Lelaki yang ditemani perempuan itu perlahan mendekati litar camera cctv yang ada disitu. Dia membuka jaketnya lalu melemparkannya ke cctv itu,baju itu kemudian tersangkut di cctv. Dengan cepat aku memberi arahan kepada Ben untuk menendang pintu itu. Dia berlari lalu menendangnya, namun pintu itu masih kukuh. Aku kemudian terus berlari dengan laju. Aku terus berlari sehingga tepat berada di hadapan pintu itu lalu aku terus mengangkat kedua dua belah kakiku ke arahnya. Aku sudah membulatkan tekadku, aku mahu pintu itu terbuka. Apapun bayarannya aku tidak perduli, untuk itu. Mahu tidak mahu ,aku perlu memberikan daya yang cukup besar untuk membuat pintu besi itu bengkok. Sekiranya begitu, aku perlu menambah daya dengan berlari dengan cepat dan mengangkat kedua-dua kakiku untuk memaksimumkan impak yang diterimanya. Aku tahu yang aku akan terhempas ke tanah selepas itu ,tetapi mahu tidak mahu , salah seorang dari kami perlu mencubanya . Bunyi yang kuat terhasil. Aku terbaring di tanah, aku melihat pintu yang aku tendang itu terbuka lebar . Aku cuba untuk bangun tetapi kakiku sakit. Aku merasakan yang salah satu tulang betisku patah. Aku kemudian hanya mengesot untuk menuju keluar dari bilik itu. Ben yang melihatku terus membangunkanku lalu menongkatku dengan bahu kirinya. Kami berjalan keluar dari situ . Kami berjalan perlahan dari mengikuti lorong itu. Aku yang dipangku ketika itu berasa tidak sedap hati ,mustahil mereka tidak sedar yang kami cuba melarikan diri. Tambahan lagi, melihat dari lorong ini yang tidak ada jalan lain . Aku seperti merasakan yang kami sudah di tunggu oleh mereka. Namun begitu , aku memilih untuk tidak menyuarakan perasaan tidak sedap hati ini . Ini semua agar tidak menurunkan emosi mereka. Aku tidak mahu mengeruhkan lagi suasana kami, lihat sahaja pasangan kekasih menjengkelkan itu . Terus berada satu meter dibelakang kami , mereka lebih memilih untuk orang patah kaki ini berada di hadapan . Kami terus berjalan di lorong kosong yang diterangi lampu kalimantang.Kami terus berjalan sehinggalah kami sampai ke sebuah pintu yang tertutup. Aku menoleh kebelakang dan meminta lelaki itu membukanya . Dengan cepat perempuan yang ada di sisi memeluk erat tangannya. Perempuan itu berkeras untuk tidak melepaskannya dan hanya menyuruh kami yang membukanya . Melihat perempuan itu , lelaki itu terus meminta maaf kepadaku dan memilih untuk tidak membukanya. Lelaki bodoh , ingin sekali aku menepuk dahinya agar dia menjadi lebih cerdik.Tapi untuk sekarang, aku tidak boleh melakukannya dengan kakiku yang cedera . "Biar aku yang pergi, aku tinggalkan engkau disini sebentar ". " Jangan jadi bodoh , tidak ada jaminan yang ianya selamat ". " Aku tahu, aku tahu itu . Tetapi salah seorang dari kita perlu membukanya " "Jangan! , adakah kau mau mati? ". " Aku tidak mahu mati, aku takut mati .Aku tidak boleh berbuat apa apa , tidak ada orang yang mahu membukanya " "Iya , pergilah Ben. Terima kasih sangat Ben . Kami sangat menghargainya ". "Iya Ben, terima kasih sangat "sambung perempuan itu. Perlahan dia membuka pintu itu , dibalik pintu itu ada ruang yang besar dan terang .Setelah membukanya, dia terus masuk ke dalam . Melihat dia yang masuk ke dalam membuat dua pasangan menjengkelkan