logo text
Adicionar à Biblioteca
logo
logo-text

Baixe este livro dentro do aplicativo

Capítulo 3 wira

Hari ini,seperti hari hari yang biasa.Aku akan tidur di siang hari sampai ke petang.Setelah itu,di waktu petang,aku akan pergi ke tempat biasa untuk memulakan pekerjaanku.
Termasuk hari ini,sudah genap seminggu aku berada di kota ini.Aku sangat berterima kasih kepada tuhan kerana telah memberikan aku buah idea untuk membuka perniagaan yang sememangnya kena dengan minatku.Aku gembira melihat orang puas hati dengan hasil tanganku.
Aku terus melayan orang seperti hari hari yang biasa.Uang yang aku kumpul sudah cukup untuk aku pergi menyewa tempat yang lebih.Baiklah,aku akan terus bekerja untuk berjaya di bidang ini.
Saat aku melukis wajah pelangganku sambil fikiranku sibuk berimaginasi.Tetiba,ada orang teriak dari restoran yang tidak jauh dari situ.Aku menoleh ke situ dan melihat beberapa orang lelaki bertopeng dengan bersenjatajan parang panjang berada disana.
Melihat kejadian itu,semua pelangganku terus hilang menyelamatkan diri.
Tanpa berfikir panjang,aku terus berlari kesana.Aku berlari ke salah seorang dari mereka yang berada di 'counter'.Aku menyelinap ke dalam lautan manusia untuk tidak disedari.
Setelah aku betul betul berada di belakangnya.Aku terus menghentak kepalanya ke meja 'counter',setelah itu,aku menarik rambutnya ke belakang lalu menghentaknya semula ke dinding batu yang ada dibelakangnya.
Dalam masa beberapa saat,dia sudah tidak sedarkan diri.Kawannya yang tidak jauh dari situ terus berlari kearahku .Setelah dia begitu dekat,parang panjangnya terus diayun ke badanku.
Suasana menjadi tidak terkawal,orang yang ada disitu mulai menjerit dan menjauh dari kami.Aku pun dengan cepat mengambil mesin pengiraan yang ada disitu lalu menahan ayunan parang itu.
Setelah itu,dengan cepat aku maju kedepan lalu menangkap tangannya.Aku menariknya menyebabkan dia tersangkut di meja 'counter'.Aku terus menarik tangannya,setelah itu,aku memutarkan tangannya ke atas lalu lutuku terus naik ke arah sikunya.
"Arghhhhh."
Orang itu terus berteriak setelah tangannya sudah terbengkok ke atas.Kawannya yang berada di satu sudut terus diam,perlahan berundur ke belakang lalu terus melarikan diri dari situ.
Keadaan mulai kembali tenang.Aku terus membantu salah seorang pencuri yang patah tangan itu,aku mengambil tangannya dan meluruskannya semula.Setelah itu,aku terus menjauhkannya dari orang ramai.
Tidak beberapa lama kemudian,datanglah polis dan pihak hospital untuk menenangkan keadaan dan menyeret pesalah itu.Setelah itu,aku kemudian pergi dari situ.
Belum sempat aku keluar dari kawasan itu,aku terus di sapa oleh seseorang.
"Encik,boleh tunggu sebentar!"
Aku menoleh kebelakang dan melihat seorang anggota polis yang tinggi lampai.Dibelakangnya ada beberapa orang yang turut berpakaian seragam polis.
"Arhhh,terima kasih.Hmmm,kami mendengar keterangan saksi yang awaklah yang mengalahkan semua penyangak ini.Jadi saya mahu pastikannya dengan menanya awak sendiri.Jadi,adakah awak yang mengalahkan mereka?"
"Iya,saya tuan"
"Oooh,menarik.Seni bela diri yang awak pakai,siapa yang ajar awak?"
"arhh.Ini ayah saya yang mengajarkannya kepada saya"
"Boleh saya tanya,apa pekerjaan ayah awak?"
