logo text
Adicionar à Biblioteca
logo
logo-text

Baixe este livro dentro do aplicativo

Bab 5: Identiti terbongkar? Iblis lama bangkit kembali?!

'Cukup sampai disitu saja, Akram!!!', teriak Mikael yang sedang berdiri di belakang Akram sambil menghalang tangannya.
Para pelajar mula memenuhi ruang yang agak panas itu. Kebanyakkan pelajar yang ingin pulang, kembali semula ke belakang kampus untuk menyaksikan pertelingkahan yang berlaku.
'Mmmmikael...', ucap Mira dengan lemah dalam keadaan berlinang air mata.
Boss Akram bangkit dari cangkungannya, lantas menarik semula tangan lalu menolak tubuh Mikael. Mikael bergerak sedikit ke belakang.
'Sial kau budak! Apa kau nak?!', gertak Boss Akram.
'Apa aku nak kau cakap? Kau tak sedar apa kau buat?!', balas Mikael dengan nada yang agak berang.
'Jadi? Kau nak bela pompuan sundal ni? Kau nak ke bela bekas dari aku hah?!', tambah Boss Akram. Kali ini ada sedikit penghinaan untuk Mira.
'Jaga mulut kau Akram!', teriak Mikael sambil melangkah menuju ke tempat Akram berdiri.
Akram sedar tindakan Mikael itu. Dia mengambil kira sebagai Mikael bersedia untuk bertarung dengannya.
'Kau nak lawan aku ye sial? Mari! Sangat aku alu-alu kan! Aku nak tengok jauh mana kau boleh bertahan!!!', teriak Boss Akram sambil membuat tangan menunjuk ke arah dirinya, seakan-akan memanggil Mikael untuk datang lebih dekat!
Suasana menjadi semakin panas! Mikael kelihatan seperti tidak main-main dengan tindakannya itu.
Nadia, Aina dan Siti baru saja sampai di tapak 'pawagam yang sedang berlangsung'. Mata Nadia tepat memandang ke arah Mikael yang sedang melangkah perlahan ke arah Akram sambil mengenggam kedua-dua belah tangannya. Nadia tidak dapat menerima jika Mikael ingin bertarung dengan Akram kerana Akram dikenali sebagai pelajar paling kejam didalam kampus!
'Mikael!!! Jangan Mikael!!!', teriak Nadia dari jauh.
'Kau boleh kalah nanti Mikael!!!', tambah Nadia lagi...
Mikael terdengar teriakan itu. Dia lantas memandang ke arah Nadia. Mikael membuat isyarat tangan memanggil Nadia untuk datang ke arahnya. Nadia menjadi bingung...
'Nadia, mari sini!', panggil Mikael.
Dalam keadaan yang masih bingung, Nadia berlari anak menuju ke arah Mikael. Mikael mengarahkan Nadia untuk membawa Mira pergi dari tempat dia dan Akram akan bertarung.
'Bawa Mira pergi dari sini. Panggil Miss Suraya rawatkan Mira sekarang!', arah Mikael dengan nada yang sangat tegas.
'T-Tapi Mikael...'
'Takde tapi tapi lagi! Bawa dia sekarang! Mood aku sangat-sangat tak baik!', ucap Mikael lagi sehingga membuat Nadia berasa takut.
Tanpa membuang masa, Nadia pantas berlari ke arah Mira lalu memapah Mira untuk keluar dari kawasan itu.
'Mari Mira... Kita pergi dari sini...', bisik Nadia di telinga Mira.
'T-tapi Nadia... M-mmikael...', balas Mira dengan nada yang lemah.
'Takpe... percayakan Mikael okay?', ucap Nadia untuk memberi keyakinan terhadap Mira yang sedang dalam keadaan risau.
Nadia memapah Mira keluar dari kawasan yang panas itu. Para pelajar lain yang sudah mengepung tempat itu turut memberi laluan kepada Nadia untuk keluar dari kawasan itu. Mira di baringkan di tempat tidak jauh dari kawasan tersebut.
'Siti! Aina! Tolong panggil Miss Suraya! Mira perlukan rawatan!', arah Nadia dengan nada yang penuh kecemasan.