itu terus mengikutinya meninggalkanku sendirian. Aku terus mengesot menuju ke pintu itu. Aku kemudian membuka pintu itu dan melihat kedalamannya. Terkejutnya aku, apabila melihat ada beberapa orang berpakaian tentera berada disitu dan orang yang berada paling hadapan dari demua orang orang itu ialah dia. Lelaki tinggi yang bertugas sebagai polis yang aku temukan tadi pagi. " Mhhmmmm, selamat datang aku ucapkan kepada kamu semua ". " Mesti kamu tertanya tanya bukan?, tugasku disini ialah untuk mencungkil bakat kamu dan melihat nilai kamu yang sebenarnya". " Padaku, masyarakat tidak pandai dalam menilai harga seseorang. Jadi aku melakukan eksperimen ini untuk membuktikannya." "Jadi inilah hasilnya, orang yang paling berharga antara kamu adalah lelaki pertama yang membuka pintu ini. Kedua, lelaki yang terbaring di pintu itu dan itu sahaja ". " Bagaimana dengan kami?, adakah kami akan dilepaskan sekiranya tidak diperlukan? " " Iya, bagaimana dengan kami? ". sambung perempuan itu ". "Kamu tidak ada harga, aku akan terus membunuh kamu selepas ini " " Apa........., ada apa dengan semua ini?, jangan maim main dengan kami .Aku tidak ada masa dengan semua ini, jangan jadi bodoh!, bagaimana pula kami yang perlu dihukum mati. Si Ben dan lelaki itu yang merancang untuk melarikan diri ini, kami tidak melakukan apa apa. Ethan juga dipaksa oleh lelaki itu untuk mengikutinya , kami yang patut dilepaskan dan bukan mereka. Kami tidak melakukan apa apa kesalahan . Tolonglah, bunuh mereka sahaja dan bukan kami" ucap perempuan itu. "Diamla perempuan bodoh!, aku tidak ada masa untuk mendengar bebelanmu." "Seperti yang kamu lihat, kami adalah pusat pemaju negara ini. Bergerak secara rahsia dan kami adalah organisasi yang membantu negara ini dari dalam bayang bayang, organisasi 'height profile' dan hanya diketahui oleh orang orang tertentu sahaja di dalam negara ini. Dalam erti kata lain , organisasi rahsia yang melindungi negara ini dan untuk sekarang. Kami memerlukan agen yang bernilai tinggi. Seperti Ben dan Adolf, kamu adalah yang terpilih manakala untuk kamu, Ethan dan Emma. Kamu akan aku serahkan ke devisi lain." "Adakah kami akan dipekerjakan di sini?, aku seorang wanita. Aku tidak mahu bekerja disini .Berikan sahaja tugas tugas berbahaya dengan mereka berdua, saya dan Ethan menolak tawaran kamu." "Hahahahaha, mmmmm. Betullah apa yang orang bilang?,ada orang yang dilahirkan dari bodoh kepada pandai dan ada juga orang yang bodoh semulajadi. Saya tidak pernah bilang kamu dipekerjakan ,setiap yang tidak ada harga akan dimanfaatkan sebaiknya. Dalam bahasa mudahnya kami akan ' reuse' kamu." "Saya perkenalkan, ini adalah dokter Tom, orang yang bertanggungjawab ke atas kamu." "Saya dokter Tom, saya yang akan menggunakan kamu sebaiknya. Kita akan pergi ke makmal saya selepas ini, ada banyak eksperimen yang saya ingin jalankan ke atas kamu." " Tunggu sebentar! , apa maksudnya ini? , aku tidak mahu menjadi tikus makmal kamu. Mari kita pergi dari sini Ethan." Perempuan itu pun berjalan sambil memegang tangan kekasihnya. " Ethan,kenapa dengan kamu?. Jom kita pergi dari sini!, orang orang bodoh ini menakutkan." " Tuan, tolong bagi saya kesempatan!. Saya janji yang saya akan lebih berguna selepas ini, jadi tolong beri saya peluang kedua!. Saya sangat merayu kepada kamu!, tolong berikan saya satu lagi peluang." "Kenapa dengan kamu Ethan?