logo text
Adicionar à Biblioteca
logo
logo-text

Baixe este livro dentro do aplicativo

BAB 7

"Kemana pula dia ni.."
Danish bimbang dengan kehadiran Putra yang tiba-tiba pergi keluar.Dia cemas sambil duduk di sofa.
Bunyi pintu dibuka telah mengejutkan Danish.Pantas Danish berdiri menjenguknya.Kelihatan Putra dengan pemakaian baju kotnya melangkah masuk ke rumah dengan wajah yang sedikit muram.Putra terpandang Danish yang menjenguknya.
"Putra pergi mana tadi.."
Danish bertanyakan soalan.
"Putra nak ambil angin sekejap."
Suasana menjadi kekok antara mereka berdua.Putra segera masuk ke bilik tidur.Danish mengikut jejak langkah Putra.
"Putra,pakcik nak cakap sekejap."
Putra duduk di birai katil sambil membuka baju kot labuhnya.Putra memandangnya.
"Dah tiba masanya Putra balik ke Malaysia.Putra..."
"Saya tak nak balik ke Malaysia."
"Apa?"
"Saya nak tunggu ayah di sini.Saya rasa..ayah pasti berada di sini.Jadi,Saya ambil keputusan untuk tinggal di sini."
Danish amat terkejut memdengar keputusan Putra itu.
"Tapi..."
"Keputusan saya muktamad.Saya takkan berganjak balik ke Malaysia selagi saya tak jumpa ayah lagi."
Putra tekad.Namun,Danish tidak mampu berkata apa-apa.
"Dahlah,pakcik.Saya nak mandi."
Danish faham maksud arahan itu.Dia segera keluar dari bilik itu meninggalkan Putra.Putra mengeluh dengan sikapnya yang tiba-tiba dingin dengan Danish.Dia berfikir sejenak.
***
Selang beberapa minggu,Nizam,Zetty dan Maisarah akhirnya tamat pengajian beberapa hari yang lalu.Masing-masing mengikut haluan masing-masing.
Zamri baru tiba ke rumahnya.Dia membuka baju sutnya lalu berjalan menuju ke bilik tidur.Tiba-tiba,dia teringat akan anaknya.
"Sayang.."
Zamri memanggil isterinya.Pantas isterinya bertemu dengannya di bilik tidur.Kelihatan isterinya sudah selesai mengemas di dapur.
"Ya,bang.Kenapa panggil saya ni.."
"Mana Nizam?"
"Dia ada kat biliknya.Kenapa abang cari dia.."
"Suruh Nizam jumpa saya sekarang.."
"Baiklah,bang."
Isterinya pun menurut saja arahan suaminya yang baru balik dari kerja.Dia mengetuk pintu Nizam.
"Ya."
Nizam mendengar bunyi ketukan itu.
"Papa nak jumpa kamu di bilik."
Lalu dia berlalu dari situ setelah mendengar arahan itu.Dia berjumpa dengan Zamri di bilik tidurnya.Kelihatan Zamri duduk di birai katil menantinya.
"Mari sini.Papa ada nak cakap dengan kamu.."
Nizam menurut arahan itu.
"Kenapa papa nak jumpa Nizam?"
"Papa nak kamu...laksanakan tanggungjawab kamu sebagai anak papa."
Nizam tidak mengerti.Nizam sekadar berdiri berhadapan dengan Zamri yang duduk di birai katil.
"Dah lama sangat..papa bekerja di syarikat tu.Sudah sampai masanya untuk Nizam ganti papa.Papa tak mampu menentang nenek kamu yang asyik buat papa tekanan ja."
Zamri mulai mengatakan.
"Jadi,disebabkan Nizam dah tamat belajar..Papa nak kamu bekerja di syarikat tu dan ganti tempat papa.Bolehkah.."
Zamri bingkas berdiri sambil tersenyum terhadap Nizam.
"Nizam tak rasa boleh ganti tempat papa."
"Yakinlah pada diri kamu.Papa dah korbankan segalanya demi kamu.Jadi,bolehkah Nizam balas budi papa balik.."
Zamri menepuk kedua-dua bahu Nizam.Nizam berfikir sejenak.
"Tapi,papa nak kamu rampas kedudukan tertinggi nenek kamu.Papa nak tengok sangat Nizam menjadi pewaris syarikat tu..Kalau kamu tak mahu,tak pahlah.Papa akan menunggu sehinggalah papa mati."
Tersentak Nizam mendengar perkataan itu.Zamri pula berpaling daripada Nizam.Zamri berpura-pura menangis.
"Saya akan buat demi papa."
Nizam akhirnya terpedaya.Zamri mulai tersenyum.
"Oh,anak papa."
Pantas Zamri memeluk Nizam.Disebalik tangisannya,tersembunyi niat kejahatannya dengan mempergunakan Nizam sebagai alatnya.Dia gembira.
***
"Apa?!Mama nak Mai bekerja di syarikat tu?"
Maisarah terkejut apabila mendengar permintaan Shira.
"Tolonglah mama,sayang.Mama nak sangat tengok Mai berjaya jadi ketua pemilik syarikat tu."
"Tapi mama..Mai nak enjoy dengan kawan-kawan Mai.Mai macam tak ada masa nak keluar berseronok dengan kawan-kawan Mai kalau dah kerja di tempat yang...macam tu."
Maisarah memandang rendah syarikat itu.
"Mai,dengar sini.Mai tahu kan mama ni makin tua.Ini demi kebaikan Mai juga.Tolonglah mama ya.."
"Kenapa tiba-tiba ja mama nak Mai bekerja di syarikat tu?"
Maisarah bertanya.Shira berusaha memujuk sebaik yang mungkin.