Siti dan Aina menganggukkan kepala lalu pantas bergerak menuju ke bilik Miss Suraya yang berada di tingkat 2 kampus.
'Jangan risau Mira... Aku akan selesaikan benda ni!', bisik Mikael didalam hati.
'Kau dah sedia ke budak? Aku harap kau dapat bertahan Hahaha', ucap Boss Akram sambil menertawakan Mikael.
'Sedia ke tidak, itu tak penting Akram! Yang penting, 'last man standing!', balas Mikael dalam nada yang penuh yakin.
Wajah Boss Akram lantas berubah selepas mendengar keyakinan yang diucapkan oleh Mikael. Dia tidak menunggu lama, Boss Akram memulakan perlawanan tersebut dengan larian ke arah Mikael.
Boss Akram melepaskan tumbukan bertubi-tubi tanpa henti ke arah muka dan badan Mikael sehingga sukar untuk dihadangnya. Sungguh, tumbukan-tumbukan yang sangat pantas!
'Sial... Dia pantas!!!', keluh Mikael didalam hati sambil cuba untuk menghadang setiap tumbukan yang diterima.
'Hahaha bertahan je kau mampu? Serang aku budak!!! Berikan tumbukan kau!!!', teriak Boss Akram sambil tertawa melihat aksi Mikael menghalang tumbukannya.
'Sial!!!', teriak Mikael didalam hati.
Mikael melepaskan pertahanannya kerana termakan dengan ejekan yang dilepaskan Akram. Dengan mudahnya, satu tumbukan Akram sempat menyinggah ke wajah Mikael. Mikael terduduk seketika...
'Hahaha!!! Itu je kau mampu!!! Bangun!!! Aku belum puas!!!', ucap Boss Akram dengan harapan dapat melemahkan mental Mikael.
Di tempat Mira berada~~~
"Nadia! Miss Suraya takde dekat bilik. Mungkin dia keluar!", ucap Aina teecungap-cungap.
"Hah?! Haih masa-masa macamni la dia takde!", balas Nadia dengan nada yang berang.
~~~Sementara itu, Mira masih bersuara~~~
'Tolong Nadia!!! Aku nak tengok Mikael!!!', pujuk Mira sambil mengenggam tangan Nadia.
'Tak boleh Mira!!! Kau perlukan rawatan!!!', balas Nadia.
'Aku okay Nad!!! Aku boleh berdiri!!! Tolong teman aku tengok Mikael! Please...', pujuk Mira lagi...
'Babe...', keluh Nadia perlahan...
'Please Nad!'
'Haihhh... Kalau Mikael marah aku, aku tau kau yang hadap! Faham?!'
'Yeee aku janji! Cepatla, aku risaukan Mikael!!!', desak Mira sambil menarik tangan Nadia untuk bangun.
Nadia terpaksa menuruti permintaan Mira kerana dia tidak sanggup untuk menolak. Mira menunjukkan ekspresi wajah yang sangat-sangat khawatir sehingga dia tidak mampu bertahan lagi.
Di gelanggang lawan~~~
Mikael masih dalam keadaan melutut selepas menerima tumbukan bertubi-tubi dari Akram. Bekas-bekas tumbukan yang baru diterimanya tidak lama sebelum perlawanan ini berlangsung sudah mula membuka kesakitan yang baru.
Boss Akram masih tidak berpuas hati. Baginya, perlawanan itu masih belum dapat memuaskan nafsunya dalam pertarungan. Tidak cukup dengan tumbukan bertubi-tubi, Akram memberi sepakan upper cut dibawah dagu Mikael. Tubuh Mikael terpelanting ke belakang.
'Lagi Boss!!! Belum cukup tu!!!', teriak bawahan Akram yang sedang menonton pertarungan tersebut.
Mikael terduduk sambil menutup mulutnya yang sedang berdarah akibat tendangan tersebut. Bibirnya pecah sedikit akibat tendangan padat itu. Mikael meludah terlebih dahulu untuk mengeluarkan darah yang bertakung didalam mulut.
Setelah itu, Mikael lantas bangkit semula.