"Dia pesarah tentera tuan"
"Oooh,menurut maklumat yang saya dapat,awak adalah pelukis jalanan.Betulkah?"
"Arhh,iya tuan"
"Sekiranya boleh saya bertanya,kenapa awak tidak pergi ke sekolah tentera,dengan kelebihan yang awak ada ini.Saya yakin,dalam beberapa tahun,awak akan menjadi aset negara yang hebat."
"Minta maaf tuan,saya tidak mau terlibat dengan peperangan.Saya cuma mahu hidup tenang dan mengejar impian saya.Sejujurnya,saya tidak mahu kehilangan nyawa di medan perang."
"Oooh,begitu.Soalan terakhir saya,apa pendapat awak tentang rakyat yang tidak mahu berjasa untuk negaranya sendiri.Ketika negaranya memerlukannya,dia lebih memilih untuk memenuhi kemahuannya sendiri,sebagai contoh......hmmm, menjadi seorang pelukis jalanan.Macam awak?"
"Saya minta maaf tuan,saya tidak tahu"
"Baiklah,biar saya tolong jawabkan.Hukuman yang paling layak di dapatkan adalah hukuman mati seratus kali".
MENAKUTKAN. Sangat menakutkan untuk terus berada dekat dengan orang ini.Entah kenapa,keringat dinginku terus membasahi dahiku.Dalam erti kata lain,aku sangat takut dengannya.
Aku menunduk lalu pergi dari situ.
"tunggu!"
"Awak bilang awak pelukis,boleh saya minta lukis hmmmmmm,arh epal ini!"
Dia mengambil sebiji buah epal yang ada di lantai dan meletakkannya di atas meja.
"Baiklah,tapi saya perlu mengambil alat saya sebentar"ucapku dengan nada bergetar.
"Oooh. Baiklah".
Aku mengambil barang barangku lalu mula melukis epal itu.Dia hanya diam melihatku,aku terus fokus untuk menyiapkannya.
Setelah siap,aku terus meminta upah lalu berlalu pergi dari situ.
Aku memulakan tugasku seperti biasa.Cuma kali ini,aku memindah tempat kerjaku kerana tempatku yang dahulu sudah ditutup oleh pihak berkuasa.
Aku terus melayani pelangganku.Walaupun masa terus berlalu,fikiranku masih memikirkan tentang lelaki misteri itu.Aku sudah serik untuk bertemunya,aku tidak mahu bertemunya buat kali kedua.Hmmmm,harap sahajalah aku tidak bertemunya lagi untuk seumur hidupku.
Aku bekerja seperti biasa,setelah langit mulai gelap,aku pergi ke sebuah kedai untuk makan lalu balik semula ke tempat teduhku.
Aku balik dan terus tidur.
Tiba tiba,rambutku ditarik dengan kuat.Aku terkejut,aku kemudian dibuang keluar dari tempat teduhku.
Dalam suasana gelap itu,aku hanya melihat beberapa orang memakai topeng berada di sekelilingku.
Belum sempat aku cuba melawan,kepalaku sudah dipukul dengan kuat.
Aku terus kehilangan kudratku,pandanganku memudar dan perlahan rebah ke tanah.
Aku terbangun dari pengsan.Aku melihat sekelilingku.Aku berada di satu sudut bilik besar dan dilengkapi sebuah lampu gantung yang menyinari bilik itu.
Disebelahku ada orang lain,dua orang lelaki dan seorang perempuan.Mereka masih belum terjaga.
Aku bangun lalu cuba untuk mencari lubang keluar.Aku melihat sebuah pintu tetapi pintu besi itu terkunci.Aku mahu menendangnya tetapi anak mataku melihat sesuatu.
Di satu sudut bilik itu,ada kamera cctv yang memerhatikan gerak geri kami.Aku mencuba untuk tenang.
Memikirkan solusi terbaik,aku tidak mahu membuat kecoh sehingga mereka tahu yang aku sudah terjaga.
Aku memilih untuk tidak membuat keributan. Sebaliknya, perlahan aku menjauh pergi dari situ lalu membangunkan orang yang turut ada dibilik itu.
