidak boleh, aku tidak sanggup menerima nasib yang sama. Aku minta maaf, minta maaf kerana tidak dapat membantumu dan minta maaf kerana memberi harapan palsu." Aku kemudian berpaling dan berjalan perlahan meninggalkankannya. "Tunggu, pernahkah kau rasa yang kau berada dalam mimpi ngeri dan tidak dapat bangun dari mimpi itu?, tidak boleh berbuat apa apa. Aku sudah merasakannya, sangat sakit. Aku sudah muak dengan itu. Kamu semua memang kejam, aku tidak melakukan jenayah. Hanya sahaja aku bekerja menggantikan tempat ayahku, ayahku mati sebagai tentera. Lelaki itu salah, dia ingatkan aku lari dari tugasku sebagai rakyat hanya untuk bersenang senang. Itu salah, aku tidak mempunyai pilihan lain, ibu dan adikku bergantung hidup denganku, ini bukanlah salahku. Apa yang akan jadi kepada mereka sekiranya aku menjadi tentera. Ini tidak adil. Arghhhhhhhhh." Aku menangis mendengar suara hatinya. Hanya mampu menyuarakannya kepada orang lain, tidak berdaya untuk melakukan apapun. Hatiku bagaikan dikoyak koyak, aku tidak mahu mendengar lebih dari itu. Ini akan menjadi detik hitam dalam hidupku, aku perlu melupakannya. Aku perlu memikirkan tentang diriku, ianya lebih penting. Aku sudah tidak boleh berbuat apa apa. Aku berhenti dari mengambil langkah untuk menjauh darinya. Aku menguatkan tekadku lalu melihatnya semula. " Sekurang kurangnya, beritahu saya tempat tinggal ibumu. Sekiranya aku dapat keluar dari neraka ini, aku akan pergi berjumpa mereka dan memberitahu mereka yang awak adalah seorang yang hebat." Matanya yang tadi kering mengeluarkan setitik air mata. " Mustahil, dia sudah tidak boleh mengeluarkan air mata lagi. Sudah berhari dia menangis dan otaknya sudah menolak untuk dia terus mengeluarkan air dari badannya. Hebat, ini adalah penemuan baharu." " Baiklah, rumahku di******. Selain itu, tolong beritahu mereka yang aku sayang mereka!" " Aku janji kepadamu, aku akan menyampaikannya. Aku akan keluar dari sini dan akan mengambil tugasmu untuk menjaga ibu dan adikmu. Doakan kejayaanku, kawan!" "Aku harap kau berjaya, tolong jangan beritahu mereka tentang keadaanku!, beritahu mereka yang aku mati di medan perang. Beritahu mereka untuk jangan bersedih, aku sudah bahagia di alam sana. Aku akan menantikan mereka, jadi hiduplah mereka dengan gembira dan lupakan sahaja aku. Kau janji untuk menggantikanku bukan?." Sambil perlahan jalan keluar dari bilik itu, aku mengangkat tangan kiriku lalu membuat simbol 'peace' sebagai tanda faham akan permintaan terakhirnya. Aku cuba untuk terlihat hebat di depannya, dengan membuat gaya sebegitu. Aku harap dia tidak tahu yang rupaku sudah hancur dengan tangisan. Setelah aku keluar dari bilik itu, aku menenangkan kembali hatiku lalu aku mengambil keputusan untuk melihatnya buat kali terakhir. Aku melihatnya, dia melihatku dengan tatapan yang berbeza dari sebelum ini. Aku melihat dia tersenyum, hatiku hancur berkecai. Sungguh, dia adalah orang yang kuat. "Baiklah, drama ini sudah berakhir. Nampaknya, dengan sokongan emosi yang diberikan. Dia akan mampu bertahan untuk beberapa minggu lagi, syabas untuk itu Adolf." "Aku tidak membuatnya untuk kau, sekiranya aku terlepas dari sini. Aku akan memberitahu pihak berkuasa tentang semua ini. Kau dan semua bawahanmu akan berakhir di penjara dan terus ke tali gantung." " Hahahaha, awak terlihat marah kepadaku. Tapi tidak mengapa, aku tidak kisah. Semangat sebegitu yang aku suka, Baiklah. Sekarang, mari kita pergi ke tempat yang lebih menarik." Sambil berjalan, lelaki banjingan ini terus memberi maklumat kepada kami. Maklumat tentang apa yang akan kami lihat selepas ini. "Daripada perjuangan lelaki tadi dan beribu-beribu lelaki sebelumnya. Kami telah mengambil keputusan untuk menciptakan projek manusia super. Terdengar lucu tetapi secara teorinya, ianya dapat terjadi." Kami sampai di ruangan yang mempunyai banyak kapsul kaca. Didalam setiap kapsul itu ada manusia. Iya, jasad manusia bermula dari kecil sehinggalah yang dewasa. "Setiap dari mereka dilahirkan menggunakan sperma dan ovum penderma. Mereka disenyawakan di tabung uji, dan terus dibekalkan dengan bahan yang mereka perlukan sehinggalah mereka dewasa. Kami mengambil kesedaran mereka dan terus menaik taraf tubuh badan mereka. Dalam bahasa mudahnya, kamu boleh anggap yang mereka koma sejak dari kecil lagi." "Apa yang awak lakukan kepada mereka?" "Soalan yang bagus Adolf, kami akan menciptakan manusia super. Mereka yang ada didalam kaca ini diberikan gizi yang seimbang sejak dari kecil lagi. Stamina yang 10 kali lebih besar dari manusia biasa, tubuh badan yang kekar, tulang kalsium mereka mempunyai campuran unsur besi untuk menguatkannya. Kami juga meningkatkan tahap penyembuhan semulajadi mereka ke tahap maksimum. Mempunyai sistem badan yang lebih cekap membuatkan mereka mampu hidup di tempat panas atau sejuk dalam tempoh yang lama, mereka juga tidak akan terjangkit penyakit kerana setiap data penyakit sudah tersimpan dalam darah putih mereka dan akhir sekali. Mereka mempunyai dua jantung dikiri dan kanan.Mereka akan menjadi raksasa yang paling kuat. Hahahahaha."
Obrigado
Apoie o autor para lhe trazer histórias maravilhosas
Custo 26 diamantes
Balanço: 0 Diamante ∣ 0 Pontos
Comentário do Livro (55)
Marky Aductante
payngin pera
11/10/2024
0
VillaceraJM
good novel to read, but the story is a bit questionable, overall good book
payngin pera
11/10/2024
0good novel to read, but the story is a bit questionable, overall good book
11/05/2024
0aku bagi 1 bintang dulu ya
14/04/2024
0Ver Todos