'Sungguh... Dia lawan yang kuat. Dia tak sama macam orang tua sangap sebelum ni...', bisik Mikael didalam hati sebaik saja selepas mengimbas kembali pertarungannya melawan tiga 'orang tua' sebelum ini.
Kali ini, Mikael pula yang memulakan serangan. Dia berlari menuju ke arah sosok tubuh Akram. Tumbukan cuba dilepaskan ke arah wajah Akram. Namun, dengan mudah Akram mengelak dan menghalang tumbukan tersebut.
Mikael tidak berputus asa, dia menggunakan pelbagai teknik pertarungan yang diketahuinya. Sekali lagi, Akram menahan tanpa sedikit usaha. Sangat mudah bagi Akram!
'Hey budak... Kuat sikit la... Tumbukan kau macam perempuan!', ejek Boss Akram ditambah dengan gelak tawa.
Pelajar yang melihat pertarungan tersebut turut menertawakan Mikael. Dari pandangan mereka, Mikael bukanlah tandingan Akram. Bagi bahasa yang mudah, hanyalah 'lauk' bagi Akram.
Tiba-tiba, Mikael menghentikan pergerakannya. Matanya tertumpu ke arah lantai. Suara-suara yang datang dari mana mula mengisi fikiran Mikael.
'Kau ni macam perempuan la...'
'Sikit-sikit takut...Macam perempuan!'
'Laki apa kau ni? Asyik berkurung dalam rumah... Macam perempuan la...'
Suara-suara tersebut berlegar-legar mengisi kepala otak Mikael. Dia seakan-akan teringat akan sesuatu perkara. Tanpa disedari, Mikael menitiskan air mata...
Akram menguatkan lagi gelak tawanya sebaik saja melihat Mikael menitiskan air mata. Gelak tawa tersebut turut diikuti oleh kelompok pelajar yang menyaksikan pertarungan tersebut.
'Tu... Kau tengok!!! Dia menangis!!! Hahahahaha!!!!', ejek Boss Akram sambil menudingkan jari ke arah Mikael yang sedang berdiri kaku.
'Aku...Bukan perempuan...', ucap Mikael perlahan.
Akram menghentikan gelak tawanya, lalu bertanya lagi...
'Apa kau cakap? Aku tak dengar! Kuat sikit lah!!!', gertak Boss Akram.
'Aku... Bukan... Perempuan!!!', teriak Akram sambil memandang tajam mata Akram.
Suasana gelak tawa pantas berubah selepas teriakan kuat yang keluar dari mulut Mikael.
Tidak lama selepas itu, Akram meluru pantas ke arah Mikael lalu melepaskan tumbukan bertubi-tubi. Mikael mencuba sedaya upaya menahan setiap tumbukan kuat yang diberikan. Akram mempunyai kelebihan oleh kerana tubuhnya yang 'sado' dengan ketinggian 180cm. Manakala Mikael memiliki tubuh yang lebih rendah iaitu 173cm.
Mira dan Nadia baru sampai di tapak pertarungan. Mata mereka tertumpu ke arah Mikael yang sedang buntu menahan tumbukan pantas dari Akram. Perasaan risau mula membuak-buak didalam diri Mira. Dia ingin menghentikan pertarungan tersebut.
Sebaik saja Mira ingin melangkah masuk kedalam, dia lantas dihalang oleh bawahan Boss Akram yang bertugas menjaga gelanggang tersebut.
'Lihat dan nikmatilah...', ucap bawahan Boss Akram.
'Mikael!!!', teriak Mira dari jauh namun tidak dihiraukan oleh Mikael.
Mira menyaksikan perut dan dada Mikael ditumbuk bertubi-tubi demi membela nasib dirinya. Mira menitiskan air mata melihat keadaan Mikael waktu itu. Mikael sudah betul-betuk dihajar habis-habisan.
Biarpun di tumbuk bertubi-tubi, Mikael masih gah berdiri sambil matanya tertumpu ke arah lantai. Dia tidak dapat menahan lagi tumbukan-tumbukan yang dilepaskan Akram. Dia menadahkan sahaja wajahnya ditumbuk dan disepak begitu saja.