-" " Hahahahahaha, hebat. Kamu memahami situasi ini dengan cepat, dalam diam. Kamu membaca situasi, hebat. Aku perlukan orang yang pandai membaca situasi." " Tom, aku tarik semula perintahku. Aku akan mengambil semula lelaki itu." " Tapi...., aku memerlukannya bos. Aku perlukan tubuh lelaki yang sihat untuk menjalankan kajian saya. Dengan itu ,maklumat yang akan dikeluarkan lebih tepat melihat kepada target kita adalah tentera musuh. Oleh itu, berat untuk saya membuat uji kaji itu kepada perempuan." " Sekiranya begitu, buat sahaja eksperimen yang lain. Buat sahaja eksperimen yang memerlukan tubuh wanita itu, pakai sebaiknya. Jangan bunuh, potong kaki atau tangan sahaja untuk mencubanya. Sekiranya dia mati, tidak ada lagi orang yang akan menjadi bahan eksperimenmu. Ini arahan." " Baiklah bos, sekiranya begitu, saya akan menggunakannya sebaiknya." " Tunggu, apa yang engkau cuba lakukan kepadaku dokter gila?, aku bukan mainanmu. Ethan, aku takut dengan mereka. Marilah kita pergi dari sini! " " Jangan risau perempuan muda. Hehehehehe, aku akan menggunakanmu dengan lembut dan penuh kasih sayang. Sebagai salam perkenalan, aku akan memotong kakimu untuk memberi makan kepada anak kecilku. Aku memanggilnya 'gullotin', cacing yang memakan daging dari dalam. Cacing ini akan digunakan sebagai senjata bio kita melawan tentera musuh. Selain itu,oleh kerana aku sayang padamu, aku akan tinggalkan kakimu yang sebelah. Tetapi sebagai gantinya, aku akan ambil tanganmu. Kerana aku baru sahaja menciptakan tumbuhan yang hidup dari dalam daging manusia, hehehehe. Aku memanggilnya 'centipede', akarnya akan terus mengikat isimu dan menyerap darahmu. Tujuannya, mmmmm. Bagaimana kalau untuk menyiksa tahanan musuh dengan mati perlahan lahan kerana pokok itu membesar di tubuhnya. Hahahahaha." "Arhhhhhhhhh........, jangan bermain denganku. Ethan tolong aku, Ethan. Tolong aku Ethan, kau dengar kan?, dia mahu membunuhku. Jaga aku Ethan?" "Semua itu tidak berguna perempuan mudah. Dia tidak akan membantumu, arhhh, aku belum menghabiskan ceritaku tadi. Hehehehehe, untuk badanmu yang berharga itu, aku akan menyuntikkan bahan kimia ke dalamnya sedikit demi sedikit. Hehehehehe, aku sudah tidak sabar ,sudah lama aku ingin tahu kesan bahan kimia apabila terlalu banyak di dalam badan manusia, hehehehe." "Aku tidak mahu. Ethan tolong aku-" "Argh, sudahla. Aku sudah lama bersabar dengan perangaimu. Dokter, tolong ambil perempuan ini segera!. Aku tidak mahu dia terus menempel kepadaku, perempuan bodoh." Emma yang ditolak jatuh itu terdiam setelah mendengar kata kata kekasihnya. Air matanya mengalir, wajahnya kosong kerana tidak dapat mempercayai apa yang baru dia dengar.
Obrigado
Apoie o autor para lhe trazer histórias maravilhosas
Custo 31 diamantes
Balanço: 0 Diamante ∣ 0 Pontos
Comentário do Livro (55)
Marky Aductante
payngin pera
11/10/2024
0
VillaceraJM
good novel to read, but the story is a bit questionable, overall good book
payngin pera
11/10/2024
0good novel to read, but the story is a bit questionable, overall good book
11/05/2024
0aku bagi 1 bintang dulu ya
14/04/2024
0Ver Todos