Aku menampar nampar muka mereka dengan harapan mereka bangun. Setelah hampir 10 minit aku berjuang dengan pelbagai cara untuk membangunkan mereka. Akhirnya, salah seorang dari mereka sedar.
" Siapa kamu?, bagaimana kamu boleh berada disini?"
" Adakah kamu juga diculik oleh kelompok bertopeng?" sambungku.
" Iya, kami sepertinya dipukul dan dibawa pergi oleh beberapa orang.Tetapi, aku tidak dapat melihat pelakunya ".
" bagaimana engkau tidak boleh sedar ,apa yang kau lakukan ketika itu ".
" Ketika itu, kami baru balik dari kelab malam dan kami balik dalam keadaan mabuk ".
" Sekiranya ceritamu betul, jadi, untuk apa kita diculik?, adakah engkau tahu sesuatu?"
" Tidak, aku tidak tahu apa apa ".
" Jadi, mereka ini siapa, kawanmu?"
" Iya, mereka pasangan kekasih, aku cuma rakan kepada lelaki ini. Aku cuma menemaninya, sekiranya aku tahu aku akan berakhir seperti ini dengan mengikuti. Sungguh, aku tidak mahu ikut dengan mereka ".
" Apa yang kau cuba cakap?, sudah terlambat untuk semua itu. Daripada kita mengeluh, lebih baik kita berdoa kepada tuhan ".
Kami hanya duduk diam, aku menyandarkan diriku di dinding bilik itu.
Beberapa minit kami hanya diam memikirkan nasib kami, kedua mereka mulai sedar.
" Apa yang kita perlu buat sekarang?"
" Bagaimana sekiranya kita buka paksa pintu besi itu?, saya rasa daripada kita terus berada disini,lebih baik kita mencuba nasib?"
"Itu cadangan yang bagus, Ben, bole awak tolong tendang pintu itu?" kata lelaki itu.
" Iya Ben, tolong sangat !. Aku takut ada apa apa berlaku sekiranya Ethan yang pergi. Aku tidak mahu Ethan terluka , tolong sangat sangat Ben".
" Baiklah, sekiranya begitu. Aku pergi dahulu ".
"Tunggu!, aku mahu ikut ".
Aku dan orang bernama Ben itu pun mendekati pintu besi itu.Aku kemudian menoleh ke arah pasangan yang hanya diam di sudut bilik itu.
Aku, cuba memberi arahan untuk menutup kamera yang tidak jauh dari mereka dengan kain menggunakan bahasa badan .
Mereka kemudian berbincang .Lalu lelaki itu menoleh semula dan menggelengkan kepalanya .
Arrh, aku benci orang begini.
" Ben, tunggu! "
"Ada apa? "
Aku berjalan semula ke arah pasangan itu.
" Woi dua orang bodoh, sekiranya kamu mahu hidup. Buat seperti yang aku suruh ".
"Kenapa dengan awak, kami tidak kenalpun dengan awak? , siapa awak untuk cuba menyuruh kami ."
" Tolong hentikan itu, tidak ada guna kita bergaduh ketika ini " ucap Ben sambil menolak aku menjauh dari mereka. "
"Iya,betultu , hentikan itu Emma. Kami minta maaf untuk itu, baiklah . Aku akan mendengar arahanmu "
" Ethan, mengapa awak mengalah dengan dia. Jangan buat apa yang dia suruh , apa akan jadi sekiranya para penculik itu tahu tentang rancangan ini . Awak akan turut mendapat masalah "
"Aku perlu melakukannya Emma, sekiranya kita tidak bekerjasama . Kita tidak akan dapat keluar dari sini ."
"Mmmmmm ,baiklah . Sekiranya begitu ,aku akan ikut denganmu ".

Comentário do Livro (55)

  • avatar
    Marky Aductante

    payngin pera

    11/10/2024

      0
  • avatar
    VillaceraJM

    good novel to read, but the story is a bit questionable, overall good book

    11/05/2024

      0
  • avatar
    Enelin Ogou

    aku bagi 1 bintang dulu ya

    14/04/2024

      0
  • Ver Todos

Capítulos Relacionados

Capítulos Mais Recentes