Akhirnya, Akram menggenggam rambut Mikael yang sudah serabut itu, lalu mencampakkan tubuhnya ke dinding. Tubuh Mikael tercampak jauh. Mira terkejut melihat tindakan yang baru saja dibuat oleh Akram. Mira lantas meneriak nama Mikael. Tubuh Mikael hanya terduduk dan bersandar didinding dengan wajahnya sudah menghadap ke bawah. Tetapi, satu perkara sudah menarik perhatian pelajar-pelajar yang berada di sekitarnya termasuk Akram dan juga Mira. Apakah yang berlaku sebenarnya?
Rambut palsu yang selama ini kuat mengikat kepala Mikael, akhirnya terlepas jua. Hal tersebut telah mengukirkan wajah yang penuh curiga kepada semua yang melihat situasi tersebut.
"Oi oi oi... Itu rambut palsu kan?", bisik pelajar-pelajar di sekitar Mikael.
Pergerakan Mira yang ingin berlari ke arah Mikael turut terhenti. Mira memanggil nama Mikael dengan perlahan... "Mikael?...". Namun, tiada sahutan darinya. Tidak cukup dengan itu, Akram pula melangkah ke arah rambut palsu tersebut.
Akram mengenggam rambut tersebut lalu membaling ke arah Mikael yang sudah habis di belasah dengan teruk.
"Sial! Apa benda semua ni?!", ucap Akram dengan nada yang bengis.
Mikael akhirnya menggerakkan sedikit kepalanya untuk memandang ke arah 'barang' yang baru sahaja di baling oleh Akram. Mata Mikael langsung terbeliak setelah melihat perkara tersebut.
"Rrr...rambut?", bisik Mikael didalam hati.
Mikael lantas memegang kepalanya kerana masih tidak percaya bahawa rambut palsunya sudah pun tercabut. Wajah Mikael yang awalnya nampak lemah, sudah mula berubah. Kerutan didahi sudah mula keluar. Mulutnya sudah mula mengukirkan satu senyuman sinis.
Tiba-tiba sahaja Mikael tertawa sendiri. Hal tersebut menarik perhatian orang ramai yang melihat pertarungan tersebut. Raut wajah Akram juga sudah mula mengukirkan satu wajah yang 'cuak' akibat gelak yang baru sahaja dikeluarkan Mikael. Mikael masih tertawa sambil meraba-raba rambut yang berada dikepalanya.
"Hahahaha... Akhirnya, terbongkar juga ya?", ucap Mikael didepan khalayak ramai dengan senyuman sinis.
"Hah? Apa maksud kau budak sial!", balas Akram tiba-tiba.
Mata Mikael lantas memandang tajam ke arah Akram. Di tambah pula dengan senyuman 'maut' yang dikeluarkannya, cukup membuat Akram merasakan satu aura yang dinamakan aura 'iblis'. Wajah Akram langsung berubah selepas dirinya ditatap oleh Mikael dengan pandangan yang penuh 'misteri' itu.
Dalam keadaan yang sudah parah, Mikael bangkit semula dari kedudukannya. Dia berdiri biarpun dirinya sudah teruk dipukul. Akram melangkah sedikit kebelakang selepas melihat 'identiti' baru Mikael dengan rambut yang berwarna merah.
Mikael memandang ke arah rambut palsunya, lalu menyepak rambut tersebut untuk menjauhi dirinya. "Aku dah tak memerlukan kau lagi", ucap Mikael perlahan.
Mata Mikael kembali memandang tepat ke arah Akram yang sudah menjauh sedikit dari dirinya. Mikael mula melangkah sedikit demi sedikit untuk mendekati Akram sambil memasang wajah seakan-akan seorang pembunuh tanpa belas kasihan. Wajahnya yang 'nerd' itu serta merta berubah menjadi wajah seorang 'pembunuh'.
Kebetulan, di belakang Akram terdapat satu pintu kaca yang memantulkan kembali dirinya didalam kaca tersebut. Mikael seakan-akan melihat sosok dirinya yang 'lama'. Sekali lagi, Mikael tersenyum.