"Sebab..nenek kamu tu.Asyik nak..bunuh mama ja."
"Apa?!Nenek nak bunuh mama?Berani dia buat macam tu pada mama saya."
"Itulah mama nak Mai bekerja di sana.Mama pasti akan dapatkan jawatan penting tu pada Mai nanti."
Walaubagaimanapun,setelah mendengar penipuan Shira,Maisarah menurut saja.Maisarah terpaksa lakukannya demi ibunya untuk merampas harta yang dimiliki Suriana.Maisarah tekad.
****
Sebulan telah berlalu,Putra masih tidak mendengar khabar tentang pencarian ayahnya.Dia terlalu berharap.Untuk menenangkan dirinya,awal pagi lagi dia menyiram pokok bunga yang berada di halaman rumah itu.Cukup besar dan luas apabila dipandang dari luar rumah.Putra sudah terbiasa.Danish pula hanya memandang gerak-gerinya.Pantas Danish menghampirinya.
"Putra,sepatutnya..Pakcik yang buat kerja ni.."
Danish bernada perlahan.Dia berasa bersalah kerana membiarkan Putra mengerjakan sesuatu yang bukan tugasnya sebagai majikan.Putra hanya mengukir senyuman bagi menyembunyikan keresahannya.
"Tak pahlah,pakcik.Saya boleh buat semua ni.."
Danish tahu riak wajah itu.Sepertinya merindukan seseorang.Danish menghelah nafas panjang.
Pada masa yang sama,telefon Putra tiba-tiba berdering.Putra terdengar bunyi itu datang dari poket seluarnya.Begitu juga dengan Danish.
"Boleh pakcik pegangkan.."
Putra meminta pertolongan.Danish pun memegang hos yang dipegang Putra.Putra segera menjauhkan dirinya daripada Danish bagi mengelakkan Danish mengetahuinya.
"Hello.."
"Boleh awak jumpa saya sekarang.."
Lelaki itu bertutur bahasa english.Dia meminta untuk berjumpa.Putra sedikit gementar mendengar suara lelaki itu.Danish sekadar memandangnya dari jauh.
***
"Macam mana..Awak dah jumpa ayah saya kah.."
Putra sedikit gementar.
"Maafkan saya.Saya tak jumpa ayah awak."
Katanya dengan rasa bersalah.
"Apa..maksud awak ni.."
Putra tidak mengerti.
"Apa yang saya dengar..ayah awak dikatakan sedang melarikan diri bersama awak ke sini.Dan ianya sangat pelik."
"Apa yang awak cuba nak cakap sebenarnya?"
Putra berminat ingin tahu.
"Ayah awak...hilangkan diri secara tiba-tiba.Tiada jejak langsung dari ayah awak."
"Apa?!"
Putra tersangat terkejut mendengarnya.Anak matanya asyik bergetar kerana takut dengan kejadian ini.
Namun tanpa diduga,Putra teringat kembali zamannya masa kanak-kanak.Dia baru teringat bahawa pada malam dia berjalan bersama ayahnya,sebuah van meluruh ke arah mereka.Ayahnya ditarik masuk ke dalam van.Wajah dia semakin pucat.
Dia juga teringat akan kejadian seorang lagi pembantunya iaitu Zam pada malam itu membawa lari dirinya.
"Suatu hari nanti,Putra kena datang sini balik.Jumpa pakcik di tepi laut yang selalu ayah kamu bawa ya.Pakcik akan menanti kamu di sini."
Dia teringat kembali pesanan itu.Dia sudah pun ingat semua.Memorinya muncul sekelip mata.
"Tak..tak mungkin."
Putra berlalu dari restoren itu dengan langkah yang longlai.Dia masuk ke dalam kereta.Lalu menghidupkan enjin.Dia memandu dalam keadaan terkejut sehingga kelajuan keretanya melonjak naik.
Terlintas di fikirannya tentang Danish.Bila difikirkan,Putra sangat marah dengan reaksi Danish yang tiba-tiba menukar topik setiap kali dia bertanya pasal ayahnya.Dia memandu laju.
***
Danish pula pada ketika itu amat bimbang akan Putra.Dia seperti tahu bahawa Putra tahu akan kebenarannya.Dia bersiap-sedia menanti Putra.
Bunyi pintu dibuka.Putra dalam keadaan marah segera menghampiri Danish.Mereka menatap mata.
"Pakcik saya tanya sekali lagi..Ayah saya...di mana sebenarnya."
Danish terdiam.Putra bertanya sekali.
"Ayah saya di mana!!!"
Putra bernada tinggi tiba-tiba.Dia menjatuhkan kesemua barang di ruang tamu itu untuk melepaskan marah.Danish mengalirkan air mata.Putra yang berwajah merah padam dan banyak mengalirkan air mata itu tanpa disangka Putra jatuh pengsan.
"Putra."
Pantas Danish berlari ke arahnya.Putra tiba-tiba pengsan.Kesannya terhadap dirinya yang terlalu terkejut dan tertekan membuatkan dirinya lemah.

Comentário do Livro (769)

  • avatar
    __fendyofficial

    nice

    10h

      0
  • avatar
    Muhammad Haikal Matias

    best and good

    1d

      0
  • avatar
    RadzhiFakhrul

    good

    1d

      0
  • Ver Todos

Capítulos Relacionados

Capítulos Mais Recentes