Suasana di tempat pergaduhan tersebut sunyi sepi sejurus saja Mikael berubah penampilan. Tiada lagi suara-suara yang menggelakkan dan menghina dirinya. Kesemuanya memandang wajah 'ketakutan'.
Sifat mencurigakan Mikael itu mula membuat Mira tidak sedap hati. Mira membuat keputusan untuk mendekati Mikael. Mira mencapai bahu Mikael dari belakang untuk menyedarkan dirinya yang seakan-akan sudah hilang kewarasan.
"Mikael... Cukuplah okay...?", pinta Mira sambil menggenggam bahu Mikael dari belakang.
Mikael memalingkan wajahnya menghadap Mira yang sudah ketakutan. Namun, harapan Mira untuk menghentikan Mikael gagal, selepas tangannya di tepis Mikael begitu saja.
"Cukup kau duduk dan perhati saja. Jangan sesekali kau berani halang aku", ucap Mikael dengan nada yang tegas.
Nadia serta rakan-rakan Mira yang lain terkejut melihat tindakan Mikael. Mereka tidak menyangka bahawa Mikael akan bertindak seperti itu. Nadia mencapai tangan Mira, lalu membawanya beredar dari Mikael.
"Mira! Jangan halang dia. Dia bukan Mikael yang kita kenal!", tegah Nadia.
"Tapi Nad... Dia tetap Mika.."
"Jangan!!!", Nadia memotong percakapan Mira.
Mira hanya mampu akur, dan melihat sahaja apa yang akan dilakukan oleh Mikael.
"Baiklah Akram... Round 2?", ucap Mikael sambil tersenyum sinis.
Belum sempat Akram membalas ucapan yang dikeluarkan Mikael, satu tumbukan padat tepat mengenai wajah Akram. Tumbukan tersebut menyebabkan Akram terduduk. Punggungnya mencecah tanah.
Akram menggunakan tangannya untuk mengelap darah yang meleleh dari bibirnya. Akram mendongak memandang wajah Mikael dengan pandangan yang berang. Dia tidak menyangka Mikael mampu bertindak sehingga sejauh itu.
"Hahaha...Boleh tahan juga kau!", ucap Akram sambil meludah darah keluar dari mulut.
Mikael
Akram lantas bangkit lalu meluru terus ke arah Mikael. Akram cuba untuk meranggkul pinggang Mikael untuk menjatuhkan tubuhnya ke atas tanah. Namun usahanya gagal selepas Mikael menyiku belakang tubuh Akram dengan sekali cubaan sehingga Akram terpaksa melepaskan pelukan tersebut.
Belum sempat Akram ingin menarik nafas untuk sementara waktu, Mikael kembali dengan menghadiahkan satu tendangan tapak kasut tepat ke arah wajah Akram. Tendangan demi tendangan hinggap ke wajah Akram. Akibat dari tendangan yang dilepaskan Mikael, Akram tersungkur lalu rebah ke atas lantai.
"Ayuh Akram! Keluarkan segala kekuatan kau! Hiburkan aku seperti mana kau hiburkan diri kau!", teriak Mikael dengan senyuman dibibir.
Pandangan Akram mula kabur. Dia seakan-akan sudah hilang keseimbangan. Sungguh, tendangan yang dihadiahkan Mikael barusan tadi jauh lebih kuat dari tendangan yang pernah diberikan Akram.
"Sial... Mata aku...", bisik Akram didalam hati sambil menutup matanya.
Akram cuba untuk berdiri biarpun dia sedar bahawa dirinya sudah tidak seimbang lagi. Namun, hal itu tidak diizinkan Mikael. Mikael lantas maju lalu menyepak sekali lagi wajah Akram sehingga dia terbaring kaku. Tidak mampu untuk berdiri lagi.
Mikael melangkah ke arah Akram perlahan. Sampai tepat dihadapan Akram yang sudah terbaring kaku, Mikael mencangkung di atas dada milik Akram.
"Sampai disini saja kah Akram?", bisik Mikael ditelinga Akram.
Ucapan tersebut tidak dibalas Akram. Dia terdiam kaku. Dalam posisi Mikael masih mencangkung di dada Akram, Mikael memberi tumbukan ke wajah Akram sambil berteriak, "Bangun Akram bangun! Aku masih belum puas!".
"Woiii, berhenti bantai Boss! Sini kau Mikael!", teriak salah seorang bawahan Akram.
Mikael menghentikan tumbukan, lalu terus memandang ke arah pemilik suara. Pandangan 'maut' diberikan ke arah remaja lelaki itu. Sebaiknya saja melihat mata Mikael yang penuh dengan kekejaman, remaja tersebut terdiam kaku. Tidak berani untuk bersuara, malah melangkah maju.
Mikael kembali mengubah pandangannya ke arah Akram yang masih tidak melakukan apa-apa pergerakan...
"Sial kau Akram. Berani kau berhenti selagi aku belum puas!", ucap Mikael dalam nada penuh berang.
"Orang macam kau, harus diberikan hukuman!!!", tambah Akram lagi, kali ini ditambah dengan tawa syaitan yang membuat orang sekeliling turut merasakan aura yang menyeramkan.
Mikael menumbuk wajah Akram bertubi-tubi tanpa henti sehingga darah sudah mula mengalir dengan banyak. Mikael masih menumbuk sambil berbisik sendiri, "mati...mati...mati kau Akram...mati...mati!!!".
Mira memerhati dari jauh. Hatinya penuh dengan kegelisahan semasa melihat sosok Mikael seperti itu. Dia berniat untuk menghentikan Mikael, tetapi dihalang Nadia demi keselamatan diri Mira juga.
"Nadia!!! Kita kena hentikan Mikael!!! Dia dah pergi terlalu jauh!!! Kalau terus dibiarkan, Akram boleh mati!!!", pinta Mira dengan bersungguh-sungguh sambil menarik lengan Nadia untuk pergi bersama.
"Jangan Mira! Kau jangan degil boleh tak?! Dia bukan Mikael yang biasa! Dia bahaya!", balas Nadia sambil meminta Mira untuk berhenti merengek.
"Tapi Nad..."
"Jangan Mira! Tolong la faham!", Nadia pantas memotong ucapan Mira.
Mira tidak dapat menahan lagi untuk terus memerhati. Mira membuat keputusan untuk pergi sendiri sahaja. Tanpa menghiraukan Nadia, Mira berlari ke arah Mikael sambil berteriak nama Mikael.
"Mikael!!! Cukup Mikael!!! Dia boleh mati!!!", teriak Mira dari jauh.
"Hey!!! Mira!!!", ucap Nadia sambil turut berlari ke arah Mira.
"Cukup Mikael!!! Tolong lah berhenti!!!", teriak Mira lagi.
"Hoiii, Akram boleh mati tu!!!", bisik pelajar-pelajar yang menyaksikan pertarungan tersebut.
Mikael masih menumbuk wajah Akram bertubi-tubi. Penumbuknya sudah berlumuran darah akibat wajah Akram yang sudah pecah dibantainya. Mikael masih berbisik sendiri, "mati akram... kau mesti mati...hahaha".
"Mikael!!!! Hentikan semua ni!!!", teriak Mira dari jauh.
Satu teriakan Mira langsung tidak dibalas Mikael. Saat itu, Mikael betul-betul sudah tenggelam didalam dunia 'gelap' nya. Disebabkan tiada sebarang respon dari Akram, Mira mula mencari sesuatu yang boleh dibawa bersama. Kebetulan, terdapat satu batang kayu berada berdekatan dengan dirinya. Mira menggenggam kayu tersebut erat.
Nadia yang tersedar tindakan Mira tersebut, lantas meneriak namanya.
"Mira!!! Apa kau nak buat?!!!"
Mira berlari ke arah Mikael yang sudah bukan Mikael itu sambil berteriak, "Saya dah cakap... Cukup Mikael!!!"
TAPPPPP!!!!!
Satu ayunan batang kayu tepat mengenai belakang kepala Mikael.
"Eh?", bisik Mikael didalam hati binggung.
"Apa...apa benda tu?", tanya Mikael lagi didalam hati.
Semakin lama, pandangan Mikael semakin kabur. Akhirnya, Mikael rebah mencium lantai.
"Hah?! Mikael?!", ucap Mira cemas.
Mira memangku tubuh Mikael diatas peha. Dia menepuk-nepuk wajah Mikael supaya Mikael membuka mata. Namun, tiada sebarang respon yang ditunjukkan oleh Mikael.
"Mira! Apa kau buat ni?!", tanya Nadia cemas.
"Nadia...Tolong call ambulans sekarang! Sekarang!!!", arah Mira tegas.
"Hah?... B.. baik!", balas Nadia sambil mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar.
"Hoi kau, budak Akram! Ambil kain tu. Hentikan pendarahan dia!", arah Mira lagi.
"Bbbbaik!", balas salah seorang bawahan Akram.
Sementara menunggu ambulans untuk sampai, mereka membuat rawatan awal yang mampu dibuat seperti menghentikan pendarahan.
Mira masih tidak berhenti memanggil nama Mikael. Mikael tidak menyedarkan diri.
"Bertahan Mikael... Maafkan saya! Saya terpaksa!", ucap Mira dengan perlahan.
Selepas 10 minit membuat panggilan, akhirnya bunyi dua ambulans mula berbunyi dikawasan depan kampus. Petugas ambulans bergegas ke tempat kejadian dengan dua buah katil bergerak.
"1...2...3 Angkat!", ucap seorang petugas ambulans.
"Pantas Pantas! Pesakit nampak teruk sangat!", ucap seorang petugas lain yang menolak katil Akram.
"Nadia... Aku ke hospital temankan Mikael. Korang balik lah dulu", ucap Mira dengan tenang.
Mira melangkah masuk kedalam ambulans dengan pantas.
"Tunggu...Mira!", teriak Nadia.
TAPPPPP!
Tidak sempat dibalas Mira, bonet ambulan sudah pun tertutup. Ambulans pantas bergerak meninggalkan tempat kejadian.
Didalam Ambulans~~~
Mira mengenggam tangan Mikael dengan penuh erat. Perasaan didalam hati diselubungi rasa bersalah. Dia sendiri tidak menyangka akan berbuat sejauh itu. Sungguh, Mira tidak dapat memaafkan diri sendiri.
"Tubuhnya sangat lemah...Kami akan masukkan air sementara menunggu sampai ke hospital", ucap petugas didalam ambulans.
"Tolong! Selamatkan dia!", pinta Mira.
"Kami akan buat sebaik mungkin...Jangan risau...Dia tidak mengalami luka yang terlalu serius...", tambah petugas itu lagi.
Sejurus saja mendengar kenyataan tersebut, cukup membuat hati Mira kembali lega. Mira melepaskan nafas panjang disebabkan kelegaan hatinya.
"Syukur...", bisik Mira didalam hati sambil merenung kembali wajah Mikael dengan pandangan yang suram.
10 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba ke destinasi. Hospital Kuala Tempur yang terletak di ibu kota. Petugas-petugas yang berada didalam ambulans mula mengeluarkan Mikael dan Akram bersama. Mereka ditempatkan di wad kecemasan. Tiba sahaja di hospital, Mira diminta oleh doktor yang merawat untuk tunggu sahaja di luar. Keadaan Mikael akan diberitahu sebaik sahaja rawatan selesai. Demi menghormati peraturan hospital, Mira duduk di bangku ruang menunggu. Selepas 15 minit menunggu diruang tersebut, tiba-tiba ada suara yang menyapa Mira dari jauh. Ternyata itu suara Nadia bersama Aina dan Siti serta Miss Suraya!
"Mira! Macam mana keadaan Mikael?", tanya Miss Suraya dalam nada yang penuh cemas.
"Doktor kata dia tak mengalami luka yang teruk...Jadi, dia cakap tak perlu risau", balas Mira tenang.
"Syukurlah...Mikael....", ucap Miss Suraya sambil terduduk.
"Hey Nad... Kau datang sini naik apa?", tanya Mira bersahaja.
"Kami naik Miss Suraya. Miss sangat-sangat risau tadi. Tu pasal kami ikut sekali...", balas Nadia.
TAP...TAP...TAP... (bunyi tapak kasut kulit melangkah)
Mira dan yang lain pantas memandang ke arah bunyi tersebut. Mira bangun dari kerusi, lalu melangkah ke arah doktor yang masih dalam perjalanan untuk ke tempat mereka.
"Doktor! Macam mana dengan Mikael?!", tanya Mira cemas.
"Jangan risau. Keadaan dia dah makin stabil... Tapi dia masih belum sedarkan diri...", ucap Doktor Daniel tenang.
"Kenapa? Kenapa dia masih belum sedarkan diri?", tanya Mira lagi.
"Hmm...Buat masa ni, tubuh Mikael sangat sangat lemah. Dia hanya memerlukan rehat yang cukup untuk refill balik energy yang hilang. Esok saya yakin dia akan buka mata. Awak jangan lah risau okay?", balas Doktor Daniel bersahaja.
"Jadi, boleh kami lawat Mikael sekarang?", tanya Miss Suraya menyampuk perbualan.
"Ah... Boleh saja. Tapi tolong jangan buat bising. Dia sangat-sangat memerlukan rehat yang cukup.", tambah Doktor Daniel lagi.
"Baiklah... Terima kasih...", ucap Miss Suraya sambil melangkah maju terlebih dahulu.
KRAKKKK...(Bunyi pintu dibuka)
Mata Miss Suraya tertumpu ke arah satu jasad yang sedang terbaring tenang diatas katil. Miss Suraya serta yang lain melangkah masuk bersama untuk melihat keadaan Mikael. Kelihatan bahagian kepala Mikael serta beberapa bahagian lain dibalut rapi.
"Mira... Untuk malamni kamu balik lah dulu. Biar saya jaga Mikael disini. Esok.pagi kamu datang lah melawat", ucap Miss Suraya tiba-tiba.
"Tapi Miss, saya pun nak jaga Mikael jugak...", balas Mira spontan.
"Tak boleh Mira! Kamu perlu mementingkan diri kamu jugak! Balik dulu ke rumah. Bersihkan diri dan berehatlah. Esok saja kamu datang semula", tambah Miss Suraya tegas.
"Tapi Miss..."
"Mira, dengarlah cakap Miss tu... Aku setuju apa Miss cakap. Kau pun perlukan rehat...", ucap Nadia sambil memegang bahu Mira.
"Betul tu Mira... Hari ni pun kau dah banyak harungi macam-macam perkara. Mental dan fizikal kau juga perlukan rehat...", tambah Aina juga sementara disetujui oleh Siti.
"Hmmm...Baiklah...", balas Mira ringkas.
"Mari... Saya hantar kamu semua pulang ke rumah masing-masing", ucap Miss Suraya.
"Eh Miss...Tak menyusahkan ke?", tanya Nadia.
"Takpe, saya pergi dengan awak semua. Saya bertanggungjawab untuk hantar awak semua juga. Mari... Saya hantar balik", balas Miss Suraya.
Mira melangkah ke arah Mikael untuk melihat wajahya sebelum dia pulang ke rumah.
"Mikael... Esok saya datang lagi ye...", ucap Mira perlahan dengan raut wajah yang sedih.
"Mikael... Kejap lagi saya datang balik. Awak tunggu saya tau...", bisik Miss Suraya sendiri didalam hati.
"Jaga kesihatan Mikael. Semoga cepat sembuh...", ucap Nadia, Aina dan Siti bersama.
Mereka berlima melangkah keluar dari wad meninggalkan Mikael keseorangan. Hari tersebut, Mikael berehat sepuasnya. Hanya menunggu isyarat dari otak untuk membuka mata...
~SAMPAI DISINI SAJA BAB 5 KITA! JUMPA DI BAB SETERUSNYA!~
~ TERUSKAN SUPPORT YAH!!!~
NEXT: BAB 6: Mikael sedar!!! Tapi ada yang pelik!!!

Comentário do Livro (173)

  • avatar
    GacurrrNizz

    good

    1d

      0
  • avatar
    RosilawatiNik

    cerita yang menarik...xsabar nk tunggu sambungannya

    16d

      0
  • avatar
    SiocoKevin

    9000

    22d

      0
  • Ver Todos

Capítulos Relacionados

Capítulos Mais Recentes